Anda di halaman 1dari 2

1.

PENDAHULUAN Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan sejak tahun 1960-an oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ). Pendidikan Pemulihan merupakan tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan yang menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan. Dalam proses pendidikan pula, pendidikan pemulihan ialah suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaraan khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR. Dalam mendidik murid pemulihan, guru perlulah memainkan peranan sebagai guru pemulihan dengan sebaik mungkin. Murid-murid pemulihan merupakan murid-murid yang terlalu istimewa dan mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan. Sebagai seorang pendidik, guru seharusnya bijak mengatur strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi membantu muridmurid ini dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid pemulihan perlulah menggunakan kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan penggunaan sumber dan juga mengambil kira kemahiran sedia ada murid dan juga aspek kemahiran yang perlu mereka capai sepanjang proses P&P berjalan.

Salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk membatu murdmurid ini dalam aspek pembelajaranadalah melalui aktiviti terapi. Kaedah pemulihan ini bertujuan membantu murid untuk bertindak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Kaedah pemulihan ini juga diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembejaran untuk meningkatkan daya pengamatan murid-murid, meransang mereka untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran, serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif , emosi, sosial, dan psikomotor murid-murid. Antara contoh-contoh terapi yang boleh dilaksanakan adalah terapi fisio, terapi pertuturan, terapi cara kerja, terapi muzik dan nyanyian, terapi air, terapi pergerakan kreatif, dan terapi pasir. Proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid pemulihan perlu mengaplikasikan strategi pengajaran yang sesuai dengan mereka. Dalam aspek pertuturan, terdapat pelbagai strategi pengajaran yang boleh dijalankan oleh guru untuk membantu murid-murid ini. Begitu juga dengan aspek-aspek kemahiran bahasa yang lain. Kesesuaian strategi pengajaran yang digunakan oleh guru dapat menjamin keberkesanan sesi pengajaran yang dijalankan. Tuntasnya, kaedah pemulihan yang sesuai dengan kemahiran murd dan juga kemahiran yang ingin dicapai dapat membantu guru-guru menyampaikan ilmu dan sekaligus membantu murid-murid pemulihan memahami perkara yang diajar dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai