Anda di halaman 1dari 5

JURNAL MINGGU KEDUA

Bilangan Jurnal : Ke 2 Minggu Pratikum : 2 Tarikh Peristiwa / Kejadian : 7 Februari 2010 hingga 11 Februari 2010 Tajuk Jurnal : Kawalan Kelas

Minggu ini merupakan minggu kedua bagi saya untuk menjalankan tugasan yang wajib dilaksanakan iaitu Praktikum SJK (T) Kalaivaani, Gurun, Kedah. Saya berasa gementar pada hari pertama untuk menyampaikan pengajaran walaupun saya mempunyai pengalaman mengajar. Ini kerana, hari ini merupakan kali pertama saya mengajar dengan cara yang sistematik iaitu mengajar berdasarkan rancangan mengajar yang menepati kurikulum sekolah rendah. Namun setelah melihat air muka murid murid yang menanti guru baru dengan penuh harapan lagi ceria, segala tekanan hilang ang dalam sekelip mata.

MASALAH : Walaupunbagaimanapun, dalam tempoh masa dua minggu ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah berkaitan dengan tingkah laku murid murid. Salah satu masalah yang saya hadapi semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah mengawal keadaan kelas. Segelintir murid kelas yang saya ajar ( Tahun 2 dan Tahun 3) suka bercakap dengan kawan kawan yang duduk bersebelahan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, mereka juga tidak mengikut arahan mahupun menumpukan perhatian terhadap pengajaran. Kesinambungan itu, latihan yang diberi tidak dapat dibuat dengan

sempurna dan terdapat banyak kesalahan yang sebenarnya boleh dielakkan sekiranya diberi penumpuan yang sepenuhnya semasa pengajaran dan pembelajarab dijalankan.

PANDANGAN TERHADAP MASALAH : Keadaan yang riuh rendah ini menyebabkan saya amat kecewa dan susah hati dengan sikap murid murid yang suka berbuat demikian. Seterusnya, saya juga berasa bimbang kerana kemungkinan besar saya akan dinilai sebagai guru yang tidak berwibawa memandangkan saya gagal mengawal keadaan dalam bilik darjah. Saya perlu mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin bagi mengatasi masalah ini berterusan menjadi lebih rumit lagi.

PUNCA MASALAH: Lazimnya, keadaan bilik darjah menjadi riuh rendah apabila saya menjalankan aktiviti berkumpulan. Murid murid gagal untuk mengawal diri mereka semasa menjalankan perbincangan secara berkumpulan. Ramai diantara mereka mengambil kesempatan untuk bercakap kosong. Selain itu, murid murid yang nakal suka membuat bising semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan memandangkan mereka tidak minat untuk belajar.

CANDANGAN PENYELESAIAN / TINDAKAN : 1. Saya patut tegas dalam member arahan 2. Saya patut membuat kepastian supaya semua murid member tumpuan. 3. Saya tidak boleh mendorong murid untuk berlawak jenaka dengan keterlaluan.

4. Saya patut mencari cara yang lebih efektif untuk mengawal keadaan bilik darjah supaya cara yang dipilh itu tidak mengganggu emosi para murid. 5. Saya perlu mengambil hati murid murid yang nakal agar dapat member bimbingan kepada mereka untuk menumpukan perhatian dalam kelas dan minat mereka terhadap pelajaran.

TEMPOH MASA PENYELESAIAN : Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dalam masa seminggu. Ini kerana jika ia berpanjangan maka ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan. Di samping itu, keadaan ini juga akan mempengaruhi murid murid yang lain, yang sentiasa menumpukan perhatian di bilik darjah.

KESAN TINDAKAN SUSULAN : Selepas saya mengaplikasi tindakan yang diputuskan, terdapat perubahan yang mendadak dan saya Berjaya mengawal kelas. Salah satu tindakan yang saya ambil ialah bersikap tegas semasa member arahan. Seterusnya saya memastikan semua murid member perhatian serta mendengararahan yang ditujukan. Saya akan berdiam diri dan terus memerhatikan murid murid yang bercakap ataupun tidak menumpukan perhatian sewaktu pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Selain itu, saya juga menggunakan system bintang, iaitu memberi bintang kepada murid yang berdisiplin dan mematuhi arahan. Seterusnya saya meminta murid murid yang menerima bintang itu supaya menyimpannya dengan baik sehingga hujung bulan. Saya berjanji kepada murid murid bahawa ganjaran yang lumayan akan diberikan kepada mereka yang berjaya. Saya juga member perhatian yang khusus kepada murid murid yang nakal dengan cuba memujuk dan menyayangi mereka. Namun cara ini mengambil masa yang lebih lama dan saya hanya boleh mengambil hati seorang demi seorang murid. Walau bagaimanapun, tindakan ini turut

berkesan kerana salah seorang murid nakal saya mula mengubah tingkah lakunya secara beransur ansur. Saya dapat menyedari perbezaan pada diri murid itu dan saya sungguh gembira melihat perubahan terhadap dirinya dan ini secara tidak langsung member galakan dan sokongan kepada saya untuk terus mengajar dan berkhidmat sebagai guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai