Anda di halaman 1dari 13

Perancangan dan Penstrukturan Maklumat Satu Contoh Kemahiran Asas Gimnastik Bagi Setiap Aksi Usaha Asas Pergerakan

Laban Aksi Usaha Bil. Huraian Gambar Foto

1.

Pressing (Menekan)

Aksi

yang

memerlukan

lakuan tetap, terus dan sokong.

Guling Depan

2.

Flicking (Melentik)

Antara

kiteria-kriterianya

ialah lakuan yang kemas dan licin, boleh lentur

serta spontan.

Dirian Kepala

3.

Punching Thrusting (Menumbuk atau Menolak)

or Memerlukan aksi usaha yang spontan, terus dan tetap.

Guling Belakang

4.

Floating Flying (Terapung

or Aksi usaha yang dilakukan adalah sokong, boleh

lentur serta kemas dan

atau Terbang) licin.

Guling Belakang

Pergerakan Mengikut Analisis Laban Ke Atas Kemahiran Gimnastik Guling Depan

Penghuraian Analisis Pergerakan Mengikut Analisis Laban Ke Atas Kemahiran Gimnastik Guling Depan

Permulaan Pelaku melakukan isyarat permulaan untuk guling depan.

Pressing (Menekan) Aksi yang dilakukan haruslah tetap, terus dan sokong. Aksi ini dimulakan dengan menapak tapak tangan, diikuti lengan, bahu dan kaki digunakan untuk menahan berat badan. Tekanan yang diberikan pada tangan akan diarahkan kepada badan dan seterusnya ke hadapan. Menekan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan untuk ruang ke arah yang dikehendaki iaitu ke hadapan. Kemudian, diikuti dengan menekan pada bahagian lain badan

termasuklah bahu, dada, belakang badan, pinggul, lutut dan kaki.

Terdapat juga variasi dalam aksi usaha ini iaitu pergerakan yang berlaku serentak iaitu semasa tapak tangan menekan, pinggul akan ditolak ke atas, manakala lengan akan sokong untuk meneruskan perlakuan bergerak ke hadapan. Kaki juga akan menekan di atas tilam semasa melakukan aksi usaha ini. Kaki akan membawa, mengalihkan atau menekan berat badan untuk lonjak ke atas udara dan seterusnya dibawa ke hadapan. Aksi menekan ini digabungkan dengan perlakuan menekan pada tapak tangan, lengan dan bahu. Aksi usaha ini dilakukan dalam keadaan badan dibulatkan seperti sebiji bola iaitu dagu dirapatkan kepada bahagian dada semasa menggulingkan badan ke hadapan. Pergerakan menekan ini dalam guling depan digunakan untuk pelaku bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain iaitu ke hadapan. Ketika menolak, aksi menekan penting untuk melawan rintangan. Selain itu, kekuatan kuasa juga dititikberatkan. Jika aksi menekan dan kekuatan kuasa tidak bekerjasama, maka pelakuan guling depan tidak akan dapat dilakukan. Kedua-duanya berfungsi untuk menghasilkan tekanan yang kuat kepada badan dan seterusnya prinsip menekan tapak tangan akan dapat digabungkan dengan kaki, leher dan badan agar memudahkan pengawalan pergerakan. Berat badan, ruang dan masa berguna dalam aksi usaha menekan ini untuk menghasilkan kawalan pergerakan yang lancar dan licin. Pergerakan yang kuat dan tetap berlaku apabila menggunakan tekanan menekan yang tinggi. Secara fizikalnya, kekuatan atau tekanan dihasilkan daripada aksi usaha menekan daripada berat badan untuk melakukan kemahiran guling depan.

Flicking (Melentik) Antara kriterianya ialah lakuan yang kemas dan licin, boleh lentur serta spontan. Aksi usaha ini dimulakan dengan lakuan tangan yang licin, seterusnya putaran pinggang dan jari-jari tangan yang cepat. Melentik juga melibatkan anggota bahu, kepala dan kaki. Apabila melentik, tangan berada dalam posisi terbuka dan badan ke arah belakang dengan tinggi. Anggota badan lain seperti bahu, siku, pinggul, lutut dan kaki membantu melentik untuk mengguling menghala ke hadapan. Setiap bahagian anggota bergerak untuk arah yang berlainan. Tangan, lengan, bahu dan kepala dilentik ke bawah, manakala siku, pinggul, lutut dan kaki dilentik ke atas dan seterusnya bergerak ke hadapan. Kaki dilentik ke atas udara dalam keadaan melonjak. Langkah melentik ini merupakan pergerakan biasa yang dilakukan dalam tarian. Dalam guling depan ini, aksi melentik ini dilakukan dalam keadaan berguling ke hadapan. Melentik akan menghasilkan pergerakan anjal yang kemas dan licin. Berat badan memberikan tekanan kekuatan keanjalan. Ruang yang sesuai pula dapat memberikan satu arah tarikan dan penggunaannya di setiap bahagian dengan sebaik-baiknya. Masa melakukan aksi usaha melentik ini perlu tepat kerana ia memerlukan pergerakan yang cepat, kemas dan licin.

Punching or Thrusting (Menumbuk atau Menolak) Memerlukan aksi usaha yang spontan, terus dan tetap. Aksi usaha menolak dimulai dengan tangan dan lengan dilakukan dengan cepat pada garis lurus yang hendak ditujui. Kaki digunakan sebagai sokongan untuk menolak. Menolak tertumpu pada semua arah badan untuk gerak ke hadapan dengan menggunakan tangan, lengan dan seterusnya kaki. Kemudian, ia disusuli dengan siku, bahu, pinggul, lutut dan kepala. Lengan akan menolak badan untuk mengguling ke hadapan. Tumpuan yang tinggi perlu diberikan kepada seluruh badan ketika melakukan aksi usaha ini. Semasa melakukan guling depan, pinggul berada dalam posisi sisi dan kedua-dua lengan menolak badan ke hadapan. Kaki pula ditolak ke udara bersama-sama anggota badan-anggota badan yang lain. Aksi menolak akan mendorong pelakuan kepada hala yang ditujui iaitu ke arah hadapan. Kuasa dan tekanan digunakan untuk mengawal aksi usaha yang dilakukan. Berat, ruang dan masa perlu mengikut arah ke hadapan dengan cepat dan menggunakan tekanan yang tinggi. Keanjalan aksi usaha menolak dapat menjana tenaga secara spontan.

Floating or Flying (Terapung atau Terbang) Aksi usaha yang dilakukan adalah sokong, boleh lentur serta kemas dan licin. Aksi ini biasanya berlaku apabila pelaku terbang ke udara dengan loncatan atau lompatan. Ia juga merupakan pergerakan yang berterusan iaitu dari posisi badan yang sedang melungsur ke posisi badan naik ke atas menghala ke hadapan. Pergerakan terbang bagi aksi ini diarahkan ke pelbagai ruang zon dalam keadaan terbuka dan menuju ke hadapan. Lengan pelaku menggunakan unsur paksaan untuk memandu pergerakan dengan cara membuat seluruh tubuh badan atau bahagian-bahagian anggota yang lain termasuk bahu, siku, dada, kepala, pinggul, lutut dan kaki bergerak mengikut haluan pergerakan. Dalam aksi ini, kaki terapung ke udara atas. Seterusnya, ia diikuti dengan bahagian atas anggota tubuh badan yang lain. Aksi usaha terbang ini dilakukan pada posisi badan membulat dan diangkat ke atas seterusnya menuju ke hadapan semasa aktiviti dijalankan. Ia merupakan pergerakan transisi iaitu ketika menukar antara satu pergerakan dengan pergerakan yang seterusnya. Tekanan digunakan untuk mendapat kuasa dalam membantu

menampung berat badan, kepala, leher dan kaki semasa melakukan aksi usaha terbang ini. Masa, berat badan dan ruang yang sesuai memberi kawalan dan menghasilkan pergerakan terbang seperti yang dikehendaki.

Wringing (Memulas) Melibatkan pergerakan yang boleh lentur, sokong dan tetap. Aksi usaha ini akan bertukar dari lakuan menarik ke lakuan memutar dan penggunaan yang lebih di bahagian bahu, lengan dan tangan berbanding pinggul dan kaki. Aksi menekan juga terlibat dan menghasilkan aksi memulas dengan pergerakan lentur yang tinggi pada sendi. Pergerakan dimulakan pada bahagian tangan dan kemudian ke bahagian lain anggota badan. Seterusnya, lengan akan diarahkan ke hadapan dalam keadaan terbuka. Kaki akan bersedia untuk melonjak ke atas. Tekanan pada tangan akan dapat membantu pergerakan kaki, tubuh badan dan leher dengan pengawalan fleksibiliti yang baik. Ruang dan masa perlu digunakan dengan baik. Manakala, berat badan perlu dikawal dalam melakukan aksi usaha memulas ini. Pergerakan fleksibel amat penting dalam aksi usaha memulas ini.

