Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGU KEDUA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM BILANGAN JURNAL : KE-2 MINGGU PRAKTIKUM : KEDUA TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 07.04.2013-11.04.2013 TAJUK JURNAL : MASALAH PELAJAR DATANG LAMBAT KE KELAS SELEPAS REHAT 1. MASALAH / PERISTIWA Hari Isnin saya mempunyai kelas selepas sahaja rehat. Pada hari yang tersebut saya telah menghadapi masalah pelajar datang lambat ke kelas selepas rehat. Ini menyebabkan beberapa aktiviti yang telah saya dirancangkan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Aktiviti yang biasa saya tidak dapat menjalankan adalah penutup. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif.

2. ANALISIS Punca bagi masalah tersebut di atas adalah kerana di sekolah selepas sahaja habis rehat harus beratur dalam barisan. Dalam barisan tersebut akan diberitahu pengumuman-pengumuman yang harus diberitahu kepada palajar. Ini mengambil masa dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Selain itu, ini juga menyebabkan tidak mendapat mencapaikan objektifobjektif yang telah dirancang.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

1.

Saya akan berbincang dengan pengurus sekolah supaya tidak menjalankan aktiviti barisan tersebut dan jikalau mempunyai pengumuman yang harus diberitahu ia harus diumumkan di dalam perhimpunan. Jikalau yang tersebut tidak dapat menjalankan dapat juga mengumpulkan pelajar di depan gate sekolah selepas habis sekolah dan dapat mengumumkan apa yang hendak diumumkan.

2. Selain di atas, saya akan minta kebenaran dari guru bertugas dan membawa pelajar saya ke kelas jika tiada sebarang pengumuman yang penting.

4. TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dam pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya. Jika tindakan saya tidak berfungsi saya akan berbincang dengan guru pembimbing saya untuk mengatasi masalah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama :En Pakiyeraj

Disemak oleh Pensyarah Penasihat Tandatangan : Nama : Dr Lee Wai Heng

Tarikh

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai