Anda di halaman 1dari 4

Lipatan lengan serbah-serbih Gua bukan sebarang gua

Tampak serebeh bagai kerama Gua bertapa ilmu hakikat

Hidup jangan berlebih-lebih Tua bukan sebarang tua

Kalau lebih kongsi bersama Tua kelapa santannya pekat

Orang Daik menanam ubi Banyak panji bersilang panji

Ubi ditanam berpeluh lencun Mohon tekal jadi juara

Baik-baik menanam budi Mahu janji diberi janji

Salah tanam menjadi racun Konon kekal sampai pusara

Bunga kantan berdaun lebar Hala ke barat rimbun melati

Enak diracik si cili padi Tapi melati tak siapa mahu

Sudah sepekan abang bersabar Janji erat hati ke hati

Rajuk adik makin menjadi Tapi di hati siapa yang tahu

Hujung pekan memancing bujuk Di perdu manggis taut haruan

Sakitlah lengan jala serawan Taut dahan batang kelempung

Sabar bukan cara memujuk Kerana menagih janjimu tuan

Pujuklah dengan kalung tempawan Mati beragan kami sekampung

Buah selada tidaklah berat Anak gaharu tinggi sehasta

Dicampur sama pecahan lada Pohon muraya celah meranti

Ketika muda senyum menjerat Sudah tahu janjiku dusta

Sudah tua gigi pun tiada Mengapa percaya bersungguh hati?

Orang muda bersepak raga atang belidah melarik lidi

Orang tua sirih digobek Jika patah dibalut kasa

Masa muda segak tak sangga Andai lidah tidak berbudi

Walau dah tua tetap beregek Nescaya padah badan binasa

Semakin tua pipi dah kendur Dari mana ungkapan kata

Tapi kocek dipenuhi dirham Dari lidah tidak bertulang

Walau tua tetaplah masyhur Andai bicara tamsilan nista

Ramailah gadis teridam-idam Diri punah tiada bergalang


Petah lidah menghambur cela Batang tebu dikerat-kerat

Ibarat palu genderang perang Parang yang tajam jangan berkarat

Tentulah punah bercola-cala Marilah kita memohon rahmat

Menanggung malu awak seorang Semoga majlis bertambah berkat

Bapa itik duduk berehat Bek bek kambing mengembek

Asyik dan leka mengintip angsa Tengan padang panas mentari

Rupa cantik zahir terlihat Brosur di tangan dibelek belek

Dielokkan pula budi bahasa Nombor bertuah sedang dicari

Bermusafir diri mencari arah Kenapa cabut pokok semalu

Menambah ilmu mengenal Allah Kerana semalu berduri bahaya

Tangan ditadah mohon maghfirah Kenapa sibuk mencari ilmu?

Majlis dirahmati lagi barokah Kerana ilmu memberi cahaya

Kalau hendak ke Pekan Dengkil Cari kemumu di batas halia

Belikan saya kain belacu Dipagut satu ayam serama

Silakan tuan dipersilakan tampil Mencari ilmu sangat mulia

Sampaikan sesuatu bingkisan di kalbu Memberi ilmu lebih utama

Pakai baju warna samar Hitung batu sampai sepuluh

Sedondon pula dengan tudungnya Habis bertaburan hujung laman

Umpama bunga cucuk di pahar Ilmu itu jadi penyuluh

Sungguh sempurna akan ucapannya Beri panduan juga pedoman

Kala gelap kita bersuluh Bermanis senyum sambut tetamu

Baharu terang jalan bersirat Terasa indah alam buana

Tadah tangan jari sepuluh Amat mulia insan berilmu

Doa dipohon supaya berkat Umpana puspa di taman kirana

Kayu pulai dibuat sampan Menanam tebu tepi telaga,

Terolang-olang di tengah tasik Mengunyah tebu menguatkan gigi;

Andai di hati ada soalan Kasihnya ibu sampai ke syurga,

Tampil ke depan jangan berbisik Kasihnya guru ke mana destinasi?


Membakar gaharu di dini hari, Anak tenggiling anak singa,

Harum semerbak bilik puteri; Tenganga-nganga melihat pelangi;

Mengapa guru sanggup begini, Jam di dinding angkanya tiga,

Menjadi lilin membakar diri? Kenapa cikgu tak tidur lagi?

Anak tamban dimakan tenggiri,

Menahan lukah menjerat bubu;

Antara bulan dan matahari,

Mana satukan persisnya guru?

Motivasi, kaunseling agenda utama,

Tetamu disambut sangatlah ramai Mendidik murid berubah tingkah;

Untuk bertahlil malam kenduri; E-operasi,e-filing, e-ponteng dan sispa,

Ilmu diterap nilai disemai, Eh….. cikgu-cikgu tidak pening kah?

Mengapa murid kurang mengerti?

Di Pantai Morib berpedati biru,

Sagu rumbia tiada rasa, Sampah sarap berlonggok di tepi;

Kelapa komeng tiada santannya; Mengapakah murid jadi keliru,

Cikgu berbicara sopan dan berbahasa, Disuruh darab tidak menjadi?

Mengapa murid lain bawanya?

Sepagi-pagi duduk di kantin,

Seroja mekar di hujung bilik, Bersantap roti dan juga kopi

Kelopak patah serinya punah; Guru penyayang, guru prihatin,

Kerja sekolah dibawa balik, Mengapa disiplin kurang menjadi?

Tidak marahkah abang di rumah?

Perakam waktu berkad kuning,

Giling kerisik bercampur bawang, Terkejar-kejar takut terlewat;

Dibeli dari kedai mak nyonya; Setiap minggu kepala pening,

Asyik mendidik si anak orang, Pening yang benar atau dibuat?

Anak sendiri apa khabarnya?

Puspa kirana taman nan ceria,

Nenek tapir jalan mengengkang, Bunga lavender berwarna ungu;

Usia sudah tua dan bangka; Duhai tuan hamba bertanya,

Guru PJPK beraksi di padang, Apakah beza cikgu dan guru?

Mengapa mengah mendaki tangga?

Banyak kari perkara kari,


Kari sardin dikerat-kerat;

Banyak hari perkara hari,

Kenapa Isnin terasa berat?

Patung beruang berwarna putih,

Ambil satu dipakaiikan baju;

Belum sehari Nampak dah letih,

Apa ehwalnya duhai guruku?

Anda mungkin juga menyukai