Dabbing (Mencecah) Memerlukan aksi usaha yang terus, spontan serta kemas dan licin. Pergerakan tangan hendaklah kemas dan licin. Manakala, kaki bergerak pantas untuk mendorong badan, bahu dan kepala naik ke atas. Selain itu, anggota badan lain yang terlibat ialah pinggul, dada dan bahagian belakang badan. Aksi usaha mencecah ini akan menggerakkan badan untuk naik ke atas. Tangan dan kaki bergerak pada masa yang sama hasil daripada simulasi pergerakan. Badan akan mencecah lantai dan seterusnya naik ke atas. Pergerakan mencecah ini digunakan untuk pergerakan dari satu posisi ke posisi yang lain iaitu dari keadaan badan mengguling ke keadaan badan naik ke atas. Rintangan berlaku semasa aksi usaha mencecah ini. Sedikit goyangan pada pergerakan akan dapat diatasi dengan tekanan keanjalan yang dilakukan. Ruang dan masa membantu beban berat badan untuk menghasilkan pergerakan yang kemas dan licin. Lakuan yang dilakukan secara langsung memberikan pergerakan yang lurus mencecah ke udara.

Slashing (Mencantas) Lakuan untuk aksi usaha ini ialah spontan, tetap dan boleh lentur. Aksi usaha ini dimulai dengan lengan ditolak dan diakhiri dengan kaki distabilkan naik ke atas. Penggunaan yang lebih di bahagian bahu, siku, pinggul, tapak kaki dan kepala berbanding lengan dan kaki. Tapak kaki menyokong lakuan mencantas dilakukan secara kuat. Pergerakan mencantas adalah ke hadapan. Simulasi bagi mencantas berlaku pada bahagian badan dan arah pergerakan yang berbeza. Pada pergerakan ini, lutut akan dinaikkan ke atas manakala bahu dirapatkan ke dalam. Pergerakan mencantas ini digunakan untuk pergerakan dari satu posisi ke posisi yang lain iaitu berlaku semasa badan naik untuk bangun ke atas. Berat badan dan masa mengikut ruang untuk pergerakan mencantas ini. Ia dilakukan dengan melonjakkan badan naik ke atas dengan pantas. Aksi usaha ini hendaklah mengikut arah pergerakan dan kebiasaannya berlaku apabila lakuan hampir berhenti.

Gliding (Melungsur) Aksi usaha yang dilakukan adalah sokong, kemas dan licin serta terus. Pergerakan ini boleh disokong dengan tapak tangan dan tapak kaki seterusnya bergerak pada permukaan lantai untuk bangun ke atas dengan kemas dan licin. Aksi usaha melungsur dimulakan dengan tapak tangan dihalakan ke bawah selari dengan tilam dalam keadaan badan guling ke hadapan dan seterusnya naik ke atas. Pergerakan melungsur ini diteruskan dengan lakuan langkah pergerakan sambil mengimbangkan badan ketika badan hendak berdiri tegak mengikut pergerakan dan ia hendaklah dilakukan secara kemas dan licin. Pergerakan ini bukan sahaja melibatkan badan sahaja, tetapi bahagian anggota badan yang lain termasuklah tangan dan kaki semasa membengkok dan menghayun untuk memudahkan lagi aksi usaha melungsur ini. Kedua-dua tangan digunakan untuk menolak badan naik ke atas. Selain itu, anggota-anggota badan lain yang terlibat ialah bahu, siku, kepala, dada, belakang badan, pinggul, lutut dan tapak kaki bertujuan untuk menyokong aksi usaha ini. Terdapat pergerakan variasi dalam aksi usaha ini iaitu beberapa anggota bergerak dalam lakuan yang berbeza. Apabila pinggul ditolak naik ke atas, bahu pula bergerak ke bawah untuk menolak badan naik ke atas.

Semasa melungsur, kedua-dua belah kaki akan melalui tilam. Langkah melungsur juga boleh disambungkan dengan gerak isyarat melungsur oleh anggota badan yang lain.

Dalam aksi usaha ini, pergerakan melungsur dari keadaan lakuan akhir mengguling badan ke hadapan sehingga keadaan berdiri. Berat dan masa mengikut aksi usaha ini, manakala ruang melawannya. Ia bermakna setiap pergerakan yang dilakukan seharusnya terkawal dan lakuan pada anggota badan adalah berbeza. Sokongan bagi setiap anggota badan amat penting untuk tekanan yang bertentangan dihasilkan ke arah pergerakan tidak terhad agar dapat dilakukan dengan jayanya.

Aksi usaha ini dilakukan dengan tidak terhad sehingga pelaku dalam kesediaan untuk berhenti.

Anda mungkin juga menyukai