Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM
Nama Pelajar : Jackson Doisi
Kursus & Ambilan : PISMP Januari 2012
Tempoh Praktikum : 01 FEBRUARI 30 APRIL 2015
Pengkhususan : Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Nama Guru Pembimbing : Puan Che Su Binti Ismail (Major)
: Puan Latifah Bt. Husain (Elektif)
Nama Pensyarah Pembimbing : TN. HAJI MOHAMAD FAUZI BIN HAMID (Major)
: DR. AZMAN BIN FADZIL (Elektif)
Catatan Minggu ke: (3).Tarikh : 15 Februari hingga 17 Februari 2015
Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan
Setelah 2 minggu menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi kelas
pendidikan khas, saya mendapati bahawa segelintir murid kurang memberi tumpuan
dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan
tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual
dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan
berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan
mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh
dikatakan sebagai hubungan interpersonal.

Analisis masalah/Isu/peristiwa
Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali
terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti
bising, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar
dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan
menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran
dan pembelajaran dan menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat

mendengarnya. Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan


akibat daripada sikap murid-murid yang kurang berminat untuk belajar.
Menurut Mok Soon Sang :
Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah.
Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian
terhadap pelajaran.
Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi proses
interaksi antara guru dengan murid. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan
autokratik di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak
diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya,
interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.
Langkah Penyelesaian
Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa
perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau
diatasi. Saya akan mencuba mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang disarankan seperti melakukan corak kepimpinan demokratik. Mok
Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika berada di
dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung
(samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan
demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan
murid-muridnya:
Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan.
Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang
baik seperti berikut:
Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa
yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif,
serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang
berkomunikasi.Mok Soon Sang (2003)
Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar,
guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan.
Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.

Tempoh penyelesaian
15 Februari hingga 17 Februari 2015 iaitu selama tiga hari.

Tindakan susulan
Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam
mengendalikan P&P dengan berkesan. Di samping itu, saya akan cuba menggunakan
kaedah peneguhan positif seperti pujian atau hadiah dan peneguhan negatif seperti
dendaan dalam usaha mengawal murid-murid semasa mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulan
Dalam mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan, guru
seharusnya kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat
mempengaruhi suasana P&P di dalam kelas nanti. Murid-murid akan lebih bersedia dan
bersemangat untuk belajar sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan
perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi
tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan
proses P&P berkesan.

Pandangan / komen guru pembimbing


..................................................................................................................................................
......................................................................................................................................... ........
..................................................................................................................................................
Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................
Nama : .........................................................
Pandangan / komen pensyarah pembimbing
..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai