Anda di halaman 1dari 3

BAB 4: PERANAN GURU PSV

i.

Guru PSV sebagai pengurus Selain dari mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan

pembelajaran,guru PSV juga perlulah memainkan peranan dalam pengurusan terutamanya dari segi menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada pelajar.Ini kerana kekuatan PSV di sesebuah sekolah terletak kepada guru PSV itu sendiri dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio PSV. Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap PSV dapat dikembangkan.Sebagai seorang pengurus,guru PSV juga perlu merancang dan mengurus proses pengajaran dan pembelajaran termasuk menggariskan matlamat pembelajaran, merancang strategi yang sesuai serta mengurus tingkah laku pelajar,mentaksir serta menilai hasil pembelajaran. Guru PSV juga perlu menguruskan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran, bertanggungjawab ke atas bahan dan peralatan, serta menjalankan aktiviti luar.

ii.

Guru PSV sebagai pembimbing Selain pengurus, guru PSV juga perlu menjadi seorang pembimbing demi

menjayakan dan memantapkan lagi mata pelajaran PSV. Para pelajar hendaklah dibimbing dengan sepenuh perhatian. Sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah dalam menguasai kemahiran, maka guru hendaklah mengadakan aktiviti pemulihan bagi membantu pelajar tersebut menguasai kemahiran. Bagi pelajar yang telah menguasai kemahiran, guru berperanan melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.

18

iii.

Guru PSV sebagai pemudah cara

Guru PSV juga berperanan sebagai pemudah cara. Guru hendaklah melaksanakan pengajaran berteraskan ansur maju dan mengelolakan aktiviti pembelajaran mengikut tahap kebolehan pelajar.Sebagai pemudahcara,guru perlu memudahkan pemahaman pelajar tentang konsep yang diajar dengan

mengaitkannya dengan situasi sebenar dalam kehidupan pelajar. Guru juga perlu menerapkan pemahaman, penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

iv.

Guru PSV sebagai motivator Di samping itu, guru PSV juga berperanan sebagai motivator yang

menjalankan aktiviti bina semangat dan membentuk keyakinan diri pelajar. Guru PSV juga bertanggungjawab dalam pemupukan minat pelajar dalam bidang artistik sepaya pelajar berkeinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan memperlihatkan kepentingan konsep seni visual. Guru juga seharusnya berusaha untuk merangsang dan menggalakkan pelajar ke arah kecemerlangan diri, membawa perubahan kepada diri pelajar, memberi dorongan dan bimbingan dan membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah sosio dan emosi pelajar. Guruguru juga perlulah membantu pelajar menghadapi cabaran masa depan dalam Pendidikan Seni Visual.

v.

Guru PSV sebagai inisiator Akhir sekali, guru PSV juga boleh memainkan peranan sebagai inisiator

dalam pengajaran dan pembelajaran PSV. Guru boleh merangsang pemikiran murid yang bercapah,mengemukakan soalan yang mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis,menyokong aktiviti penyelesaian masalah,menyarankan kolaboratif dan

koperatif melalui kerja kumpulan. Guru PSV juga perlu menggalakkan pelajar-pelajar melaksanakan pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alatan serta aspresiasi seni.

19

Sesungguhnya, peranan guru PSV amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PSV di sekolah. Ketrampilan, kewibawaan dan komitmen guru merancang, mengurus, melaksana, menilai dan membuat penambahbaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.

20

Anda mungkin juga menyukai