Anda di halaman 1dari 26

A.

Pendahuluan

i.

Definisi dan konsep penguasaan menulis .

Menulis boleh didefinisikan sebagai satu proses atau untuk menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan dirinya. Menulis juga satu proses untuk memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang, mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun.

Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi untuk mata pelajaran yang lain. Ini adalah disebabkan bahawa bahasa adalah alat untuk menyalurkan maklumat. Menulis dalam bentuk apa sekalipun adalah mustahak kerana ia dapat membantu mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar di dalam pembelajaran. Faedah menulis kepada pelajar tidak terhad untuk jangka masa pendek, bahkan berlanjutan sepanjang usia hidupnya.

Kesimpulannya, menulis adalah penglahiran perasaan, idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

PRA3103

mukasurat 1

ii.

Tahap perkembangan kemahiran menulis kanak-kanak.

Perkembangan menulis kanak-kanak telah bermula apabila kanak-kanak telah boleh memegang pensel. Untuk itu, kita akan dapat melihat dinding sesebuah rumah sama ada cakaran atau pun tidak. Jika ada cakaran di dinding bermakna di rumah itu ada kanak-kanak.

Perkembangan

penulisan

awal

kanak-kanak dapat

dibahagikan

kepada (Tahap

beberapa tahap iaitu tahap pertama (Tahap cakaran), tahap kedua

pengulangan linear), tahap ketiga ( Menulis abjad secara rawak) dan tahap keempat ( Penulisan nama abjad dan penulisan fonetik).

Mula kita tinjanu tahap pertama iaitu tahap cakaran dalam perkembangan menulis awal kanak-kanak. Kanak-kanak telah mula menulis apabila dia telah mula membuat cakaran .Terdapat pelbagai bentuk yang dihasilkan akibat cakaran itu. Untuk itu ibu bapa perlulah menyediakan kelengkapan menulis seperti pensel, kertas dan pensel warna. Guru dan ibu bapa perlulah melabelkan segala bentuk cakaran oleh kanak-kanak sebagai menulis.

Rajah 1 : Bentuk tulisan tahap cakaran

PRA3103

mukasurat 2

Tahap yang kedua pula ialah tahap pengulang linear. Pada tahap ini, kanakkanak telah mula menghasilkan satu bentuk tulisan tetapi masih dalam bentuk linear. Kanak-kanak beranggapan bahawa tulisan adalah berbentuk satu garisan yang mempunyai ketebalan yang berbeza. Contohnya, menulis menggunakan pensel yang tajam lebih halus garisan berbanding menulis dengan menggunakan pensel yang tumpul matanya. Begitu juga semasa mengajar kanak-kanak menulis, ianya hendaklah dimulakan dengan menulis bentuk linear kemudian apabila ia telah mahir dan boleh memegang pensel dengan baik barulah digalakkan kanak-kanak untuk menulis bentuk abjad.

Rajah 2 : Contoh tulisan tahap pengulangan linear

Tahap yang ketiga pula ialah menulis abjad secara rawak. Kanak-kanak akan meniru abjad yang diminat dan tidak tahu apakah bunyi pada abjad tersebut. Guru dan ibu bapa perlu menggalakkan kanak-kanak untuk meniru abjad-abjad yang ada. Di samping itu, guru boleh juga menggalakkan kanak-kanak untuk menulis atau meniru tulisan-tulisan seperti nama, bentuk ayat, judul buku atau majalah.

PRA3103

mukasurat 3

Rajah 3 : Penulisan abjad secara rawak ( baju saya )

Akhir sekali ialah tahap keempat iaitu tahap penulisan nama abjad dan penulisan fonetik. Pada tahap ini, kanak-kanak telah mula menulis nama abjad yang diikuti dengan membunyikan abjad tersebut. Pada peringkat awalnya, kanak-kanak akan menulsi abjad yang mempunyai persamaan dengan bunyi abjadnya.

PRA3103

mukasurat 4

B. Isi Tugasan

i.

Pengenalan ringkas kanak-kanak yang dikaji.

Nama Umur

: Irfan Zuhairie bin Ismail : 2 Tahun 1 Bulan

Tarikh Lahir : 03 Februari 2010 Jantina Anak ke : Lelaki : Keempat

Sebab Pemilihannya : Saya memilih adik Irfan Zuhairie kerana adik Irfan Zuhairie adalah anak saya sendiri. Jadi, saya berpeluang untuk bersamanya sepanjang masa. Faktor ini sangat membantu saya dalam melaksanakan kajian ini kerana ia amat memudahkan saya untuk membuat kajian terhadap perkembangan kemahiran penulisannya.

Cara Kajian : Oleh kerana subjek kajian mempunyai hubungan yang rapat dengan saya maka saya dapat melakukan pelbagai teknik dan kaedah

kajian. Antaranya ialah menyuruhnya menconteng kertas putih dengan menggunakan pelbagai alat tulis seperti pen, warna air, pensel dan pensel warna, mewarna buku kerja, mengoyak kertas dan makan dengan menggunakan sudu.

PRA3103

mukasurat 5

Nama Umur

: Irfan Zuhaily bin Ismail : 2 Tahun 1 Bulan

Tarikh Lahir : 03 Februari 2010 Jantina Anak ke : Lelaki : Kelima

Sebab Pemilihannya : Saya memilih adik Irfan Zuhaily kerana adik Irfan Zuhaily adalah anak saya sendiri. Jadi, saya berpeluang untuk bersamanya sepanjang masa. Faktor ini sangat membantu saya dalam melaksanakan kajian ini kerana ia amat memudahkan saya untuk membuat kajian terhadap perkembangan kemahiran penulisannya. Lagipun saya mempunyai anak kembar jadi saya tidak perlu bersusah payah untuk mencari subjek kajian lain.

Cara Kajian : Oleh kerana subjek kajian mempunyai hubungan yang rapat dengan saya maka saya dapat melakukan pelbagai teknik dan kaedah

kajian. Antaranya ialah menyuruhnya menconteng kertas putih dengan warna air, pensel warna dan pen, mewarna buku kerja, mengoyak kertas dan makan dengan menggunakan sudu.

PRA3103

mukasurat 6

Nama Umur

: Damia Zulaikha binti Ismail : 4 Tahun 2 Bulan

Tarikh Lahir : 05 Disember 2007 Jantina Anak ke : Perempuan : Ketiga

Sebab Pemilihannya : Saya memilih adik Damia kerana adik Damia adalah anak saya sendiri. Jadi, saya berpeluang untuk bersamanya sepanjang masa. Faktor ini sangat membantu saya dalam melaksanakan kajian ini kerana ia amat memudahkan saya untuk membuat kajian terhadap perkembangan kemahiran penulisannya. Tambahan pula, Damia mempunyai adik yang merupakan subjek kajian saya juga. Jadi, ini sedikit sebanyak memudahkan saya untuk memberi mereka aktiviti yang berbentuk motor halus pada bila-bila masa sahaja.

Cara Kajian : Oleh kerana subjek kajian mempunyai hubungan yang rapat dengan saya maka saya dapat melakukan pelbagai teknik dan kaedah

kajian. Antaranya ialah menyuruhnya menconteng kertas putih dengan menggunakan pen. pensel warna, pen marker dan warna air , mewarna buku kerja, mengoyak kertas dan makan dengan menggunakan sudu.

PRA3103

mukasurat 7

Nama Umur

: Ikmal Hakimi bin Abdullah : 5 Tahun

Tarikh Lahir : Jantina Anak ke : Lelaki : Sulung

Sebab Pemilihannya : Faktor saya memilih adik Ikmal Hakimi kerana adik Ikmal Hakimi adalah anak murid saya. Jadi, saya berpeluang untuk bersama dengan adik Ikmal Hakimi dalam tempoh masa yang agak panjang. Selain itu, saya berminat untuk mengkaji

perkembangan kemahiran menulis adik Ikmal Hakimi kerana dia tidak pernah memegang alat tulis sehinggalah dia memasuki kelas prasekolah saya.

Cara Kajian : Saya hanya berpeluang memberikan adik Ikmal aktiviti apabila dia selesai membuat aktiviti di prasekolah. Walaupun aktiviti motor halus terhad diberikan kepadanya tetapi saya sentiasa memerhati perkembangan kemahiran menulis adik Ikmal melalui aktiviti motor halus di kelas prasekolah. Antara cara kajian yang saya jalankan ialah melalui pemerhatian secara berterusan dan dengan memberikannya pen marker, pen, pensel warna dan pensel untuk menulis.

PRA3103

mukasurat 8

ii.

Data kajian.

1. Nama kanak-kanak : Irfan Zuhairie bin Ismail Umur : 2 tahun 1 bulan

Aktiviti Melalui Menconteng kertas putih

Catatan / Pemerhatian pemerhatian saya, Zuhairie

dengan memegang pensel dengan tangan kiri. Tangannya belum kuat untuk memegang alat tulis seperti pensel.

menggunakan pensel.

Mewarna buku kerja menggunakan pensel Mencakar warna.

sedikit

sahaja.

Selepas

beberapa saat dia terus menggulung kertas tersebut.

Menconteng

kertas

putih

dengan Hanya menconteng sedikit sahaja dengan menggunakan warna air. Zuhairie hanya leka menjaga pelet warna airnya daripada di ganggu orang lain sehingga lupa untuk menconteng.

menggunakan warna air.

PRA3103

mukasurat 9

2. Nama kanak-kanak : Irfan Zuhaily bin Ismail Umur : 2 tahun 1 bulan

Aktiviti Menconteng kertas putih dengan Sangat

Catatan / Pemerhatian berminat untuk mewarna.

menggunakan pensel.

Tangannya seperti sudah bersedia dan selesa untuk memegang alat tulis

walaupun hanya menconteng sahaja.

Mewarna buku kerja menggunakan pensel Sudah boleh melihat objek yang perlu warna. diwarnakan konsep ruang. tetapi belum menguasai

Menconteng

kertas

putih

dengan Sangat berminat dan kusyuk mewarna menggunakan warna air.

menggunakan warna air.

PRA3103

mukasurat 10

3. Nama kanak-kanak : Damia Zulaikha binti Ismail Umur Aktiviti Menconteng kertas putih : 4 tahun Catatan / Pemerhatian dengan Sudah boleh memegang alat tulis dengan baik. Membentuk objek yang menyerupai manusia.

menggunakan pensel dan pen.

Mewarna

buku

kerja

dengan Sudah memahami dan sedang menguasai konsep ruang, warna yang agak sekata, sesuai dengan tahap perkembangan

menggunakan pensel warna.

kemahiran menulisnya. Menconteng dengan menggunakan warna Sangat exited dan teruja sekali. Sudah air. boleh membuat simbol-simbol yang biasa di lihatnya seperti huruf dan nombor.

Menulis marker.

dengan

menggunakan

pen Sangat

seronok

kerana

berpeluang

menggunakan pen marker. Membentuk huruf dan nombor yang biasa dilihat.

PRA3103

mukasurat 11

4. Nama kanak-kanak : Ikmal Hakimi bin Abdullah Umur : 6 tahun

Aktiviti Mewarna objek / lukisan. Belum

Catatan / Pemerhatian selesa memegang alat tulis.

Tangannya masih lemah. Belum ada kordinasi mata-tangan.

Menulis huruf dengan pensel.

Melalui pemerhatian saya, dia tbelum berminat untuk menulis simbol kerana belum menguasai kordinasi mata dan tangan. Asyik melihat ke kiri dan ke kanan dan agak lambat menulis.

Menulis

tajuk

buku

cerita

dengan Sudah ada peningkatan perkembangan menulis. Walaupun huruf yang ditulis belum sempurna tetapi dia seperti

menggunakan pen.

berminat menulis menggunakan pen.

Menulis

tajuk

buku

cerita

dengan Sangat teruja kerana dibenarkan menulis menggunakan pen marker. Dia berjaya menulis tiga tajuk buku cerita kerana seronok menulis dengan pen marker.

menggunakan pen marker.

PRA3103

mukasurat 12

iii.

Perbincangan Data dan dikaitkan dengan Teori.

Melalui kajian dan pemerhatian terhadap perkembangan kemahiran menulis kanak-kanak yang berumur sekitar 1 hingga 6 tahun saya telah dapat merumuskan bahawa kanak-kanak yang jarang memegang alat tulis mempunyai tahap perkembangan yang lambat berbanding kanak-kanak yang didedahkan awal dengan alat-alat tulis.

Perkembangan penulisan untuk kanak-kanak yang saya kaji iaitu kanakkanak yang berumur dua tahun ke atas memang terbukti mereka masih di dalam tahap 1 iaitu tahap cakaran. Terdapat pelbagai bentuk yang dihasilkan akibat cakaran itu. Hasil dari kajian yang saya jalankan, sepatutnya kanak-kanak perlu didedahkan dengan alat-alat tulis dan kelengkapan untuk menulis sedari kecil lagi bagi membiasakan tangan mereka memegang alat tulis. Tetapi, semasa memberikan alat-alat tulis tersebut pastikan kita sentiasa memantau dan mengawasi keselamatan mereka. Ini kerana kanak-kanak yang berumur satu hingga dua tahun belum tahu melindungi diri mereka daripada bahaya. Contohnya, bahaya seperti pensel atau warna pensel yang tajam. Selain itu, kanak-kanak juga harus diberikan bahan rangsangan yang boleh memperkukuhkan lagi kemahiran motor halus mereka seperti membuat aktiviti yang ringkas contohnya mengoyak kertas, memicit dan bermain dengan plastisin, main bongkah atau pun membuat contengan yang bebas.

PRA3103

mukasurat 13

Melalui hasil kajian saya terhadap Irfan Zuhairie dan Irfan Zuhaily, ternyata terdapat perbezaan dalam perkembangan penulisan mereka. Irfan Zuhairie menulis menggunakan tangan kiri, kordinasi motor halusnya juga belum kuat, dan kurang berminat untuk menulis. Sementara Irfan Zuhaily pula lebih maju berbanding Irfan Zuhairie. Dia lebih berminat menulis, mewarna dan melukis. Irfan Zuhaily menggunakan tangan kanak untuk menulis dan tangannya sudah selesa untuk memegang alat tulis. Walaubagaimanapun, perkembangan penulisan kedua-dua mereka pada mulanya masih berada di tahap satu iaitu tahap cakaran.

Setelah saya meminta Irfan Zuhairie dan Irfan Zuhaily memegang alat tulis setiap hari, perkembangan penulisan mereka menampakkan perubahan. Irfan Zuhairie sudah pandai memegang pensel manakala Irfan Zuhaily sudah mulai memasuki tahap kedua dalam perkembangan menulis iaitu tahap pengulangan linear. Mereka sudah boleh memegang pensel dengan baik. Ternyata kedua-dua subjek kajian mengalami perkembangan fizikal yang berbeza-beza mengikut pendapat teori perkembangan Robert Havinghurt dan perkembangan mereka adalah unik dan lahir secara semulajadi sesuai dengan pendapat Arnoll Gesell.

Berbeza

dengan

Damia

Zulaikha.

Dia

suda

mencapai

perkembangan penulisan di tahap yang ketiga iaitu menulis abjad secara rawak. Damia meniru abjad-abjad yang diminati seperti huruf i , A , nombor 2 , dan 7 . Damia hanya menulis tetapi tidak tahu apakah bunyi huruf atau simbol nombor tersebut. Semasa kajian ini dijalankan, saya telah menyuruh Damia menulis huruf di dalam buku kerjanya. Ternyata dia berjaya menulis beberapa huruf-huruf yang diminati dan agak senang sahaja seperti H , I , T dan A . Huruf dan nombor yang ditulis juga agak samar-samar bentuknya.

PRA3103

mukasurat 14

Sebelum saya menjalankan kajian ini, apabila diminta untuk menulis satu perkataan dia mengeluh dan merungut menyatakan belum pandai. Tetapi setelah saya menggalakkannya untuk menulis setiap hari, hari ini dia telah berjaya menulis tiga suku kata di dalam buku kerjanya ba , bi dan bu . Damia semakin yakin dengan kebolehannya untuk menulis.

Subjek kajian saya yang terakhir ialah Ikmal Hakimi. Dia merupakan anak sulung daripada dua adik beradik. Melalui pemerhatian saya, Ikmal Hakimi tiada pendedahan menulis dari rumah. Pada awalnya, tangannya sangat lemah untuk memegang alat tulis seperti pensel dan pensel warna. Akibatnya, dia sering lambat menyiapkan kerja-kerja atau latihan yang diberikan. Setelah melihat Ikmal Hakimi belum dapat memegang alat tulis dengan baik saya telah membelikannya beberapa buah buku kerja untuk dibuat di rumah. Hasilnya, apabila dia kerap mewarna di rumah, dia sudah boleh memegang alat tulis dengan baik. Walaubagaimanapun, tahap perkembangan tulisannya masih berada di tahap yang ketiga iaitu menulis abjad secara rawak. Di sini kita dapat lihat bahawa perkembangan kanak-kanak ini sangat dipengaruhi oleh faktor budaya, biologi dan sosial yang kurang mantap.

Namun

begitu.

Ikmal

Hakimi

kini

telah

menunjukkan

perkembangan yang baik dalam perkembangan menulisnya. Sekarang dia sudah boleh meniru atau menulis tulisan-tulisan seperti namanya sendiri, judul buku dan beberapa perkataan.

Kesimpulannya, guru dan ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak supaya dapat menulis dengan baik dengan membelikan kelengkapan menulis untuk mereka. Guru prasekolah juga perlulah meningkatkan dan memperkukuhkan asas menulis bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan cekap dan pantas. Maka guru

PRA3103

mukasurat 15

perlulah bijak menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan yang dapat meningkatkan kemahiran dalam penulisan seperti dalam bentuk permainan.

iv.

Aktiviti Perkembangan Fizikal.

a. Perkembangan Motor Halus. 1. Umur 1 hingga 3 tahun

1.1 Lukisan jari Objektifnya adalah untuk melakukan pergerakan tangan dan jari. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kanji, cat serbuk, kertas, surat khabar lama, besen berisi air dan tuala. Cara-caranya ialah bentangkan kertas di atas meja yang telah dialas dengan surat khabar. Tuangkan cat kanji ke atas kertas untuk setiap kanak-kanak. Suruh mereka melukis dngan menggunakan kedua-dua tapak tangan dan jarinya. Kemudian keringkan.

1.2 Garisan di udara Objektif adalah utnuk latihan pergerakan mata. Kanak-kanak diminta mengambil sebatang pembaris dan berdiri di belakang guru di dalam beberapa garisan. Pastikan kanak-kanak mempunyai ruang yang cukup. Angkat tangan untuk mengangkat kayu pembaris ke udara. Suruh kanak-kanak meniru pergerakan guru. Kanak-kanak diminta melihat arah

PRA3103

mukasurat 16

pembaris bergerak seperti mendongak, pandang ke kiri dan kanan.

1.3 Menyambung titik Objektifnya adalah untuk latihan kordinasi matatangan dari kiri ke kanan. Beri kanak-kanak kertas yang telah ditlukis dengan titik-titik krayon. Guru menunjukkan titik-titik itu dari kiri ke kanan. Minta mereka menyambungkan titik-titik dari kiri ke kanan dengan menggunakan krayon. Teruksna ke barisan-barisan lain yang semakin jauh jarak titiknya.

1.4 Mengoyak Objektifnya adalah untuk melakukan latihan kordinasi mata-tangan dengan mengoyak mengikut arahan. Berikan kanak-kanak sehelai kertas yang mempunyai corak. Minta mereka itu. mengoyakkan Kemudian kertas itu

mengikut

corak

minta

mereka

melekatkan bentuk yang telah dikoyak di atas kertas warna. Variasi, gantikan corak-corak dengan menyuruh kanak-kanak mengoyak gambar-gambar daripada majalah atau huruf atau angka dari surat khabar.

2. Umur 4 hingga 6 tahun

2.1 Melengkapkan huruf dan angka ( Rujuk Lampiran ) Objektifnya adalah untuk menambahkan bahagian hurufhuruf yang tidak lengkap.
PRA3103 mukasurat 17

Sediakan huruf dan pasangannya yang tidak lengkap di atas kertas. Beri sehelai kertas kepada setiap kanak-kanak dan beritahu terdapat huruf yang tidak lengkap Minta mereka melengkapkan huruf-huruf tersebut. Seterusnya, minta mereka menulis huruf yang lengkap di atas garisan di sebelah kanak.

2.2 Nama sendiri ( rujuk lampiran ) Objektifnya ialah untuk mengenal dan menulis nama sendiri. Beri sehelai kertas yang terdapat nama mereka kepada setiap kanak-kanak. Pastikan di atas kertas itu ada nama kanak-kanak di bahagian atas sekali, nama kanak-kanak yang huruf-hurufnya dibuat dengan titik dan akhir sekali garisan kosong. Minta kanak-kanak meniru bentuk huruf di atas perkataan lengkap,meniru bentuk huruf berpandukan titik-titik dan menulis huruf yang lengkap di atas garisan.

2.3 Mewarna huruf. ( rujuk lampiran ) Objektifnya adalah untuk mengenal bentuk-bentuk huruf dalam perkataan-perkataan bermakna. Berikan sehelai kertas kepada setiap kanak-kanak.

Tunjukkan, ejakan dan bacakan perkataan yang terdapat di atas kertas. Suruh kanak-kanak mewarnakan huruf-huruf dengan menggunakan magic colour. Kemudia suruh kanakkanak meniru bentuk huruf-huruf di atas garisan-garisan yang disediakan di bahagian bawah perkataan itu.

PRA3103

mukasurat 18

Variasi, aktiviti ini boleh diteruskan dengan mewarnakan huruf-huruf dalam ayat-ayat mudah. Contoh, saya main bola dan Ini bapa saya.

b. Perkembangan Motor Kasar

1. Membaling Guli ke Dalam Kotak Permainan ini adalah untuk membina kordinasi mata dan tangan semasa membaling guli ke dalam kotak. Sediakan 15 biji guli dan kotak berukuran 30 cm X 30 cm. Letakkan kotak dalam jarak satu meter dari tempat

membaling. Minta kanak-kanak balingkan guli-guli ke dalam kotak. Kemudian minta mereka kira berapa banyak guli yang berjaya mereka masukkan.

2. Bowling Dengan Blok Aktiviti ini adalah untuk kordinasi mata tangan dan tangan kaki melalui aktiviti menghayun dan mengolekkan bola. Sediakan sebiji bola dan sepuluh ketul blok. Susun blok di atas lantai ( dalam bentuk memanjang dan menghadap menggolekkan kanak-kanak). bola tersebut Suruh seperti kanak-kanak orang bermain

bowling untuk menjatuhkan blok-blok tadi. Mereka boleh menggunakan objek-objek lain seperti kotak kosong, tin kosong dan bakul kosong untuk dijatuhkan.

PRA3103

mukasurat 19

3. Berjalan di Atas Tali Tujuan aktiviti ini ialah untuk membina kordinasi tangan kaki dan otot-otot anggota badan melalui berjalan dan mengimbangkan badan. Hanya perlu sediakan tali sahaja. Bentangkan tali dengan lurus di atas lantai. Minta kanakkanak berjalan secara-bergilir-gilir di atas tali tersebut. Mula-mula dengan kedua tangan di sisi, diikuti dengan medepakan tangan dan mengembangkan tangan ke kiri dan ke kanan. Perhatikan cara mereka mengimbangkan badan. Bentangkan tali dalam pelbagai bentuk seperti ular, kotak atau bulat. Mereka juga boleh berjalan dengan membawa barang seperti kotak di atas kepala atau memegang payung semasa berjalan.

4. Beraksi Seperti Haiwan Aktiviti ini adalah untuk membina kordinasi otot-otot anggota badan melalui merangkak, berguling, menghayun dan melompat. Sediakan pelbagai gambar haiwan seperti kera, lembu, buaya ayam itik dan lain-lain. Perkenalkan haiwan-haiwan kepada kanak-kanak.

Berbincang tentang bunyi haiwan itu dan bagaimana cara haiwan itu bergerak. Akhir sekali minta mereka beraksi seperti haiwan-haiwan tersebut dan suruh mereka melakonkan aksi haiwan tersebut.

PRA3103

mukasurat 20

5. Permainan Rebut Kerusi. Aktiviti ini adalah untuk membina otot-otot anggota badan dengan berjalan dan bertepuk tangan. Sepuluh orang kanak-kanak, Sembilan buah kerusi dan pita rakaman lagu kanak-kanak. Minta kanak-kanak membuat satu bulatan. Kumpulkan kerusi di tengah-tengah bulatan. Terangkan bagaimana permainan akan dijalankan. Mainkan muzik dan minta kanak-kanak berjalan dan bertepuk tangan mengelilingi kerusi-kerusi itu. Berhentikan muzik secara mengejut dan suruh kanak-kanak berebut mencari tempat duduk masing-masing. Kanak-kanak yang tidak mendapat tempat duduk dikehendaki keluar daripada permainan. Tarik keluar sebuah kerusi dan mainkan muzik semula. Ulangi sehingga tinggal dua orang kanak-kanak dan sebuah kerusi. Minta mereka berebut kerusi yang tinggal itu.sesiapa yang berjaya dikira sebagai pemenang.

6. Menendang Bola Aktiviti motor kasar ini adalah untuk membina kordinasi mata dan kaki dengan menendang. Sediakan sebiji bola. Minta kanak-kanak menedang atau menggerakkan bola dengan menggunakan kaki sahaja. Mereka tidak boleh menyentuh bola dengan tangan. Tangan mesti berada di belakang dan bola ditendang keluar daripada bulatan. Mereka boleh menendang bola itu dengan sebelah kaki sahaja.

PRA3103

mukasurat 21

7. Bagaimana Bahagian-bahagian Tubuh Boleh Bergerak Objektif aktiviti motor kasar ini adalah untuk membina perkembangan otot-otot anggota badan melalui

pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh tangan, kaki, badan dan kepala, Tunjukkan kepada kanak-kanak bagaimana bahagianbahagian tubuh mereka boleh bergerak seperti: Kepala : menggeleng, mengangguk, mendongak,

menanduk. Tangan : bertepuk, membaling, mencapai, menagkap, memusing, menggenggam, menumbuk. Minta kanak-kanak mengikut pergerakan bahagian-

bahagian tubuh bersama-sama.

PRA3103

mukasurat 22

C. Penutup

i.

Refleksi

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan

perawakan manusia ( Woolfolk dan Margetts, 2007 ). Kenyataan ini disokong oleh hasil dapatan melalui http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/perkembangan-fizikal-dan-

kognitif-serta.html yang menyatakan perkembangan fizikal merangkumi pertumbuhan fizikal, kemahiran pergerakan kasar dan halus. Menurut Hurlock, 1978, perubahanperubahan yang berlaku ini merangkumi tingkah) laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung.

Arnold Gesell pula beranggapan bahawa perkembangan kanakkanak adalah mengikut pola-pola tertentu. Perkembangan juga adalah berbeza-beza antara seorang individu dengan individu yang lain. Perkembangan kanak-kanak adalah unik, ianya juga perlu dihormati dan berlaku secara semulajadi tanpa sebarang unsurunsur paksaan. Ini termasuklah dari segi perkembangan fizikal kanak-kanak.

Setelah menjalankan banyak pemerhatian, mempelbagaikan kaedah dan cara dalam menyiapkan tugasan ini pelbagai dapatan telah saya perolehi terutamanya dalam aspek teori perkembangan fizikal dan kaitannya dengan hasil kajian. Melalui kajian saya terhadap perkembangan penulisan kanak-kanakyang berumur 2 tahun ke atas, mereka sudah dapat membuat cakaran atau contengan yang bebas. Ini bertepatan dengan pendapat Arnoll Gesell yang menyatakan terdapat lima peringkat perkembangan yang mana peringkat satu( 0 - 1 tahun ) bayi yang berusia empat bulan sudah berupaya menggunakan mata untuk mengikut objek yang bergerak di hadapannya dan bayi yang berumur tujuh bulan pula sudah mempunyai keupayaan
PRA3103 mukasurat 23

untuk menggenggam barang. Maknanya, kanak-kanak yang saya kaji sudah mempunyai perkembangan yang baik dari segi motor halusnya kerana mereka sudah boleh memegang alat tulis dengan baik sekali. Malahan salah seorang subjek kajian saya yang berumur dua tahun ke atas ini sudah wujud kordinasi mata-tangan. Ini terbukti melalui pemerhatian saya semasa subjek kajian cuba mewarna gambar dalam buku kerja yang diberikan.

