Anda di halaman 1dari 3

Ikatan asas

PENDAHULUAN Buku ini merupakan satu percubaan penulis untuk menghuraikan aspek-aspek tentang simpulan dan ikatan tali asas secara ringkas dan mudah, bersesuaian dengan para pelajar yang belum mempunyai asas dalam bidang ini dan juga kepada mereka yang mengambil Pendidikan Jasmani sebagai subjek utama dan kepada para pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti pengakap, pandu puteri dan sebagainya. Percubaan ini timbul atas dorongan dan kesedaran penulis sewaktu mempelajari simpulan dan ikatan selama lebih kurang 3 bulan di Institut perguruan. Masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan tenaga pengajar khususnya dalam bidang Pendidikan Jasmani, ialah kurangnya buku-buku rujukan dalam bahasa Malaysia untuk dijadikan panduan. Kesukaran menjelaskan sesuatu aspek dalam bidang ini secara yang mudah, ringkas, tepat dan berkesan merupakan satu masalah juga. Dengan demikian, buku ini ditulis dengan harapan, dapat memberikan kefahaman dan penjelasan seringkas dan semudah mungkin kepada para pelajar yang baru berjinak-jinak dengan bidang ini. Mudah-mudahan buku ini dapat menimbulkan minat dan kecenderungan yang mendalam di kalangan para pelajar dalam bidang ilmu Pendidikan Jasmani terutamanya simpulan dan ikatan. Sesuai dengan tajuknya, buku ini memang khusus ditujukan kepada para pelajar yang mempelajari bidang sama ada bagi pelajar Melayu, bukan Melayu, Khusus Perguruan Sekolah Rendah ataupun Kursus Perguruan Sekolah Menengah. Di samping itu, buku ini juga ditujukan kepada para pelajar kursus persediaan ijazah sarjana muda perguruan. Moga-moga buku ini dapat menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada para pembaca di samping menambahkan bahan bacaan mereka dalam bidang ini. SEJARAH TALI Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orang pertama menggunakan tali. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu unta dan akar kayu. Penemuan ini hasil kajian dan kesan semasa menggali makam lama Mesir. Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahun lepas (Syed Hasyim, 1983). Setengah-setengah pendapat mengatakan bahawa bangsa Yunani prasejarah, iaitu seorang dewa Og adalah pembuat tali yang pertama (Tak-joeddin, 1981). Tali dan simpulan mempunyai lagenda yang tersendiri dan berlaku dari zaman ke zaman. Contohnya lagenda tali dan simpulan dihubung kait dengan Raja Iskandar Zulkarnain dari Mekadonia. Beliau telah diuji kepintarannya dengan memberikan satu longgokan tali. Beliau disuruh mencari hujung tali tersebut. Setelah mencuba mencari hujung tali beberapa lama dan menggunakan berbagai-bagai ikhtiar, namun ia tidak berjaya. Akhirnya beliau tersangat marah dan hilang kesabaran, lalu beliau menghunus pedangnya dan memotong longgokan tali itu sehingga terdapat beberapa hujung tali. pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang shir menerapkan jampi serapah pada simpulan untuk digunakan sabagai azimat.

Pengaruh kepercayaan ini masih lagi terdapat dalam beberapa masyarakat di masa kini. Setengah-setengah tempat masyarakat Melayu masih mengamalkan kepercayaan ini. Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas, rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan untuk mengangkut, manarik, mengikat dan menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain. Umpamanya, tali yang digunakan untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik. Contoh aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali ialah : 1) Aktiviti panjat-mamanjat 2) Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan permainan. 3) Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari tebing yang tinggi. 4) Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat. 5) Aktiviti memancing. JENIS-JENIS TALI DAN PENJAGAANNYA. Jenis-jenis tali a) Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah : tali gentian manila tali sabut tali sas tali kapas b) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia ialah : tali nylon tali hawser-laid tali karamental tali poltster tali wayar tali drilena

Penjagaan tali
Kebanyakkan tali yang diperbuat daripada bahan campuran dan rami manila mempunyai mutu yang baik.Harga tali terutama jenis ini agak mahal. Tambahan pula rami yang digunakan untuk membuat tali mengalami berbagai-bagai masalah. Kita seharusnya menjaga dan menyimpan tali dengan sempurna. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sakala. Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. kita tidak boleh membasuh tali.

Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik. Tali yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dan digantung di tempat yang sesuai. Biasanya tali mempunyai daya ketahanan tertentu. Contohnya, tali yang digunakan mengikat diperbuat daripada rami manila. Tali jenis ini mempunyai lilitannya 5cm dan ketahanannya ialah 2.03tan. Tali-tali yang digunakan untuk menarik mempunyai ketahanan nya 2.72tan. Tali penarik biasanya diperbuat daripada terilin dan mempunyai lebih daripada hadnya. Besar kemungkinan tali tidak tahan lama dan akan putus. Tali-tali yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji salalu supaya selamat semasa menggunakannya. DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan mematikan hujung tali (whipping) Simpulan Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan. Ikatan Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak. Sambat Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Meyambugkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik san selamat semasa digunakan. sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata. Mematikan hujung tali Seorang pengakap dan pandu puteri tidak menggunakan tali sebelum hujung tali dimatikan. Keadaan ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.

Anda mungkin juga menyukai