Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM
Nama Pelajar : Jackson Doisi
Kursus & Ambilan : PISMP Januari 2012
Tempoh Praktikum : 01 FEBRUARI 30 APRIL 2015
Pengkhususan : Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Nama Guru Pembimbing : Puan Che Su Binti Ismail (Major)
: Puan Latifah Bt. Husain (Elektif)
Nama Pensyarah Pembimbing : TN. HAJI MOHAMAD FAUZI BIN HAMID
(Major)
: DR. AZMAN BIN FADZIL (Elektif)

Jurnal Minggu Ke: (9).Tarikh : 5-04-2015 hingga 9-03-2015

Masalah
Sepanjang minggu ini, saya berhadapan dengan isu murid-murid yang suka
mengeluh dan mudah berputus asa semasa melakukan tugasan atau aktiviti yang
diarahkan oleh guru. Ini dapat dikesan pada segelintir murid dan menarik perhatian
saya untuk meneroka sedikit lebih dalam tentang punca serta faktor-faktor yang
menyumbang kepada hal ini.

Analisis Masalah
Ahmad Marzuki Ismail (2010), pendidikan adalah wadah kepada pembentukan dan
pembangunan sahsiah diri. Pendidikan juga sentiasa diuabahsuai dan dikemaskini
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan badan kerajaan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam memastikan masyarakat atau generasi akan

datang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Seperti yang kita
tahu, pendidikan terbahagi kepada dua iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak
formal. Pendidikan formal lebih banyak menekankan kepada aspek akademik dan
pengembangan aspek intelek murid. Pendidikan tidak formal menjadi pelengkap
kepada aspek perkembangan murid dari segi sahsiah, akhlak, nilai moral dan jati
diri.
Norliza Awang (2013) menyatakan, tekun dan sabar dalam melakukan
sesuatu yang baik seperti mencari ilmu merupakan nilai-nilai yang perlu ada dalam
diri setiap warganegara Malaysia. Dalam konteks masalah ini, saya mendapati,
murid yang suka mengeluh dan mudah berputus asa dipengaruhi oleh beberapa
faktor. Antaranya ialah, pengaruh ibu bapa dan keluarga yang terlalu memanjakan
anak-anak mereka. Apabila hal ini berlaku, anak-anak tidak terbiasa untuk bersikap
tabah dan tidak mudah berputus asa dalam memajukan diri mereka. Seterusnya,
pengaruh ini menyebabkan mereka bersikap sambil lewa dan tidak bersungguhsungguh dalam pembelajaran mereka.
Selain itu, faktor kesesuaian tahap sesuatu tugasan dengan pengetahuan
sedia ada murid juga didapati menyumbang kepada masalah ini. Adakalanya,
terdapat masa di mana guru-guru merasakan aras sesuatu tugasan adalah rendah
dan boleh dicapai oleh murid walhal sebenarnya murid tidak mempunyai
pengetahuan sedia ada yang membolehkan murid tersebut melakukan sesuatu
tugasan

yang

diarahkan

dan

memperolehi

pengetahuan

baru.

Ini

akan

menyebabkan murid kurang berminat dan berasa tidak yakin untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan.
Cadangan
Berkaitan dengan masalah ini, saya berpendapat bahawa ibu bapa dan guru
memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta perwatakan murid
yang tabah, kuat semangat dan tidak mudah berputus asa dalam menghadapi
pembelajaran mereka. Ibu bapa di rumah perlulah pandai menggunakan ketegasan
dalam mendidik anak-anak demi kebaikan masa depan mereka. Adakalanya, anakanak tidak perlulah dimanjakan sangat bagi mengelakkan mereka terlalu bergantung
kepada orang lain dan mengharapkan perkara-perkara yang mudah sahaja dalam
kehidupan mereka.

Berkaitan dengan kesesuaian tahap sesuatu tugasan dengan pengetahuan


sedia ada murid, saya boleh menjadikan Taksonomi Bloom (1952) sebagai panduan
untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan mengikut tahap keupayaan
murid. Hasil kajian Bloom menyatakan bahawa kebanyakan hasil akhir pendidikan
hanya memfokuskan kepada aktiviti menceritakan atau mengeluarkan semula
perkara-perkara yang dihafal oleh murid. Menurut beliau, hafalan sebenarnya
merupakan tahap yang terendah dalam kemampuan berfikir. Lebih banyak lagi
aspek dan tahap yang boleh diaplikasikan semasa menyediakan tugasan untuk
murid-murid. Justeru itu, saya perlu merujuk kepada tahap-tahap yang terdapat
dalam taksonomi Bloom bagi menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan tahap murid serta boleh dicapai berdasarkan pengetahuan
sedia ada murid.
Tempoh Penyelesaian
12-16 April 2015 iaitu selama 5 hari
Tindakan Susulan
Ibu bapa perlu mempunyai kesedaran dalam diri bahawa bukan hanya dengan
memanjakan anak sahaja cara untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang
berguna. Adakalanya ketegasan perlu ada bagi menyedarkan anak-anak tentang
pelbagai perkara dalam kehidupan sebagai seorang manusia.
Kesimpulan
Kepekaan guru terhadap keperluan dan aspek-aspek perkembangan intelek,
sahsiah, jasmani, emosi dan rohani murid amat penting bagi menentukan cara
didikan yang bersesuaian dengan tahap umur serta kematangan berfikir murid.
Pendekatan yang lembut dan tegas perlulah disesuaikan dari masa ke semasa bagi
memastikan murid dapat mengetahui dan memahami kelemahan diri sendiri yang
boleh diperbaiki dan seterusnya berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri
mereka agar menjadi insan yang boleh menyumbang kepada bangsa, agama dan
negara.

Pandangan / komen guru pembimbing


..................................................................................................................................................
......................................................................................................................................... ........
Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................
Nama : .........................................................
Pandangan / komenpensyarahpembimbing
..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai