Anda di halaman 1dari 16

Minggu 4

Pengalaman mealui tulisan.


Oleh: Quenstina.

Tulisan diperlukan untuk menyampaikan satu-satu berita atau perkabaran di dalam keadaan yang tidak boleh disampaikan oleh suara disebabkan oleh jauh baik dari segi tempat mahupun dari segi mata. Tulisan dikatakan sebagai lambang bahasa pada peringkat yang kedua. Kebolehan menulis di kalangan kanak-kanak mungkin timbul dari keinginannya hendak menyatakan sesuatu dengan perantaraan tulisan tetapi sebelum mereka dapat berbuat demikian dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain, mereka terpaksa menguasai makanik tulisan itu. (Atan Long:1982) Keinginan tersebut boleh dijadikan penggerak bagi kanak-kanak belajar menulis.

Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan serta koordinasi antara mata dan jari. Kanak-kanak yang berumur 2 tahun telah mula menconteng mengikut tanggapan mereka. Contengan ini merupakan asas kebolehan menulis.

Perkembangan penulisan
Perkembangan penulisan kanak-kanak bermula apabila kanak-kanak telah boleh memegang pensel. Perkembangan penulisan kanak-kanak terbahagi kepada 4 tahap iaitu: Tahap 1 : tahap cakaran. Tahap 2 : tahap pengulangan linear. Tahap 3 : penulisan abjad secara rawak. Tahap 4 : penulisan nama abjad dan penulisan fonetik.

Tahap 1 : tahap cakaran


Kanak-kanak mula menulis apabila telah mula membuat cakaran. Terdapat pelbagai bentuk cakaran yang dihasilkan. Oleh itu perlunya ibu bapa menyediakan kelengkapan untuk menulis. Guru dan ibu bapa perlu melebelkan segala bentuk cakaran oleh kanak-kanak sebagai tulisan.

Contoh cakaran:

Tahap 2 : tahap pengulangan linear


Kanak-kanak mula menghasilkan satu bentuk tulisan tetapi masih dalam bentuk linear. Mereka beranggapan tulisan berbentuk satu garisan yang mempunyai ketebalan yang berbeza. Kanak-kanak perlulah diajar bermula daripada menulis bentuk linear kemudian barulah abjad.

Contoh pengulangan linear:

Contoh aktiviti linear:

Tahap 3 : penulisan abjad secara rawak


Kanak-kanak meniru abjad yang diminati dan tidak tahu bunyi pada sbjad tersebut. Guru dan ibu bapa perlulah menggalakkan

kanak-kanak meniru abjad yang ada.


Guru juga perlu memberi galakkan kepada

kanak-kanak menulis atau meniru tulisan-tulisan


seperti nama, bentuk ayat, jadual dan buku.

Contoh penulisan abjad kanak-kanak:

Contoh aktiviti:

Tahap 4 : penulisan nama abjad dan penulisan fonetik.


Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mula
menulis abjad yang diikuti dengan

membunyikan abjad tersebut.


Pada awalnya, kanak-kanak meniru abjad yang mempunyi persamaan dengan bunyi dan abjad.

Contoh:

Hubungan tulisan dan bahasa:


Sambil kanak-kanak mempelajari tentang fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Tulisan dan bacaan mempunyai kaitan yang rapat dan saling melengkapi. Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga apabila seseorang menulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya.

Kesimpulan:
Untuk menggalakkan penulisan di kalangan kanak-kanak, mereka hendaklah digalakkan menulis pengalaman mereka kerana dengan berbuat demikian, penulisan itu adalah memberikan makna kepada mereka. (Atan Long, 1982)

Anda mungkin juga menyukai