Anda di halaman 1dari 16

SISTEM TULISAN MELAYU

A. Asal Usul Tulisan Melayu Shellabear menulis artikel tentang perkembangan ejaan Arab Melayu (Jawi) pada tahun 1901, ia menyebut dan mengulas beberapa pengkaji Barat yang telah menyelidiki bahasa Melayu termasuk ejaan dan tulisannya, antara lain: van Ronkel, van Elbinck, Robinson, Gerth v. Wijk, Erdnly, van der Waal, Cohen Stuart, de Hollander, van der Tuuk, Pijnappel, Klinkert dan Wilkinson. Shellabear telah menyuarakan rasa kagumnya terhadap hakikat adanya keseragaman dalam tulisan dan ejaan Arab Melayu yang terkandung dalam manuskrip-manuskrip sebelum kurun abad ke tujuh belas Masehi yang ditulis di seluruh pelosok Kepulauan Melayu. Shellabear memberi alasan keseragaman tersebut disebabkan karena kemahiran tulis menulis pada masa itu hanya dikuasai oleh beberapa orang juru tulis yang tentu sekali telah terlatih dalam hal kaidah penulisan sehingga dapat terjaga keseragamannya. Kenyataan ini diperkuat oleh fakta bahwa teks-teks pada masa itu kebanyakanya terdiri dari dokumen-dokumen resmi agama dan kerajaan, yang tentu sekali hanya ditulis oleh kelompok terpelajar saja. Lebih lanjut Shellabear menyatakan kekagumanya, bahwa orang Melayu menerima system tulisan dan bacaan Arab Melayu ini secara langsung dari orang Arab, dan orang Arablah yang mula-mula menggunakan sistem tulisan Arab untuk menulis bahasa Melayu yang seterusnya dikenal dengan nama Aksara/Tulisan Arab Melayu atau Jawi. Pada tahun 1812 (sekitar 100 tahun sebelum kajian Shellabear), Marsden telah memperkatakan keberadaan aksara Arab Melayu dalam

bukunya A Grammar of the Malayan Language. R.O. Winstedt (1913) juga mengulas tentang system ejaan Arab Melayu dalam bukunya Malay Grammar. Sedangkan di kalangan orang Melayu, Raja Ali Haji diakui sebagai tokoh yang mula-mula sekali memperkatakan system ejaan Arab Melayu seperti yang tercatat dalam bukunya Bustan al-Katibin, diteruskan oleh Muhammad Ibrahim (anak Abdullah Munsyi). Sedangkan tokoh Melayu pertama yang benar-benar menganalisis system ejaan Arab Melayu dari segi prinsip dan segala permasalahannya adalah Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) dengan karyanya Jawi Spelling dan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi. Tokoh lainnya adalah Raja Haji Muhammad Tahir bin Al-Marhum Mursyid Riau dalam bukunya Rencana Melayu. Skrip Arab yang diadaptasi oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang berkembang selama ini, selain disebut dengan nama Arab Melayu, juga dikenal dengan istilah Jawi (Jawo menurut istilah Atjeh ; Pegon = dalam istilah Jawa). Tidak diketahui siapa orang yang memperkenalkan istilah Jawi. Kata Jawi dalam bahasa Melayu (Malaysia) merupakan nama sejenis tetumbuhan, yaitu Pokok Jawi-jawi atau Jejawi dan pada penamaan jenis beras yaitu Beras Jawi (beras yang berbeda dengan beras pulut). Kata Jawi juga dikebal dalam bahasa Minang/Kampar untuk menyebut kerbau. Kesemua istilah ini tidak ada hubungan dan kaitannya dengan penamaan Aksara Jawi. Begitu juga jika dikatan bahwa Jawi merupakan perkataan Arab dari kelas kata ajektif terbitan dari kata (nama) Jawa, dengan maksud (tulisan) yang berkait dengan suku/orang/pulau Jawa. Hal ini tidak logis, karena Aksara Jawi sudah wujud dan digunakan di wilayah Sumatra dan Semenanjung Malaya jauh sebelum orang/pulau Jawa memeluk agama Islam (883 H/1468 M).

Omar Awang, menegaskan kemungkinan perkataan Jawi berasal dari perkataan Arab al-Jawwah untuk menamakan pulau Sumatra (seperti nama lainnya menurut versi Arab adalah: Yaqut dalam Mujan al-Buldan; Abu alFida dalam Taqwim al-Buldan dan Rihlat Ibn Batutah) yang pernah digunakan dalam catatan (bertulisan Arab) sebelum pertengahan abad ke 14 M. Fakta ini menunjukkan satu kemungkinan yang kuat bahwa istilah Jawi berasal dari orang Arab untuk merujuk skrip ejaan yang digunakan oleh orang Sumatra (penduduk al-Jawwah) yang beragama Islam dan menggunakan bahasa Melayu. W. Marsden dan G.H. Erndly mengutip pendapat Marco Polo yang mengatakan bahwa perkataan Jawa/Jawi merupakan nama lain pulau Sumatra pada zaman dulu (ketika penduduk pulau ini telah memeluk agama Islam). Marsden menyebutkan keterangan yang dibuat oleh Raffles, perkataan Jawi bagi orang Melayu bermakna kacukan (mixed or crossed), seperti dalam ungkapan: anak Jawi bermakna anak kacukan (bapak Keling dengan ibu Melayu). Dengan demikian timbul istilah Jawi peranakan (peranakan Melayu). Merujuk pendapat Wilkinson, istilah Jawi maksudnya adalah Melayu, misalnya dalam ungkapan: jawikannya bermakna: terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Termasuk pula dalam bahasa tulis maka maknanya: salin ke dalam bahasa Melayu. Hal ini diperkuat oleh data seperti yang tercatat dalam kitab Seribu Masalah sebagaimana penggalan kutipan berikut ini: yang daripada bahasa Parsi dipindahkan kepada bahasa Jawi (pen: tulisan Melayu maksudnya tulisan Arab Melayu) yang menyurat ini Muhammad Mizan ibn Haji Khatib Taha bangsanya al-Jawi (Melayu) Palembani negerinya. Malek Bennabi membagi zona bangsa/budaya ummat Islam di dunia ini terdiri dari lima zona (Arab, Mesir, Persia, Melayu dan Turki), maka

dalam hubungannya dengan peristilahan Jawi; istilah Jawi dengan makna Melayu adalah sebagai lawan (kata) bagi istilah Arab/Parsi. Berarti: Bangsa Jawi bermakna lawan kata dari bangsa Arab/Mesir/Persia/Turki; begitu juga bahasa dan tulisan Jawi merupakan lawan dari bahasa dan tulisan Arab/Mesir/Persia/Turki. Berdasarkan uraian tersebut dapat ditegaskan bahwa yang dimaksud tulisan Arab Melayu atau Jawi adalah bahasa Melayu yang ditulis dengan menggunakan skrip (huruf dan tulisan) Arab. B. Sistem Tulisan Melayu Sistem tulisan ialah set huruf yang digunakan untuk menulis. Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti.Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Orang-orang Melayu pernah menggunakan sekurang-kurangnya 4 jenis tulisan iaitu Rumi, Kawi, Palava dan Jawi. Antara keempat-empat tulisan tersebut, hanya tulisan Rencong saja yang dikenal pasti sebagai tulisan Melayu yang asli, tetapi sayang, tulisan Rencong, Kawi dan Palava telah lama pupus. 1. Tulisan Pallava Tulisan Pallava ialah suatu sistem tulisan abjad suku kata (abugida) yang berasal daripada tulisan Brahmi dari Selatan India. Tulisan ini juga dikenali sebagai Vatteluttu atau "tulisan bulat". Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di kawasan Kepulauan Melayu. Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit.

Ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis. Tulisan Pallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu Kuno, yang mana banyak menerima pengaruh daripada Sanskrit. Bukti penggunaan tulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaiki bot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara. Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Pallava berbahasa Sanskrit. Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan tentang pencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga. Yupa tersebut berasal dari tahun 400 merupakan tinggalan pemerintahan Hindu. Tulisan Pallava dibahagikan kepada dua iaitu : 1. Tulisan Palava awal 2. Tulisan Palava akhir 2. Tulisan Kawi Tulisan kawi (juga dinamakan "tulisan Jawa Kuno") ialah sistem tulisan terawal di Kepulauan Melayu. Ia telah wujud dalam kurun ke-8 M. Tulisan kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Tulisan ini kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baru. Tulisan kawi asalnya adalah dari huruf Vangki

(Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M. Dengan menggunakan huruf-huruf kawi, Pallava dan Rencong, orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat). 3. Tulisan Jawi Tulisan Jawi ( ) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tulisan Jawi di gunakan hanya selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan terawal yang digunakan di Nusantara adalah tulisan Pallava Grantha yang berasal dari India selatan. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor, Kerajaan Islam Melayu Patani dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.[1] Bentuk huruf Nama Tunggal Awal kata Tengah kata Padanan Rumi Akhir kata

alif ba ta sa jim ha ca kha dal zal

A B T s, (th) J h, () C Kh D z, (dh)

ra zai sin syin sad dad ta za

R Z s sy )s, ( )d, ( )t, ( )z, ( awal: a, i,

ain

u; akhir: k, )(

ghain nga fa pa qaf kaf ga lam

gh ng f p )k, q, (q k g l

mim nun wau va ha

m n w, u, o v h y, i, e

ya

taling e pepet

ye

hujung ny awal:

nya

hamzah

gugur; akhir: k, ()

ta marbutah

t, h, ()

Catatan: 1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab. 2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi. 3. Huruf diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf v. 4. Huruf imbuhan, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas . Namun, tiada fon dewasa ini yang mempunyai
9

diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti

kemampuan untuk memaparkan huruf pada kedudukan yang betul. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan

4. Tulisan Rumi Abjad Rumi, juga dipanggil abjad Latin, merupakan sistem tulisan abjad yang paling meluas digunakan di dunia hari ini. Rumi berasal dari perkataan dalam bahasa Arab, Rumiyah ( )yang bermaksud empayar Rom, huruf latin dipanggil abjad rumi kerana ianya digunakan oleh empayar Rom pada ketika itu. Abjad Rumi asas mengandungi 26 huruf[1], iaitu dari A hingga Z. Ia digunakan, dengan sedikit pengubahsuaian, untuk hampir semua bahasa Eropah (kecuali beberapa negara Eropah Timur), Amerika, Afrika sub-Sahara dan Kepulauan Pasifik. Setiap konsonan dalam Rumi, disebut seperti konsonan latin. Pada kurun ke-17, dibawah pengaruh empayar Belanda dan British semasa penjajahan dan pencerobohan yang dilakukan oleh mereka, sebutan dalam rumi telah diambil alih daripada bahasa Arab ke Latin. a. Asal-usul Adalah dipercayai bahawa orang Latin menerima guna abjad Cumae , iaitu suatu bentuk abjad Yunani, pada abad ke-7 SM dari Cumae, sebuah jajahan Yunani di Itali Selatan. Abjad Yunani Kuno pula berasal dari abjad Phoenicia. Dari abjad Cumae itulah, terhasilnya abjad Etruscan dan orang-orang Latin memakai 21 dari 26 huruf Etruscan asal: Abjad Latin Lama K L M N O P Q R S T V X

A B C D E F Z H I

10

Huruf C ialah bentuk barat bagi huruf Yunani gamma, yang digunakan untuk bunyi // dan /k/, mungkin kerana dipengaruhi bahasa Etruscan yang tiada konsonan hentian bersuara. Lamakelamaan, sekitar abad ke-3 SM, huruf Z yang tidak perlu dalam penulisan bahasa Latin, digantikan di tempatnya dengan huruf baru G, iaitu huruf C yang diubah suai dengan sebatang lagi garis. Sejak itu, huruf G mewakili hentian bersuara //, sementara huruf C mewakili hentian tak bersuara /k/. Huruf K pula amat jarang digunakan, kalau digunakan pun mudah digantikan dengan C. Setelah Rom menakluki Yunani pada abad pertama SM, bahasa Latin menerima pakai huruf-huruf Yunani Y dan Z di akhir susun atur abjad, untuk menulis kata pinjaman dari bahasa Yunani. Cubaan Maharaja Claudius memperkenalkan tiga huruf tambahan tidak berkekalan. Justeru, ketika zaman bahasa Latin klasik, huruf Rumi ada 23 hruuf: Huruf A Nama Sebutan (IPA) Abjad Rumi Klasik B B /be/ / C c D d E F ef G g H h

ke/

de/

e/

/ef/

/ge/

/ha/

Huruf

Q Q

Nama

el

\em

en

11

Sebutan (IPA)

/i/

/ka/

/el/

\/em/

/en/

/o/

/pe/

/ku/

Huruf Nama

R er

S Es /

T t

X ex

Y Graeca

Z Zta

Sebutan (IPA)

e /es/ r /

/te/

/u/

/eks/

/i graika/ /zeta/

Nama-nama Latin beberapa huruf masih menjadi pertikaian. Sungguhpun begitu, orang Rom secara amnya tidak menggunakan nama-nama yang sama dengan huruf-huruf Yunani. Kebanyakan nama konsonan hentian terdiri daripada bunyi konsonan masingmasing disusuli vokal /e/ (kecuali K dan Q yang memerlukan vokal lain untu dibezakan dari huruf C). Huruf Y mula-mulanya disebut hy /hy/ seperti bahasa Yunani yang ketika itu masih belum memakai nama upsilon, tetapi ditukar ke i Graeca (I Yunani) kerana penutur bahasa Latin sukar membezakan bunyi /y/ yang asing bagi mereka dari bunyi /i/. Huruf Z pula diberi nama Yunaninya iaitu zeta. Tulisan kursif Rumi Lama, juga dikenali sebagai kursif huruf besar, dijadikan bentuk penulisan seharian yang digunakan oleh saudagar untuk mencatat akaun perniagaan, murid-murid sekolah untuk mempelajari abjad, dan juga maharaja untuk bertitah, dari abad pertama SM hingga abad ke-3 Masihi. Dari tulisan inilah

12

terbentuknya tulisan Uncial yang digunakan oleh pendeta Latin dan Yunani dari abad ke-3 hingga ke-8 Masihi. Tulisan kursif Rumi Baru, juga dikenali sebagai kursif huruf kecil, digunakan dari abad ke-3 hingga ke-7 Masihi, menggunakan bentuk-bentuk huruf yang serupa dengan huruf kecil moden. Dari tulisan inilah berevolusinya tulisan zaman

perrtengahan yang dikenali sebagai tulisan Merovingia dan tulisan Carolingia. Perkembangan zaman pertengahan

Pada Zaman Pertengahan barulah huruf W (asalnya huruf kembar V dan V) ditambah pada abjad Rumi untuk mewakili bunyibunyi dalam bahasa-bahasa Jermanik yang tiada dalam bahasa Latin pertengahan, dan selepas zaman Renaissance pula barulah ditetapkan bahawa huruf-huruf I dan U menjadi huruf vokal, sementara huruf-huruf J dan V menjadi huruf konsonan. Sebelum ini, huruf J dan U sekadar bentuk lainan bagi huruf I dan V. Berikutan perpecahan dalam kekuasaan politik, berubahnya juga gaya penulisan sepanjang Zaman Pertengahan, walaupun selepas terciptanya mesin cetak. Mula-mulanya, dari bentuk huruf klasik terbitnya tulisan uncial yang berkembang dari kursif Rumi Lama, serta pelbagai tulisan huruf kecil yang berkembang dari kursif Rumi Baru, terutamanya tulisan Carolingian yang paling

13

berpengaruh kerana memperkenalkan bentuk huruf kecil antara lain yang dijadikan piawaian penulisan hingga ke hari ini. Bahasa-bahasa moden yang menggunakan abjad rumi secara amnya menggunakan huruf besar untuk memulakan perenggan dan ayat serta kata nama khas. Sepanjang zaman terjadinya perubahan dalam penggunaan huruf besar, lain bahasa lain juga penggunaan huruf besarnya. Contohnya, bahasa Inggeris Kuno jarang sekali menulis huruf besar walaupun kata nama khas; sementara bahasa Inggeris Moden pada abad ke-18 memulakan semua kata nama dengan huruf besar, seperti bahasa Jerman masa kini, contohnya: "All the Sisters of the old Town had seen the Birds". Penyebaran abjad Rumi Dengan perluasan Empayar Rom, meluasnya juga

penggunaan abjad Rumi beserta bahasa Latin, dari Semenanjung Itali ke tanah-tanah berhampiran Laut Mediterranean. Wilayahwialayah timur Empayar Rom, merangkumi Yunani, Asia Minor, Levant, dan Mesir, masih menggunakan bahasa Yunani sebagai lingua franca, tetapi lain pula di wilayah-wilayah barat yang menerima bahasa Latin dengan meluas. Dari bahasa Latin berevolusinya bahasa-bahasa Romawi yang kita kenali hari ini, yang masih menggunakan dan menyesuaikan abjad Rumi sepanjang zaman. Kesan peluasan agama Kristian Barat sepanjang Zaman Pertengahan, lama-kelamaan abjad Rumi diterima oleh bangsabangsa Eropah Barat yang bertutur dalam bahasa-bahasa Celt (menggantikan abjad Ogham) atau bahasa-bahasa Jermanik (menggantikan abjad Runik), bahasa-bahasa Baltik, serta beberapa

14

bahasa-bahasa Finno-Ugrik, terutamanya bahasa Hungary, Finland dan Estonia. Abjad Rumi juga digunakan untuk menulis bahasabahasa Slavik Barat dan beberapa bahasa-bahasa Slavik Selatan, kerana para penuturnya memeluk agama Katolik Rom. Para penutur bahasa-bahasa Slavik Timur pula menerima abjad Cyril bersama pemelukan Gereja Ortodoks Timur.

15

DAFTAR PUSTAKA
http://anawinta.wordpress.com/2009/04/01/arab-melayu-pemunculan-tulisansistem-dan-istilah-jawi http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu. htm http://www.wikipedia.org/

16

Anda mungkin juga menyukai