Anda di halaman 1dari 8

JURNAL MINGGU KELIMA

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke-5 Kelima 18-22 Ogos 2013 Sekumpulan Murid kurang beri Perhatian

1. Masalah / Peristiwa Sekarang saya berada dalam minggu kelima. Sudah lima minggu saya telah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi murid murid tahun tiga. Pada pandangan saya, mereka sudah mengenal akan diri saya yang amat peka dengan sikap mereka. Saya mendapati sekumpulan murid kurang menumpukan bperhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya telah memerhatikan murid murid tersebut semasa waktu pengajaran dan waktu selebihnya. Murid murid ini tidak menyoal walaupun tidak memahami perkara yang diajar. Saya mengambil perkara ini serius dan cuba untuk menyelesaikan masalah ini.

2. Analisis Dari pandangan saya, punca sebenar murid murid berkelakuan begini berikutan sikap mereka. Banyak sebab menjelma di fikiran saya. Mungkin proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut tidak begitu menarik bagi murid murid into. Selain itu, mungkin proses pengajaran dan pembelajaran yang telah melampau batas pemahaman murid tersebut. Mungkin juga murid murid itu dalam keadaan mengantuk sebab bangun awal pagi. Disebabkan murid murid itu masih di

peringkat kanak kanak. Murid murid itu duduk di hujung kelas dan kurang melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang dijalankan. Saya juga berfikir masalah ini boleh berpunca dari masalah fizikal dan mental murid murid tersebut.

3. Cadangan Tindakan Susulan Saya merancang dengan beberapa langkah yang sesuai dengan tahap murid murid tersebut. Pada mulanya, saya meningkatkan cara pengajaran dan bahan pembelajaran semasa pengajaran. Saya mendekati murid murid tersebut dengan memberikan bahan pembelajaran yang menarik minat murid. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berikutan dengan permainan dan aktiviti bergerak seluruh kelas. Saya juga cuba untuk mengetahi masalah fizikal dan mental yang dihadapi oleh murid murid tersebut. Saya mendekati murid murid tersebut untuk mengenal masalah mereka dan cuba menyelesaikan masalah mereka.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu.. Saya berasa gembira kerana telah mengatasi masalah ini walaupun ia agak sukar. Saya mendapati langkah ini berkesan untuk mengatasi masalah ini. Setelah saya mengambil beberapa langkah saya dapat menyelesaikan masalah ini. Saya juga mempelbagaikan langkah langkah penyelesaian dan meneruskan usaha ini. Saya dapat melihat keadaan murid murid itu berubah dan mengikut langkah yang saya amalkan. Saya berharap murid murid ini akan berubah dan meneruskan usaha mereka sehingga berjaya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : En Hari Das :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : Dr Lee Wai Heng :

JURNAL MINGGU KEENAM


Bilangan Jurnal Minggu Pratikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : Ke-6 : Keenam : 25-29 Ogos 2013 : Mengantuk dan letih

KENAL PASTI MASALAH : Sekarang saya berada dalam minggu keenam. Saya mendapati segolongan murid-murid menghadapi masalah mengantuk dan kelihatan letih semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Masalah ini didapati ketara di kalangan murid-murid tersebut terutamanya selepasa waktu rehat. Saya berasa masalah ini harus diberi perhatian.

PERASAAN TERHADAP MASALAH : Apabila saya menghadapi masalah ini, pada awalnya saya berasa sedih kerana terdapat juga murid daripada golongan cerdas menghadapi masalah mengantuk dan letih ini. Saya mengambil isu ini sebagai cabaran dan berusaha untuk memperbaiki keadaan dengan segera. Saya yakin masalah ini boleh dibendung jika diberi perhatian segera. Saya berpendapat masalah ini patut ditangani dengan mengambil langkahlangkah sewajarnya dengan serta-merta.

PUNCA MASALAH : Dari pandangan saya, punca sebenar murid-muid mengantuk dan letih ini adalah suatu yang perlu dipertimbangkan segera. Murid-murid yang bermasalah mengantuk dan letih tersebut cepat menjadi letih dan hilang tumpuan dalam pembelajaran. Ini menyebabkan murid secara tidak sengaja mengabaikan pembelajaran dalam kelas. Masalah ini amat ketara selepas waktu rehat terutamanya pada waktu terakhir.

TINDAKAN SUSULAN : Saya memberikan masa kepada murid-murid untuk minum air sebelum memulakan pengajaran. Membuat senaman ringkas untuk menjadikan murid lebih cergas. Saya menasihati murid untuk mengambil makanan yang seimbang untuk menjadikan badan murid cergas. Saya juga mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengaktifkan murid.

REFLEKSI : Saya berasa gembira kerana telah mengatasi masalah ini walaupun ia agak sukar. Saya mendapati langkah ini berkesan untuk mengatasi masalah ini. Langkah seumpama ini menyebabkan para murid tidak mengantuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah mempelajari untuk bersabar semasa mengajar dan mengatahui tentang cara untuk menghadapi masalah sekiranya ia berlaku lagi pada masa hadapan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : En Hari Das :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : Dr Lee Wai Heng :

Anda mungkin juga menyukai