Anda di halaman 1dari 6

Sifat- sifat insan bermoral yang selaras dengan teori- teori perkembangan moral

Sifat- sifat manusia bermoral dapat dilihat dari beberapa teori teori perkembangan moral. Antaranya melalui Teori Perkembangan Moral Kognitif (Piaget dan kolhberg) dan Teori Perkembangan Sosial (Bandura dan Drurkheim) serta Teori Tingkah laku (Sigmund Freud). Sekarang mari kita lihat sejauh mana teori perkembangan moral mempengaruhi pembentukan seseorang insan bermoral.

Apabila kita mengkaji teori perkembangan moral kognitif, Pendekatanya bertujuan untuk membimbing seseorang itu berkembang pertimbangan moral secara berperingkat - peringkat. Hal ini dapat diwujud daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana insan tersebut takut akan hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat. Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilema moral sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada keadaan di mana terdapatnya konflik nilai& memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan memberi sebab atau justifikasi ke atas keputusannya. Dengan ini dapat melahirkan sifat insan yang rasional dalam membuat sesuatu keputusan ke atas apa jua keadaan yang konflik.

Antara Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif oleh insan yang bermoral ialah seperti yang berikut:

(a) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk seseorang berfikir tentang beberapa alternative dalam dilemma tersebut.

(b) Membuat pilihan moral & memberi sebab ke atas pilihan tersebut.

(c) Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan moral

(d) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral.

Dalam pendekatan ini, seorang insan bermoral harus menerima pendapat orang lain dengan fikiran yang terbuka & membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan/ pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka insan yang bermoral perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral & perlakuan moral diberikan penekanan yang setara.

Sekarang mari kita lihat sejauh mana, teori perkembangan sosial (Bandura dan Drurkheim) mempengaruhi perkembangan seseorang insan bermoral. Idea tentang perkembangan atau pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi dan mendalami kajian ini.Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa.

Dalam teori ini, tiruan boleh dibahagikan kepada 2 bentuk : (1) - Tiruan Mudah (2) Indentifikasi seseorang supaya ditiru. Peniruan ini berlaku dlm 3 bentuk iaitu secara langsung, melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan dan secara elisitasi.

Dengan idea tiruan ini maka moral seseorang insan banyak dibentuk atau diperoleh dari menirui ibu bapa atau rol model mereka sama ada secara formal atau tidak formal. Sebagai contoh, dalam kes ini seseorang akan cuba meniru rol model mereka dari segi gaya bercakap, berpakaian, gaya makan, gaya berjalan, dan personaliti yang mereka agong-agongkan dalam kehidupan mereka. Ini dipengaruhi melalui media massa dan indentifikasi individu atau kumpulan.satu lagi . Dalam hal ini, ada pengikut fanatik yang sanggup mati kerana ketua atau pemimpin yang disanjungnya. Semua ini kerana peniruan yang dilakukan secara langsung oleh seseorang individu dalam kehidupan mereka.

Teori ini amat penting kerana perkembangan moral seseorang dipengaruhi oleh ibu bapa, guru, dan rakan sebayanya.

Jadual 1 : jenis jenis peniruan

PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN

Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.

PEMERHATIAN Untuk belajar melalui pemerhatian, seseorang itu mesti menumpukan perhatian yang penuh semasa melakukan sesuatu perkara yang baru. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Bagi insan yang bermoral, mereka akan memberi perhatian yang penuh terhadap orang yang popular serta Berjaya dalam hidup. Dalam hal ini, mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk melakukan sesuatu yang mereka diidolakan dengan penuh bersemangat agar dapat kepuasan daripada tindakan mereka. Prinsip ini merupkan salah satu

komponen sifat insane yang berkelakuan moral kerana memiliki sifat kesediaan untuk melakukan sesuatu bagi mencapai kepuasan diri dengan cara yang baik .