Sementara untuk pemerhatian saya terhadap kanak-kanak yang berumur empat tahun ke atas, dia sudah mempunyai kordinasi mata-tangan yang sangat baik. Perkembangan motor halusnya dalam kemahiran menulis juga adalah di tahap yang ketiga, boleh menulis huruf-huruf secara rawak. Hal ini dapat saya kaitkan dengan teori perkembangan Robert Havinghurts yang menyatakan bahawa

perkembangan kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh faktor budaya, biologi dan sosial. Perubahan subjek kajian adalah sangat ketara terutama perubahan otot-otot motor halusnya, tangan dan jari-jarinya menjadi lebih kuat melalui aktiviti motor halus yang saya berikan kepadanya seperti menconteng, melukis secara bebas, dan mewarna buku kerja yang diberikan.

Apabila saya menjalankan pemerhatian dan kajian terhadap subjek kajian yang berumur lima tahun ke atas, saya dapati kanak-kanak ini kurang terdedah dengan alat-alat tulis. Kemahiran motor halusnya terhalang disebabkan oleh faktor biologi, budaya dan sosial kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini juga tidak diberikan rangsangan yang cukup di rumah menyebabkan perkembangan kemahiran menulisnya masih seperti kanak-kanak yang berumur tiga hingga empat tahun. Semasa saya menjalankan kajian ke atasnya, saya telah memberikan banyak rangsangan kepada kanak-kanak ini seperti menguntai manik, memasukkan guli ke dalam lubang botol dan memasukkan duit syiling ke dalam tabung. Selain itu, saya turut menyediakan latihan dan rangsangan pratulis yang berbeza berbanding dengan rakan-rakan yang lain.

PRA3103

mukasurat 24

Latihan yang diberikan kepadanya adalah dari mudah kepada yang susah. Contohnya menyambung titik-titik huruf daripada titik-titik yang dekat jaraknya kepada titik-titik yang jauh jaraknya. Saya turut menekankan kanak-kanak ini untuk membuat corak-corak yang mudah sebagai asas sebelum dia menguasai tahap keempat iaitu penulisan nama abjad dan penulisan fonetik. Ternyata hasil dari aktiviti, rangsangan dan latihan yang telah saya berikan, dia berjaya mengawal motor halusnya untuk membentuk abjad atau nombor.

Oleh itu, kanak-kanak di dalam lingkungan

dua tahun ke atas

memerlukan pendedahan kepada persekitaran yang kaya dengan unsur-unsur pembelajaran khususnya dalam mempertingkatkan lagi kemahiran fizikal mereka. Mereka memerlukan peluang untuk melibatkan diri di dalam berbagai jenis pengalaman. Pendedahan dan penglibatan ini penting untuk mereka berkembang dengan sempurna.

ii.

Kesimpulan

Perkembangan fizikal adalah salah satu daripada perkembangan yang paling penting dan cepat berlaku pada peringkat permulaa hidup kanak-kanak. Berkait rapat dengan perkembangan fizikal ialah perkembangan motor kanak-kanak. Mereka perlu

memperolehi kemahiran motor kasar dan motor halus supaya mereka dapat mengawal pergerakan badan dan bahagian-bahagian badan.

Pada dasarnya, perkembangan motor kasar berlaku sebelum perkembangan motor halus. Kanak-kanak perlu membina kordinasi motor kasarnya supaya mereka dapat melakukan aktiviti-aktiviti seperti membaling, menangkap,

PRA3103

mukasurat 25

berjalan, berlari, melompat, mengangkat dan menolak. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan pergerakan empat bahagian utama iaitu kepala, badan, tangan dan kaki.

Mereka

juga

perlu membina

kordinasi motor halus

yang

melibatkan otot-otot seperti tangan dan jari supaya dapat melakukan aktiviti seperti meramas, memicit, mencubit dan menggentel melalui aktiviti seperti mengoyak, menekap dan menggunting.

Sebagai ibu bapa dan guru, kita perlu memberi ruang kepada kanak-kanak untuk memperkembangkan kemahiran menulisnya dengan

mempertingkatkan seterusnya memperkukuhkan lagi perkembangan motor halusnya .

PRA3103

mukasurat 26

Anda mungkin juga menyukai