Anda di halaman 1dari 2

PRAKTIKUM FASA 3 201 3 PENULISAN JURNAL HARI PERTAMA

Hari ini hari pertama saya berada di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 22200 Besut Terengganu. Saya bersama 4 orang lagi rakan praktikum yang lain melaporkan diri seawall jam 7.25 pagi di pejabat. Kami telah di sambut mesra oleh semua warga sekolah ini. Semasa pertama kali saya menjejakkan kaki di SKTM, saya teruja dengan suasana dan keadaan yang selesa dan bersih, tambahan lagi murid-murid dikehendaki berhimpun di dataran pada hari Ahad untuk perhimpunan pagi. Hal ini menaikkan lagi semangat saya untuk menjalani praktikum di sekolah ini selama 3 bulan. Saya bersyukur kerana tidak lagi mengalami masalah kenderaan untuk ke sekolah dan tidak mengalami masalah dialek sepertimana yang dialami oleh rakan saya yang bukan berasal dari Pantai timur. Pergaulan antara guru mampu berjalan dengan baik walaupon saya dan rakan tidak mempunyai tempat di dalam Bilik Guru dek kekangan ruang yang tidak besar. Namun, hal ini tidak membataskan pergaulan kami dengan guru serta warga kakitangan SKTM yang lain. Saya dan rakan saya mencuba sedaya upaya mencari tempat kosong di dalam bilik guru dan Alhamdulillah kami mendapat tempat di dalam bilik guru kecil. Pergaulan yang mesra ini akan sentiasa saya kekalkan supaya tidak menimbulkan masalah yang tidak diingini di kemudian hari kelak.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : Nama :

PRAKTIKUM FASA 3 201 3


Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai