Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU KELIMA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM BILANGAN JURNAL : KE-5 MINGGU PRAKTIKUM : KELIMA TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 18 22 OGUS 2013 TAJUK JURNAL : MASALAH DENGAN MURID DALAM KELAS 1. MASALAH / PERISTIWA

Minggu ini pula, saya menghadapi masalah dengan pelajar kelas saya. Di dalam kelas saya kebanyakan pelajar sangat aktif untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Tetapi kesilapan yang mereka buat adalah bising dan merebut untuk menjawab soalan yang ditanya. Setelah sahaja guru menanya soalan pelajar mula bising dan menjawab spontan sebelum guru tanya kepadanya. Semua pelajar dalam kelas saya menjawab dalam satu masa yang sama dan ini menganggu pengajaran dan pembalajaran dalam kelas. 2. ANALISIS Punca bagi masalah tersebut di atas adalah kerana murid-murid dalam kelas saya ini ingin mencari pemerhatian guru dan ingin menunjukkan dirinya sebagai murid yang terbaik dalam kelas. Selain itu, mereka juga ingin menjawab secara kumpulan bukan individu. Ini telah dibuktikan setelah saya tanya seorang demi seorang. Semasa mereka menjawab secara kumpulan suara juga menjadi kuat dan bising. Semasa tanya secara individu walaupun mereka tahu mereka buat tak tahu dan menjawab dengan suara yang lembut sehingga tidak dapat mendengar. Ini menganggu guru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

1. Saya akan memastikan semua murid mendapat peluang yang sama rata untuk menjawab. 2. Jika mereka mengulangi masalah yang sama saya tidak akan memberi ganjaran kepada mereka. 3. Saya akan rampas ganjaran yang telah beri untuk kumpulan.

4. TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini. Jika masalah, ini dapat diatasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan dengan baik. Semua murid juga akan mendapat peluang yang sama dan pengajaran dan pembelajaran juga dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh :EN HARY DAS :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh :DR LEE WAI HENG :

Anda mungkin juga menyukai