Anda di halaman 1dari 2

Alamat suami

................................................................................................................................................................
Ketua Sektor,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuaan,
62604, Putrajaya

4 September 2015

Tuan,
KEIZINAN PERTUKARAN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan permohonan pertukaran
sekolah isteri saya, NAMA ISTERI melalui laman web E-GTukar No. Permohonan W2XXXXXXX
adalah berkaitan.
2. Sukatcita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas memberi keizinan kepada isteri saya,
NAMA ISTERI, (No. Kad Pengenalan ) yang kini bertugas di Sekolah Kebangsaan XXXXXXr untuk
berpindah ke mana-mana sekolah di dalam daerah MANA.
3. Untuk makluman tuan, saya mewakili isteri saya berharap agar pihak tuan dapat meluluskan
permohonan perpindahan ini atas sebab-sebab berikut :
i.

Bakal menimang cahaya mata yang pertama pada bulan Disember 2015. Jadi wajarlah
sekiranya saya dapat menjaga anak dan isteri saya. Hal ini dapat meringankan bebanan
tanggungjawab isteri saya dalam menjaga anak kerana tiada pengalaman menguruskan
anak dan perlu menguruskannya seorang diri. Disamping itu juga, isteri saya tidak perlu
menggunakan Cuti Rehat Khas yang dibekalkan hanya 9 hari sekaligus sekiranya terjadi
perkara-perkara yang tidak diingini melibatkan perihal anak pada masa akan datang. Hal ini
dapat mengelakkan prestasi kerja isteri saya menurun apabila tertekan dengan keadaan
semasa.

ii.

Sekolah di mana tempat isteri saya mengajar telah terpilih dalam Program Sekolah
Transformasi mulai tahun hadapan dan hal ini menjadi kekangan kepada isteri saya untuk
memohon pertukaran sekolah setelah program tersebut dijalankan. Tidak wajar seorang
anak berjauhan dengan bapanya selama 3 tahun selepas ini dan menjadi tanggungjawab
seorang isteri untuk berada di sisi suaminya.

iii.

Salah seorang daripada kami terpaksa berulang alik dari Pasir Gudang ke Kuala Lumpur
atau Kuala Lumpur ke Pasir Gudang. Pada permulaannya, ia tidaklah mendatangkan
masalah tetapi apabila memikirkan masa hadapan disamping bakal menimang cahaya mata
pada hujung tahun ini, adalah menjadi satu tekanan kepada kami terutamanya memikirkan
keselamatan anak sepanjang perjalanan. Prestasi kerja juga menurun kerana penat
berulang alik samada menggunakan kenderaan awam mahupun kenderaan sendiri.

iv.

Kami terpaksa menyewa dua buah rumah iaitu di Pasir Gudang seperti alamat diatas dan
satu lagi di ALAMAT RUMAH. Keselamatan isteri saya juga menjadi keutamaan saya
kerana menyewa bersama rakan, dan jika terjadi apa-apa kecemasan saya tiada di sisi.

v.

Port kerja saya hanya terdapat di Pasir Gudang tiada di kawasan Kuala Lumpur dan
sekitarnya. Jadi tinggilah harapan saya untuk meletakkan harapan supaya isteri saya dapat
bertukar kemana-mana sekolah berdekatan di dalam Daerah Pasir Gudang.

4. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar permohonan perpindahan isteri saya berhampiran
dengan rumah kediaman saya di Pasir Gudang mendapat pertimbangan sewajarnya dan seterusnya
diluluskan oleh pihak tuan. Saya juga berharap pihak tuan meluluskan permohonan isteri saya
kerana ini adalah peluang kali terakhir untuk isteri saya membuat permohonan sebelum Program
Transformasi Sekolah bermula pada tahun hadapan dan terpaksa menunggu 3 tahun lagi untuk
membuat permohonan pertukaran.
5. Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi
kami di talian NO TEL (NAMA SUAMI) atau NO TEL (NAMA ISTERI). Segala kerjasama daripada
pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
------------------------(NAMA SUAMI)

Anda mungkin juga menyukai