Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG.

PERNYATAAN PROFESIONAL

SEMASA PRAKTIKUM Tempoh dua belas minggu yang dilalui merupakan satu jangka waktu yang memberikan banyak pendedahan berguna kepada saya. Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dapat ditimba hasil kerjasama yang jitu oleh warga Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Teluk Kumbar. Bagi saya, banyak aspek yang dapat dipelajari untuk menjadi seorang guru yang baik. Hal Ini kerana golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Semasa menjalani praktikum, saya mempelajari kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi rangsangan dapat meningkatkan minat murid. Pada masa yang sama, saya perlu melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab secara aktif, kerana murid-murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat. Selain itu juga, apa yang saya pelajari ialah unsur kecindan dan keseronokan perlu diserapkan ketika proses pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Hal Ini bagi lebih menaik minat murid dan melibatkan mereka sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya berasa gembira kerana murid-murid menunjukkan minat dalam setiap aktiviti yang dirancang. Perasaan puas hati dan gembira jelas terasa apabila melihat anak murid berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya perasaan tersebut sukar untuk diungkapkan dengan luahan kata-kata.

Saya amat berbesar hati kerana mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing yang amat prihatin. Dengan pengalaman mengajar lebih daripada 10 tahun, banyak ilmu yang dicurahkan kepada saya dan sedikit pun tidak lokek berkongsi idea dengan saya. Saya sering mendapatkan pandangan para guru pembimbing terutamanya dalam pembinaan rancangan pengajaran harian bagi memastikan bahawa setiap aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan keupayaan dan minat murid. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan menghargai bimbingan mereka kerana cetusan idea dan nasihat membina yang dikongsi banyak membantu saya dalam memilih dan melaksanakan P&P yang berkesan bagi mencapai objektif pengajaran. Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan merupakan elemen penting dalam usaha menjayakan praktikum tersebut dengan jayanya. Justeru hal ini menyedarkan saya supaya senantiasa menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampu dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan dengan sebarang masalah. Saya berharap selepas berpraktikum, saya dapat memberi sumbangan yang lebih kepada murid yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada murid. Sebagai kesimpulannya, pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat menjayakan praktikum ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi semua pihak. Nescaya setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengamalan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai