Anda di halaman 1dari 2

1.

PENGENALAN Dari segi pendapat pakar pendapat pendidikan, pelbagai pendapat yang berbeza dapat dilihat apabila kita mencari definisi kurikulum. Antara yang dipetik adalah menurut Hirst (1975) dalam Pengurusan Kurikulum, beliau mendefinisikan kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan mencapai objektif yang ditentukan. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994). Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri sebaliknya ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Kurikulum berkembang mengikut proses aliran yang bermula dengan pembentukkannya terlebih dahulu. Selepas kajian dan perancangan yang berkaitan dibuat, maka terbentuklah satu kurikulum yang di mana ianya disebarkan di medium seperti sekolah. Selepas itu, proses pengajaran kurikulum tersebut akan berlangsung. Ketika proses ini berlangsung, pelbagai penilaian akan dijalankan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan kurikulum tersebut. Pendidikan matematik sebenarnya adalah pendidikan yang banyak menekankan kepada pembinaan konsep oleh pelajar sendiri dan Cara murid-murid

pengaplikasian konsep yang dibina bagi menyelesaikan masalah.

pemikiran yang tertentu hendaklah dibudayakan di kalangan pelajar. Pelajar hendaklah dibiasakan dengan amalan untuk mengenalpasti pola atau binaan kepada sesuatu situasi kerana itulah hakikat kehidupan kita di dunia.

Dalam tugasan ini juga pelbagai peranan guru matematik yang dapat dirumuskan sejajar dengan perkembangan dunia pendidikan. Seorang guru matematik perlulah mempunyai banyak peranan kerana setiap peranan membuatkan hasil pembelajaran lebih tercapai contohnya peranan guru matematik sebagai kaunselor, pengarah, pelakon dan sebagainya amat penting dalam dunia sekarang. KBSR dan KSSR juga mempunyai banyak perbezaan yang tersendiri. Kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) digubal menjadi Kurikulum Standard sekolah rendah (KSSR) apabila terdapat ramai murid-murid yang dilahirkan dalam dunia teknologi pandai dalam pelbagai bidang dan kerajaan menukarkan kurikulum supaya taraf pendidikan negara kita sama dengan negara lain. Kurikulum ini juga dibina berdasrakan konsep yang menarik supaya setiap konsep matematik dapat berlaku dengan mudah. Kesimpulannya, kepelbagaian kurikulum yang wujud adalah

disebabkan keadaan dunia atau rakyat yang semakin maju dari hari ke hari. Pembinaan sesuatu kurikulum perlu disemak supaya lebih teratur dan kejayaan setiap proses P&P yang dilaksanakan dapat melahirkan acuan dalam membentuk generasi yang dapat menggantikan pemimpin negara kelak.

Anda mungkin juga menyukai