Anda di halaman 1dari 3

PRAKTIKUM FASA 3 201 3 PENULISAN JURNAL MINGGU KEDUA ( 27 JANUARI 31 JANUARI 2013 )

1.0 Masalah Ini merupakan minggu kedau keberadaan saya di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud. Proses pembelajaran dan pengajaran saya bermula pada minggu ini dan masalah mula timbul apabila saya tidak dapat mengawal kelas dek kerana bilangan murid yang terlalu ramai. Semasa pengajaran dan pembelajaran, murid-murid datang ke bengkel 15 minit lewat dari masa yang sepatutnya.

2.0 Analisis 1. Saya belum pernah mengawal kelas yang mencecah 38 orang pada praktikum fasa lalu.
2. Masalah murid datang lambat ke bengkel kerana menyiapkan kerja rumah yang

diberikan oleh guru sebelum waktu KH

3.0 Cadangan Untuk Memperbaiki Bagi mengatasi masalah yang dilalui,saya perlu membaca buku pengurusan bilik darjah dan bertanyakan kepada guru di sekolah tentang cara untuk mengawal murid yang ramai. Saya perlu lebih tegas dengan mengingatkan murid supaya tidak lambat datang ke bengkel dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan semasa pulang ke rumah.

PRAKTIKUM FASA 3 201 3

4.0 Tempoh masa tindakan susulan Tempoh masa yang saya anggarkan untuk menyelesaikan isu ini ialah seminggu dan berharap agar masalah yang sama tidak akan berulang lagi.

5.0 Penilaian Kejayaan Saya telah berusaha menyelesaikan masalah ini hasil kerjasama dari rakan praktikum dan guru pembimbing serta kakitangan sekolah yang banyak membantu memberi input yang diperlukan.

6.0 Tindakan susulan Semasa berada di sekolah, saya akan berusaha untuk bersikap lebih tebuka dalam meminta idea dan pendapat dari rakan praktikum mahupun guru pembimbing supaya masalah yang dihadapi tidak berulang lagi pada minggu yang akan datang.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : Nama :

PRAKTIKUM FASA 3 201 3


Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai