Anda di halaman 1dari 2

Pantun nasihat

Hendak belayar ke Teluk Betong, Sambil mencuba labuhkan pukat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Pakai baju warna biru, Pergi ke sekolah pukul satu; Murid sentiasa hormatkan guru , Kerana guru pembekal ilmu. Jangan pergi mandi di lombong, Emak dan kakak sedang mencuci; Jangan suka bercakap bohong, Semua kawan akan membenci. Jikalau tuan mengangkat peti , Tolong masukkan segala barang; Jikalau anak-anak bersatu hati . Kerja yang susah menjadi senang . Asam kandis mari dihiris , Manis sekali rasa isinya ; Dilihat manis dipandang manis , Lebih manis hati budinya . Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok Ru Bila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru Hari malam gelap-gelita Pasang lilin jalan ke taman Sopan santun budaya kita Jadi kebanggaan zaman berzaman Dalam semak ada duri Ayam kuning buat sarang Orang tamak selalu rugi Macam anjing dengan bayang Orang Daik memacu kuda Kuda dipacu deras sekali Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali Dayung perahu tuju haluan Membawa rokok bersama rempah Kalau ilmu tidak diamalkan Ibarat pokok tidak berbuah

Pantun jenaka
Buah jering dari Jawa Naik sigai ke atas atap Ikan kering lagi ketawa Dengar tupai baca kitab Jikalau lengang dalam negeri Marilah kita pergi ke kota Hairan tercengang kucing berdiri Melihat tikus naik kereta Ketika perang di negeri Jerman Ramai askarnya mati mengamuk Rangup gunung dikunyah kuman Lautan kering dihirup nyamuk Berderak-derak sangkutan dacing Bagaikan putus diimpit lumpang Bergerak-gerak kumis kucing Melihat tikus bawa senapang Pokok pinang patanya condong Dipukul ribut berhari-hari Kucing berenang tikus berdayung Ikan di laut berdiam diri Anak bakau di rumpun salak Patah taruknya ditimpa genta Riuh kerbau tergelak-gelak Melihat beruk berkaca mata

Anda mungkin juga menyukai