Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

Mata pelajaran Kelas Bilangan murid Masa Hari/tarikh Tajuk Sub tajuk

: Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan : 5 Kenanga : 21 orang : 10.00 pagi hingga 10.30 pagi : Selasa / 21 Julai 2010 : Semangat kejiranan : Hidup berharmoni dengan jiran

Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i) ii) iii) Menyatakan 2 cara hidup berharmoni dengan jiran. Menjelaskan 2 kepentingan hidup berjiran. Menghuraikan 2 kesan mengabaikan kepentingan berjiran.

Pengetahuan sedia ada : Murid tinggal di kawasan kejiranan. KBKK : Menceritakan, menjelaskan, menerangkan, mencirikan, Menganalisis. Nilai TKP : Yakin diri, berani, kerjasama, prihatin. : Verbal linguistik, visual.

LANGKAH/MASA

ISI PELAJARAN Soal jawab

AKTIVITI P&P

CATATAN

Set induksi (5 minit)

Bercerita Tajuk : Jiranku yang baik

Murid mendengar cerita yang disampaikan oleh rakan di hadapan kelas. Murid menjawab soalan yang ditanya berkaitan cerita yang disampaikan.

TKP : Verbal linguistik BBM : Buku cerita Nilai : Yakin diri Berani

Soalan : 1) Apakah yang kamu KBKK : faham mengenai Menceritakan cerita tersebut? Menerangkan 2) Apakah peranan jiran dalam cerita tersebut? Murid bersama-sama guru membuat perkaitan dengan tajuk pelajaran.

Langkah 1 (10 minit)

Melengkapkan peta minda - Permainan magical box

Murid diberikan sebuah kotak yang mengandungi nama semua murid. Murid dikehendaki memgedarkan kotak

TKP : Audio

tersebut ke semua murid dengan iringan muzik. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang kotak tersebut dikehendaki mengambil satu kertas dan menyebutkan nama murid yang tertera. Murid yang disebut namanya akan diberikan sekeping kad. Murid tersebut dikehendaki melengkapkan peta minda yang disediakan di hadapan kelas. Permainan diteruskan sehingga peta minda dilengkapkan. Murid diberikan penerangan lengkap oleh guru mengenai peta minda tersebut.

BBM : Manila kad Laptop Nilai : Kerjasama Yakin diri KBKK : Mencirikan Menerangkan

Langkah 2 (10 minit)

Tayangan video - Pop kuiz

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan peluang untuk menonton video yang ditayangkan. Kumpulan 1 perlu menjawab soalan berdasarkan video yang ditayangkan. Jawapan perlu ditulis di atas kertas yang disediakan. Sekiranya jawapan yang diberikan adalah salah, peluang diberikan kepada kumpulan lain untuk menjawab. Setiap kumpulan yang menjawab dengan betul akan diberikan markah. Kumpulan yang mengumpul markah tertinggi dikira sebagai pemenang.

TKP : Visual Kinestatik BBM : Video Laptop Kertas Marker pen Nilai : Yakin diri Kerjasama Prihatin KBKK : Menganalisis Menerangkan

Penutup (5 minit)

Rumusan dan kesimpulan berdasarkan lirik lagu.

Murid bersama-sama guru membuat rumusan aktiviti pelajaran berdasarkan lirik lagu yang diberi.

Interaksi dua hala Nilai : Yakin diri Berani KBKK : Menjelaskan Menerangkan

Anda mungkin juga menyukai