Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGU KEDUA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM BILANGAN JURNAL : KE-2 MINGGU PRAKTIKUM : KEDUA TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 7 11 Feb 2010 TAJUK JURNAL : MASALAH PENGURUSAN MASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. MASALAH / PERISTIWA Hari ini 8 Feb 2010 saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang saya telah dirancangkan. Beberapa aktiviti yang telah saya dirancangkan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana tidak mencukupi masa. Aktiviti yang saya tidak menjalankan adalah langkah ke 1. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif.

2. ANALISIS Punca bagi masalah tersebut di atas adalah kerana semasa menjalankan set induksi pelajar telah melebihi masa yang ditetapkan. In mungkin kerana, pelajar tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan oleh guru. Selain itu, mereka juga telah mengambil masa yang lama untuk menjawab jawapan yang diharapkan oleh guru. Di samping itu, ada juga beberapa murid yang tidak menumpukan perhatian dan berbincang di belakang kelas. Ini juga, telah menyebabkan masa berjalan.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

1.

Saya harus membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.

2. Bagi memastikan bahawa aktiviti set induksi tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat perbincangan dengan lebih cepat. Sekiranya, perbincangan menyentuh tajuk yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan.

3. Saya juga bercadang iaitu saya akan menetapkan masa dalam telefon. Selepas sahaja telefon berbunyi mereka harus berhenti mnjawab.

4. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dam pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai