Anda di halaman 1dari 5

KERJA KURSUS

KURSUS: ASAS UKURAN KRM3023

KUMPULAN : SEMESTER 3

TARIKH MULA : 24 MAC 2013

TARIKH HANTAR : 4 MEI 2013

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir kursus ini, anda diharap dapat: 1. Menganalisis konsep bidang ukuran dan perkembangannya. 2. Membincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh pelajar dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang ukuran. 3. Merancang penggunaan bahan konkrit , media dan teknologi dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang ukuran. 4. Membina Pengetahuan Kandungan Pedagogi (PCK) bagi tajuk-tajuk dalam bidang ukuran. 5. Membuat penilaian dan keputusan secara efektif.

OBJEKTIF KERJA KURSUS Di akhir kerja kursus ini, adalah diharapkan pelajar-pelajar dapat : 1. Membuat analisis kesemua konsep topik ukuran yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Malaysia. 2. Mengenalpasti kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi pelajar dalam bidang ukuran 3. Merancang satu sesi pengajaran yang lengkap melibatkan tajuk ukuran dengan memasukkan aspek penggunaan bahan konkrit , media dan teknologi dengan menyertakan bahan bukti . 4. Membuat refleksi pengalaman pembelajaran secara individu.

TUGASAN KERJA KURSUS ( 60% ) Kandungan kursus matematik asas Asas Ukuran bertujuan menimbulkan kesedaran dan penghayatan nilai-nilai matematik di dalam kehidupan seharian. Pelajar-pelajar sewajarnya boleh membuat keputusan yang bijak dan tepat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas matematik yang diperolehi dalam kursus ini. TUGASAN Berdasarkan pengetahuan dan kemahiran asas matematik yang telah dipelajari, anda dikehendaki membuat kajian mengenai perkembangan keseluruhan bidang ukuran dan perubahan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSR kepada Dokumen Standard KSSR. Binakan satu peta konsep melibatkan aliran bagaimana konsep bidang ukuran berkembang dan perkaitan yang ada antaranya berserta bukti bahan rujukan anda. Rancangkan satu sesi pengajaran yang direka khas bagi mengenalpasti miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar dalam bidang ukuran dan anda dikehendaki mencadangkan satu alat manipulatif yang dapat membantu pelajar menangani masalah ini. Jelaskan justifikasi serta bukti jelas mengapa anda menggunakan alat manipulatif tersebut dan berikan cadangan menambah baik perlaksanaan pengajaran berkaitan dengan menyediakan slaid persembahan yang sesuai menggunakan MS Powerpoint. Sertakan refleksi terhadap keseluruhan kajian yang anda telah laksanakan dengan menggunakan Analisis SWOT (Strength-Weaknesses-Opportunity-Threats) ARAHAN 1. Dalam kumpulan 6/5 orang ahli sediakan laporan berkaitan dengan perancangan dan pengurusan pelan tersebut. 2. Laporan hendaklah mengandungi : 2.1 Peta konsep berbentuk carta aliran perkembangan konsep bidang ukuran berserta bukti rujukan anda.

2.2 Rancangan Pengajaran Harian ( 1 jam) berserta bahan bukti yang digunakan bagi membantu pengajaran anda. 2.3 Jadual justifikasi secara kritis menerangkan setiap langkah perlaksanaan dan penambahbaikan kajian anda terhadap miskonsepsi bidang ukuran. 2.4 Jadual refleksi secara individu dalam bentuk SWOT yang lengkap mengenai kajian anda. 3. Laporan juga hendaklah menunjukkan aplikasi penggunaan pengiraan dan operasi matematik yang mungkin melibatkan pengetahuan tentang bidang ukuran panjang, timbangan berat, sukatan isipadu dan waktu secara keseluruhan. 4. Kepilkan bahan bukti secara bergambar dan bahan bantu belajar dan mengajar yang digunakan oleh anda. KEPERLUAN TUGASAN 1. Laporan tugasan dan refleksi individu hendaklah disediakan mengguna MS Word, Arial font 12 , 1 langkau, kertas putih bersaiz A4. 2. Semua maklumat, data dan pengiraan yang berkaitan perlu ditunjukkan dengan jelas dan kemas. 3. Plagiarism atau meniru kerja orang lain adalah dilarang. 4. Berkongsi tugasan dengan kumpulan lain adalah tidak dibenarkan sama sekali. 5. Refleksi individu hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan tugasan kumpulan dan dibukukan bersama. 6. Kulit laporan tugasan kumpulan hendaklah menggunakan kertas berwarna yang mengandungi maklumat seperti di bawah.

TUGASAN KERJA KURSUS MATEMATIK PERKEMBANGAN PETA KONSEP UKURAN PERANCANGAN PENGAJARAN .............

Nama ahli : 1. 2. 3. ____________ (No.KP : ___ ) _____________ (No.KP : ___ ) _____________ (No.KP : ___ )

M/Pelajaran Kumpulan Pensyarah Tarikh serah

: : : :

ASAS UKURAN (KRM 3023)

7. Tugasan hendaklah diserahkan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan melalui wakil dengan menandatangani borang serahan tugasan kerja kursus. 8. Tugasan yang lewat diserah akan ditolak markah.

CIRI-CIRI TUGASAN YANG BAIK 1. Mempunyai kandungan dan konsep matematik yang betul, lengkap, padat dan kemas. 2. Menggunakan laras bahasa akademik dan perkataan yang sesuai dalam menyediakan laporan. 3. Menunjukkan bukti berbentuk rujukan, dokumen, flyers, brosur, atau bahanbahan lain untuk menyokong tugasan. 4. Mempamerkan hasil kerja yang menarik dan menunjukkan kefahaman yang mendalam serta perbincangan yang kritis dan releven dalam menyempurnakan tugasan.

KRITERIA PEMBERIAN MARKAH Tugasan diberi markah berpandukan ciri-ciri/ kriteria yang telah ditetapkan untuk kursus ini. Kriteria Penilaian Kandungan tugasan Perbincangan kritis dan reflektif Bahasa dan Persembahan Bahan sokongan dan rujukan JUMLAH Markah 25 15 10 10 60

TEMPOH TUGASAN TARIKH MULA : 24 MAC 2013 TARIKH HANTAR : 4 MEI 2013

Anda mungkin juga menyukai