Anda di halaman 1dari 4

Definisi pencemaran radioaktif

Pencemaran radioaktif adalah pencemaran yang sangat merbahaya. Radioaktif ini


boleh memberikan kesan yang buruk kepada makhluk di bumi. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa penemuan bahan radioaktif adalah penemuan yang sangat
penting dan menakjubkan. Perkembangan teknologi nuklear sedang berkembang
dengan pesat diseluruh dunia. Ianya dimajukan bagi kebaikan umat manusia.Tetapi
sekiranya ia di salahguna, ia akan memberikan kesan yang amat buruk bagi
perkembangan manusia dan makhluk.
Penghasilan radioaktif
Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear.
Bahan radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang
mengeluarkan neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan
nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru. Dalam proses ini
tenaga yang sangat kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA
NUKLEAR. Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak
ada letupan berlaku.Proses ini ialah "Tindakbalas Berantai".Tenaga nuklear yang
terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air. Stim yang terhasil digunakan untuk
menggerakkan turbin penjana elektrik. Mari lihat komponen reaktor nuklear tempat
terhasilnya tenaga ini. 3 bahagian reaktor nuklear adalah seperti yang ditunjukkan
dalam jadual berikut.

BAHAGIAN

BAHAN API

MODERATOR

KOMPONEN

Bahan radioaktif yang


membekalkan tenaga
nuklear seperti
uranium

Bahan yang
melambatkan tindak
balas contohnya
grafit

SISTEM
PENYEJUK
Sistem yang
mengurangkan
tenaga haba

Kesan-kesan pencemaran radioaktif keatas manusia


Sinaran radioaktif boleh menyebabkan molekul di dalam sel-sel hidup terus menjadi
ion.
Bentuk ion kemudiannya bertindak balas dengan ataom lain di dalam sel untuk
menghasilkan kerosakan.
Pada dos sinaran yang rendah seperti sinaran radioaktif yang kita terima dari alam
sekitar, sel-sel berupaya memperbaiki kerosakan yang berlaku.

Pada dos sinaran yang tinggi (sehingga 1 gy), sel tidak berupaya memperbaiki
kerosakan sehingga menyebabkan sel-sel mati atau tak normal.
Sel tak normal kemudiannya membahagi untuk membentuk lebih banyak sel-sel lain.

Dalam sesetengah keadaan, salah satu kesan dari pendedahan sinaran radioaktif
ialah risiko untuk mendapatkan penyakit kanser adalah lebih tinggi.
Organ
Pada dos melebihi 1 Gy, sel yang rosak tidak dapat diganti dengan cepat untuk
menyebabkan sesetengah organ seperti saluran penghadaman tidak dapat berfungsi
sepenuhnya.
Apabila keadaan seperti ini terjadi, penyakit yang berlaku dikenali sebagai penyakit
sinaran radioaktif.
Antara gejala penyakit yang dapat diperhatikan dalam penglibatan saluran
penghadaman adalah seperti loya, muntah dan lemah anggota badan yang terhasill
akibat saluran pemakanan tidak dapat berfungsi untuk menyerap sumber
pemakanan.
Pada dos melebihi 4 Gy pula, fungsi ketahanan badan yang menentang jangkitan
akan terjejas dan kebanyakan mangsa akan mati akibat jangkitan kuman.
Merurut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, setiap orang dewasa menerima
sejumlah 0.36 Gy untuk keseluruhan tubuh setiap tahun.
Kebanyakan sinaran radioaktif ini datangnya dari sumber radioaktif yang terdapat di
sekeliling kita.
Sumber sinaran radioaktif latar ini termasuklah sinaran kosmik (sinaran partikel
bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas), sinaran yang
diinduksikan oleh sinaran kosmik (seperti pembentukan C danH di dalam atmosfera
oleh sinaran kosmik) dan sinaran semulajadi yang terdapat di dalam bumi (seperti
uranium, thorium dan radon).
Sinaran radioaktif latar ini merupakan lebih kurang 82% dari dos sinaran tahunan
yang diterima oleh manusia.

Kanser merupakan penyakit paling utama berlaku akibat terdedah kepada sinaran
radioaktif.
Untuk kanak-kanak, kanser yang paling cepat berlaku selepas dedahan sinaran
radioaktif yang tinggi ialah leukemia terutama sekali mielositik akut dan kronik.
Dedahan
Biasanya kanser ini muncul antara 2 hingga 4 tahun selepas dedahan dan risiko
kemunculan penyakit akan kekal dalam tempoh masa 10 tahun selepas dedahan
pertama.
Selain daripada leukamia, kanser otak dan buah pinggang juga telah dilaporkan
apabila kanak-kanak terdedah kepada sinaran radioaktif yang tinggi.
Untuk orang dewasa, kanser yang kerap berlaku ialah kanser paru-paru, usus, pundi
kencing, tulang dan kulit.
Bagi wanita, kanser buah dada sering dilaporkan. Oleh kerana sinaran radioaktif
latar ini tidak dapat dicegah, maka usaha untuk menghalang sebarang kejadian yang
akan meningkatkan sinaran latar ini seperti ujian-ujian nuklear dan loji-loji nuklear
perlu diharamkan.

KESAN AKIBAT

KESAN

CARA MENGATASI

KEMALANGAN

alam sekitar tercemar,


maut,kanser,
kemandulan

Penggunaan reaktor nuklear


hendaklah dihadkan

PENCEMARAN
SISA RADIOAKTIF

alam sekitar tercemar,


kanser, kehidupan
akuatik terjejas

Pembuangan sisa r/aktif hendaklah


dilaksanakan dengan baik seperti
tempat pelupusan dasar laut atau
gurun.

PEPERANGAN

Pembinaan senjata
pemusnah yang besar

Menghadkan penggunaan bahan


radioaktif dalam pembinaan senjata

Anda mungkin juga menyukai