Anda di halaman 1dari 134

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI

1.1

SINOPSIS

Tajuk 1 memaparkan aspek pengenalan komunikasi kepada para pelajar iaitu definisi, konsep, proses, kategori, komunikasi berkesan dan cara-cara meningkatkan kemampuan komunikasi. 1.2 HASIL PEMBELAJARAN

Para pelajar dapat menerangkan definisi, konsep, proses, kategori, komunikasi berkesan dan cara-cara meningkatkan kemampuan komunikasi. 1.3 KERANGKA TAJUK

Definisi dan Konsep

Cara-cara Meningkatkan Komunikasi Pengenalan Komunikasi

Proses Komunikasi

Komunikasi Berkesan

Kategori Komunikasi

1.4

Pengenalan Komunikasi

Dalam kehidupan seharian, komunikasi adalah sangat penting dan menjadi elemen asas kehidupan bermasyarakat. Komunikasi wujud apabila bermulanya

ketamadunan manusia dan seterusnya berkembang seiring dengan peradaban manusia. Kejatuhan dan kecemerlangan tamadun manusia dicorakkan oleh amalan komunikasi yang digunakan. Tanpa komunikasi, ketamadunan manusia tidak akan tercipta. 1.5 Definisi dan Konsep Komunikasi

Perkataan komunikasi berasal dari perkataan communiatus yang membawa maksud berkongsi sesuatu. Komunikasi mampu memberi kesan kepada proses kognitif manusia seperti yang dijelaskan oleh Sillars (1988) dalam bukunya Success in Communication, iaitu komunikasi memberi kesan kepada pemikiran manusia. Komunikasi ialah proses penyampaian maklumat dan idea dari satu pihak kepada pihak lain melalui keadaan saling mempengaruhi antara kedua-dua pihak.

Pada umumnya, aktiviti komunikasi dilakukan dengan cara lisan yang dapat difahami oleh penyampai dan juga penerima maklumat. Apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami, proses komunikasi masih boleh berlaku dalam bentuk paralinguistik (bahasa tubuh, bahasa isyarat, sentuhan, gerakan mata) dan bahasa tulisan.

Komunikasi melibatkan proses pemindahan maklumat, perasaan, idea atau fikiran daripada satu pihak (individu atau kumpulan) kepada pihak (individu atau kumpulan) yang lain melalui pelbagai saluran. Semasa berkomunikasi, proses interaksi akan

berlaku kerana terdapat dua pihak atau lebih akan terlibat dalam komunikasi tersebut. Dalam proses interaksi, perbuatan menghantar maklumat dan proses bertukar-tukar maksud akan berlaku. Konsep komunikasi dibentuk oleh 5 komponen asas iaitu: Penyampai Mesej 2

Penerima Saluran Maklum Balas

MESEJ

MAKLUM BALAS PENERIMA

SALURAN

PENYAMPAI

Rajah 1: Komponen Komunikasi

1.6

Proses Komunikasi

Kelima-lima elemen tersebut terlibat dalam proses komunikasi yang bermula apabila sesuatu mesej (maklumat) daripada penyampai dipindahkan melalui alat atau saluran khas kepada. Penerima akan memberi maklum balas (mengekod dan

mentafsir penerima) terhadap mesej tersebut dengan mengembalikan isyarat sama ada mesej tersebut difahami atau tidak difahami (Sulaiman Md Yassin, et al., 2002).

Menurut sarjana Guffey dan Almonte (2010); komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada penghantar kepada penerima. Proses komunikasi yang dikemukakan mereka diringkaskan dalam rajah berikut:

Mesej akan dihantar melalui saluran komunikasi

Pengrim mengekodkan Idea dalam satu mesej

Penerima mendekod mesej tersebut

Pengirim membentuk idea

Maklum balas dihantar kepada pengirim

Rajah 2: Proses Komunikasi 1.7 Model komunikasi

Model komunikasi terbahagi kepada tiga iaitu : i. Model komunikasi linear (sehala)
Komunikasi Linear

Komunikasi satu hala

Pengirim

Penerima

Rajah 3: Model Komunikasi Sehala

Rajah 3 memberi gambaran tentang komunikasi sehala yang melibatkan pengirim dan penerima. Gangguan komunikasi merupakan penyebab salah faham mesej antara pengirim dan penerima.

ii.

Model komunikasi interaksional (Komunikasi Dua Hala)

Pengirim dan penerima akan mengambil giliran menghantar mesej. Pengirim tidak boleh menjadi penerima secara serentak. Komunikasi Interaksional Komunikasi Dua Hala MESEJ

Pengirim/ Penerima

Pengirim/ Penerima

MAKLUM BALAS Rajah 4: Model Komunikasi dua hala iii. Model Komunikasi Transaksional pengirim dan penerima

Kedua-dua

boleh menghantar mesej, menerima mesej atau membuat kedua-duanya

serentak. Komunikasi berterusan dalam satu situasi komunikasi yang

melibatkan banyak pihak.

Rajah 5: Model Komunikasi Transaksional

1.8

Kategori Komunikasi

Dibahagikan kepada dua, iaitu: Interpersonal Proses interkasi yang melibatkan individu dengan individu lain ataupun kumpulan individu lain. Proses komunikasi ini memerlukan penyampai dan penerima saling berinteraksi secara bersemuka atau menggunakan media teknologi seperti telefon, video mahupun radio untuk bertukar-tukar mesej. Kualiti hubungan guru menerusi komunikasi interpersonal menjadi faktor penting yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Intrapersonal Komunikasi intrapersonal ialah proses komunikasi yang berlaku secara dalaman pada diri individu itu sendiri. Komunikasi ini melibatkan kontemplasi, intuitif,

pemikiran (taakulan),meditasi (bercakap dengan diri sendiri serta refeksi kendiri. Komunikasi intrapersonal berupaya memberi gambaran kepada guru berkaitan

proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas. 1.9 Komunikasi Berkesan Komunikasi sememangnya bersifat

menyebarkan namun komunikasi yang berkesan memberi penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas Komunikasi bekesan merupakan satu proses penyampaian maklumat

daripada penyampai kepada penerima yang akan menghasilkan maklum

balas dan tindak balas seperti yang diharapkan serta berupaya mengubah pemikiran dan tingkah laku seseorang. 6

Ringkasnya, komunikasi berkesan berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Sebaliknya, komunikasi yang tidak berkesan akan menimbulkan konflik dalam masyarakat lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kegagalam untuk mengamalkan komunikasi boleh membawa kepada masalah perpaduan di dalam masyarakat, kegagalan organisasi untuk berfungsi dengan cekap, keruntuhan institusi rumah tangga serta kegagalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

1.10

Cara-Cara Meningkatkan Kemampuan Berkomunikasi

Bersikap positif / percaya kepada orang lain Bersifat ramah dan mesra Hormat terhadap pandangan orang Ketahui latar belakang penerima (budaya dan status sosial) Pendengar yang aktif Tunjuk mimik muka berseri Guna bahasa yang mudah dan difahami Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan

Membuat nota ciri-ciri komunikasi berkesan

Bincangkan dalam kumpulan halangan-halangan komunikasi yang mungkin berlaku di dalam kelas dan jelaskan cara-cara untuk mengatasi halangan-halangan tersebut.

Latihan 1

Berdasarkan konsep komunikasi interpersonal dan intrapersonal yang dikemukakan di atas,bincangkan perkara-perkara berikut:

a) Komunikasi guru dan murid amat penting dalam proses pengajaran dann pembelajaran. Sebagai seorang guru, bagaimana anda mengaplikasikan komunikasi interpersonal semasa di dalam kelas? b) Bagaimana kaedah refleksi dalam komunikasi intrapersonal mampu membantu anda meningkatkan kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

Rehat

Latihan 2

Berikan ulasan anda tentang definisi komunikasi mengikut pandangan tokoh-tokoh berikut:
Theodorson & theodorson (1969)

Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol. Wilbur Schramn (1971)

komunikasi ialah satu perkongsian orientasi terhadap satu set isyarat maklumat .

Emery Ault & Agee (1997)

Komunikasi ialah satu seni yang menyalurkan maklumat, idea-idea dan sikap-sikap dari seseorang kepada seseorang yang lain

Sulaiman Masri (1997) Komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) Schrann & Roberts alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) dipindahkan menerusi yang kemudiannnya memberikan maklum balas (merekod, mentafsir) mesej tersebut.

BIBLIOGRAFI

Guffey dan Almonte (2010) dalam Khairuddin Mohamad (Editor). 2012. Bahasa Melayu Kontekstual. 2012: Oxford Fajar Sdn. Bhd Khairuddin Mohamad, Maridah Aliad dan Faiziah Hj Shamsudin. 2012 . Bahasa Melayu Komunikatif. Selangor: Penerbitan Multimedia Khairuddin Mohamad (Editor). 2012. Bahasa Melayu Kontekstual. Oxford Fajar Sdn. Bhd Schramm, W. (1971). The process and effects of mass communication (Rev. ed.). Urbana, IL: University of Illinois Press. Sulaiman Masri. 1997. Komunikasi berkesan Jilid 2: Penulisanmemo, surat, iklan, laporan minit mesyuarat. Shah Alam: Fajar Bakti

Theodorson, S. & Theodorson, A. 1969. A modern dictionary of sociology. New York: Cassell Education Limited.

10

TAJUK 2

KOMUNIKASI LISAN

2.1

SINOPSIS

Tajuk ini menjelaskan perihal komunikasi lisan dalam bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu definisi dan konsep, ciri-ciri komunikasi lisan, bentuk komunikasi lisan sehala dan dua hala.

2.2

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, para pelajar seharusnya dapat: 1. 2. 3. 2.3 menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi lisan menghuraikan ciri-ciri komunikasi lisan membandingbezakan bentuk komunikasi lisan sehala dan dua hala

KERANGKA TAJUK

Komunikasi Lisan

Ciri-ciri Komunikasi Lisan

Bentuk Komunikasi Lisan Sehala

Bentuk Komunikasi Lisan Dua Hala

11

2.4

CIRI-CIRI KOMUNIKASI LISAN

Komunikasi verbal ataupun lisan mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu: Perbendaharaan Kata Komunikasi lisan tidak akan efektif (berkesan) sekiranya disampaikan dengan katakatayang tidak dapat difahami kerana kekurangan kosa kata. Kerana itu kosa kata menjadi sesuatu yang penting dalam berkomunikasi dengan individu lain Kecepatan (Jeda) Komunikasi akan lebih efektif dan berjaya apabila kelajuan berbicara dapat diaturkandengan baik, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Intonasi suara Intonasi suara akan mempengaruhi erti pesanan secara dramatik sehingga pesanan akan menjadi lain ertinya apabila diucapkan dengan intonasi suara yang berbeza. Intonasi suara yang tidak konstekstual merupakan masalah dalam komunikasi. Humor Dapat meningkatkan kehidupan yang bahagia. Dungan (1989), telah menulis dalam tulisannya bahawa ketawa dapat membantu menghilangkan stress. Ketawa mempunyai hubungan fizik dan psikologi dan haruslah diingat bahawa lawak jenaka adalah merupakan satu-satunya selingan dalam komunikasi. Singkat dan jelas Komunikasi berkesan disampaikan secara singkat dan jelas, terus kepada pokokpermasalahan sehinggakan mudah untuk difahami.

12

Ketepatan Masa (Timing) Masa merupakan sesuatu yang harus dijaga sewaktu berkomunikasi. Ini kerana perhatian terhadap aspek ini dapat menyediakan ruangan yang cukup untuk berucap dengan padat, ringkas dan jelas 2.5 Persediaan Sebelum Komunikasi Lisan

Sebelum seseorang itu bercadang untuk memulakan jalinan komunikasi lisan dengan khalayak, audiens atau para hadirin, persediaan rapi perlu dilakukan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

a.

Analisis hadirin

Bertujuan untuk memahami demografi hadirin seperti lingkungan umur, jantina, jenis pekerjaan, kumpulan etnik, orang bandar, desa, latar belakang agama dan asal usul hadirin.Analisis hadirin juga merangkumi hadirin, sifat diri hadirin, maklumat anggaran latar pendidikan

tahap pemikiran, tahap sosioekonomi, latar belakang

sosiobudaya, minat serta pandangan atau sikap hadirin terhadap topik yang bakal disampaikan. Maklumat ini akan membantu penceramah atau komunikator menyediakan teks ucapannya dengan baik dan sesuai dengan audiensnya. tahap pemikiran

b.

Kajian mengenai topik yang akan disampaikan

Setiap pengucapan awam mempunyai topik yang terfokus. Adakalanya topik ditentukan oleh penganjur. Topik untuk pengucapan awam hendaklah mengkhusus kerana topik yang luas skopnya akan menyulitkan hadirin memahami maksud yang disampaikan. Komunikator atau penceramah harus berkemampuan menguasai topik yang diperkatakan. Buat penyelidikan untuk mengumpul maklumat daripada pembacaan dan juga internet.

13

c.

Susunan bahan

Setelah kajian dilakukan dan pengumpulan data dan bahan sokongan diperoleh, penceramah perlu menyusun bahan-bahan ini mengikut susunan dan berdasarkan matlamat ucapan. Antara persediaan bahan yang perlu diambilkira ialah idea utama, ata, bahan sokongan, sumber petikan dan alat bantu penyampaian bahan seperti LCD, Komputer riba, wayar sambungan dll.

d.

Pemilihan perkataan

Pemilihan perkataan atau bahasa yang sesuai dengan kumpulan sasaran Kemahiran menguasai bahasa membantu meningkatkan keberkesanan pengucapan awam. Bahasa yang baik memudahkan penyampaian idea di samping dapat menarik perhatian pendengar. Ketepatan istilah yang jelas, mudah difahami dan mengelirukan. Gunakan perkataan yang tidak

berhemah, lemah lembut meskipun

bernada tegas. Gunakan frasa penyambung dan bahasa pengulangan untuk menekankan isi penting.

e.

Penyediaan penutup

Penutup pengucapan awam adalah sama pentingnya dengan pembuka ucapan. Kedua-duanya harus meninggalkan rasa kepuasan kepada hadirin. Penutup harus dapat menyakini audiens supaya bersetuju dengan topik yang dikemukan. Lazimnya perkataan yang menjadi penutup ucapan adalah seperti kesimpulannya, akhir kata, akhir sekali, sebagai penutup bicara. Sebelum itu, pengucap harus menekankan beberapa perkara penting dengan mengimbas dalam semula perkara yang disebutkan ucapannya. Misalnya, Sebelum saya mengakhiri ucapan, izinkan saya

menekankan sekali lagi ..... Pengucap boleh mengakhiri ucapan dengan memetik kata-kata hikmah, peribahasa atau pantun.

14

2.6

Bentuk Komunikasi Lisan

Menurut Zawiyah Mohammad Yusof (2009:170), menjelaskan bentuk komunikasi yang lazim wujud dalam masyarakat ialah penyampaian berbentuk penerangan, mendidik dan penyampaian berbentuk memujuk, meyakinkan dan mempengaruhi khalayak supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh komunikator.

Penyampaian berbentuk penerangan atau mendidik contohnya kuliah dan ceramah. Kuliah dan ceramah biasanya memberi maklumat semasa, maklumat baharu atau ilmu untuk meningkatkan serta mengukuhkan ilmu yang sedia ada.

Dalam ucapan penerangan atau informatif, audiens belajar tentang perkara baharu atau mengetahui maklumat baharu tentang kursus yang diikuti. Kenyataan informatif lazimnya dirumuskan untuk menekankan pengetahun atau keupayaan audiens. Ada tiga cara mengkategorikan ucapan informatif, iaitu melalui format, kandungan dan tujuan. Ucapan informatif boleh tentang dibahagikan kepada dua berdasarkan

kandungannya. Ada ucapan

proses, peristiwa dan konsep. Jenis-jenis

ucapan informatif juga boleh dikenal pasti bergantung kepada maksud pengucap. Ini termasuklah penjelasan, huraian dan arahan, Perkara yang diucapkan seharusnya baru bagi audiens.

Penyampaian berbentuk memujuk, meyakinkan atau mempengaruhi dikenali juga sebagai ucapan berpengaruh. Ucapan berpengaruh bertujuan untuk mengubah sikap perlakuan kepercayaan atau mengukuhkan sikap hadirin di samping mendorong hadirin mengambil bahagian dalam pengundian dan sebagainya.Terdapat tiga kategori ucapan jenis ini. Tiga kategori itu ialah pernyataan fakta, pernyataan nilai dan pernyataan polisi.

Pernyataan fakta merupakan isu yang terdapat dua atau lebih pembuktian yang bercanggah yang memerlukan audienss memilih sendiri apa yang benar. Misalnya jurujual yang memujuk orang ramai untuk membeli barangannya, peraih undi yang

15

mempengaruhi orang ramai untuk menyokong calon yang dikehendaki dan orang yang memberi semangat kepada orang lain dan mempengaruhi orang untuk

mengubah pemikiran dari yang lama kepada yang baharu seperti amalan kitar semula barangan terpakai dan sebagainya.

Pernyataan nilai melangkaui isu kebenaran atau kepalsuan dan meneroka idea, orang atau objek. Pernyataan nilai seperti kempen belilah barangan buatan Malaysia, menggalakkan penggunaan produk industri kecil dan sederhana dan kempen membeli di kedai Satu Malaysia atau mendapat rawatan di Klinik Satu Malaysia merupakan contoh-contoh ucapan yang menyatakan nilai.

Pernyataan polisi pula ialah satu langkah ke hadapan persoalan fakta atau nilai. Misalnya ucapan tentang polisi kerajaan Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Informasi tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Dasar Satu Malaysia dan sebagainya. Oleh itu, khalayak menjangkakan akan lebih memahami polisi berkenaan selepas mengikuti ucapan atau syarahan tentang polisi tersebut. 2.6.1 Taklimat a. Definisi Taklimat

Taklimat ditakrifkan sebagai penerangan ringkas tentang sesuatu perkara. Taklimat juga merupakan ucapan memaklumkan dan disampaikan secara hubungan dua hala dan dalam situasi formal. Oleh itu, taklimat boleh didefinisikan sebagai satu sesi memberikan penerangan tentang sesuatu yang berlaku atau dihasilkan dan disampaikan secara komunikasi dua hala , iaitu penyampai taklimat dan pendengar. b. Ciri-ciri Penyampaian Taklimat yang baik

Menurut Siti Hajar (1997), taklimat yang berkesan mestilah mengambil kira aspek pemilihan tajuk taklimat dan persediaan untuk menyampaikan taklimat berkenaan.

16

Pemilihan Tajuk Taklimat Tajuk dan isi taklimat hendaklah menarik dan menepati tujuan taklimat diberikan. Maklumat yang hendak disampaikan mestilah secara terperinci. Penggunaan ayat dan kosa kata yang dapat difahami oleh khalayak yang mendengar. Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang disampaikan. Persediaan untuk menyampaikan taklimat Semasa memberi taklimat, sebutan, nada suara dan intonasi seharusnya berjaya menarik perhatian khalayak pendengar. Selain itu , mimik muka dan gerak laku yang sesuai akan menyokong kepada penghayatan taklimat yang disampaikan membantu kepada pemahaman khalayak mengenai taklimat yang berkenaan. dan jelas mengandungi maklumat yang hendak

Taklimat dapat disampaikan secara berkesan sekiranya penyampai menggunakan alat bantu yang sesuai seperti maklumat edaran bertulis, menggunakan Projektor Overhead (OHP), carta, gambar rajah, filem, slaid atau pita video. Penggunaan

media maklumat seperti ini akan dapat menarik perhatian khalayak untuk mengikuti informasi yang diberikan sambil merujuk maklumat yang diberi. Oleh itu, khalayak akan dapat mengikuti taklimat yang diberikan secara berfokus.

Pertimbangan khalayak / hadirin Terdapat tiga elemen penentu yang tergolong dalam pertimbangan khalayak atau hadirin ini, iaitu:

1.

Penentuan siapakah golongan khalayak yang akan mendengar taklimat

kerana perkara ini boleh membantu untuk menentukan jenis taklimat yang mereka perlukan. Contohnya kanak-kanak kaum wanita, golongan belia dan remaja atau para pegawai kerajaan.

17

2.

Penentuan taraf khalayak dapat menjelaskan bahasa, suasana dan

kandungan taklimat. Contohnya dari aspek status akademik, sosiobudaya , status ekonomi, penduduk bandar dan luar bandar.

3.

Menentukan

bilangan

khalayak

yang hadir untuk membantu

proses

penyediaan nota, tempat, jamuan dan lain-lain.

4.

Pertimbangan Suasana

Suasana formal berlaku sekiranya khalayak pendengar taklimat itu terdiri daripada orang kenamaan, pegawai kerajaan/ swasta dan pelawat luar negara. Suasana dianggap kombinasi formal dan tidak formal jika khalayaknya terdiri daripada ibu bapa, murid, belia, penduduk kampung, buruh, petani dan sebagainya. Suasana formal memerlukan teks taklimat yang kompleks menakala teks taklimat bagi suasana kombinasi formal dan tidak formal adalah ringkas dan mudah. 5. Imej Penyampai Taklimat perlu memiliki keyakinan diri untuk mempengaruhi khalayak

Penyampai taklimat

yang mendengar taklimat yang disampaikan. Antara ciri-ciri yang dapat memberi imej yang baik terhadap penyampai taklimat ialah berasa yakin untuk menyampaikan maklumat, lancar menyusun atur ayat dan penerangan supaya maklumat itu dapat diikuti oleh khalayak pendengar. Selain itu penyampai taklumat haruslah

menunjukkan dia bersemangat untuk menyampaikan taklimat supaya kesediaan mengikuti maklumat ini berterusan dalam diri pendengar. Lebih baik lagi sekiranya sewaktu penyampaian maklumat ini berlaku, pendengar sentiasa berasa ingin tahu sepanjang mengikuti taklimat itu.

C. Kesimpulan Taklimat merupakan keterangan ringkas mengenai sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan. Taklimat bertujuan untuk memaklumkan dan disampaikan secara formal. Memandangkan taklimat merupakan komunikasi dua hala, ini bermakna sesi bersoal jawab antara pemberi taklimat dan khalayak perlu berlaku 18

supaya maklumat yang disampaikan itu lebih jelas dan difahami oleh kedua-dua pihak. Taklimat yang baik akan disusuli dengan tindakan oleh khalayak pendengar.

2.6.2. Pengumuman a. Definisi Pengumuman

Pengumuman ialah salah satu daripada cara memindahkan maklumat daripada penyampai kepada penerima. Pengumuman bertujuan memberitahukan sesuatu hal yang dianggap dapat membantu pelaksanaan sesuatu aktiviti. pemberitahuan tentang bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh, atau pengumuman tentang berita kematian, perkahwinan dan sebagainya. Dengan membuat pengumuman kepada orang ramai, maklumat dapat disampaikan terus kepada kumpulan sasaran.

Pengumuman lazimnya dibuat di tempat awam seperti di lapangan terbang, stesen kereta api. terminal bas, teksi, padang dan sebagainya. Pengumuman penting di tempat kerja pejabat, sekolah, perpustakaan, pusat membeli belah lazimnya

menggunakan siar raya. Oleh itu, penyampai pengumuman mestilah dapat menyampaikan mesej secara berkesan menggunakan bahasa yang ringkas, tepat dan padat dengan maklumat supaya memudahkan kumpulan sasaran memahami mesej tersebut. b. Ciri-ciri Pengumuman Lisan yang Baik

Pengumuman lisan ialah pengumuman secara langsung daripada penyampai sama ada menggunakan alat pembesar suara atau tidak. Pengumuman lisan ini juga ayat yang digunakan

boleh dirakam terlebih dahulu. Dalam pengumuman lisan,

hendaklah ayat yang jelas, ringkas dan padat dengan maklumat. Penyampai pengumuman pula mestilah tahu pada bahagian ayat yang mana, mereka perlu berhenti (jeda) sebentar untuk memastikan khalayak dapat mengikuti butiran maklumat secara berkesan.

19

i.

Isi yang disampaikan perlu tegas dan tepat maksudnya

Isi pengumuman perlu sejajar dengan tujuan pengumuman itu dibuat. Antara tujuan pengumuman untuk memberitahu maklumat, ada yang bertujuan untuk kumpulan sasaran bertindak. Oleh itu, pengumuman hendaklah disampaikan secara tegas dan menepati maksudnya. ii. Memasukkan perkara penting sahaja

Oleh sebab pengumuman ini dilaksanakan terus kepada kumpulan sasaran, adalah penting untuk memasukkan perkara penting dalam pengumuman itu. Pengumuman akan diulang sebanyak dua kali pada satu-satu masa. adalah untuk Pengumuman pertama

menarik perhatian manakala pengumuman kedua lazimnya diberi

perhatian oleh pendengar untuk memahami dan mengesan maklumat penting yang disampaikan. Oleh itu biasanya dalam sesuatu pengumuman hanya terdapat satu atau dua perkara sahaja yang disampaikan. iii. Maklumat perlu ringkas dan padat

Pengumuman hendaklah diberikan secara ringkas dan padat. Ini kerana biasanya pengumuman diberikan di tempat awam seperti di stesen bas, lapangan terbang ataupun di pusat membeli belah.Suasana yang sibuk boleh menjejaskan perhatian pendengar. Oleh itu, maklumat perlu ringkas dan padat supaya kumpulan sasaran boleh mendapatkan maklumat penting yang disampaikan. iv. Menggunakan pengumuman ayat pasif untuk memelihara sifat keobjektifan

Gunakanlah ayat pasif untuk menulis pengumuman. Penggunaan bertujuan memelihara sifat

ayat

pasif

keobjektifan maklumat dalam pengumuman tersebut.

Ayat-ayat pasif dapat dikenali melalui penggunaan imbuhan pasif di-. Contohnya: Semua pelajar tahun enam, dikehendaki... atau Penumpang pesawat AK 515 ke Kota Kinabalu diminta beratur di pintu A5 c. Kesimpulan

Kemahiran menyampaikan pengumuman amat perlu dikuasai dengan baik demi menjamin pengumuman yang disampaikan dapat menarik perhatian audiens. 20

Akhirnya, akan membolehkan khalayak yang mendengar pengumuman berpuas hati dengan maklumat yang disampaikan lalu mereka boleh membuat tindakan susulan.

2.6.3. Pidato a. Definisi Pidato baik untuk disampaikan

Pidato ialah suatu ucapan dengan susunan kata yang

kepada khalayak. Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang yang mendengar pidato itu. Pidato disampaikan secara individu kepada khalayak bagi meyakinkan khalayak berkenaan sesuatu tajuk. Pidato merupakan satu bentuk komunikasi sehala kerana khalayak tidak perlu bersoal jawab atau memberi pandangan mereka sekadar mengikuti buah fikiran yang disampaikan oleh pemidato. Tujuan pidato adalah untuk menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada

audiens dalam dalam masa yang sama meyakinkan audiens agar bersetuju dengan hujah-hujah pemidato. b. i. Ciri-ciri Teks Pidato yang baik Pidato yang baik ialah pemidato tidak membaca teks sebaliknya

menyampaikan hujah menggunakan kepetahan berucap dan kemahiran menghafal hujah-hujah serta tertumpu kepada satu topik sahaja. ii. Cara memulakan pidato, lazimnya dengan memetik kata-kata hikmat,

pernyataan atau bahasa perumpamaan. Tujuannya adalah supaya pendengar tertarik dan mendapat gambaran sedikit sebanyak tentang apa yang bakal disampaikan dalam pidato itu. Isi yang baik haruslah mengandungi huraian dan contoh, statistik, kata-kata bidalan dan kata-kata orang ternama untuk mengukuhkan hujah. Penutup pula eloklah diulang semula isi yang telah disampaikan. Kemudian, nasihat dan ajakan amat sesuai mengakhiri pidato. iii. Salutasi

Bahagian paling awal dalam pidato ialah salutasi, iaitu dimulakan dengan salam dan seterusnya menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis, jemputan 21

kehormat, para hakim, penganjur majlis dan para hadirin mengikut kesesuaian majlis dan juga mengikut susunan protokol. Iv . Pembuka kata

Pemidato lazimnya memilih pembuka kata yang menarik seperti dimulakan dengan serangkap pantun, seloka, kata-kata hikmat atau mutiara kata untuk menarik

perhatian para hadirin dan juga para hakim. Kebolehan pemidato memetik kata-kata seperti itu menunjukkan pemidato seorang yang bijak menghubungkait pembuka kata dengan topik yang akan disampaikan. v. Permulaan isi, takrif dan penjelasan isi pidato

Pada bahagian ini, pemidato perlu memberi takrif dan huraian tajuk yang akan disampaikan. Penjelasan takrifan ini merupakan asas dan juga batasan topik yang akan disampaikan dalam pidato. Hujah-hujah seterusnya akan diberikan selaras dengan tajuk dan takrif yang diberikan. vi Isi utama, Huraian dan Contoh Pemilihan isi utama dalam pidato hendaklah selaras dengan takrif yang diberikan dan disusuli dengan hujah yang bernas. Setiap hujah yang dikemukakan perlu bersandarkan kepada bukti dan disokong oleh penulisan atau pendapat pihak yang berautoriti. Sekiranya setiap isi disusuli dengan huraian dan contoh yang sahih

seperti statistik, kes-kes mahkamah, laporan ekonomi atau laporan tahunan sudah pasti audiens yakin dan akan bersetuju dengan hujah isi pemidato itu. vii Kesimpulan

Pada akhir pidato, seorang pemidato perlu membuat rumusan dan sekali lagi menyatakan pendiriannya tentang topik yang telah dihujahkan. Penegasan pendirian pemidato dan kemahirannya menyampaikan pidato akan mempengaruhi pendirian audiens sama ada untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan dia.

22

c.

Ciri-ciri Penyampaian Pidato yang baik

Gaya pemidato merangkumi kemahiran pemidato menggunakan bahasa badan untuk berkomunikasi dengan audiens. Anggota badan yang terlibat ialah bahagian mata, kepala, tangan dan mulut. Pemidato yang berkesan akan menggunakan gayanya yang tersendiri dan tidak meniru gaya orang lain. i. Anggota badan yang dianggap penting semasa pidato ialah mata dan kepala.

Mata yang memandang muka hadirin, ke arah kiri atau kanan akan menarik audiens untuk mengikuti hujah pemidato. Memandang tepat ke arah audiens secara menyeluruh akan menyebabkan audiens berasa dekat dengan pemidato dan tindakan memandang ke arah mata audiens dapat menarik perhatian mereka untuk memberi tumpuan kepada mesej yang hendak disampaikan oleh pemidato. ii. Aksi tangan yang pelbagai gaya semasa berpidato bermaksud pemidato tinggi sewaktu berhujah. Tindakan pemidato

mempunyai keyakinan yang

menggenggam tangan, menunjukkan ekspresi yakin dan pendirian yang teguh manakala bibir yang sentiasa mengukir senyuman akan memberi keselesaan kepada audiens untuk terus mengikuti hujah pemidato berbanding dengan pemidato yang serius raut wajah. iii. Intonasi suara turut menyumbang kepada gaya pemidato yang berkesan

penekanan tinggi naik suara akan membuatkan audiens peka terhadap isu-isu penting yang dikemukakan. Bersuara lantang ketika pemidato menyatakan pendirian. Kemahiran memasukkan unsur humor dalam pidato akan dapat menjadikan

pemidato lebih bergaya malah sekiranya pemidato berjaya mencuit hati audiens atau menyentuh emosi audiens dengan perasaan sedih, gembira atau membakar

semangat patriotik mereka, seorang pemidato itu dianggap berjaya menyampaikan pidatonya. iv. Pakaian

Pakaian merupakan salah satu daripada gaya penampilan yang amat penting semasa menyampaikan pidato. Khalayak akan membuat pemerhatian sama ada 23

pemidato seorang yang boleh dipercayai atau sebaliknya. Untuk pemidato lelaki, digalakkan memakai suit kemas, bertali leher dan berkasut kulit, berstokin manakala bagi pemidato wanita, pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata. Sekiranya pemidato memilih untuk memakai pakaian kebangsaan, mereka bolehlah memakai baju Melayu, lengkap dengan sampin dan bersongkok. Pakaian merupakan salah satu daripada aspek utama yang akan menentukan tanggapan pertama audiens terhadap pemidato. c. Kesimpulan

Pidato ialah ucapan yang disampaikan dengan susunan idea yang baik dengan gaya yang meyakinkan. Kebolehan menyampaikan pidato merupakan kemahiran

komunikasi yang memerlukan keberanian, yakin, tetap pendirian

2.6.4. Ucapan/ Syarahan a. Definisi

Syarahan disampaikan secara individu kepada khalayak untuk menghuraikan atau menjelaskan sesuatu tajuk. Syarahan merupakan aktiviti sehala, iaitu penyampai akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang

ditentukan untuk mempengaruhi serta meyakinkan para pendengar.Kebolehan menyampaikan syarahan bertujuan menguji kebolehan penyampai memberikan idea atau membuat kupasan tentang sesuatu tajuk. Selain daripada itu, syarahan yang disampaikan akan mempengaruhi khalayak untuk memberikan perhatian serius

terhadap sesuatu isu dan akhirnya khalayak akan bertindak untuk melaksanakan seperti yang telah disarankan dalam syarahan itu. b. i. Ciri-ciri syarahan yang baik Memastikan Topik dan Tujuan Menyampaikan Syarahan

Menurut Ainon Mohad dan Abdullah Hassan (2006) , terdapat dua tujuan utama penyampaian syarahan, iaitu untuk memberikan maklumat kepada khalayak dan 24

juga

untuk mempengaruhi mereka. Oleh itu, penyampai haruslah bersedia

memberikan penjelasan yang jelas, penerangan lanjut, membetulkan salah faham dan boleh menerangkan bagaimana sesuatu itu dilakukan. Untuk menjadikan

syarahan lebih berkesan gunakan banyak ilustrasi, definisi, bukti dan hujah-hujah daripada pelbagai sumber. Oleh itu seorang penyampai perlu melakukan

pembacaan yang sangat mendalam tentang perkara yang akan disampaikan sebelum memberi syarahannya.

ii.

Sasaran Khalayak

Syarahan yang akan disampaikan pula perlu sesuai dengan khalayak yang akan menjadi sasarannya. Latar belakang pendidikan, umur, agama, jantina, bangsa dan pekerjaan perlu dijadikan pertimbangan sebelum syarahan disampaikan. Maklumat ini perlu agar penyampai dapat memberikan syarahan yang sesuai dengan tahap dan kebolehan khalayak bagi menjamin maklumat yang disampaikan itu amat

bersesuaian dan bertepatan dengan kemampuan mereka memahami maklumat itu.

iii.

Menyusun Bahan-Bahan

Bahan yang akan menjadi fokus utama seorang penyampai dalam syarahannya hendaklah disusun dalam kerangka yang sistematik. Maklumat yang diberikan perlulah dimulakan dengan memberikan takrif atau pengertian topik utama syarahan kemudian diikuti dengan isi utama, isi sampingan dan dikemukakan hujah dan bukti yang kukuh daripada pelbagai sumber bacaan. Bahan-bahan hendaklah disusun mengikut keutamaan.

iv.

Kelancaran

Kelancaran menyampaikan syarahan lebih tertumpu kepada pembahagian masa menyampaikan maklumat dalam masa yang ditetapkan. Kebolehan penyampai menepati masa merupakan salah satu daripada kelancaran yang dimaksudkan. Selain daripada itu, kejelasan idea, bahasa serta pemilihan perkataan atau istilah turut membantu kelancaran penyampaian maklumat kepada khalayak. Latihan menyampaikan syarahan dapat membantu kelancaran penyampai. 25

v.

Intonasi Suara

Intonasi dan nada suara memberi kesan terhadap penyampaian syarahan. Nada tinggi atau nada rendah akan memberi kesan audio kepada khalayak. Ini akan membuatkan khalayak memberi perhatian terhadap isu yang diperkatakan sekiranya disampaikan dalam nada tinggi. Sebaliknya penggunaan nada rendah lebih sesuai sewaktu menyampaikan harapan atau berita sedih. Penggunaan nada yang saling bertukar ganti akan memberi kesan yang menyegarkan terhadap khalayak berbanding dengan penyampaian yang menggunakan hanya senada dan mendatar.

vi.

Kecekapan Berbahasa

Syarahan yang baik dan berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah.Penggunaan ayat yang ringkas, padat dan bernas memudahkan khalayak mengikuti syarahan yang disampaikan. Sekiranya syarahan itu

diselangselikan dengan bahasa perbandingan, peribahasa, bahasa kiasan ataupun bahasa yang perumpamaan sudah pasti khalayak akan memberi fokus kerana penggunaan bahasa seperti itu akan mendorang khalayak memikirkan maksudnya. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan khalayak menjadi pendengar aktif.

c.

Kesimpulan

Syarahan merupakan bidang yang mencungkil bakat dan daya kreativiti seseorang untuk menyampaikan pendapat atau pendiriannya dengan harapan khalayak turut menyokong atau bersetuju dengan topik yang disampaikan oleh penyampai. Oleh itu, syarahan memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan kerana kematangan dan kebijaksanaan menyampaikan buah fikiran dengan yakin di khalayak ramai merupakan satu bentuk komunikasi lisan yang perlu dipelajari.

26

2.6.5. Pengacaraan Majlis a. Definisi

Menurut Noresah Baharum et. al. (2010), mentakrifkan pengacara majlis sebagai seorang yang mengendalikan persembahan, atau acara dalam sesuatu majlis

manakala Siti Hajar Abd. Aziz (2008) mentakrifkan pengacara sebagai individu yang mengendalikan perjalanan sesuatu majlis, persembahan atau pertunjukan.

Mengacarakan majlis merupakan satu daripada komunikasi khalayak yang perlu diselenggarakan dengan cekap dan berkesan. Oleh sebab itu seorang pengacara majlis merupakan orang yang berkomunikasi secara dua hala dengan khalayak. Kejayaan menganjurkan majlis secara teratur menjadi tanggungjawab pengacara majlis.
Bidang pengacaraan juga boleh menjadi satu kerjaya

b.

Ciri-ciri Pengacaraan Majlis yang Baik

Beberapa kriteria atau ciri yang patut dipertimbangkan sebelum memilih seseorang individu untuk menjadi pengacara majlis. Antaranya adalah pengacara majlis hendaklah : i. Terdiri daripada mereka yang berkebolehan, iaitu tidak kekok hadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin. tampil ke

ii.

Peka dengan situasi majlis termasuk sebarang perubahan yang bakal berlaku pada saat-saat akhir. Sentiasa bersedia mengumumkan dan memaklumkan apa-apa perubahan mengikut urutan majlis. Mempunyai suara yang jelas, cerita dan dapat menghidupkan suasana. Seorang yang kreatif dan mampu melahirkan ujaran yang spontan sekiranya terdesak. Berketerampilan dan boleh membezakan antara majlis rasmi, separauh rasmi dan tidak rasmi. Tahu menyusun pengucapan yang bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial. 27

iii.

iv. v.

vi.

vii.

viii.

Pengacara majlis harus tahu dan faham menggunakan panggilan hormat dan protokol dalam majlis, penggunaan salutasi yang betul kepada tetamu kehormat yang akan menghadiri majlis itu. Oleh itu pengacara perlu sentiasa mendapat maklumat terkini tentang status kehadiran tetamu kehormat. Sekiranya tetamu itu tidak dapat menghadiri majlis dan diganti pula oleh orang lain, maklumat seperti ini perlu dimaklumkan kepada pengacara majlis. Pantang Larang Pengacara Majlis Sebagai seorang pengacara anda perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara berikut: Memberi ulasan yang panjang lebar tentang isu yang diutarakan oleh pengucap Terlalu memuji atau mengagung-agungkan pengucap sehingga menimbulkan keresahan kepada perucap sendiri. Berjenaka secara keterlaluan Lupa nama perucap atau tetamu kehormat/jemputan
Bukan senang nak jadi pengacara, macam-macam pantang larang yang nak kena jaga..jangan sampai keluar suara itik!

c.

Pengacara

majlis

merupakan

nadi

sesebuah

majlis.

Seorang pengacara majlis harus melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancar dan meninggalkan kesan yang baik di hati para tamu dan penonton.

28

c.

Kesimpulan

Pengacara perlu bijak bertindak sebagai penyelamat bagi sesuatu program/majlis

Komunikasi lisan bagi seorang pengacara majlis merupakan kemahiran komunikasi yang perlu dikuasai sebaik-baiknya kerana kejayaan sesuatu majlis amat bergantung kepada kewibawaan pengacara majlis mengawal suasana. Kemahiran komunikasi secara spontan juga diperlukan ketika

mengendalikan majlis kerana kadang kala berlaku insiden yang di luar jangkaan seperti persembahan tergendala kerana masalah teknikal.

Dalam situasi seperti ini, kemahiran berkomunikasi secara spontan perlu untuk mengawal keadaan. Sekiranya pengacara majlis mengendalikan majlis rasmi seperti Hari Konvokesyen, pengacara majlis tidak perlu memasukkan unsur humor atau bahasa berbunga-bunga sebaliknya bahasa yang digunakan perlulah bahasa yang ringkas, mengikut susun atur pergerakan majlis. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa pengacaraan majlis merupakan kemahiran yang perlu dilatih dan memerlukan bakat semulajadi sesuai dengan jenis majlis yang dikendalikan.

2.6.6.

Forum Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj. Shamsudin (2012),

Menurut Khairuddin menjelaskan

komunikasi lisan jenis forum juga dikenali sebagai diskusi. Forum

dijayakan oleh kumpulan kecil yang terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang pengerusi dan seorang ahli panel. Walau bagaimanapun, sebagai aktiviti lisan di sekolah, forum dikendalikan dengan seorang pengerusi dan tiga orang ahli panel. Forum boleh berbentuk interaksi antara pengerusi dan ahli panel sahaja kemudian diikuti dengan sesi soal jawab dengan khalayak. Forum terbahagi kepada dua bentuk, iaitu forum bebas dan forum gabungan.Forum bebas terdiri daripada forum panel dan forum perbahasan.Dalam forum panel, ahli 29

panel diberikan tajuk yang sesuai dengan kepakaran masing-masing tetap berkait dengan tema forum. Pengerusi akan mengemukakan soalan-soalan mengikut giliran.Setelah semua ahli panel memberikan pendapat, pendengar pula diberi peluang mengemukakan soalan. Pengerusi akan membuat kesimpulan forum keseluruhannya. Forum gabungan pula merujuk kepada forum yang dijalankan sesudah komunikasi khalayak dijalankan. Sebagai contoh, forum wawancara dijalankan selepas

wawancara, forum kuliah diadakan selepas kuliah dan forum seminar diadakan selepas seminar atau forum persidangan dijalankan selepas ahli panel

membentangkan kertas kerja. Khalayak dibenarkan mengemukakan soalan ataupun pandangan berdasarkan apa yang dikatakan oleh ahli panel dan pengerusi. Seluruh sesi dikendalikan oleh pengerusi.

Ciri-ciri Forum yang Baik Pengerusi akan memperkenalkan tajuk, ahli panel dan bidang kepakaran masing-masing, isu tentang tajuk yang diforumkan, meminta setiap ahli panel menyatakan pendirian atau menjelaskan peranan mereka berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Pengerusi juga akan mengemukakan status atau harapan masyarakat tentang isu yang dikemukan dan ahli panel memberi respon bagaimana mereka menangani isu tersebut. Akhir sekali pengerusi akan memberi peluang kepada khalayak untuk sesi soal jawab. Soalan yang pengerusi kemukakan boleh berasaskan maklum balas atau

tinjauan pendapat orang ramai tentang isu yang dibincangkan. Ahli panel diminta mengemukan pendirian mereka terhadap isu, masalah yang dihadapi dan tindakan yang akan dilakukan. Diskusi diakhiri dengan rumusan yang dapat dibuat hasil daripada perbincangan dan tindakan susulan yang akan diambil untuk mengatasi isu berkenaan. 30

Sesi soalan jawab diadakan untuk khalayak bertanyakan ahli panel. Persetujuan bersama dikemukakan dan pengerusi merumuskan hasil forum pada bahagian penutup diskusi.

Kesimpulan Forum merupakan satu bentuk komunikasi dua hala yang melibatkan pengerusi dengan ahli panel dan juga khalayak yang mendengar forum itu. Tajuk yang dibincangkan dalam forum biasanya sarat dengan maklumat dan menyentuh kepakaran dalam bidang tertentu. Forum diadakan untuk mendapatkan persetujuan bersama bagi mengatasi isu atau masalah yang dihadapi. Lazimnya forum berakhir dengan saranan agar pendekatan bersepadu dilaksanakan untuk mengatasi masalah atau isu yang dibincangkan.

2.6.7. a.

Wawancara dan Temu bual Definisi

Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1998), menjelaskan wawancara merupakan satu proses komunikasi dua hala yang formal. Aktiviti ini dilakukan

secara terancang yang melibatkan proses menyoal dan menjawab antara orang yang mewawancara dengan orang yang diwawancara. Biasanya wawancara dilakukan dengan berasaskan sesuatu tajuk atau isu yang ditetapkan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat daripada orang yang diwawancara. Aktiviti ini

lazimnya dijalankan dalam keadaan yang mesra dan tidak terlalu rasmi. Terdapat dua bentuk wawancara, iaitu wawancara berita dan wawancara rencana. Wawancara berita bertujuan untuk mendapatkan maklumat khusus tentang sesuatu peristiwa atau perkara yang berlaku. Wawancara bentuk ini dilakukan dengan cara bersemuka atau melalui telefon dan yang diutamakan adalah maklumat atau fakta. Wawancara rencana pula dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat 31

tentang personaliti dan pendapat seseorang.Wawancara ini bersifat bebas dan biasanya dilakukan dalam suasana yang mesra dan kerap dijalankan di rumah atau pejabat. Kebiasaannya orang kenamaan seperti tokoh-tokoh korporat, akademik, politik sering menjadi sasaran untuk diwawancara. Selain itu,maklumat tentang tajuk atau isu yang ditetapkan, sifat-sifat peribadi, latar belakang, kekuatan, kegemaran dan sebagainya dijadikan bahan penulisan wawancara. b. Ciri-ciri Wawancara Wawancara yang berjaya adalah wawancara yang mencapai objektifnya, iaitu dapat mengumpul maklumat pengetahuan dan pendapat yang dikehendaki daripada orang yang diwawancara. Kedua-dua pihak hendaklah

berpengetahuan luas, bijak, berfikiran kritis dan analitis. Selain itu, mereka perlu saling hormat menghormati, berperwatakan peramah, lemah lembut, sopan santun serta tertib. Soalan yang dikemukakan hendaklah berkaitan secara langsung terhadap tajuk yang dibincangkan, isu atau pengalaman peribadi orang yang diwawancara. Oleh sebab itu, wawancara itu hendaklah dibuat secara

terancang. Orang yang diwawancara perlu mengetahui soalan yang akan ditanya supaya dia menyediakan jawapan terhadap soalan yang

dikemukakan itu. Wawancara ini berbentuk dialog atau perbualan yang mengandungi tiga bahagian utama, iaitu pendahuluan, perkara yang berkaitan dengan tajuk dan penutup. Pada bahagian pendahuluan biasanya tajuk yang akan dibincangkan diberikan penerangan terlebih dahulu, kemudian disusuli dengan bahagian isi atau fokus wawancara dan diakhiri dengan penutup. Bahasa yang digunakan hendaklah mudah dan tidak berbunga-bunga. Soalan yang dikemukakan hendaklah ringkas dan jelas. Biasanya soalan terbuka lebih banyak ditanya daripada soalan-soalan peribadi. Audiens yang hadir pula bergantung kepada jenis wawancara yang dikendalikan sama ada 32

wawancara berita atau wawancara rencana. Wawancara berita terdiri daripada khalayak yang bebas meliputi pelbagai latar belakang pendidikan manakala wawancara rencana lazimnya terdiri daripada khalayak yang khusus daripada bidang yang sama atau yang ada kena mengena dengan tajuk yang dibincangkan. Kemahiran menyoal merupakan aspek penting dalam sesi wawancara. Soalan-soalan yang dibina mestilah menepati maklumat yang ingin diketahui. Kemahiran menyoal perlulah merangkumi aspek tajuk, tujuan, maklumat

yang ingin diperoleh, pemilihan kata tanya yang sesuai dan soalan jenis terbuka menggunakan kata kunci sejauhmanakah, apakah rasional, apakah implikasi, apakah harapan c. Kesimpulan

Wawancara merupakan kemahiran komunikasi formal berbentuk dua hala. Oleh itu, sebelum sesi wawancara dimulakan orang yang akan mengemukakan wawancara perlulah membuat persediaan rapi dan mengetahui langkah-langkah mengendalikan wawancara kerana lazimnya wawancara diadakan secara langsung berhadapan dengan khalayak. Sesi soal jawab juga diberikan dan khalayak bebas

mengemukakan soalan. Oleh itu, pewawancara perlu bijak berkomunikasi dengan individu yang diwawancara dan juga dengan khalayak. 2.6.8. a. Mesyuarat Definisi

Bermesyuarat merupakan satu bentuk komunikasi lisan. Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt (1998), menjelaskan mesyuarat diadakan dengan tujuan untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat menyelesaikan masalah-masalah yang

berbangkit, membuat sesuatu keputusan dan memberi atau mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak. Mesyuarat yang baik dikendalikan dalam suasana baik, bersopan dan beradab. Semua butiran percakapan akan direkodkan (untuk

33

semakan, rujukan dan tindakan selanjutnya) dan catatan ini dikatakan minit mesyuarat. Semasa bermesyuarat, ahli-ahli mesyuarat diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran mendengar, kemahiran memahami dan kemahiran menuturkan idea atau buah fikiran secara jelas dan teratur. Pengerusi mesyuarat dikehendaki

mengendalikan mesyuarat dan mengawal perbincangan agar sentiasa menepati agenda mesyuarat yang telah ditetapkan. Setiausaha mencatat segala pandangan dan pendapat serta idea-idea yang dipersetujui. Tugas ahli-ahli lain adalah memberi pendapat, bantahaan, cadangan dan sebagainya. Dalam hal ini, ahli-ahli boleh

bersetuju dengan apa yang ditimbulkan dalam mesyuarat atau membantah ataupun berkecuali, Mereka boleh memberikan alasan-alasan mereka secara logik dan berkesan. Tujuan bermesyuarat adalah memberi peluang untuk mendengar percakapan atau pandangan orang lain , membuat cadangan atau bantahan menggunakan alasanalasan yang munasabah. Membiasakan ahli-ahli mesyuarat bersuara dalam suasana yang formal dengan pertuturan yang sopan dan jelas. Pada akhir mesyuarat selalu satu keputusan yang dibuat secara kolektif akan dikemukakan sebagai jalan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Keputusan sebulat suara adalah sebaik-baik keputusan yang diharapkan daripada mesyuarat. b. Ciri-ciri Mesyuarat yang Baik Mesyuarat yang baik adalah mesyuarat yang dikendalikan mengikut agenda yang dikemukakan. Pengerusi mesyuarat mempunyai kuasa untuk memula dan mengakhiri mesyuarat. Pengerusi akan mengikuti agenda mesyuarat satu persatu dimulakan dengan membincangkan pengesahan minit mesyuarat yang lalu, berbangkit, membuat pindaan atau

perkara-perkara

pembetulan dan mendapatkan maklum balas terhadap perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang lalu.

34

Segala keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat bukanlah

keputusan

individu sebaliknya keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli mesyuarat. Oleh itu, penulisan minit mestilah seperti yang berikut Mesyuarat telah bersetuju menerima atau Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa.. Keputusan akhir tentang sesuatu perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat perlu dicatatkan dalam minit mesyuarat. Mesyuarat yang baik akan dikendalikan dalam masa yang tidak terlalu panjang.Keberkesanan mesyuarat perlulah dikawal selia oleh pengerusi. Sekiranya perbincangan telah tersasar daripada agenda, pengerusi berhak memberhentikan perbincangan itu dan mengingatkan ahli-ahli mesyuarat supaya kembali kepada agenda yang disediakan. Setiausaha mencatat kehadiran ahli-ahli mesyuarat dalam minit mesyuarat dan memastikan semua butiran tidak hadir bersebab dicatatkan dalam minit mesyuarat. Setiausaha akan memastikan semua keputusan mesyuarat, pembetulan atau pindaan butiran mesyuarat direkodkan. Sebarang

pembetulan dalam minit perlu dibuat sebelum minit mesyuarat itu disahkan dalam mesyuarat. Dalam hal yang memerlukan tindakan, nama atau jawatan orang yang dipertanggungjawabkan perlu dicatat dalam minit mesyuarat supaya perkara itu dapat dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. Perbincangan dalam mesyuarat meskipun tegang perlulah menggunakan bahasa yang sopan tanpa menyinggung perasaan orang lain. Setelah kesemua agenda mesyuarat diikuti, pengerusi hendaklah memberi ruang kepada setiap ahli-ahli mesyuarat untuk mengemukakan pandangan mereka untuk mengisi agenda hal-hal lain. Perkara yang disentuh dalam hal-hal lain merupakan perkara yang tidak tersenarai dalam agenda mesyuarat.

35

Waktu ditanggungkan mesyuarat perlu dicatat dalam minit mesyuarat dan perlulah digunakan ungkapan ditangguhkan kerana mesyuarat akan

disambung pada masa akan datang. Pada bahagian akhir/ penutup mesyuarat hendaklah dicatat nama dan jawatan orang yang akan mengesahkan minit itu, iaitu pengerusi dengan

persetujuan semua ahli-ahli mesyuarat.

c.

Kesimpulan

Mesyuarat merupakan satu aktiviti lisan yang berbentuk dua hala antara ahli-ahli mesyuarat untuk mencapai keputusan yang sepakat tentang sesuatu program. Oleh itu, kemahiran komunikasi yang terlibat adalah kemahiran menyoal, menyatakan pandangan, memberikan cadangan atau menyatakan bantahan perlulah disuarakan dengan cara yang sopan dan teratur mengikut prosedur mesyuarat. Komunikasi secara lisan dalam mesyuarat perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk menjamin mesyuarat yang diadakan tidak memakan masa yang terlalu lama

,sehingga ahli-ahli mesyuarat hilang tumpuan dan minat. Oleh yang demikian peranan pengerusi dan setiausaha mesyuarat amat penting dalam pengendalian mesyuarat.

Mengumpul Maklumat Kumpul maklumat dan buat catatan berkaitan perkara-perkara berikut: i. ii. iii. iv. Debat Perbincangan Temu duga Dialog

36

SOALAN TUTORIAL

1. 2.

Huraikan tujuan penyampai taklimat menganalisis khalayak. Banding bezakan contoh teks pengacaraan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan teks pengacaraan Majlis Persaraan. Bincangkan perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua teks tersebut. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara debat dan pidato. Buat kajian dan penyelidikan tentang teks ucapan dan teks syarahan. Analisis keberkesan wacana dalam kedua-dua teks. Sediakan atur cara bagi Majlis Perasmian Hari Guru tahun ini. Jelaskan kepentingan penampilan diri untuk seorang pemidato. Huraikan peranan pengerusi mesyuarat yang berkesan dalam pengendalian mesyuarat. Jelaskan kepentingan gerak geri, mimik muka dan gaya bahasa badan dalam pidato. Tonton rakaman video Pidato Antarabangsa. Buat ulasan tentang kemahiran berkomunikasi pemidato yang terdapat dalam tayangan video itu. Jelaskan ciri-ciri penulisan minit mesyuarat yang baik.

3. 4.

5. 6. 7.

8.

9.

10.

37

BIBLIOGRAFI

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, Ab. (1998). Bahasa Melayu Komunikasi 3. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, Ab. Rahim Selamat. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 2. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd. Isha Awang. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (1999). Komunikasi untuk Guru. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (2000).Kemahiran Interpersonal untuk Guru Bestari. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Khairuddin Mohamad (Editor) .(2012). Bahasa Melayu Kontekstual. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj. Shamsudin. (2012). Bahasa Melayu Komunikatif. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Syahrul Nizam Junaini. (2011). Seni Bahasa Badan. Batu Caves : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Zawiyah Mohammad Yusof . (2009). Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

38

TAJUK 3

KOMUNIKASI TULISAN

3.1

SINOPSIS Tajuk 3 menjelaskan perihal aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti komunikasi bertulis dalam bahasa Melayu kepada pelajar.

3.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat; 2. menyampaikan maklumat melalui komunikasi tulisan 3. mengaplikasikan komunikasi tulisan dalam pelbagai situasi

3.3

KERANGKA TAJUK

Komunikasi Tulisan

Ciri-ciri Komunikasi Tulisan

Jenis-jenis Komunikasi Tulisan

3.4

Ciri-ciri komunikasi tulisan Bahasa memainkan peranan penting dalam komunikasi bertulis dan komunikasi khalayak.

39

Manusia sudah mula menggunakan komunikasi lisan lebih kurang 1,000,000 tahun dahulu (Speek,1990, The New Encyclopaedia Britannica), Sistem tulisan yang paling awal hanya wujud lebih kurang 5,000 tahun dahulu. Di dunia, terdapat lebih kurang 4,000 bahasa (Comrie,1987), tetapi hanya 5% sahaja yang mempunyai sistem tulisan yang asli.

3.5

Definisi

ISHAK HARUN (1979) Penulisan - satu kemahiran menyampaikan idea, fakta dan sebagainya yang terdapat dalam fikiran manusia melalui alat komunikasi, iaitu bahasa. NIK SAFIAH KARIM (1987) Kemahiran menulis - keupayaan menurunkan perasaan dalam bentuk penulisan seperti pengumuman, berita, penerangan, laporan, ucapan, minit mesyuarat dan penghujahan sesuatu persoalan. Menulis merupakan satu perbuatan yang melibatkan manipulasi perkataanperkataan dalam ayat secara gramatis - dibentuk menjadi sebuah karangan yang dapat menyampaikan idea atau pendapat seseorang. Bagi mereka yang berbakat, penulisan boleh menjangkau bidang penulisan kreatif sama ada bentuk prosa/puisi. Penulis perlu melalui pelbagai tahap penulisan dan perlu berfikir secara kreatif untuk mendapatkan isi, idea, atau fakta serta menilai semula idea atau fakta yang disampaikan itu secara berkesan. Penulisan karangan - proses mencipta dan mengubah idea dalam bentuk lengkap dan sempurna.

Hasil penulisan perlu haruslah mempunyai ciri-ciri berikut: Isi yang tepat Tujuan dan idea tersusun Bersifat gramatis

40

Penghasilan sesebuah teks atau karangan, penulis perlu menggunakan bahasa dengan baik supaya maklumat yang hendak disampaikan dapat diterima dan difahami oleh pembaca. Ciri-ciri penulisan yang baik Pemilihan kata Variasi struktur ayat Pemerengganan Gaya Unsur kesatuan Pertautan serta format Ciri-ciri penulisan teks Fakta Bentuk pemerengganan 1 isi dalam 1 perenggan Isi berkaitan tajuk - kesatuan

Gaya Dan Laras Gaya bahasa sesuai Pelbagai : Pengolahan Pertautan antara perenggan retorik simile metafora Personifikasi

Bahasa Pemilihan perkataan tepat dan jelas

41

3.6

Jenis-Jenis Komunikasi Tulisan

3.6.1 Surat Rasmi Surat rasmi ialah teks yang berformat kerana surat rasmi mempunyai peraturan dan gaya persembahan yang perlu dipatuhi. Surat rasmi menyatakan atau menggambarkan sesuatu perkara untuk diketahui oleh orang yang menerima atau membaca surat itu. Kandungan surat rasmi berupa aduan, pemberitahuan, isu-isu tertentu, pemakluman, permohonan dan sebagainya. Surat rasmi ditulis oleh satu pihak kepada penerima agar pihak penerima mendapat maklumat dan pengetahuan tentang perkara tersebut. Surat rasmi merupakan dokumen yang bercetak yang boleh dibaca berulang kali dan dirujuk kembali pada masa akan datang.

Surat kiriman merupakan sesuatu proses atau aktiviti menyalurkan maklumat, pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran karangan berbentuk format yang menggambarkan suasana, khabar, berita dan sebagainya yang akan dikirimkan atau diutuskan kepada orang yang ditujukan. Dengan maksud pemberitahuan sesuatu hal atau perkara yang dialami, dinikmati dan sebagainya oleh si pengutus surat berkenaan supaya si penerima surat tersebut juga turut merasa dan berkongsi suasana sama ada suka mahupun duka. Apakah yang membezakan satu surat dengan surat yang lain? Menurut Burton (1983), perbezaan ini wujud disebabkan oleh tiga perkara iaitu: I. II. III. Orang yang akan menerima surat anda penerima Apa yang anda tulis subjek Mengapa anda menulis tujuan

Dengan mengambil kira tiga perkara di atas, surat-surat boleh dikategorikan sebagai rasmi dan tidak rasmi. Surat rasmi pula boleh dikategorikan kepada rasmi peribadian (formal-personal) dan rasmi tidak peribadian (formal-impersonal).

42

Surat Rasmi Tidak Peribadi -firma

Surat Rasmi Peribadi ah atau takziah

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya : memohon pekerjaan membuat aduan / bantahan / cadangan membuat rayuan membuat jemputan rasmi menempah barangan meminta kebenaran atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi Ciri-ciri Umum Format Surat Rasmi bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi. Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat, padat, baku dan betul dari segi ejaan dan tanda baca. Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa Lembaga Peperiksaan Malaysia pula menyenaraikan ciri-ciri berikut : Alamat pengirim Garisan panjang melintang Nama dan alamat penerima 43

Nombor telefon Nombor rujukan Tarikh Perkataan menghadapkan surat Kepala surat/perkara Pemerengganan Pecahan bagi perenggan Tandatangan Nama pengirim

Format Surat Kiriman rasmi Alamat pengirim. - ditulis d isebelah kiri pada bahagian atas surat. Garis panjang melintang. Alamat penerima. - baris akhir alamat digarisi Tarikh . - ditulis di sebelah kanan surat, sebaris dengan baris akhir alamat penerima. Panggilan hormat. - dibubuh koma di hujungnya. Perkara. - huruf besar digunakan pada setiap awal kata, bergaris dan tiada noktah di hujungnya. Isi-isi. - perenggan pertama dan akhir tidak diberikan nombor dan ditulis dari tepi surat. Hanya perenggan kedua dan seterusnya diberikan nombor dan ditulis jarak sedikit dari nombor. Pengakuan dan tanda tangan pengirim. -ditulis di bahagian kiri bawah surat. Nama dan jawatan pengirim. 44

- nama ditulis selepas tanda tangan dengan huruf besar sepenuhnya dan diletakkan dalam kurungan. Format Surat Rasmi (Lembaga Peperiksaan Malaysia) ________________ Alamat Penulis ________________ ________________ ____________________________( garisan panjang)__________________________ Jawatan / penerima Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tuan / Puan, Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar dan Gariskan) Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri) 2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. Cuba Tarikh : (selari dengan nama negeri)

sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)
3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita

kemukakan, misalnya alasan dipertimbangkan.)


(Penutup)

yang

boleh

memungkinkan

permohonan

kita

Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan) _________________ Nama Penuh ( HURUF BESAR) Jawatan ( Huruf Kecil ) 3.6.2 Surat Tidak Rasmi Surat tidak rasmi biasanya ditulis oleh seseorang kepada seseorang yang lain secara peribadi seperti surat kepada ahli keluarga dan sahabat handai. Biasanaya surat ini ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti surat ucap tahniah, 45

surat ucap takziah, bertanya khabar, meceritakan pengalaman dan sebagainya. Cara menulis surat ini tidak terikat dengan format penulisan surat rasmi tetapi sebaliknya menggunakan format surat tidak rasmi seperti berikut: Alamat Pengirim (ditulis pada sudut sebelah kanan atas surat) Tarikh (Ditulis di bawah alamat pengirim Pembuka Surat/Kata penghadap surat Contoh: Kehadapan sahabatku Aina semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kata Ganti Diri (Kata ganti nama diri penerima ditulis di sebelah kiri surat). Antara yang biasa digunakan ialah saudara, saudari, ayah bonda, kakanda dan nenda. Pemerengganan Semua perenggan ditulis ke dalam sedikit dari garis tepi surat. Pengakuan Tanggung jawab Ditulis di sebelah kanan bahagaian bawah surat tetapi melangkau dua baris kosong. Huruf awal ditulis dengan huruf besar. Tanda koma hendaklah Contoh: Yang jauh, diletakkan selepas kata pengakuan tanggung jawab. Yang ikhlas. Tandatangan Diturunkan di bawah pengakuan tanggung jawab.

Latihan 1

1.

Sejak sebulan yang lalu, sebuah tempat yang berdekatan dengan tempat

tinggal penduduk Kampung Sungai Kertas telah dijadikan penempatan pendatang tanpa izin secara haram. Seluruh penduduk kampung telah membantah penempatan haram tersebut. Sebagai wakil penduduk kampung, anda telah dilantik untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan bantahan penduduk kampung terhadap

penempatan tersebut. Tulis surat itu selengkapnya. 46

2.

Seorang sahabat pena anda telah mengutus surat dan meminta pandangan

anda tentang cara-cara mengawal tekanan (stress) secara berkesan. Balas surat sahabat anda dengan memberikan pandangan yang dimintanya.

3.6.3 Karangan ekspositori Karangan ekspositori berupa huraian atau penjelasan tentang sesuatu topik untuk memberi maklumat atau pengetahuan tambahan bagi pembaca. Berikut ini contohcontoh tajuk karangan ekspositori.

Cara-cara merapatkan hubungan dengan jiran. Cara-cara merapatkan hubungan dengan keluarga. Kewajipan-kewajipan seorang pelajar terhadap keluarga. Langkah-langkah untuk mengelakkan kejadian jenayah. Ciri-ciri pelajar cemerlang.

47

KARANGAN EKSPOSITORI Cara menulis perenggan isi Perenggan dibahagikan kepada beberapa ayat yang disusun seperti berikut: Ayat 1 (A1) isi utama

Ayat 2 (A2) mengapa

Ayat 3 (A3) - bagaimana

Ayat 4 (A4) contoh/bukti

Ayat 5 (A5) rumusan

Apa itu laporan? Boleh kamu terangkan?

3.6.4 Laporan

Laporan maklumat

ialah atau

kertas

kerja

yang

mengandungi ditulis bagi

khabar.

Laporan

melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah 48

berlaku. Laporan merupakan maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilaporkan. Laporan ialah dokuman untuk menyampaikan maklumat yang khusus kepada pembaca yang tertentu. Maklumat tersebut disampaikan secara sistematik dan objektif dengan menitikberatkan kejelasan dan ketepatan kandungannya.

Tujuan Melaporkan atau merekodkan sesuatu peristiwa yang dilihat atau didengar.

Jenis-jenis Laporan Laporan Umum


Laporan untuk bacaan atau pengetahuan umum sahaja Tentang sesuatu kejadian, perkara, isu

Laporan Kajian

Juga disebut laporan ilmiah/penyelidikan Untuk memerihalkan sesuatu keadaan. Tidak dipengaruhi sebarang unsur emosi penulis. Memerlukan fakta yang tepat dan penyusunan rapi dan tersusun.

Laporan Syarikat Laporan tahunan untuk melaporkan aktiviti syarikat dalam tempoh satu tahun. Kandungan aspek kewangan, pemegang syer, senarai harta syarikat, tanggungan dan lain-lain. Gaya bahasa berbentuk huraian dan penjelasan, disusun secara kronologi.

Format Laporan Umum

Halaman judul muka surat mengandungi nama penulis, organisasi, tajuk laporan, tahun. Abstrak sinopsis keseluruhan kandungan. Kandungan tajuk, subtajuk dan lampiran. Pengenalan latar belakang, kaedah penyelidikan dan penghargaan. Huraian data disusun mengikut topik dan subtajuk khusus.

49

Kesimpulan rumusan dan cadangan Rujukan dan bibliografi Lampiran

Format Laporan Kajian


Halaman kulit Halaman tajuk (sebelah dalam) Abstrak Penghargaan Daftar kandungan Pengenalan, iaitu penyataan masalah Tinjauan kajian berkaitan Kaedah penyelidikan Dapatan kajian Rumusan dan cadangan

Format laporan Syarikat


Halaman Kulit Misi Syarikat Notis Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Audit Struktur Korporat Maklumat Korporat Lembaga Pengarah Ucapan Pengerusi Laporan Kewangan Analisis Pemegang Syer Senarai Harta Borang Proksi

50

Latihan 2

Andaikan anda Setiausaha Pengakap sekolah anda. Anda telah diminta menulis satu laporan perkhemahan pengakap yang telah dianjurkan oleh PPD pada minggu lepas. Tulis laporan itu selengkapnya.
3.6.5 Minit Mesyuarat Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara perkara yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat penting kerana akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Semasa mesyuarat diadakan, segala keputusan yang diambil akan dicatatkan oleh setiausaha, manakala perbincangan yang meleret-leret tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulis minit mesyuarat menjadi tugas setiausaha yang dilantik dan beliau juga bertanggungjawab untuk mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli. Draf minit mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah diserahkan untuk semakan Pengerusi dalam masa tiga hari. Minit mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibat selewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat. Mesyuarat dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan sahaja. Jemputan dbuat secara rasmi melalui surat panggilan mesyuarat. Mesyuarat yang diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyai tujuan tertentu, antaranya: Bertukar-tukar fikiran antara ahli Mendapatkan idea-idea baharu Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan mendapatkan persetujuan untuk bertindak atau melaksanakan sesuatu perkara. Dalam hal ini minit mesyuarat merupakan dokumen yang melaporkan perkara yang berlaku dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat, catatan keputusan perbincangan, dan tindakan susulan yang

51

perlu diambil oleh pihak tertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat. a. Jenis Minit Mesyuarat

Berdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikan kepada kepada beberapa jenis: Mesyuarat Jawatankuasa Pada kebiasaannya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat, idea dan membuat keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat ini dihadiri oleh individu yang menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut. Mesyuarat Agong Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan berlaku perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan jawatankuasa yang lama. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan kewangan yang telah dibelanjakan sepanjang tahun tersebut akan dibentangkan untuk makluman ahli. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua ahli yang berdaftar. Sesuatu mesyuarat agung dikira sah jika kehadiran ahli dua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar. Dalam mesyuarat agung, setiap ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk

bersuara,membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatu isu. Melalui mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telah ditetapkan dalam organisasi boleh dipinda dengan syarat mendapat persetujuan majoriti ahli. Mesyuarat Khas Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkan kata putus daripada ahli-ahli dalam satu-satu perkara tertentu sahaja. Mesyuarat Tergempar Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu perjara atau isu yang meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan diperoleh dalam masa yang terhad supaya masalah yang meruncing itu tidak merebak atau tersebar menjadi lebih teruk.

52

Mesyuarat Agung Luar Biasa Diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat ini biasanya diadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara. Mesyuarat ini dikira sah sekiranya kehadiran ahli ialah dua pertiga dan keputusan yang dibuat mendapat sokongan majoriti ahli. Mesyuarat ini dinamakan mesyuarat agung luar biasa kerana diadakan di luar tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu mesyuarat agung, dan hanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority bagi satu isu sahaja. b. Ciri Minit Mesyuarat Tulen: Ringkas dan padat. Tidak direka-reka. Bukan bentuk laporan. Kandungannya benar-benar rekod hasil perbincangan dan keputusan bersama ahli mesyuarat Lengkap: Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan. Boleh memahamkan seseorang yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut. Tepat Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti perkara yang di bincangkan dalam mesyuarat. Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang diperkatakan dan bukanlah pandangan pencatat. Sahih Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan maklumat-maklumat yang berkaitan. Boleh dirujuk semula kerana mempunyai catatan tarikh, bilangan, nama dan fakta-fakta lain.

53

Berstruktur Penulisan minit mesyuarat disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur. Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang

bernombor dan mengikut urutan.

Latihan 3

Anda telah dilantik sebagai setiausaha Panitia Bahasa Melayu di sekolah anda. Selaku setiausaha Panitia, anda telah diminta menyediakan minit mesyuarat bil 1/2013 kepada pihak pengurusan sekolah. Sediakan minit mesyuarat itu selengkapnya.
3.6.6 Kertas Kerja Kertas kerja ialah hasil tulisan untuk dibentangkan kepada khalayak. Khalayak terdiri daripada; Kumpulan kecil (jawatankuasa projek) Kumpulan besar (peserta seminar / persidangan)

Disediakan dengan terperinci untuk memberi maklumat dan penerangan @ atau mendapatkan kelulusan menjalankan sesebuah projek. Dua jenis kertas kerja; i. ii. Kertas kerja bagi pembentangan di seminar ii. Kertas kerja bagi projek / kajian

Ciri-ciri Umum Kertas Kerja a. Kertas Kerja Seminar Tajuk Nama Pembentang Nama Institusi Abstrak Pengenalan Sorotan Kajian Metodologi Analisis Data/Dapatan Kajian Perbincangan 54

b.

Bibliografi Lampiran Kertas Kerja Projek Tajuk Kertas Kerja Tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan matlamat / objektif program. Tujuan Nyatakan dengan jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada; - Kelulusan / Makluman / Perbincangan / Lain-lain. - Untuk siapa dikemukakan. Objektif Nyatakan objektif / matlamat yang ingin dicapai. - Dinyatakan mengikut keutamaan [maksimum 5]. Maklumat Projek - Tarikh / Hari - Masa - Tempat - Kerjasama / Bantuan mnna-mana pihak - Tema Penyertaan Nyatakan kumpulan sasar yang akan menyertai program ini sama ada pelajar pengajian tinggi, kakitangan, pelajar sekolah, masyarakat umum atau lain-lain. Jawatan Kuasa Pelaksana / Penganjur - Carta Organisasi - Struktur Organisasi [lengkap dengan nama penuh, No. Pelajar dan Jawatan] - Peranan dan Tugas Ahli Jawatan Kuasa Atur cara Program Nyatakan tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhir program termasuk acara perasmian dan penutup dengan memasukkan maklumat terperinci, butiran perasmi dan jawatan, penceramah, tajuk syarahan dan lainlain. Penceramah Senaraikan cadangan nama penceramah / pembentang / pengerusi beserta maklumat terperinci seperti alamat, pekerjaan, alamat majikan dan lain-lain. Sokongan Perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada Dekan / Pengetua / Penasihat / YDP MPP - mana yang berkenaan bagi tujuan komen / pandangan dan sokongan. Belanjawan/Implikasi Kewangan - Anggaran Pendapatan - Anggaran Perbelanjaan [Nyatakan dengan terperinci] Penutup Nyatakan harapan dan terima kasih atas pertimbangan untuk diluluskan / seumpamanya. Tulis nama, jawatan dan tandatangan Pengerusi / Pengarah Program. 55

Latihan 4

Komunikasi bertulis merakamkan pengetahuan dan aplikasi penggunaan bahasa yang berkesan melalui aktiviti Penulisan. Kriteria penulisan yang baik seperti pemilihan kata, laras bahasa, gaya persembahan , bentuk penyampaian dan format penulisan perlu diolah sebaik mungkin supaya teks tulisan kohesi dan koheren. Berdasarkan pernyataan di atas, hasilkan sebuah penulisan Kertas Kerja Projek untuk membina sebuah pondok bacaan di kawasan lapang di kampus anda. Penulisan Kertas Kerja anda mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut: a. Tajuk b. Rasional c. Objektif/matlamat d. Jangka masa diperlukan e. Andaian-andaian halangan yang mungkin semasa membuat kajian/projek f. Sumber kewangan-perbelanjaan yang diperlukan g. Penubuhan jawatankuasa h. Pelaksanaannya 3.6.7 Teks Ucapan Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap. Ucapan biasanya terdapat dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan, perpisahan, keraian, ulang tahun dan sebagainya. Oleh itu kandungan ucapan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis majlis itu. Ucapan menggambarkan seseorang yang bercakap tentang sesuatu perkara di hadapan khalayak. Ucapan merupakan pelahiran idea secara lisan di hadapan hadirin. Ucapan disampaikan dalam upacara tertentu seperti majlis rasmi atau peristiwa tertentu. Ucapan disampaikan berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis. Ucapan memerlukan kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan.

a.

Definisi Ucapan

Ucapan ialah kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai-bagai harapan dan perasaan kepada khalayak tertentu. Ucapan juga merupakan kegiatan 56

melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa terima kasih, tahniah, takziah, dan sebagainya. Ucapan juga dapat diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan, sama ada berbentuk nasihat, pernyataan atau pemberitahuan secara terbuka kepada khalayak.

b.

Jenis Ucapan Ucapan Rasmi Ucapan dalam majlis formal Dihadiri oleh tetamu khas atau orang-orang kenamaan Berbentuk komunikasi sehala Isi kandungan ucapan mestilah sesuai dengan konteks dan situasi majlis tersebut. Teks ucapan yang dirancang akan digunakan sepenuhnya tanpa mengubah isi yang ditetapkan Ucapan Tidak Rasmi Ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada sebarang prosedur Ucapan jenis ini menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas dan terus kepada maksud. Ucapan jenis ini kadang kala merupakan komunikasi dua hala, iaitu pendengar boleh menyampuk, bertanya atau membalas apa-apa yang diujarkan oleh pengucap.

Contoh : Ucapan tahniah Ucapan takziah Ucapan alu-aluan Ucapan perpisahan Ucapan perasmian

57

c.

Format Ucapan Umum Pendahuluan Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza daripada karangan jenis syarahan dan ceramah. Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing. Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi.

Isi Kandungan Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin. Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan. Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian seperti hadirin yang dihormati sekalian, saudara saudari yang dikasihi sekalian dan sebagainya. Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau peribahasa supaya ucapan itu menjadi lebih menarik. Penutup/ Kesimpulan Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat . Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan,kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin khususnya tokoh yang diraikan. Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata indah.

Latihan 5

Andaikan anda sebagai guru besar sekolah dan dkehendaki untuk menyampaikan ucapan sempena majlis persaraan salah seorang guru di sekolah anda. Sediakan sebuah teks ucapan yang lengkap yang akan disampaikan dalam majlis tersebut.
58

3.6.8 Teks Pengacaraan Majlis Setiap agensi sama ada kerajaan mahupun swasta sering terlibat dalam pelbagai bentuk penganjuran majlis lebih-lebih lagi institusi-institusi pendidikan termasuk sekolah tidak dapat lari daripada penganjuran pelbagai majlis sama ada bersifat rasmi atau sebaliknya. Antaranya majlis rasmi yang sering diadakan ialah Hari

Kecemerlangan Akademik, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Sambutan Hari Guru, Hari Kokurikulum, Temasya Sukan Tahunan dan juga Majlis Konvokesyen. Sementara itu terdapat juga penganjuran majlis-majlis tidak rasmi seperti Majlis Makan Malam, Malam Kebudayaan, Pementasan Teater dan juga Hari Keluarga.

Dalam hal ini setiap acara atau majlis memerlukan pengacara dan setiap pengacara perlu menyiapkan teks pengacaraan. Teks pengacara yang lengkap perlu ada untuk semua majlis terutama yang penuh istiadat rasmi. Teks pengacaraan penting bagi memastikan atur cara majlis berjalan dengan licin dan lancar. *Aspek pengacara dan pengendalian majlis juga dibincangkan dalam Tajuk 2 dan Tajuk 10.
pengacara tanpa teks

umpama si buta berjalan tanpa tongkat

59

Format Teks Pengacaraan Majlis Ditulis diatas separuh kertas atau kad A4. Setiap helaian hanya mengandungi satu pengumuman (ANN) isyarat (CUE). Perlu merujuk kepada buku atur cara atau atur cara majlis Pastikan kata sapaan dan teks pengacaraan perlu ditulis mengikut protokol. Pastikan tetamu khas yang hadir sebelum majlis bermula Memasukkan unsur kecindan : pantun, gurindam dan bahasa berima melambangkan budaya melayu. dan satu

Contoh Format Teks Pengacaraan Majlis CONTOH FORMAT TEKS PENGACARAAN MAJLIS Majlis : Tarikh : Tempat : CUE : Perarakan Masuk VIP ANN : Diumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Yang Berbahagia Dato Sri Abd Ghafar Bin Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Yang Berbahagia Datuk Dr. Haili Bin Dolhan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Yang Berbahagia Dr Muhamad Bin Abdul Rahman Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

Aktiviti 1 Layari internet dan cari pantun untuk pengacaraan majlis 60

Latihan 6

Anda telah dilantik sebagai pengacara majlis Anugerah Cemerlang di sekolah anda. Selaku pengacara majlis, anda dikehendaki menyediakan teks pengacaraan majlis itu dengan selengkapnya.
BIBLIOGRAFI Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Kuala Lumpur: Longman. Asmah Hj Omar (1997), Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

61

TAJUK 4

KESANTUNAN BERBAHASA

4.1

SINOPSIS

Tajuk 4 menjelaskan perihal kesantunan berbahasa dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu konsep dan kategori kesantunan berbahasa. Selain itu, aplikasi kesantunan berbahasa dalam lisan dan penulisan.

4.2

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat : 1. menjelaskan konsep dan kategori kesantunan berbahasa; 2. mengaitkan kesantunan berbahasa dalam lisan dan penulisan

4.3

KERANGKA TAJUK

KESANTUNAN BERBAHASA

KONSEP

BAHASA SAPAAN

BAHASA TUBUH

KESANTUNAN BERBAHASA DALAM LISAN

KESANTUNAN BERBAHASA PENULISAN

DALAM

62

4.4

Definisi dan Konsep

a)

Amat Juhari Moin (1972) : Kesantunan berbahasa bererti kesopanan dan

kehalusan dalam penggunaan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita. (b) Asmah Hj. Omar (1988) : Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak kegusaran,kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak

menimbulkan pendengar. c)

Kesantunan juga bermakna timbang rasa yang diberikan kepada pihak yang

mendengar apa-apa yang diperkatakan atau terhadap apa-apa yang ditulis.

Kesimpulan: Penggunaan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga air muka pendengar . Ini bererti bahawa pentakrifan makna kesantunan hanya berfokus kepada penjagaan muka peserta sewaktu berlangsungnya perbualan dengan menggunakan strategi berbahasa yang mampu mengekalkan keharmonian suasana perbualan.

63

Kesantunan terbahagi kepada bahasa sapaan dan bahasa tubuh

4.5

BAHASA SAPAAN

Dalam

komunikasi

seharian,

seseorang

itu

akan

menggunakan

perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain. Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, samaada disengajakan,ataupun tidak boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap.

Kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga Secara umum kata ganti diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti diri pertama (tunggal dan jamak), kata ganti diri kedua (tunggal dan jamak) dan kata ganti diri ketiga (tunggal dan jamak). Manakala sapaan dalam keluarga biasanya berbeza mengikut daerah.

Kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat Penggunaan kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat adalah berdasarkan pangkat atau status seseorang.

64

Protokol dan panggilan hormat Penggunaan bahasa sapaan ini merupakan tatasusila dan panggilan hormat yang melibatkan seseorang individu.

Kata sapaan juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai sistem sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu bersopan santun atau berbudi bahasa. BENTUK SAPAAN-PANGKAT/STATUS

4.6

Gelaran atau pergaulan tak sengaja (formal) Gelaran Warisan Gelaran Kurniaan Kerajaan Gelaran Kurnian Ikhtisas Gelaran Keagamaan

Gelaran atau pergaulan tak sengaja (formal)

Kata Ganti Orang yang ditujukan Diri/Sapaan Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur (dari segi status pekerjaan) Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi Majlis Tuan Digunakan bersama-sama nama/jenis jawatan. Misalnya : Pengetua Orang menjawat jawatan kadi, imam, doktor. Misalnya : Tuan Hakim Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi. Misalnya : Tuan-tuan sekalian Pemilik harta. MIsalnya : tuan rumah, tuan tanah, tuan kedai Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor. Misalnya : Tuan Haji Abdul Karim

65

Encik

Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih mempunyai penutur Orang perempuan yang sudah berkahwin Orang perempuan yang memegang jawatan. Misalnya : Puan Pengetua Rujukan kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmi. Misalnya : Puan-puan sekalian.

Puan

Cik

Orang perempuan yang belum berkahwin Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur Orang yang baru dikenali Kakitangan bawahan atau yang setaraf dengan penutur Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis Digunakan dalam mesyuarat/perdebatan

Saudara (lelaki) Saudari (perempuan)

Gelaran Warisan

Gelaran

Bahasa Sapaan

Tengku, Raja Engku Megat Syed Wan Nik Abang (Sarawak) Aabang (Brunei) Dayangku (Brunei)

Tengku/Engkau Engkau Megat Syed Wan Nik Abang Awang Dayangku

66

Gelaran Kurniaan Kerajaan

Gelaran

Bahasa Sapaan

Tun Toh Puan Tan Sri Puan Sri Datin Paduka

Gelaran ini tidak perlu diberikan rujukan Tuan, Puan, Encik atau Cik kecuali mereka yang mempunyai gelaran lain seperti Doktor, Tengku atau Haji. Misalnya, Tun Dr. Ismail, Tan Sri Tengku Ahmad

Gelaran Kurniaan Ikhtisas

Gelaran

Bahasa Sapaan

Profesor Doktor Cikgu Ustaz

Bentuk anggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka. Misalnya seorang guru agama dipanggil ustaz Kata sapaan tuan/puan boleh diletakkan sebelum gelaran profesor dan doktor. Misalnya Tuan Doktor atau Puan Profesor

Gelaran Keagamaan

Gelaran

Bahasa Sapaan

Haji Hajah Imam Lebai

Tuan Haji/Pak Haji Osman Puan Hajah/Mak Hajah Aishah Tuan Imam Pak Lebai

67

Penggunaan Kata Ganti Diri dalam Bahasa Diraja

Diri Diri 1

Kata Ganti Diri Beta Patik

Pengguna Raja Rakyat dan keluarga diraja Raja dan keluarga diraja Raja dan keluarga diraja Rakyat dan keluarga diraja Rakyat dan keluarga diraja Rakyat dan keluarga diraja

Orang yang dilawan bercakap Rakyat Raja Raja Raja

Orang yang diperkatakan

Diri 2 Diri 3

Tuanku Patik

Raja dan keluarga diraja Raja

Tuanku

Sesiapa sahaja

Baginda

Sesiapa sahaja

Raja

Duli Tuanku

Sesiapa sahaja

Raja

4.7

BAHASA TUBUH

Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan. Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang individu. Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas.

Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui sama apa-apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif. (a) Gerakan Anggota Badan Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu. Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan. Biasanya, pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang. 68

(b) Gerakan Mata Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan. Misalnya : Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat Mata dan dahi berkerut menunjukkan minat tetapi tidak percaya Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu atau ridak tenteram perasaannya

(c) Gerakan Tangan Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang kebudayaan. Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku. Misalnya : Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksud Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam atau tolong senyap Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu. Mimik Muka

(d)

Riak muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang. Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Misalnya : Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita akan memudahkan kita mengetahui banyak maksud yang tersurat dan tersirat Mengetahui keperibadian seseorang Mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya Menentukan jalinan komunikasi yang dilalui. Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra, tunjukkanlah air muka yang jernih. 69

BIBLIOGRAFI

A. Aziz Deraman 1974. Masyarakat dan kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur : Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd. Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1995). Bahasa Melayu komunikasi berkesan dan pengucapan umum, Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat (1997). Bahasa Melayu komunikasi 2 : Komunikasi retorika. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd. Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Bahasa Melayu komunikasi, Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd. Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (2005). Siri Pendidikan Tinggi : Bahasa Kebangsaan, Tanjong Malim : Penerbitan UPSI Amat Juhari Moain (1989). Sistem panggilan dalam bahasa Melayu : Suatu analisis sosiolinguistik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Abdullah Hassan, Aripin Said dan Ainon Mohd. (2007). Pantun dan gurindam untuk majlis rasmi dan perkahwinan, Batu Caves : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar (2007). Kesantunan bahasa dalam pengurusan pentadbiran dan media, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kamaruddin Haji Husin. (1996). Laras bahasa. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ruminah Hj. Sabran (1993). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia untuk Pelatih Maktab Perguruan, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

70

TAJUK 5

GAYA BAHASA DALAM KOMUNIKASI

5.1

Sinopsis

Tajuk 5 menjelaskan aspek konsep dan definisi gaya bahasa dalam komunikasi. Di samping itu, tajuk ini turut mengupas kepentingan gaya bahasa dalam komunikasi serta jenis-jenis gaya bahasa. 5.2 Hasil Pembelajaran

Setelah mengikuti topik ini para pelajar seharusnya dapat menjelaskan definisi dan konsep gaya bahasa dalam komunikasi. Menghuraiakan kepentingan gaya bahasa dalam komunikasi serta mengenal pasti jenis-jenis gaya bahasa dalam komunkasi.

5.3

Kerangka Tajuk

Gaya Bahasa dalam Komunikasi

Definisi Konsep

dan

Kepentingan Gaya Bahasa

Jenis-jenis Gaya Bahasa

5.4

Pendahuluan

Setiap pengkarya akan cuba sedaya upaya mencari satu gaya bahasa yang terbaik sebagai kaedah untuk menarik minat khalayak di samping menghasilkan karya yang 71

benar-benar bermutu. Oleh itu, apabila kita membaca sesuatu karya, akan ditemukan gaya bahasa tertentu dan kadang-kala mampu menjadi identiti bagi sesetengah pengkarya. Kemahiran menggunakan gaya bahasa ini merupakan kekuatan bagi setiap karya yang dihasilkan. Sekiranya pengkarya tidak bijak menggunakan gaya bahasa tertentu dalam karyanya, karya yang terhasil akan menjadi tawar dan hambar bagaikan gulai tanpa garam. Gaya bahasa boleh dianalogikan sebagai

perencah, bahan perasa atau ramuan untuk menambahkan keenakan sesuatu masakan. Gaya bahasa merangkumi perkataan, ikatan ayat, jalan bahasa iaitu corak susunan ataupun bentuk bahasanya. 5.5 Definisi dan Konsep Gaya Bahasa

Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui karya mereka. Beberapa definisi telah dikemukakan oleh ahli bahasa.

Nik Safiah Karim (1988)

Cara seseorang itu mengungkapkan bahasa sama ada semasa bertutur atau menulis. Rupa susuk ayat yang digunakan apabila bercakap atau mengarang iaitu perkataan, ikatan ayat, jalan bahasa, cara susunan atau bentuk perbahasannya

Zaba (1965)

Leech dan Short (1981)

gaya bahasa ialah cara menggunakan bahasa dalam konteks tertentu, oleh orang tertentu, untuk tujuan tertentu

Kris Mas (1988)

Cara atau ragam bahasa yang digunakan khususnya dalam tulisan dan karangan.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009)

Pemilihan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang bagi menyampaikan ceritanya.

72

Gaya bahasa ialah cara pengarang menuliskan dan mempersembahkan ceritanya. Gaya bahasa juga melibatkan tanda baca, rima, tona, pengulangan, tekanan dan sebagainya.

Gaya bahasa yang digunakan oleh penutur atau pengkarya akan memperlihatkan peribadi atau identiti pengkarya. Menurut Othman Puteh (1993), menjelaskan

bahawa setiap pengarang mempunyai cara yang tersendiri untuk mengekspresikan atau menyatakan sesuatu cerita.

Kesimpulannya, gaya bahasa boleh didefiniskan sebagai cara bahasa diungkapkan oleh seseorang untuk menyampaikan sesuatu dalam komunikasi sama ada secara lisan atau secara tulisan. 5.6 Kepentingan Gaya Bahasa dalam Komunikasi

Gaya bahasa yang digunakan oleh pengkarya atau penutur memainkan peranan penting dalam membentuk kepribadian masyarakat Malaysia khususnya golongan remaja menerusi gaya bahasa yang menerapkan nilai-nilai murni dalam karya mereka. Penggunaan gaya bahasa yang sesuai berupaya mendidik golongan

khalayak atau pembaca menghayati mesej yang hendak disampaikan menerusi medium atau saluran komunikasi yang dipilih oleh pengkarya. penggunaan simile dalam karya mampu Misalnya,

menerapkan unsur-unsur kebaikan

misalnya rajin seperti semut, seperti aur dengan tebing.

Penggunaan gaya bahasa yang sesuai akan memudahkan khalayak atau penerima memahami mesej atau makna yang hendak disampaikan oleh penyampai atau pengkarya. Selain itu, penggunaan bahasa yang baik, tepat dan menarik akan

berupaya mencuri perhatian khalayak. 5.7 Jenis-jenis dan Bentuk Gaya Bahasa

Gaya bahasa dapat dilihat dari segi bentuk penyampainya sama ada lisan atau tulisan. Setiap jenis tersebut bergantung pula bergantung kepada situasi komunikasi 73

sama ada dalam bentuk gaya bahasa formal atau gaya bahasa tidak formal. Bentuk gaya bahasa sama ada rasmi atau tidak rasmi boleh disampaikan melalui tulisan dan lisan bagi menyampaikan mesej kepada penerima. Namun demikian, gaya bahasa rasmi lebih lazim wujud dalam bentuk tulisan sedangkan bentuk tidak rasmi lebih lazim dalam bentuk lisan.

Dalam bahasa Melayu, gaya bahasa dibahagikan kepada dua jenis

iaitu gaya

bahasa lisan dan gaya bahasa tulisan. Setiap jenis tersebut terbahagi pula kepada dua bentuk iaitu bentuk bahasa formal dan bentuk bahasa tidak formal.
Gaya Bahasa Formal Gaya Bahasa Lisan/ Gaya Cakap Mulut Jenis Gaya Bahasa Gaya Bahasa Tidak Formal Gaya Bahasa Formal Bahasa Tulisan Gaya Bahasa Tidak Formal

5.8

Gaya Bahasa Lisan

Jenis gaya bahasa lisan digunakan untuk bercakap. Za ba (1965) membahagikan gaya lisan itu kepada gaya mulut, gaya yang digunakan oleh orang Melayu apabila bercakap dengan orang melayu dan bahasa pasar, apabila orang Melayu bercakap dengan orang yang bukan Melayu seperti India, dan Cina.

Ciri-ciri utama cakap mulut ialah susunan ayatnya mudah, ayat-ayat ringkas, perkataan terpotong-potong dan kadang-kadang perkataan yang digunakan tidak terdapat dalam gaya bahasa tulisan.

74

Gaya bahasa lisan sering menggunakan perkataan yang pendek seperti tak (tidak), dah (sudah) tu (itu), pak (bapak) mak (emak), dik (adik) dan sebagainya. Dalam gaya bahasa lisan lahirnya bahasa pasar atau dikatakan sebagai gaya bahasa kacukan. Gaya bahasa ini kebiasaannya digunakan oleh orang bukan Melayu

(kadang-kadang orang Melayu apabila berkomunikasi dengan bukan penutur asli bahasa Melayu). Maka lahirlah bahasa kacukan Melayu-Cina, Melayu-Baba, MelayuJawa dan banyak lagi. Antara perkataan yang digunakan adalah seperti boleh bikin, kasi tahu, banyak mahal, saya punya adik dan bermacam-macam lagi.

Contoh : Gaya cakap mulut Adik! Mama tak suka macam tu....... tak baik lokek Ma, kata cikgu Angah kan, orang lokek Tuhan tak suka.

Contoh: Bahasa pasar Dulu bulan encik belum kasi,ini bulan juga belum.Sekarang bulan madu habis, apa macam?

5.9

Gaya Bahasa Tulisan

Cara bahasa yang digunakan dalam karangan dan penulisan. Nik Safiah Karim (1988), gaya tulisan memperlihatkan ciri-ciri kesempurnaan yang mementingkan unsur-unsur morfologi dan sintaksis. Contoh gaya tulisan digunakan dalam rencana, kajian ilmiah, berita dan sebagainya.

75

5.10

Gaya Bahasa Formal

Gaya bahasa formal digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan ucapan. Sebagai contoh, gaya rasmi. Contoh: bahasa formal digunakan dalam teks-teks ucapan majlis

Hadirin sekalian, Seminar dan Pameran Literasi yang berlangsung pada hari ini memerlukan komitmen dan kesugguhan guru-guru pelatih untuk merealisaskannya. Program ini bukan sekadar memenuhi keperluan kursus tetapi lebih daripada itu turut memberi pengalaman yang amat berguna kepada anda semua menerusi penglibatan secara langsung dan tidak langsung dalam mengendalikan sesuatu program. Perkongsian ilmu menerusi seminar dan ceramah sejak pagi tadi mampu memberi input yang berguna dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran pemulihan, prasekolah dan LINUS. (Petikan Ucapan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Pendidikan Teknik, Sempena Perhimpunan Bulanan Feb, 2013)

5.11

Gaya Bahasa Tidak Formal

Gaya bahasa tidak formal digunakan dalam situasi tidak formal. Dalam konteks tidak rasmi, proses pengguguran berlaku dalam ayat-ayat yang diucapkan, sama ada pengguguran subjek, predikat, atau objek. Bahasa yang digunakan adalah bahasa basahan. 1. Dekat kampong kamu ada pantai tak? 2. Cikgu, kitaorang tak berapa faham la.

76

Latihan 1

Bincangkan kepentingan gaya bahasa dalam komunikasi lisan dengan merujuk penggunaannya di dalam kelas,

Membuat catatan

Buat nota definisi dan konsep gaya bahasa mengikut pandangan tokoh-tokoh bahasa.

Bibliografi

Harimurti Kridalaksana. 1984. Kamus linguistik. 2nd ed. Jakarta: Gramedia. Khairuddin Mohamad, Maridah Aliad dan Faiziah Hj Shamsudin. 2012 . Bahasa Melayu Komunikatif. Selangor: Penerbitan Multimedia Khairuddin Mohamad (Editor). 2012. Bahasa Melayu Kontekstual. 2012: Oxford Fajar Sdn. Bhd Leech danShort 1981. Style in Fiction: A Linguistic Introduction to English Fictional Prose. London: Longmans. Nik Safiah Karim. (1988). Sosiolinguistik bahasa Melayu dan pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Siti Hajar Abdul Aziz. Bahasa Melayu II. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar, 2009. Zaba (1965). Pelita bahasa Melayu Penggal 1 Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

77

TAJUK 6

LARAS BAHASA

6.1

SINOPSIS

Tajuk 6 membincangkan definisi, konsep dan ciri-ciri laras bahasa. Selain itu, topic ini turut mengenal pasti jenis-jenis laras bahasa yang digunakan dalam komunikasi.

6.2

HASIL PEMBELAJARAN

Menggunakan laras bahasa yang betul mengikut bidang semasa berkomunikasi.

6.3

KERANGKA TAJUK

Laras Bahasa

Definisi dan Konsep

Ciri-ciri Laras Bahasa

Jenis-jenis Laras Bahasa

6.4 Laras

Konsep dan Ciri Laras Bahasa bahasa menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut Laras

penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa.

bahasa ialah satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi, konteks, menentukan makna dan pengertian yang tertentu. Laras bahasa dapat menggambarkan 78 mengkhusus kepada bidang

ragam penggunaan bahasa yang

pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan. Jenis-jenis laras bahasa ialah laras bahasa agama, sains, matematik, seni, pendidikan jasmani, kemahiran hidup dan sastera. Laras bahasa mempunyai retorik yang tersendiri, sama ada pujukan, penyataan, perintah dan sebagainya. 6.5 Laras Bahasa dan Ciri-ciri

Menurut Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasisituasi yang berlainan. Halliday (1978) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau, laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi. Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan oleh sama ada lisan atau tulisan. Jenis-jenis laras yang wajib dikuasai oleh pelajar dalam tajuk ini ialah: Laras Bahasa Biasa Laras bahasa biasa adalah laras yang tidak melibatkan bidang tertentu. Antara

cirinya termasuklah penggunaan kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami iaitu tiada istilah teknikal dan kurang kata pinjaman. Struktur ayatnya mudah, ringkas dan padat. Laras bahasa biasa terbahagi kepada dua iaitu:

Laras bahasa biasa formal Laras bahasa biasa tidak formal

Laras Bahasa Perniagaan Bahasa perniagaan digunakan untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan. Laras bahasa ini berbentuk pemberitahuan dan mementingkan ketepatan fakta dengan menyampaikan maklumat yang ringkas tetapi terperinci. Ayat-ayat yang digunakan ringkas dan pendek serta menggunakan banyak kata adjektif. Bahasa 79

yang kreatif dan imaginatif yang disampaikan menerusi penggunaan retorik pujukan bertujuan untuk memujuk atau mempengaruhi pengguna agar menggunakan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Laras ini mempunyai kaitan dengan laras bahasa iklan yang bersifat memujuk dan mempengaruhi pengguna. Laras jenis ini digunakan untuk mengiklan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik. kurang kegramatisannya. Ayat yang digunakan pendek dan sering kali

Laras bahasa ini digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya. Berikut beberapa contoh laras bahasa perniagaan: (a) slogan: Kami Ada Cara (b) Beli 2 percuma satu (b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa (c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y (D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap (e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu (f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan. (g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama (h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai (i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z. Laras Bahasa Akademik Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan. Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan. Bersifat intelektual,

saintifik, formal, dan objektif. Maklumat yang diberi berdasarkan kajian dan fakta. Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal. Penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris. Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif.

80

Bahasa yang digunakan bersifat teknikal. Dalam penulisan ilmiah (misalnya penulisan tesis) penulis perlu mengikut format tertentu seperti perlu ada catatan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab. Laras Bahasa Undang-Undang Teks berkaitan dengan perundangan yang mengandungi prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen). Antara ciri-ciri laras bahasa undang-undang ialah:

Penggunaann istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris Makna kosa kata berdasarkan interpretasi Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi mampu memberi gambaran sebenar dan kejelasan ditekankan Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat Tiada graf atau gambar Binaan ayat yang panjang Mempunyai istilah khusus seperti plaintif, defendan, a rgumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.

Laras bahasa media Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah. Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar. Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:

bahasa yang digunakan mudah. gaya tulisan yang jelas dan isi tulisan mestilah tepat.

81

Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai. Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan. Laras Bahasa Sastera Laras bahasa sastera terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulisan. Laras ini bersifat imaginatif dan figuratif (kiasan). Mementingkan

pemilihan diksi yang berkesan, istilah-istilah yang khusus yang berkaitan dengan sastera. Laras ini memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis. Beberapa ciri bahasa sastera:

kreatif dan imaginatif: kabur mesej mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya. bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan,

menggunakan

peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa. Laras Agama Laras agama mempunyai unsur bahasa klasik terutama pada kosa katanya. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama. Laras ini juga mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat.

Latihan 1

1.

Huraikan ciri-ciri penulisan laras bahasa perniagaan. Sertakan beberapa contoh iklan perniagaan yang menggunakan laras bahasa perniagaan yang menarik.

82

Perbincangan

Perbincangan kumpulan. Bincangkan jenis-jenis laras bahasa dan senaraikan 10 contoh istilah yang digunakan dalam laras yang berikut: a) laras bahasa akademik b) laras bahasa perniagaan c) laras bahasa media massa d) laras bahasa sastera e) laras bahasa undang-undang

Bibliografi

Asmah Haji Omar. 1984. Bahasa iklan perniagaan : satu kajian bahasa retorik ;Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka ______________. (1987). Bahasa Malaysia Saintifik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur Haliiday, M.A.K. 1978. Language as a Social Semiotic: The Sosial Interpretation of Language and Meaning. University Park Press: Baltimore Halliday, M. A.K. & Hasan, R. (1989). Language, Context and Text: Aspects of Language In A Social-Semiotic Perspective. Oxford University Press: Oxford Kamaruddin Haji Husin. (1995). Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd . Khairuddin Mohamad, Maridah Aliad dan Faiziah Hj Shamsudin. 2012. Bahasa Melayu Komunikatif. Selangor: Penerbitan Multimedia Khairuddin Mohamad (Editor). 2012. Bahasa Melayu Kontekstual. Oxford Fajar Sdn. Bhd Ure, J. dan Ellis, J. 1977. Register in Descriptive and Linguistics Socioiogy, dim. 0. Uribe Villages (ed.) Issues in Sociolinguistics. Mouton

83

TAJUK 7

RAGAM BAHASA

7.1

SINOPSIS

Tajuk 7 dalam modul ini membincangkan 15 jenis ragam bahasa dan contoh-contoh dalam bentuk ayat dan dialog. 7.2 Pada HASIL PEMBELAJARAN akhir pembelajaran tajuk ragam bahasa pelajar seharusnya dapat

menghuraikan dan memberi contoh-contoh ayat ataupun dalam bentuk dialog. 7.3 KERANGKA TAJUK

Ragam Bahasa

Definisi dan Konsep

Jenis-jenis Ragam bahasa

Kepentingan Ragam Bahasa

7.4

Pengenalan

Bahasa merupakan lambang-lambang bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia, bersistem atau mempunyai susunan tertentu. Turut mempunyai bentukbentuk tertentu, bertugas untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu yang mengandungi makna untuk difahami oleh orang lain bagi mewujudkan interaksi sesama manusia. Dengan perkataan lain, bahasa ialah peristiwa komunikasi yang menjadi medium penting dalam sesuatu komuniti. Peristiwa komunikasi ini tidaklah

84

tetap malah memperlihatkan keragaman bahasa. Oleh itu, penggunaan bahasa juga dikaitkan dengan ragam bahasa. 7.5 Definisi Konsep Ragam Bahasa

Konsep ragam ialah jenis, aneka atau macam. Oleh itu ragam bahasa menurut Zaba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu (2002:211), mendefinisikan jenis bahasa yang khas yang merupakan bahasa dalam karangan atau percakapan kerana menguatkan tujuan kata dan mempertajamkan hasilnya kepada faham pendengar dan pembaca. Dengan kata lain, ragam bahasa ini dapat dikatakan

sebagai bahasa tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud tertentu dan lain daripada peribahasa dan bahasa kiasan. 7.6 Klasifikasi Ragam Bahasa

Tidak ada bahasa manusia yang tetap, seragam mahupun tidak berubah-ubah. Semua bahasa manusia menunjukkan kelainan dalaman dan dinamik. Penggunaan sebenar berbeza antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dan antara satu penutur dengan penutur yang lain dari segi sebutan sesuatu bahasa, pilihan kata, dan makna kata-kata tersebut, malah dari segi pemilihan penggunaan ayat

khususnya dalam menyampaikan sesuatu hasrat atau mesej atau untuk menyatakan tujuan-tujuan tertentu. Pendek kata, wujud pelbagai keragaman dalam berbahasa. Buku Ilmu Mengarang Melayu karya Pendita Zaba yang diterbitkan pada tahun (1965) dan dalam edisi ejaan rumi baharu (2002) menitipkan bahawa terdapat sejumlah lima belas ragam bahasa, iaitu Bahasa Sindiran, Bahasa Menggiat, Bahasa Mengejek, Bahasa Terbalik, Bahasa Merajuk, Bahasa Tempelak, Bahasa Herdik, Bahasa Melampau, Bahasa Merendah, Bahasa Naik, Bahasa Seruan atau Mengeluh, Bahasa Berulang, Bahasa Bertimbal, Bahasa Bukan, dan Bahasa Jenaka Berikut dihuraikan tentang klasifikasi ragam bahasa yang dinyatakan seperti mana dikemukakan oleh Zaba secara terperinci. Perincian juga diberikan bersama-sama contoh-contoh yang berkaitan.

85

7.6.1 Ragam Bahasa Sindiran Bahasa sindiran ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Hanya disampaikan secara sinis Penggunaannya

dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain.

tidak dinyatakan atau disebutkan secara terus-terang atau ditujukan tepat terhadap seseorang. Misalnya: Buah langsat kuning mencelah, Keduduk tidak berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.

Penggunaan bahasa dalam pantun di atas bertujuan menyindir seorang yang tiada endah lagi akan sahabatnya kerana sudah ada teman baharu.

Berdasarkan contoh di atas orang yang menyindir kadang-kadang tidak dinyatakan bahasanya secara terus kepada orang tersebut secara langsung tetapi mengarah sindirannya kepada orang yang lain. 7.5.2 Ragam Bahasa Menggiat Ragam bahasa jenis ini biasanya ditujukan tidak tepat kepada seseorang. Nadanya seakan-akan juga sindiran. Namun begitu, tujuannya agak berbeza, iaitu untuk

mengusik, bergurau-senda atau kadang-kala bersungguh-sungguh betul, jika benarnya orang yang terkena atau dimaksudkan menjadi malu. Sebagai contoh Eh! Baik sungguh kau hari ini Rozi membuat penilaian. Hm! Aku taulah. Kau seronok sebab Fatimah tu terpikat pada kaukan? Seperti kata-kata Rozi ini kepada Syah, nadanya adalah menggiat kawannya itu bertujuan bergurau-senda. Namun begitu, seolah-olah juga menyindir kawannya yang cuba berbuat baik dengan majikannya itu untuk kepentingan diri sendiri.

86

Jika diteliti sehalus-halusnya, memang benar ragam jenis ini, iaitu ragam bahasa menggiat, ada kalanya berupa sindiran secara sinis. Walaupun maksud sebenarnya mengusik atau bersenda-senda tetapi kemungkinan orang yang dimaksudkan itu mungkin terasa hati seperti kata pepatah siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. 7.6.3 Ragam Bahasa Mengejek Ragam bahasa jenis ini pula bahasa yang mengata atau ditujukan tepat kepada seseorang atau kumpulan. Perkataan yang tepat dengan gaya yang mengajukkan keburukan mereka itu. Raga mini juga menggunakan perkataan-perkataan yang

mempermain-mainkan seseorang itu dengan hasrat menjelaskan kebodohan atau jika ada orang lain yang mendengarnya akan mentertawakan seseorang yang dimaksudkan itu.

Contohnya: Hm! Kau ni takut yang bukan-bukan, Razali. Kalau macam tu tak merasalah kau bercinta di sini. Kau nak tunggu biar keluar U nanti? Kau nak tunggu rambut kau dah beruban? Itulah contoh ragam bahasa mengejek yang dinyatakan oleh Shamsul. Beliau

mengujarkannya kepada kawan sebiliknya Razali yang masih bujang dan tiada berteman itu. Sedangkan dia seorang yang telah berkahwin dan punya anak tetapi diminati oleh Fatin.

Ragam bahasa ini juga jelas dilihat dengan kata-kata Encik Faizal terhadap isterinya Puan Fauziana. Beliau seolah-olah memulangkan paku buah keras kepada isterinya yang menjadi penyebab anaknya putus tunang dan hinggakan anaknya kembali semula kepada kekasih lamanya serta terlanjur akhirnya. tersirat dalam dialog Itulah kau! Dulu budak ni bertunang elok-elok dengan Cikgu Hamdan tu, minta diputuskan. Menuduh cikgu tu bukan-bukan pula. Sekarang ni ha, apa yang dah jadi? 87 Maksud sedemikian

Dalam ayat tersebut ternyata Encik Jalal mengejek isterinya yang disebabkan kebodohan sendiri, berlaku perkara yang memalukan mereka sekeluarga. 7.6.4 Bahasa Terbalik Ragam bahasa jenis ini menggunakan bahasa berlawanan daripada yang hendak dimaksudkan. Namun demikian, orang yang mendengar atau yang diajak bertutur akan faham maksud yang sebenar. Contohnya kata-kata Basir, Dia tu dah tua, kau tahu? Anak dara terlajak. Sebab itu dia nak cari orang berumur macam aku ni. Betul tak? Namun kenyataan Basir ini difahami Mohd akan maksud sebenarnya. 7.6.5 Bahasa Merajuk Bagi ragam jenis ini memperlihatkan tentang kekecewaan yang dialami seseorang. Biasanya ragam ini adalah bahasa yang digunakan oleh orang yang sedang kecewa atau berkecil hati kerana sebab-sebab tertentu. Macam muka aku ni siapa yang hendak, Din , selar Khairul sambil bangun manghadap cermin yang tergantung di dinding kamar mereka, muka macam buah kelapa tua, sambungnya sambil ketawa, merendah diri. 7.6.6 Bahasa Tempelak Sebagai contoh kau sengaja ambil kesempatan berhubungan dengan saya. Tak begitu? soal Jaliza. Inilah salah satu contoh ragam bahasa tempelak. Kata

tempelak yang ditujukan tepat oleh Jaliza kepada Edyanto. Ayat yang diujarkan memperlihatkan perasaan marah Jaliza terhadap Edyanto yang mengambil kesempatan atas perhubungan mereka berdua dengan memburuk-burukkan kesetiaan dan pengorbanan isterinya.

88

7.6.7 Bahasa Herdik Bahasa ini bunyinya seakan-akan bahasa tempelak tetapi nadanya agak keras. Contohnya kemarahan Encik Zaki terhadap perbuatan anaknya yang telah memberi malu mereka sekeluarga. Kata-kata Encik Zaki, Habis! Muka kita ni nak sorok di mana ha?! Sergah Encik Zaki pula sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah isterinya.

7.6.8 Bahasa Naik Bagi menyatakan sesuatu maksud, digunakan bahasa yang menyebutkan sesuatu daripada perkara yang paling rendah, kemudian beransur-ansur selangkah demi selangkah naik ke atas hingga ke puncaknya. Sebagai contoh diceritakan bagi

menggambarkan persediaan dan suasana perkahwinan Nora dengan Cikgu Halil. Tanpa persoalan panjang, tanpa persediaan hebat dan tanpa kenduri yang meriah, tiga bulan kemudian perkahwinan mereka dilangsungkan.

Mengumpul Maklumat

Kumpul maklumat berkaitan ragam bahasa turun dan ragam bahasa nafi. Senaraikan contoh-contoh yang sesuai. 7.7 Kepentingan Ragam Bahasa Dengan bahasalah manusia

Bahasa adalah milik manusia yang paling penting.

dapat berhubung antara satu sama lain bagi menyampaikan sesuatu maksud, perasaan, pandangan, dan lain-lain lagi. Ternyata bahasa yang beragam-ragam ini pula mempunyai kepentingan yang sangat tinggi dalam kehidupan manusia seharian. Apalagi hidup dalam masyarakat yang bersifat homogeni dengan sikap dan perangai yang berbeza-beza. Oleh itu, menjadi kewajipan serta tanggungjawab

individu dalam masyarakat menangani segala permasalahan bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni. Antara kepentingan ragam bahasa ialah : 89

i.

Menyedarkan individu atau seseorang daripada bersikap negatif seperti ragam bahasa herdik atau menggiat ditujukan untuk yang pemalas,

ii.

Mengeratkan kemesraan seperti ragam bahasa jenaka akan menimbulkan kemesraan di samping sesuatu tujuan sebenar dinyatakan secara bersahaja tanpa menimbulkan kemarahan atau kecil hati di pihak yang terkena.

iii.

Menjaga air muka atau maruah orang lain walaupun berbahasa dalam keadaan yang marah. Namun begitu, maksud sebenar akan difahami,

contohnya ragam bahasa menyindir. iv. Mewujudkan masyarakat yang bekerjasama, prihatin, bantu-membantu, tolong -menolong, ibarat pepatah yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul.

Demikian antara kepentingan ragam bahasa yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. 7.8 Kesimpulan

Ragam bahasa digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian. Sebagai manusia yang hidup dalam satu komuniti, saling berinteraksi, berhubungan, dan berkomunikasi, memang akan timbullah bahasa yang beragam-ragam. Walau

bagaimanapun, telah jelas keragaman ini mewujudkan kelompok masyarakat yang saling mengambil berat antara satu lain, terutamanya dari aspek kesantunan berbahasa.

Latihan 1

1.

Apakah jenis ragam bahasa di bawah?.


1.1 Rendah gunung tinggi harapan saya. 1.2 cantik moleh carilah jodoh; saya yang buruk biar terbuang. 1.3 Biar habis, asal bergaya; bukan harta kita, harta pusaka.

90

Latihan 2 Apakah maksud bahasa sindiran, bahasa naik, bahasa terbalik dan bahasa mengejek?. Berikan contoh dalam bentuk ayat atau dialog.

