Anda di halaman 1dari 2

Blogger Gila cerita panas

Dalam dunia blog ini memang tidak dapat dipisahkan blogger dengan traffiknya.Aku juga tidak terlepas daripada perkara ini,sibuk mengejar traffik sehingga lupa pada kualiti sesebuah penulisan itu .Memang tidak dinafikan cerita dunia hiburan tanah air adalah cara yang paling mudah untk menjana traffik.Cerita perkahwinan,gosipgosip artis memang jalan terbaik untuk traffik harian yang mantap.Kadangkala sampai seminggu traffik membukit hanya dengan satu entry yang melibatkan dunia hiburan.Begitulah penangannya..

credit:rotikaya Tetapi harus kita ingat bukan semua boleh menjadi beautifulnara atau rotikaya Malaysia,jadi traffik akan datang dan pergi tanpa meninggalkan impak yang kuat untuk pembaca datang kembali.Pernah juga aku menulis tentang 'cerita panas' dalam blog seperti entry ini dan ini .Ya memang hebat penangannya,aku hanya meletakkan gambar tanpa sebarang isi penerangan dan traffik datang berduyunduyun masuk ke blog ini..

Di sini aku lihat 'cerita panas' ini sememangnya mampu untuk memberi kelegaan buat blogger tetapi daripada segi penjenamaan blog ia bukanlah perkara yang terbaik untuk dilakukan.Beratus-ratus ribu blog ada di Malaysia , seharusnya kreativiti dalam menjenamakan blog perlu diutamakan.Kalau fatin liyana diingati dengan trademarknya manakala bro ariffshah dengan kisah di moscownya dahulu,bagaimana pula dengan blog kita?Apa pula elemen yang mampu menarik pengunjung untuk terus membaca setiap kisah yang kita bawakan?Tepuk dada tanya selera. Pastinya masing-masing ada pendapat tersendiri berkaitan hal ini.Aku juga masih mencari identiti blog ini sebenarnya, tidak mahu terus-terusan digelar blog 'rojak'.Mungkin selepas ini akan ada niche untuk blog ini,masih difikirkan apa yang sesuai.Untuk semua blogger kurangkan kontroversi,tigkatkan prestasi naa..hehe
Penulis blog jeritpekik.my

Anda mungkin juga menyukai