Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM
Nama Pelajar : Jackson Doisi
Kursus &Ambilan : Pismp Ambilan Januari 2012
Tempoh Praktikum : 01 FEBRUARI 30 APRIL 2015
Pengkhususan : Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Nama Guru Pembimbing : Puan Che Su Binti Ismail (Major)
: Puan Latifah Bt. Husain (Elektif)
Nama Pensyarah Pembimbing : TN. HAJI MOHAMAD FAUZI BIN HAMID (Major)
: DR. AZMAN BIN FADZIL (Elektif)
Catatan Minggu Ke: (4).Tarikh : 24 Februari hingga 26 Februari 2015
Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan
MASALAH KOMUNIKASI GURU DAN MURID YANG KURANG BERKESAN
Di sepanjang minggu ini, isu yang hendak saya fokuskan ialah pelajar kurang
mendengar arahan daripada guru.Hal ini kerana, setiap murid mempunyai tingkah laku
masing-masing. Agak sukar untuk mereka mematuhi arahan saya. Malah,ada juga
murid yang menjawab setiap apa yang saya katakan. Selain itu, mereka juga suka
bermain jika ada peluang walaupun masih berada dalam waktu pengajaran dan
pembelajaran. Malah, ada yang sanggup mengaku ke tandas walhal dalam keadaan
sebenar mereka tidak ke sana. Walaupun sedar akan keadaan mereka yang tidak dapat
dijangka, namun saya kira perkara ini tidak boleh dipandang ringan dan dibiarkan
kerana biarpun mereka merupakan murid pendidikan khas, disiplin perlu dititikberatkan
supaya perkara sebegini tidak dibiasakan dan menjadi rutin bagi mereka.

ANALISIS MASALAH
Masalah ini mungkin timbul kerana sikap saya yang tidak tegas pasa minggu
pertama, kedua dan ketiga dengan mereka.Hal ini kerana, pada minggu sebelumnya,
saya banyak menunjukkan sikap mesra berbanding ketegasan yang perlu ada pada
seorang guru.Ini menjadikan mereka hilang hormat kepada guru. Perkara yang sama
yang telah saya analisiskan pada minggu lepas di mana tingkah laku murid yang sukar
perlu saya cuba atasi di minggu ini namun begitu, masalah ini masih terjadi biarpun
telah berkurangan. Mungkin kerana komunikasi yang lembut dan tidak tegas
mengundang kepada masalah ini.
Model Wilbur Schramm dalam bukunya How Communication Works (1954)
mengemukakan tiga model komunikasi iaitu model Schramm 1, model Schramm 2, dan
model Schramm 3. Model Schramm 1 menekankan proses menghantar dan menerima
mesej semasa proses komunikasi. Dalam model ini, keberkesanan komunikasi di dalam
bilik darjah banyak bergantung kepada sumber dienkod oleh guru dan didekod oleh
murid-muridnya. Manakala model Schramm 2 pula mengaitkan proses komunikasi
dengan bidang pengalaman orang yang menyampaikan mesej dan orang yang
menerima mesej. Dalam hal ini, saya berpendapat masalah komunikasi yang timbul
antara saya dan murid saya ialah kurangnya pengalaman saya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Mungkin selama ini komunikasi saya bersama
rakan-rakan sebaya tidak menimbulkan sebarang masalah kerana mereka sudah biasa
dengan percakapan saya, tetapi bagi pihak murid-murid tentulah agak sukar bagi
mereka untuk menerima maklumat dengan gaya percakapan yang saya praktikkan
selama ini. Saya sepatutnya lebih peka dan prihatin terhadap gaya pertuturan saya di
dalam kelas. Ini kerana apa yang saya tuturkan di dalam bilik darjah akan didengar dan
dianalisis dengan teliti oleh sebahagian besar murid-murid saya.

Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada


kebolehan murid mentafsir mesej yang guru sampaikan.Dalam kes saya, saya amat
bimbang jika murid tidak dapat menerima isi pelajaran yang saya sampaikan. Oleh itu,
saya perlu mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan saya agar murid-murid ini
mendapat apa yang sepatutnya mereka perolehi di dalam bilik darjah semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
CADANGAN PENYELESAIAN
Saya telah menyediakan beberapa langkah untuk mengurangkan masalah
keraguan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Langkah-langkah tersebut ialah:
a.

Saya perlu lebih tegas semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran

dalam kelas dalam mengatasi masalah tingkah laku murid


b.

Saya perlu menyediakan aktiviti hands on yang melibatkan murid agar mereka

kurang masa untuk leka dan bermain


c.

Saya perlu menyediakan token agar murid lebih bersemangat untuk menunjukkan

tingkah laku yang positif dan takut untuk kehilangan token jika ganjaran ditarik balik
d.

Saya patut mengulangkaji buku-buku yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti untuk

menjalankan proses pengajaran yang lebih menarik dan bermakna kepada murid.
e.

Penggunaan token yang perlu dijaga sendiri oleh murid agar dapat memupuk sikap

amanah dan percaya diri dalam diri murid.


Mengikut McAudey (1988), komunikasi dapat mempengaruhi serta meningkatkan
keyakinan seseorang. Seterusnya, beliau merumuskan komunikasi dapat menentukan
tindakan, kepuasan dan menjalin hubungan.Oleh itu, amat penting bagi guru meminta
kerjasama murid-murid untuk memberitahu jika suara tidak kedengaran dan maklumat
tidak difahami.Suara yang jelas dapat menutup jurang komunikasi antara guru dan
murid.

Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap


interaksi bilik darjah dikenali sebagai Sistem Analisis Interaksi Flanders, telah
merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik
darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar.
Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam
menyampai, memberi arahan dan mengkritik.Flanders meletakkan tanggungjawab
utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru.
Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990),
mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur kemanusiaan iaitu guru
yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik
hati.Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru
sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi
dan lukisan daripada pelajar mereka.

TEMPOH PENYELESAIAN
24 Februari hingga 5 Mac 2015 iaitu selama sepuluh hari.

TINDAKAN SUSULAN
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu yang akan
datang. Saya perlu menguruskan tingkah laku murid dengan lebih baik agar mereka
dapat menjalani proses pembelajaran yang lebih berkesan dan memberi makna kepada
mereka. Jika tiada langsung tumpuan yang dapat diberikan oleh mereka, maka
pengajaran saya pada hari tersebut tiada maknanya kepada mereka seterusnya
menjadikan mereka tidak berminat dengan subjek ini.

KESIMPULAN
Setiap situasi yang dihadapi memerlukan kaedah penguatkuasaan yang tertentu
dalam penyelesaian terhadap situasi tersebut. Guru perlu mencungkil potensi murid
dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu kerana setiap murid
mempunyai tahap pemikiran yang berbeza dan pelbagai.

Pandangan / komen guru pembimbing


............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
......
Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................
Nama : .........................................................
Pandangan / komen pensyarah pembimbing
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai