Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEKNIK TUGASAN KERJA KURSUS BMK 2103M: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

TAJUK PROGRAM : DPLI TAJUK KURSUS : BM KOMUNIKATIF TARIKH MULA 14 MAC 2013

NAMA GURU PELATIH : SEMESTER : 1 TARIKH HANTAR 21 APRIL 2013

Hasil Pembelajaran Kursus : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat: 1. Menggunakan bahasa Melayu dengan gramatis dan bertatasusila bagi menyampaikan maklumat, hujah, dan ulasan dalam pelbagai situasi; 2. Menggunakan laras bahasa yang betul dan sesuai dengan konteks penggunaan bahasa dalam lisan, dan tulisan; 3. Mengaplikasikan sistem morfologi, sintaksis, dan wacana kegiatan berbahasa; dan 4. Menggunakan protokol yang sesuai dalam pengurusan majlis Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3 dan 4 bahasa Melayu dalam

Objektif Kerja Kursus : Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut : 1. Mendapatkan maklumat dan menulis esei pendek berkaitan konsep komunikasi dan halangan-halangan dalam komunikasi. 2. Menghasilkan teks pengacaraan majlis dan teks ucapan yang sesuai dengan konteks penggunaan bahasa lisan dan tulisan 3. Mengaplikasikan sistem morfologi sintaksis dna wacana dalam bahasa Melayu menerusi teks pengacaraan dan teks ucapan yang disediakan. 4. Menggunakan salutasi yang sesuai dalam penulisan teks pengacaraan dan penyediaan teks ucapan perasmian. 5. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan konsep dan elemen komunikasi.

Tajuk Kerja Kursus Projek Sekolah anda akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik. Majlis tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah dan bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 12 tengah hari. Selain guru-guru dan murid-murid, tetamu yang akan hadir ialah ibu bapa, Yang Dipertua PIBG dan Pengarah Pelajaran Negeri yang bergelar Dato sebagai perasmi. 1. Tuliskan sebuah esei pendek berkaitan konsep komunikasi, bentuk dan halanganhalangan dalam komunikasi. Panjang esei anda tidak kurang daripada 1000 patah perkataan. Sebagai penyelaras program, anda dikehendaki menyiapkan aturcara majlis, teks pengacaraan dan teks ucapan perasmian. Anda dikehendaki menggunakan bahasa yang sesuai serta mematuhi protokol majlis, Teks pengacaraan dan teks ucapan yang disediakan perlu mengaplikasikan salutasi yang sesuai. Menyediakan Refleksi terhadap tugasan.

2.

3.

Penyediaan tugasan hendaklah mengikut tatacara penulisan ilmiah atau mengikut format yang tepat. Bagi melaksanakan tugasan ini, anda hendaklah : a) Mengumpul bahan-bahan berkaitan konsep,bentuk dan halangan komunikasi. Anda juga perlu mengumpul bahan yang berkaitan jenis-jenis komunkasi lisan dan tulisan serta kata sapaan. b) Menyiapkan esei pendek c) Menyusun atur cara majlis d) Menyiapkan teks pengacaraan dengan menggunakan laras bahasa dan salutasi yang sesuai. e) Menyediakan teks ucapan perasmian yang sesuai dengan khalayak serta menggunakan salutasi yang sesuai. f) Menyediakan refleksi Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Projek 1. Tugasan ini adalah secara individu 2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut : i. Font Arial ii. Saiz huruf ialah 12 iii. Langkau satu setengah baris iv. Penulisan rujukan yang konsisten v. Lampiran yang berkaitan vi. Refleksi / rumusan 3. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 4. Panjang tugasan mengikut keperluan kandungan soalan. 5. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut : 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut : a. Perbincangan yang lengkap berkaitan konsep, bentuk dan halangan dalam komunikasi b. Teks pengacaraan adalah selari dengan aturcara majlis yang telah disusun c. Teks pengacaraan dan teks ucapan menggunakan format yang sesuai d. Refleksi terhadap tugasan 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian idea anda. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 6. Penulisan laporan harus menunjukkan kesesuaian bahasa mengikut konteks sama ada lisan atau tulisan, kafasihan bahasa,pemilihan kosa kata yang sesuai dengan konteks, penggunaan salutasi yang sesuai dan tepat serta menggunakan format yang tepat. 7. Menggunakan sekurang-kurangnya 5 rujukan dan rujukan internet tidak lebih daripada 50% . 8. Penulisan rujukan yang konsisten: APA, HARVARD dan sebagainya.

Disediakan oleh;

Disahkan oleh;

(FARIDAH ABDULLAH) Penyelaras Kursus BMK 2103M Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Pendidikan Teknik BANDAR ENSTEK

(AB RAHIM BIN MD YASIN Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Pendidikan Teknik

Disemak oleh:

(AB RAHIM MD YASIN) Subject Matter Expert (SME) Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Pendidikan Teknik BANDAR ENSTEK