Anda di halaman 1dari 12

1.

Harmoni dihasilkan melalui susunan atau. ulangan unsurunsur seni yang sesuai, seimbang dan mempunyai hubung kait

2.

Harmoni dapat mewujudkan keselarasan kerana adanya ciri-ciri yang tidak bercanggah.

3.

Unsur-unsur harmoni ini bukan sahaja wujud dalam alam semula jadi, malahan wujud dalam alam buatan manusia.

4.

Tujuan diwujudkan unsur-unsur harmoni dalam alam


semula jadi atau benda buatan manusia adalah untuk menarik perhatian atau mengrangkan kejanggalan.

5. Harmoni dalam kraf tradisional, bukan sahaja untuk menarik

minat manusia menggunakan benda tersebut, tetapi juga


untuk menimbulkan nilai-nilai estetika.

1.

Bentuk dan susunan daun pada tumbuh-tumbuhan yang sejenis adalah sama dan harmoni. Contohnya, bentuk daun bunga kertas adalah kecil dan daun lalang adalah panjang.

2.

Warna-warna daun pada pokok lebih kurang sama. Terdapat warna daun yang seakan-akan menjadi ton. Contohnya, daun muda berwarna kuning muda, hijau muda dan hijau tua menunjukkan warna daun tua.

3.

Setiap daun dan batang pokok mempunyai jalinan. Jalinannya sama dan tersusun dalam satu-satu tumbuhan atau pokok.

4.

Susunan urat, daun dan ranting pada pokok adalah teratur dan menimbulkan irama yang harmoni.

1.

Bentuk setiap haiwan adalah harmoni kerana berimbangan simetri. Contohnya, seekor kucing berimbangan simetri kerana mempunyai dua pasang kaki, satu kepala dan satu ekor, sepasang mata serta sepasang telinga yang tersusun

seimbang.
2.

Bagi setiap haiwan, warna bulu pada tubuh mereka adalah harmoni. Contohnya, warna bulu seekor kucing ialah coklat

dan sedikit belang-belang coklat tua. Manakala, haiwan


seperti ayam jantan pula mempunyai bulu yang lebih cantik, iaitu hijau kehitam-hitaman.

3.

Jalinan pada suusunan bulu-bulu adalah satu arah yang


sama.

4.

Ada juga haiwan yang boleh menukar warna badannya

supaya harmoni dengan alam sekitar. Contohnya, sesumpah


akan bertukar hijau apabila persekitarannya hijau dan bertukar coklat apabila persekitarannya coklat.

1.

Harmoni pada benda buatan manusia biasanya disesuaikan untuk kegunaan manusia. Contohnya, peralatan dapur seperti pinggan mangkuk dan periuk belanga berbentuk bulat.
Rumah dan kenderaan biasanya berbentuk segi empat. Kenderaan mempunyai harmoni kerana berimbangan simetri. Unsur-unsur ini merupakan ciriciri keselamatan kepada manusia. Alat perabut juga mempunyai warna yang sama. Ini adalah untuk menimbulkan keharmoniaan dan keselesaan pengguna.

2.

3.

Ruang tamu kelihatan tidak harmoni kerana susunan perabutnya bersepah

Ruang tamu kelihatan harmoni kerana susunan perabutnya yang teratur

1.

Barang-barang kraf tradisional seperti songket, batik, labu sayong dan tikar mengkuang, dibentuk dengan harmoni untuk menimbulkan keindahan dan sesuai dengan kegunaannya. Tembikar mempunyai imbangan simetri. Corakcorak pada kain batik sarung disusun secara ulangan untuk menimbulkan harmoni. Corak-corak pada motif tenunan, kelarai dan tenunan hampir serupa. Contohnya, jika pencipta menggunakan motif bunga cengkih pada tenunannya, maka keseluruhan corak pada sehelai kain songket ialah corak bunga cengkih.

2.

3.

4.

Si pencipta juga menggunakan motif flora dan fauna dengan tujuan untuk mengharmonikan ciptaannya dengan alam Motif-motif pada ukiran tebukan adalah hermoni kerana menggunakan unsur-unsur alam. Susunan corak tumbuh-tumbuhan pada ukiran biasanya mempunyai arah yang sama dapat mewujudkan harmoni.

5.

Corak berulang pada songket

Corak bunga api

Corak empat sebilik

Anda mungkin juga menyukai