Anda di halaman 1dari 5

ISL PRA 3107

PANDANGAN KONSTRUKTIVIS
Kontruktivisme sosial dipelopori oleh Lev Vygotsky (1896-1934), seorang ahli psikologi Belarus, Rusia. Menurut Vygotsky perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara sitematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Teori kontruktivis sosial melihat pembelajaran manusia dalam konteks sosio-budaya. Dalam konteks sosial inilah individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru.

Vygotsky
Vygotsky beranggapan pembelajaran dapat berlaku melalui bermin, penyampaian secara formal atau kerjasama antara pelajar dengan pelajar yang lebih berpengalaman. Kontruktivis sosial mempunyai pandangan berikut:

ISL PRA 3107

Pelajar merupaka individu unik yang mempunyai latar belakang dan keperluan yang berbeza.

Latar belakang pelajar, pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat amat mempengaruhi pembelajaran individu pelajar.

Pelajar bertanggungjawab ke atas pembinaan pengetahuan dan pengalaman sendiri.

Pengalaman berjaya dan keyakinan diri mempengaruhi motivasi untuk belajar.

Guru berperanan sebagai pembimbing dan fasilitator pembelajaran.

Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial yang aktif

Kolaborasi dan interaksi guru, bahan dan pelajar penting dalam memastikan pembelajaran berlaku.

Pembelajaran berasaskan konteks penting dan memudahkan pelajar mengalami pembelajaran yang bermakna.

Jean Piaget (1896-1980)


Merupakan salah seorang tokoh yang terkenal dengan teori perkembangan kognitif dan bagaimana manuasia membina pengetahuan. Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pentahuan berlaku secara berperingkat. Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif.

ISL PRA 3107

Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) Merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir. Sekiranya pelajar dapat melakukan sendiri, isi pelajaran tersebut dikatakan berada pada zon bawah. Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada dalam ZPD. Isi pelajaran yang berada di luar zon aras bawah bermakna tidak berlaku pembelajaran kerana pelajar sudah menguasai isi pelajaran. Isi pelajaran yang berada diluar zon aras atas , tidak akan dapat dikuasai pelajar walaupun dengan bimbingan orang lain. Contohnya jika pelajar belum menguasai olahan tambah, pelajar tidak akan dapat belajar olahan darab kerana skema olahan tambah perlu ada dalam struktur kognitif pelajar untuk mempelajari pendaraban. Bagi membantu pelajar menguasai isi pelajaran yang berada dalam ZPD teknik scaffolding diperkenalkan iaitu proses membimbing dan membantu pembelajaran.

Scaffolding ialah peringkat bimbingan dan sokongan yang dilakukan mengikut keperluan pelajar. bimbingan akan dikurangkan apabila pelajar telah menguasai peringkat demi peringkat.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTUKTIVISME

ISL PRA 3107

Memberi peluang kepada murid membina pengetahuan baru melalui penglibatan dalam dunia sebenar Menganggap pembelajaran sebagai suatu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid & guru

Menyokong pembelajaran secara koperatif mengambil kira sikap dan pembawaan murid

Menggalakkan & menerima daya usaha & autonomi murid

Mengambil kira dapatan kajian bagaimana murid belajar sesuatu ide

PRINSIP-PRINSIP KONSTRUKTIVISME

ISL PRA 3107

Pengetahuan dibangun oleh siswa sendiri Pengetahuan tidak dapat dipindahkan dari guru kemurid, kecuali hanya dengan keaktifan murid sendiri untuk menalar Murid aktif megkontruksi secara terus menerus, sehingga selalu terjadi perubahan konsep ilmiah Guru sekedar membantu menyediakan saran dan situasi agar proses kontruksi berjalan lancar.

Menghadapi masalah yang relevan dengan siswa

Struktur pembalajaran seputar konsep utama pentingnya sebuah pertanyaan

Mmencari dan menilai pendapat siswa

Menyesuaikan kurikulum untuk menanggapi anggapan siswa

Anda mungkin juga menyukai