Anda di halaman 1dari 3

MINGGU : TARIKH : TAJUK :

KEEMPAT (18 Februari 22 Februari 2013) 18 Februari 2013 KEPELBAGAIAN AKTIVITI, TEKNIK DAN STRATEGI MENGAJAR

ISU/MASALAH Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, saya masih kekurangan idea untuk mempelbagaikan teknik pengisian dalam setiap topik yang ingin disampaikan. Hal ini menyebabkan kadang-kala beberapa orang murid saya kurang memberikan tumpuan sewaktu pengajaran dijalankan. Adakalanya saya perlu bertegas dengan mereka dengan memberi amaran dan sebagainya. Hal ini seterusnya menyebabkan gangguan terhadap murid lain yang ingin belajar dan disamping menjejaskan tempoh pengajaran yang telah dirancang. Secara jujurnya saya dapati masih banyak kekurangan dalam diri saya yang perlu dibaiki. Saya kadangkala kurang memahami topik yang ingin disampaikan secara mendalam kepada murid menyebabkan kurangnya langkah dan teknik pengajaran yang diterapkan. Adakalanya, saya tidak berfikir lebih panjang dalam menerapkan teknik yang bersesuaian terhadap murid saya menyebabkan kadang-kala teknik yang diajarkan tidak begitu berjaya disampaikan dengan baik. Apapun, saya tetap cuba bereksperimen dengan pelbagai teknik yang lain untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di masa akan datang.

ANALISA MASALAH Saya mula mengenalpasti apakah punca-punca masalah berlaku agar tindakan susulan yang sewajarnya dapat dijalankan : 1) Apakah aktiviti ini sesuai dengan tahap murid? 2) Apakah aktiviti bersesuaian dengan kemahiran yang akan diajar nanti? 3) Apakah aktiviti ini akan mendatangkan keseronokan pada murid? 4) Apakah teknik dan strategi pengajaran bagi satu-satu topik yang ingin diajar? Masalah-masalah yang telah dikenalpasti ini akan diambil perhatian untuk penambah baikan pada masa hadapan.

CADANGAN/TINDAKAN Di masa akan datang, saya akan memastikan setiap pengisian dalam setiap topik yang ingin disampaikan akan difahami secara mendalam terlebih dahulu. Saya juga akan membuat lebih banyak perbincangan bersama guru pembimbing agar setiap masalah yang timbul dapat di atasi demi melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran kelak. Saya akan cuba mengatasi masalah ini dari masa ke semasa untuk memperbaiki segala kelemahan saya dalam pelbagai perkara ini. Masih belum terlewat untuk saya memperbaiki mutu kelemahan saya dalam menjayakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di masa akan datang saya akan sedaya upaya mencari teknik pengajaran yang lebih sesuai untuk diterapkan agar objektif pengajaran tercapai dan segala apa yang dirancang dilaksanakan dengan begitu berkesan.

KESIMPULAN Kepelbagaian aktiviti, teknik dan strategi pengajaran amat penting bagi keberkesanan satu-satu sesi p&p. ini adalah kerana, aktiviti yang dijalankan mampu membantu satu-satu topik diperjelas dengan baik dan sesuai dengan minat murid yang gemarkan bermain. Aktiviti permainan yang seronok ini juga mampu menarik minat murid untuk lebih suka dan bermotivasi untuk meneruskan p&p.

Anda mungkin juga menyukai