Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM


Bilangan Jurnal : Ke-2
Minggu Praktikum : Kedua
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 21 July 2013 25 July 2013
Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Masa
1. Masalah / peristiwa
Minggu ini merupakan minggu pertama untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi saya. Saya telah menghadapi kekangan dalam pengurusan masa. Ini
menyebabkan saya terpaksa menghabiskan sesi pengajaran dengan cepat pada akhir
pengajaran dan tidak dapat berbincang dengan baik bersama murid - murid saya. Saya
juga menghadapi masalah untuk memulakan sesi pengajaran. Ini adalah kerana murid
mengambil lebih masa untuk membuat persediaan untuk matapelajaran seterusnya.
2. Analisis
Antara sebab saya tidak dapat memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
tepat pada masanya adalah kerana murid murid mengambil masa untuk bersedia
belajar. Selain itu, saya juga memerlukan masa untuk menyediakan bahan bantu
mengajar sebelum sesi pengajaran. Saya juga memerlukan masa untuk mengurus
kelas dan murid - murid. Ada juga murid murid yang bertindak balas dengan lambat.
Mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesuatu kerja.



3. Cadangan tindakan susulan
a. Saya harus merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap bagi
semua murid murid dapat mengikuti pengajaran saya dengan berkesan dan
juga cepat.
b. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing
serta pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan - rakan guru
pelatih.
c. Saya juga akan memberi arahan yang tegas dan jelas kepada murid - murid
kelas tersebut agar bersiap sedia sebelum saya bermula mengajar.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan
masa yang baik amat penting dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat tercapai sepenuhnya.


Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai