Anda di halaman 1dari 2

Gumaranathan A/L Sivapragasam Exco Keusahawanan IPG Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul

Aman. ___________________________________________________________________________ Tarikh : 03 MAC 2014

TUAN MEJAR KEHORMAT HAJI MUSTAFA BIN ABD. HAMID Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Tuan Mejar Kehormat Haji Mustafa Bin Abd. Hamid, PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB KEBUDAYAAN INDIA IPG KSAH. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Gumaranathan A/L Sivapragasam (I/C No 910118-05-5027) Exco Keusahawanan JPP selaku wakil pelatih India berdasarkan Peraturan(4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 P.U.(A) 196 yang berkait dengan seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon kebenaran untuk menubuhkan Kelab Kebudayaan Tamil IPG KSAH di Maktab IPG KSAH. 2. Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk menjadikan persatuan kami sebagai satu persatuan yang rasmi di maktab kita sepertimana ia di daftar di IPG Tenku Bainun dan IPG Perlis dan Persatuan BADAS , Persatuan Pengguna , Persatuan Rukun Tetangga dan sebagainya didaftar di IPG kita sendiri. Kami meminta kebenaran tuan kerana bagi pengetahuan tuan, kami selaku pelajar india di IPG KSAH selalu buat acara dan kami inginkan status persatuan kami diiktiraf sepertimana persatuan lain diiktiraf di IPG kita. 3. Malah pada hari khamis lepas (27 Februari 2014) saya telah mewakili maktab kita untuk hadir satu perjumpaan bersama Setiausaha Sulit Kanan 1 YB Kamalanathan (merangkap Timbalan Menteri Pendidikan 2) Mr Uvaraja. Dalam perjumpaan tersebut saya mendapat tahu bahawa beberapa IPG lain contohnya IPG Tenku Bainun dan IPG Perlis mempunyai satu penubuhan bagi Pelatih India sendiri dan meminta kami untuk menubuhkan satu Kelab di IPG kita sendiri. Maka saya mengambil tanggungjawab untuk menghantar surat permohonan ini kepada pihak tuan sendiri. 4. Bersama-sama ini disertakan:4.1 Draf Perlembagaan Kelab Kebudayaan IPG KSAH

5. Semoga kerjasama dari pihak tuian meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(Gumaranathan A/L Sivapragasam ) Esco Keusahawan IPG KSAH


IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman,

Anda mungkin juga menyukai