Anda di halaman 1dari 1

Pantun HAri Cikgu Bikin Sendiri Buah cempedak lebat dipangkal Petik sebiji bawa belayar Guru cergas

panjang akal Sabar ikhlas semasa mengajar Pantai bersih angina menderu Cuaca cerah langit pun biru Semasa di sekolah dipanggil cikgu Sudah bersara tetaplah guru Cantik jambangan bunga disusun Bunga orkid cempaka melati Budimu bagai air terjun Mengalir terus tanpa henti Pilih antah buangkan dedak Beras segantang pulang dijunjung Entah terbalas entahkan tidak Jasamu guru tetap disanjung Nenek kebayan tinggal dihutan Cerita rakyat bahan tulisan Membakar diri bagai dian Tiada sanjungan juga balasan Lalang tumbuh penuh sepadang Tebas bunga tebaskan batang Benih baik tabor ke ladang Padi secupak jadi segantang Daun mengkuang dibuat nyiru Dianyam dengan berhati-hati Hati girang menjadi guru Dalam diam menabur bakti Anak kecil dalam buaian Kenyang susu lalu tertidur Usaha itu tangga kejayaan Belum berjaya pantang berundur Belum dijemput sudah tiba Hujan ribut sampai maghrib Bukan tega mencari timba Tidak guru mencari murid Duku langsat di dalam nyiru Cara kampung menjamu tetamu Kerana bau dicari gaharu Dicari guru kerana ilmu

Anda mungkin juga menyukai