(ii) MENGINGAT Salah satu prinsip bandura ialah mengingat. Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. seseorang insan yang bermoral itu merujuk kepada orang yang Berjaya dalam hidup. Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Apabila kita member perhatian kepada model yang kita menyanjungi, maka secara semulajadi tingkahlaku kita akan mengubah dan kita akan menuju kehidupan kita kearah yang benar dan berkesan dengan sesuatu yang berfaedah. Secara tidak langsung, prinsip ini selaras dengan salah satu sifat insan yang bermoral iaitu Kesedaraan dan kesediaan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah yang ditekankan dalam kajian kami ini.

(iii) REPRODUKSI Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah -langkah, dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Dalam hal ini, seseorang yang dikatakan

bermoral itu, memerlukan latihan yang banyak dalam mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara -perkara penting. Hal ini demikian kerana, latihan yang lengkap dan mencukupi dapat melahirkan insan yang boleh dijadikan contoh kepada orang lain. sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Kesimpulanya, Hal ini selaras dengan sifat insan yang bermoral iaitu Berusaha secara berterusan dengan penuh semangat yang ditekankan di permulaan kajian kami. (iv) PENEGUHAN/MOTIVASI

Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Dalam hal ini, Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya seseorang insan bermoral itu, mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan rol model yang dia diidolakan maka, dia menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku yang dilakukan oleh rol modelnya. Selain itu, peneguhan juga, penting untuk menghasilkan keyakinan diri seseorang. Tidak dapat dinafikan bahawa hanya orang yang mempunyai keyakinan diri mampu mengharungi cabaran

cabaran dalam hidupnya dengan berjaya. Dengan keyakinan diri itu juga seseorang akan mencapai matlamat- matlamat hidupnya atas daya usahanya sendiri. Maka hal ini selaras dengan sifat insan bermoral yang iaitu mempunyai keberanian, menghadapi cabaran, keyakinan diri dan berhati tabah yang ditekankan dalam kajian kami. Kesimpulanya, Sifat sifat beginilah kita menjadikan contoh dalam kehidupan kita untuk menjadikan diri kita sebagai insan yang bermoral. Sekarang mari kita lihat sejauh mana, teori perkembangan moral tingkahlaku mempengaruhi perkembangan seseorang insan bermoral. Idea tentang

perkembangan atau pembelajaran tingkahlaku telah dipelopori oleh Sigmund Freud pada 1939. Beliau merupakan pengasas teori psiko- analisis perkembangan moral. Kata beliau, perkembangan struktur personaliti manusia dibahagikan kepada tiga komponen iaitu Id, ego dan super ego. Komponen Id merupakan personaliti yang bersifat semulajadi atau diwarisi. Komponen ini sentiasa mencari keseronokan, kepuasan tanpa mengambil kira akibatnya. Sebagai contohnya, orang yang mempunyai personaliti Id, sentiasa mencari keseronokan demi memuaskan naluri mereke seperti rangsangan seks tanpa mengira akibat perbuatan tindakan tersebut. Manakala komponen Ego pula merupakan personaliti yang dibentuk melalui pengalaman dalam realiti. Komponen ini terletak di antara dunia sebenarnya dengan Id. Kata beliau, Ego berfungsi sebagai mengasimilasikan maklumat daripada

persekitaran dan member taakulan, pemikiran, dan penyelesaian masalah. Sebagai contohnya, apabila seseorang yang ingin melakukan sesuatu perkara yang tidak baik maka, dia akan berfikir secara rasional bagi mencari alasan dan akibat perbuatanya sebelum melakukan tindakan tersebut. Komponen super ego pula merupakan personaliti yang terbentuk dan berkembang secara berterusan dalam diri seseorang. Komponen ini menggabungkan moral dan nilai- nilai masyarakat sebagai indentifikasi individu. Super ego ini boleh disamakan dengan perasaan moraliti dan kesedaran dan realiti. Ini berperanan penting bagi seseorang individu untuk memahami dengan apa yang perlu dilakukan atau betul dan apa yang tidak perlu dilakukan atau salah. Sifat ini selaras dengan sifat individu yang bermoral iaitu, Sentiasa berwaspada dengan tuturkata dan tingkah lakunya. Sifat ini membantu seseorang untuk berfikir dan bertindak secara rasional dan terkawal serta tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku harian mereka.

Anda mungkin juga menyukai