Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan pemerhatian yang saya jalankan, saya dapati guru telah menggunakan pelbagai teknik pengajaran yang sesuai

dan menarik yang mampumenarik minat murid dan dapat memberikan kefahaman dan menjadikan prosespengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Pada pandangan saya,kaedah dan teknik pengajaran yang telah dijalankan oleh guru di sini amat baik dansesuai untuk semua murid memandangkan di sekolah ini terdapat murid dari kaumorang asli. Kesimpulannya, pendedahan pada program Bina Insan Guru kali ke-5 ini banyakmemberikan maklumat yang berguna dan akan saya jadikan panduan apabila mengajardi sekolah kelak. Melalui lawatan penanda aras seperti ini, para guru pelatih akanmendapat peluang untuk menimba ilmu terutamanya dari aspek pengurusan danpentadbiran oleh pihak sekolah. Saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna melalui BIG ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia adalah golongan yang hidup berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita. Dengan mengambil contoh BIG ini, saya telah berjaya mendapatkan banyak bantuan daripada rakan sekelas dan juga rakan dari kumpulan yang lain dengan berkenalan dan berkomunikasi dengan mereka, sama ada semasa memasak, mendirikan bendera, memasang khemah, membina gajet, menhidupkan api, terlibatan dalam kawalan sentri, dan sebagainya. Tanpa bantuan daripada rakan yang lain, adalah mustahil saya dapat melaksanakan semua ini. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah sangat penting bagi memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Kursus ini juga secara langsung merapatkan hubungan silaturahim sesama rakan sekelas dan juga rakan-rakan juga kumpulan yang lain. Semua ini tidak dapat saya pelajari jika tidak menjalankan BIG pada semester ini. Selain itu, penceramah juga ada menyatakan bahawa sebagai seorang bakal guru, guru pelatih sepatutnya sudah pandai ataupun belajar untuk menyalurkan segala perkara yang ingin disampaikan kepada sesuatu organisasi atau individu melalui saluran yang betul. Teguran dan nasihat ini sebenarnya banyak menyedarkan saya dimana situasi sekarang amat bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut. Hal ini kerana, sejak kebelakangan ini sudah timbul satu senario dimana mereka yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara lebih suka menyalurkan masalah itu melalui saluran yang tidak betul. Malahan, cara yang dipilih oleh segelintir mereka yang terlibat ini juga dilihat seperti tiada penyelesaian dan mungkin lebih memburukkan lagi keadaan.

Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya masalah gejala sosial dikalangan pelajar yang semakin parah, harapan yang mengunung daripada masyarakat kepada guru, sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru adalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah. Selain itu, tugas seorang guru ini merupakan satu tugas yang dipandang tinggi oleh agama. Setiap ilmu diajar kepada para pelajar dan tidak ada istilah malas dalam kamus seorang guru apabila menyentuh bab mendidik anak bangsa. Setiap tugas dan didikan terhadap murid-murid dibuat tanpa mengharapkan balasan kepadanya, tetapi Cuma mengharapkan agar murin-muridnya berjaya dalam hidup mereka dan itulah balasan yang paling berharga buat insan bergelar guru. Bagi kami, guru juga telah dijadikan role model kepada masyarakat di sekeliling kita. Kenapa guru yang dipilih untuk di contohi? Hal ini kerana seorang guru dipandang mulia oleh masyarakat dan perlu dicontohi mereka. Tatatertib, pergaulan, budi bicara, penampilan dan sebagainya pasti akan menjadi perhatian masyarakat seterusnya menjadi ikutan atau contoh buat masyarakat. Selepas sesi perbincangan, kami kemudia dikehendaki berkumpul semula dan perlu membentangkan semula semua hasil perbincangan kami pada rakan-rakan guru pelatih. Perkongsian ilmu ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi juga banyak memberi pengalaman kepada saya dalam membentangkan hasil perbincangan dan kebolehan untuk bercakap dihadapan audiens yang ramai. Pengalaman berharga seperti itu pasti sukar dicari dan kesempatan yang diberikan ketika menyertai seminar BIG ini amat dihargai. Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti itu begitu banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang buruk akan dijadikan sempadan. Jika diberi peluang untuk menyertai seminar-seminar yang bertemakan profesion keguruan, saya pasti akan menghadirinya dengan niat untuk belajar dan membuat persedian bagi menghadapi hari muka sebagai guru yang berjaya. Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya pelajari dari Seminar BIG ini. Selain itu, terdapat juga gangguan persekitaran dimana pelatih-pelatih PISMP keluar dan masuk ke dewan sesuka hati. Perkara ini menyebabkanberlaku sedikit gangguan kepada pelatih-pelatih lain yang sedang mendengar ceramahyang disampaikan. Semasa sesi kedua ceramah disampaikan pula, terdapat sedikitkesulitan dimana pihak ahli jawatankuasa program ini tidak dapat menyediakan laptopuntuk penceramah. Oleh sebab itu, berlaku gangguan masa dan perkara ini.

Anda mungkin juga menyukai