Anda di halaman 1dari 1

Pakej pasca bayar yang paling sesuai adalah :-

Kami memilih pakej pasca bayar DG 50 kerana pakej ini sangat bersesuaian kepada kehendak dan kemampuan kami. Komitment bulan bagi DG 50 adalah RM 50. Manakala cos bagi panggilan suara dan panggilan video adalah 0.13 sen / min. Kami juga boleh menghantar sms dan mms dengan cos rendah. Selain itu, jika kami menyambung talian tambahan dengan DG FAMILY, kami boleh mendapat perhidmatan penggilan suara, sms dan mms dengan percuma. Di samping itu, DG 50 mempunyai perkhidmatan FRIENDS & FAMILY. Maka, kami boleh menyimpan 6 numbor Friends & Family. Kami boleh membuat panggilan dan menghantar SMS dengan cos yang lebih rendah kepada ahli keluarga dan kawan-kawan kami. Anggaran bil bulanan jika saya membuat panggilan selama 20 min sehari dan sms adalah RM 108. Dalam pakej ini terdapat harga diskaun iaitu kami boleh mendapat diskaun istimewa kepada bil bulanan apabila bil mencecah RM 150. Jika bil bulanan mencecah RM 150 kami akan mendapat 50% diskaun untuk bil bulanan. Jika kami tidak membuat panggilan yang banyak, maka kami akan bayar hanya RM 50. Selain itu, panggilan video juga dapat dibuat dengan cos rendah iaitu 0.13 sen / min. Jika berbanding dengan pakej pasca bayar yang lain, DG 50 mempunyai banyak diskaun istimewa dan kos yang rendah kepada panggilan suara, panggilan video, sms, dan mms. Kesimpulanya pakej DG 50 adalah sangat bersesuaian kepada kemampuan dan kehendak kami. Maka kami memilih pakej DG 50 sebagai pilihan kami.

Anda mungkin juga menyukai