Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Buku kanak kanak merupakan salah satu bahan yang amat penting bagi sumber
pemerolehan ilmu pengetahuan. Ia juga boleh mencetuskan daya imaginasi kanak kanak
pada peringkat usia muda setelah mereka melihat dan membaca buku tersebut seperti buku
buku yang berkaitan dengan benda benda yang biasa dilihat setiap hari serta kejadian
kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Selain itu, tajuk buku yang tidak mereka kenali
juga membolehkan mereka mengenali sesuatu dan mendapat idea yang baharu. Menurut
Glazer (2000), buku kanak kanak adalah buku buku yang ditulis bagi tujuan pembacaan
kanak kanak ataupun buku yang menjadi bacaan kanak kanak tidak kira apa jua bentuk
penulisannya sama ada ianya buku cerita berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen yang ditulis
untuk memberi maklumat ataupun buku yang menggunakan bahasa berirama, pantun, sajak
dan lain lain.

Isi

Langkah pertama dalam menemukan keseronokan membaca adalah melalui pemilihan


buku yang terbaik. Buku yang terbaik bagi kanak kanak adalah berbeza daripada buku
dewasa iaitu buku tersebut bukanlah buku yang pernah mendapat anugerah atau pun pernah
memenangi anugerah buku tetapi buku kanak kanak merupakan buku yang senang dan
mudah dibaca dan difahami oleh mereka. Di usia yang muda seperti kanak kanak, dalam
proses pembelajaran yang berkesan, proses pemilihan buku yang sesuai bagi bacaan kanak
kanak adalah amat penting. Pelbagai aspek yang dapat dilihat dalam memilih bahan bacaan
untuk kanak kanak iaitu;

i. Muka Depan Buku

Perkara pertama yang dilihat oleh kanak kanak sebelum membuka buku cerita atau buku
buku lain adalah muka depan buku tersebut. Buku yang menarik boleh menarik perhatian
kepada kanak kanak iaitu dengan keseimbangan diantara warna, topografi serta hiasan buku
dan diselitkan dengan keterangan lain bagi memperkenalkan buku tersebut. Kertas buku yang
digunakan adalah bermutu dan berwarna krim kerana ia amat sesuai bagi mata kanak
kanak. Buku kanak kanak hendaklah dijahit dengan kuat supaya setiap muka surat tidak
mudah tertanggal.
ii. Gambar, Ilustrasi dan Warna

Buku yang mempunyai gambar dan ilustrasi yang berwarna - warni menarik perhatian
kepada kanak kanak. Ini adalah kerana ianya senang memberi gambaran tentang isi jalan
cerita buku tersebut . Mereka akan bertanya akan gambar tersebut, mendengar cerita dan
seterusnya mereka akan membaca buku itu sendiri. Menurut Lynch-Brown dan Tomlinson
(1999) kanak kanak berusia empat hingga enam tahun meminati buku bergambar dan
mereka memilih buku bergambar menjadi buku kegemaran dan seterusnya membaca serta
menghafal teks berulang kali. Dalam penggunaan warna, kanak kanak lebih tertarik kepada
bahan bacaan yang bergambar yang mempunyai warna yang terang dan realistik berbanding
dengan gambar yang abstrak dan suram sebagai contoh warna epal dalam buku digunakan
sebagai gambaran warna epal yang sebenar. Menurut kajian Andrews dan Scharff (2002)
menunjukkan bahawa kanak kanak lebih gemar akan bahan bacaan bergambar yang terang
dan realistik berbanding buku buku yang mengandungi bergambar terang, abstrak dan
suram. Menurut kajian ini juga membuktikan bahawa pembaca buku mendapat kesan
daripada jenis ilustrasi yang digunakan dalam buku tersebut. Hampir semua kanak kanak
menggemari buku buku ilustrasi yang mempunyai warna yang terang iaitu biru, merah,
kuning dan hijau. Pengunaan warna hitam dan putih juga sesuai dalam buku kanak kanak.
Melalui penggunaan warna, mereka dapat mengenalpasti penggunaan warna seperti, daun
berwarna hijau, kuning untuk matahari dan biru untuk laut. Dalam buku konsep sains yang
memberi ilustrasi juga dapat membantu meningkatkan kefahaman pembaca.
Walaubagaimanapun ia mempunyai kelemahan iaitu pembaca hanya mendapatkan sesuatu
maklumat melalui ilustrasi yang dilihat dan tidak membaca buku tersebut.

iii. Saiz Huruf dan Buku

Faktor lain dalam menilai buku kanak kanak iaitu jenis atau reka bentuk huruf dalam
buku kanak kanak tersebut. Pelbagai aspek yang diambil dalam pemilihan huruf dalam
buku kanak kanak iaitu; jenis huruf yang bulat, saiz huruf yang standard seperti tidak terlalu
kecil dan tidak telampau besar. Hal ini amat penting kerana ia boleh memudahkan kanak
kanak membaca dan memahami buku tersebut. Walaubagaimanapun buku cerita kanak
kanak mempunyai tahap tahap pembaca iaitu pembaca baru, awal dan maju, dimana setiap
tahap pembaca menggunakan saiz huruf masing masing huruf yang tidaklah terlalu besar
diikuti dengan huruf sederhana. Dalam buku bahasa melayu, bagi kanak kanak berumur
lima enam tahun, kebiasaanya buku yang digunakan bagi membantu mereka dalam
pembelajaran adalah huruf yang berwarna bagi membezakan dan memudahkan mereka
memahami sukakata dalam buku tersebut.

Manakala saiz buku bagi setiap tahap pembaca kanak - kanak, kebanyakannya
mempunyai buku yang kecil dan sederhana besar. Ia amat sesuai untuk mereka kerana ia
mudah dan mampu dipegang serta selesa dibawa ke mana mana. Namun dalam kelas
prasekolah, penggunaan buku besar berserta dengan gambar dan ilustrasi menarik minat
membaca kanak kanak dan seterusnya memberi kepuasan mereka untuk membaca buku
tersebut. Selain itu, gambar dalam buku besar menceritakan segalanya tanpa mengunakan
perkataan yang banyak dan melalui gambar mereka dapat mengembangkan daya pemikiran
mereka. Walaubagaimana pun buku ini sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dalam kelas
prasekolah kerana semua kanak kanak dapat melihatnya dengan jelas.

iv. Penggunaan Ayat dan Perkataan

Selain daripada ilustrasi dan gambar, penggunaan ayat dan perkataan dalam buku kanak
kanak juga penting. Bagi peringkat kanak kanak yang berusia dari lahir sehingga enam
tahun, ayat yang digunakan adalah mudah dan senang difahami oleh mereka.
Walaubagaimanapun, kanak kanak yang berusia bayi sehingga dua tahun mereka
mengunakan ayat yang paling mudah berserta dengan gambar. Manakala bagi kanak kanak
yang berumur tiga sehingga enam tahun penggunaan ayat dan perkataan adalah berdasarkan
dengan tahap ayat yang mudah ke mencabar mengikut usia mereka masing masing. Selain
daripada itu, pengunaan bahasa berirama dalam buku juga menarik minat membaca kanak
kanak, Menurut Lynch Brown dan Tomlinson (1999) kanak kanak yang berusia dua
hingga empat tahun amat gemarkan bahasa berirama dan perkataan yang berulang ulang.
Dengan menggunakan perkataan yang berulang ulang, ia dapat membantu kanak kanak
memahami buku dengan cepat.
2.0 Pemerhatian

Bagi melaksanakan kursus saya ini, saya telah menjalankan pemerhatian terhadap seting
ruang membaca di Tabika Kemas Kampung Rangalau, Kota Belud. Saya juga mengambil
beberapa gambar sebagai bahan bukti untuk membuat laporan daripada pemerhatian saya.

Berikut merupakan maklumat sekolah tersebut;

Nama Sekolah : Tabika KEMAS Kampung Rangalau

Alamat Penuh :

Nama Guru : Edith Flora Welson Simpat

Nama Pembantu :

Bilangan Pelajar : 15 Orang

Keluasan Sekolah :

Saya telah menjalankan pemerhatian saya di dalam kawasan tabika terutamanya


dalam susun atur dan bahan bacaan bagi mengukuhkan pengetahuan saya terhadap
persekitaran susun atur sesebuah pra sekolah yang sebenar. Oleh yang demikian saya akan
mempamerkan hasil pemerhatian dan gambar gambar yang terdapat dalam tabika tersebut.

KEDUDUKAN SUSUN ATUR DAN BAHAN BACAAN


Gambar tersebut merupakan ruang bagi pusat bahasa dan komunikasi di mana pusat ini
mnyediakan ruang persekitaran yang mempunyai bahan bahan bacaan kepada kanak
kanak. Bahan bacaan ini terdiri daripada buku cerita dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris. Melalui pemerhatian yang lakukan, keluasan bagi pusat ini amatlah terhad dan
sempit. Ruang ini tidak dapat menampung kanak kanak untuk membaca bersama sama di
tempat ini. Keadaan sempit ini boleh menyebabkan kanak kanak berebut mendapatkan
tempat membaca dan menyukarkan lagi kanak kanak lain bergerak apabila mendapat buku
yang lain.

Selain daripada itu, pusat yang disusun oleh guru tersebut tidak berapa sesuai. Ini adalah
kerana, pusat tersebut berdekatan dengan meja dan kerusi kanak kanak. Ini menyebabkan
kanak kanak tidak dapat melakukan perbualan pagi bersama sama dengan guru. Faktor
pengudaraan dan pencahayaan juga tidak selesa bagi kanak kanak. Semasa pemerhatian,
kawasan tersebut tidak mencukupi kipas yang menjadikan panas dan selesa bagi kanak
kanak yang agresif. Buku cerita dalam pusat bacaan itu juga tidak mencukupi untuk kanak
kanak dan menyebakan kanak kanak bosan dengan buku yang sama. Kebanyakan buku
buku cerita yang disediakan adalah kurang menarik dan susunannya tidak teratur. Buku
buku dalam rak juga tidak mempunyai buku yang sesuai bagi kanak kanak berumur empat
tahun. Alatan dalam sudut tersebut juga adalah kurang,dimana tidak mempunyai kad imbasan
yang dilekatkan di dinding atau sekitarya dan juga teater bagi kanak kanak.
Rujukan

Glazer, J.I. (2000), Literature For Young Children. Prentice Hall. USA.

Andrews, J., Scharff, L. and Moses, L. (2002) 'The influence of illustrations in children's
storybooks.' Reading Psychology 23, 4, 323330.

Lynch-Brown & Tomlinson C. M (1999). Essential of Childrens Literature. New


York: Allyn & Bacon.

Anda mungkin juga menyukai