Bibliografi

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat (1997). Bahasa Melayu komunikasi 2 : Komunikasi Retorika. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd. Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Bahasa Melayu komunikasi, Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd. Khairuddin Mohamad, Maridah Aliad dan Faiziah Hj Shamsudin. 2012. Bahasa Melayu Komunikatif. Selangor: Penerbitan Multimedia Khairuddin Mohamad (Editor). 2012. Bahasa Melayu Kontekstual. Oxford Fajar Sdn. Bhd Za`ba. 2002. Ilmu Mengarang Melayu Edisis Ejaan Rumi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

91

TAJUK 8

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

8.1

SINOPSIS Tajuk 8 menjelaskan analisis kesalahan umum tatabahasa yang merangkumi aspek morfologi, frasa, klausa dan ayat. Turut dijelaskan aktiviti perbincangan dan latihan tatabahasa.

8.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pemelajaran pelajar dapat mengenal pasti kesalahan kata, frasa, klausa dan ayat dalam komunikasi lisan atau bertulis.

8.3

KERANGKA TAJUK

Kesalahan Umum Tatabahasa

Kesalahan Kata

Kesalahan Frasa

Kesalahan Klausa

Kesalahan Ayat

8.4

Definisi /Konsep

Coder (1981) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk peraturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Hal ini merangkumi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan istilah atau perkataan yang kurang tepat. 92

8.5

Kesalahan Kata

Kesalahan ini merujuk kepada kesilapan memahami konsep yang didukung oleh sesuatu perkataan. Situasi ini berlaku kerana, terdapat banyak perkataan yang membawa maksud yang hampir sama serta gagal memilih perkataan yang sesuai mengikut konteks.

Kesalahan kata melibatkan penggunaan kata yang tidak tepat untuk menyatakan sesuatu perkara. Contoh perbuatan memotong boleh diistilahkan dengan perkataan lain seperti membelah, menghiris, mengupas, mencantas dan mencencang mengikut kesesuaian konteks ayat. Sesuaikah emak membelah kain dan memotong bawang sedangkan istilah yang tepat dalam konteks ayat ialah emak mengunting kain dan menghiris bawang.

Yang berikut ialah beberapa ayat contoh yang mengandungi kesalahan kata dan kesalahan bahasa. Jika selalu melancung ke luar negara, kita hanya menggalakkan ke luar negara pengaliran wang kita. Kesalahan kata Kesalahan bahasa Salah Melancung betul melancong salah Ke luar negara pengaliran wang kita betul pengaliran wang kita ke luar negara

Pemaju perumahan itu masih tidak mengindahkan teguran yang dibuat oleh pembeli, sedangkan mereka telah berjanji untuk mengatasi masalah itu sejak dari tahun lepas lagi. Kesalahan kata Kesalahan bahasa Salah mengindahkan betul mengendahkan salah sejak dari betul sejak

Adik suka menculik makanan yang telah ibu hidangkan dengan menggunakan tangan, lalu menjilatnya. Kesalahan kata Kesalahan bahasa

93

Salah Menculik

betul mencolek

salah Ibu hidangkan

betul dihidangkan oleh ibu

Mana-mana individu atau syarikat yang tidak mengembalikan borang tafsiran pendapatan cukai dalam masa yang ditetapkan akan dikenakan denda berganda Kesalahan kata Kesalahan bahasa Salah Tafsiran betul taksiran salah betul

pendapatan cukai cukai pendapatan

Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat membeli belah itu di atas sebab keselamatan. Kesalahan kata Kesalahan bahasa Salah di atas betul atas salah pusat membeli belah betul pusat beli belah

8.6

Kesalahan frasa melibatkan penggunaan frasa yang tidak tepat, seperti frasa

Kesalahan bahasa

yang tidak mematuhi hukum D-M. Salah lain-lain faktor Aminah Kedai Jahit plastik beg polis inspektor mini maraton contoh jawapan betul faktor-faktor lain Kedai Jahit Aminah beg plastik inspektor polis maraton mini jawapan contoh

Kesalahan frasa berlaku kerana terdapat unsur lewah dalam ayat. Kamus Dewan mendefinisikan lewah sebagai berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan 94

sebagainya serta tidak perlu. Kelewahan dalam bahasa dianggap sebagai suatu yang biasa dalam penggunaan bahasa kerana pengguna bahasa suka berlebihlebih dalam penggunaan bahasa. Antara contoh kelewahan bahasa adalah seperti yang berikut: Salah kos perbelanjaan saling bantu membantu semua pegawai-pegawai paling penting sekali khalayak ramai ramai murid-murid barisan para petugas destinasi yang dituju betul kos/Perbelanjaan saling membantu/bantu membantu semua pegawai/pegawai-pegawai paling penting/penting sekali khalayak/ramai ramai murid/murid-murid barisan petugas/para petugas destinasi

Yang berikut ialah beberapa ayat contoh yang mengandungi kesalahan frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Petunjuk-petunjuk perasaan yang menentang campur tangan Amerika di Iraq sedang berarak di jalan raya-jalan raya. Kesalahan frasa nama Salah Petunjukpetunjuk betul Penunjukpenunjuk salah jalan raya-jalan raya betul jalan-jalan raya

Sebagai permulaan, kerajaan perlu menfokuskan kepada pembangunan pesawat penumpang murah yang dapat mempercepatkan kemajuan industri pelancongan di dalam negara. Kesalahan frasa kerja Salah Menfokuskan kepada betul Memfokuskan pembangunan 95 salah mempercepatkan betul mempercepat

Rumah yang besar itu paling cantik sekali. Kesalahan frasa adjektif Salah paling cantik sekali betul paling cantik/cantik sekali

Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong. Kesalahan frasa nama Kesalahan frasa sendi salah Kelawarkelawar betul kelawar salah di betul pada

8.7

Kesalahan klausa

KLAUSA: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas. i. ii. iii. Awak pandai kerana awak rajin belajar. Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan. Mereka akan datang walaupun tanpa diundang. klausa bebas/klausa utama iv. klausa tak bebas

Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok klausa tak bebas klausa bebas/klausa utama

Aspek kesalahan bahasa dalam klausa ialah aspek kelewahan bahasa yang terdapat dalam binaan frasa, klausa tak bebas dan klausa bebas. Antara ayat contoh adalah seperti yang berikut:

96

Salah

Betul

Salah satu daripada punca murid ponteng Satu daripada punca murid ponteng sekolah ialah mereka malas belajar atau sekolah ialah mereka malas belajar atau bosan berada di sekolah. bosan berada di sekolah.

Salah seorang daripada murid sekolah ini Seorang daripada murid sekolah ini telah telah berjaya melangkah ke peringkat akhir berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu. Salah terbabit terbakar. sebuah dalam daripada kereta itu pertandingan itu. yang Sebuah daripada kereta yang terbabit telah dalam kemalangan itu telah terbakar.

kemalangan

Dalam klausa setara, pemindahan kausa tidak dapat dilakukan kerana pemindahan tempat klausa akan menyebabkan ayat yang terhasil tidak gramatis. Contohnya: Salah betul

Manakala abang membuat latihan, kakak Kakak membaca buku manakala abang membaca buku. membuat latihan.

Dan tidak sombong, kita harus menjadi Kita harus menjadi orang baik dan tidak orang baik sombong.

Tetapi abang berbuat bising, adik sedang Adik sedang membaca buku, tetapi abang membaca buku, berbuat bising.

8.8

Kesalahan Ayat.

Kesilapan dalam penggunaan bahasa Melayu juga dapat dilihat dari sudut sintaksis. Kesilapan ayat berlaku apabila pengguna tidak mematuhi peraturan-peraturan yang tersedia ada dalam bahasa itu. Kesalahan ayat dalam bahasa Melayu kerap berlaku pada ayat inti, ayat tanya, ayat pasif dan kesalahan semantik. 8.8.1 Subjek dan Predikat Setiap pengguna mestilah menguasai bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Apabila mereka menguasai bahagian tersebut, mereka akan dapat mengenali kedudukan subjek dan predikat sesuatu ayat, sama ada ayat itu dalam susunan 97

biasa atau susunan songsang. Jika mereka tidak menguasai binaan, ayat yang dibina kemungkinan akan menjadi ayat yang tergantung. Ayat yang tergantung ialah ayat yang tidak mempunyai binaan subjek atau binaan predikat. 1. *Untuk menyiapkan kerja itu memerlukan perbelanjaan yang besar. Ayat ini tidak mempunyai subjek. Klausa untuk menyiapkan kerja itu merupakan keterangan predikat, manakala frasa memerlukan perbelanjaan yang besar ialah frasa kerja yang menjadi binaan predikat. Ayat tersebut menjadi gramatis sekiranya subjek yang terdiri daripada frasa nama dimasukkan, seperti ayat 1a. 1a. Untuk menyiapkan kerja itu, kita memerlukan perbelanjaan yang besar. Dalam ayat 1a, kita ialah subjek yang terdiri daripada frasa nama.

8.8.2 Ragam Ayat Apakah yang dimaksudkan ragam ayat? Ragam ayat sebenarnya dapat dilihat dan dikenal pasti dari segi aktif dan pasif. Dalam bahasa Melayu, terdapat dua ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.

Menurut Nik Safiah Karim et al. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga : 2011), mentakrifkan ayat aktif sebagai ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ada dua jenis ayat aktif berdasarkan kehadiran kata kerja dalam predikat ayat, iaitu: Ayat aktif transitif Ayat aktif tak transitif

Menurut Arbak Othman dalam bukunya, Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek selepasnya. Ayat aktif tak transitif pula mengandungi kata kerja tak transitif. Nik Safiah et al. (2011) menyatakan bahawa ayat aktif tak transitif mempunyai kata kerja tak transitif yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Ayat yang berikut mengandungi kesalahan bahasa dari segi frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif yang lazimnya dilakukan oleh pengguna bahasa dan juga pelajar. 98

Abu belum pernah menghadiahkan emak saudaranya jam tangan. Salah betul Menghadiahkan menghadaihi

Penceramah sedang memperkatakan tentang masalah inflasi. Salah betul Memperkatakan tentang Memperkatakan masalah

Kuang Shie amat suka dengan Fei Wei yang tampan itu. Salah betul suka dengan suka akan/menyukai

Mereka berdua bersepakat ingin mempermain-mainkan Raja Gopal yang dikatakan dungu itu. Salah betul bersepakat ingin bersepakat untuk

Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja dalam ragam pasif, iaitu objek mendahului kata kerja dan subjek. Ayat pasif meliputi pasif jati, pasif semu, imbuhan pasif dan kata kena.

Pasif jati ialah pasif yang melibatkan kata ganti diri orang ketiga atau pihak yang diperkatakan oleh seseorang. Antara kesalahan yang sering ditemukan dalam ragam pasif ini adalah seperti yang berikut: Tindakan yang mereka ambil akan merugikan bangsa dan negara. Salah betul mereka ambil diambil oleh mereka

Penerapan nilai murni yang telah kerajaan uar-uarkan sewajarnya disokong. Salah betul kerajaan uar-uarkan diuar-uarkan kerajaan

99

Pasif semu, ialah ayat pasif yang melibatkan kata ganti diri orang pertama dan orang kedua. Bagi ayat pasif ini, hukum aneksi persona hendaklah dikenakan, iaitu subjek atau pesona harus dirapatkan dengan kata kerja pasif. Sebagai contohnya, buku itu saya baca. Kata ganti diri orang pertama saya dirapatkan dengan kata kerja pasif baca. Jika terdapat sebarang kata yang memisahkan kedua-dua unsur tersebut, kesempurnaan binaan ayat terjejas. Sila lihat kesalahan ayat contoh yang berikut: Pokok itu ditebang oleh awak. Salah ditebang oleh awak Betul awak tebang

Kemudahan tersebut kami telah gunakan sejak beberapa tahun yang dahulu. Salah Betul kami telah gunakan telah kami gunakan

Perkara yang diperkatakan oleh saya ini seharusnya diberikan perhatian. Salah Betul diperkatakan oleh saya saya perkatakan

Ayat pasif yang berimbuhan mencakupi imbuhan teR, ke-...-an, dan beR-. Bagi kata kerja pasif dengan imbuhan teR-, kehadiran sendi nama oleh diwajibkan. Sila lihat ayat contoh yang berikut: 1. Batu itu terangkat oleh Ali. 2. Batu itu terangkat Ali. Ayat 2 tidak logik kerana seolah-olah membawa maksud batu itu berupaya mengangkat Ali. Maka, kehadiran oleh dapat membezakan ayat aktif daripada ayat pasif. Sila lihat contoh ayat yang berikut: 3. Ahmad terlanggar Abu. 4. Ahmad terlanggar oleh Abu.

100

Ayat 3 merupakan ayat aktif yang bermaksud Ahmad melanggar Abu dengan tidak sengaja. Sebaliknya, ayat 4 ialah ayat pasif yang membawa makna Ahmad dilanggar oleh Abu secara tidak sengaja.

8.9

Kesalahan Umum dalam Struktur Ayat

Kata-kata sahaja belum bererti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku, seperti: Ini hari Azizah tidak datang. Yang melukis gambar ini Zainallah. Itu pen dakwat sudah habis. Majalah itu saya tidak menyimpannya. Buku ini saya tidak mahu membaca. Yang memukul awak siapakah? Nora dan Nani baik berkawan.

8.9.1 Ayat Gabungan Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Sebagai contoh:

Salah Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi? Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai. Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan. Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tak mampu.

Betul Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi? Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai. Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan. Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu.

101

8.9.2 Ayat Pancangan Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Sebagai Contohnya: Salah Betul 1. Rumah itu di atas bukit tidak ada 1a) Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya. penghuninya. 2. Bangunan itu yang tinggi Menara 2a) Bangunan yang tinggi itu Menara Kembar Petronas. Kembar Petronas.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Sebagai contoh: Salah 1. Kami berdoa kamu berjaya. Betul 1a) Kami berdoa agar kamu berjaya.

2. Semua orang tahu dia anak Pak 2a) Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid. Hamid.

8.9.3 Ayat Tergantung

Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat biasa, kedudukan subjek di hadapan dan kedudukan predikat di belakang.

Contoh: Budak itu / menangis. Dalam susunan ayat songsang, kedudukan subjek di belakang dan kedudukan predikat di hadapan. Contoh: Siapakah / gadis itu. Itulah / teman saya. Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ayat tergantung. Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya. Teliti contoh-contoh ayat di bawah. 102

1. Di seluruh negara mengalami banjir. (S) 1a. Seluruh negara mengalami banjir. (B) 2. Kerana hal itu akan dibincangkan. (S) 2a. Hal itu akan dibincangkan. (B) 3. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (S) 3a. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (B) 4. Banyak pelajar lulus dengan baik. (S) 4a. Banyak pelajar yang lulus dengan baik. (B) 5. Ada pihak membangkang cadangan itu. (S) 5a. Ada pihak yang membangkang cadangan itu. (B) 6. Dia yang datang kelmarin. (S) 6a. Dia datang kelmarin. (B) 7. Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (S) 7a. Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (B) 8. Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (S) 8a. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (B) 9. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (S) 9a. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (B) 10. Apakah perlu kita lakukan sekarang? (S) 10a. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? (B) 11. Siapa kata saya berbohong? (S) 11a. Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong? (B) 12. Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih. (S) 12a. Peserta-peserta yang lulus saja yang akan dipilih. (B) 13. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan dia bersalah. (S) 13a. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. (B) 14. Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu tumpas. (S) 14a. Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas. (B) 15. Yang manakah betul? (S) 15a. Yang manakah yang betul? (B) 103

Oleh hal yang demikian, penguasaan ayat dalam bahasa Melayu amat penting jika seseorang ingin menguasai bahasa itu dengan baiknya, terutamanya aspek penulisan. Sebagai pengguna bahasa Melayu, seseorang itu perlu menguasai aspek bahasa Melayu yang berkaitan dengan ayat sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu bahagian subjek dan predikat, jenis ayat, ragam ayat, dan susunan ayat. Namun demikian sebelum empat perkara itu dikuasai, mereka mestilah menguasai kata, frasa, dan klausa. Apabila semua perkara tersebut dikuasai, pengguna bahasa Melayu akan dapat menghasilkan penulisan yang baik dan menggunakan bahasa Melayu secara persis.

TUTORIAL Tutorial (Perbincangan) Kesan kesilapan yang berlaku dalam situasi yang berikut:

Situasi 1

Dalam suatu majlis rasmi di sekolah, Cikgu Y telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis. Sewaktu mengacarakan majlis bekenaan, seorang guru lain, Cikgu Z telah dapat mengesan sesuatu pengucapan yang menurut fikirannya, tidak betul. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua di atas ucapan beliau tadi

Situasi 2

Cikgu M ialah Setiausaha PIBG sekolahnya. Dalam minit mesyuarat PIBG yang baru diadakan pada minggu lepas, dia mencatatkan ayat berikut: Mesyuarat bersetuju sebulat suara supaya ibubapa menyumbangkan derma ikhlas masing-masing sebagai tanda sokongan serta galakkan kepada anak-anak mereka.

104

Situasi 3

Jalil ialah seorang penuntut baru di sebuah kolej swasta. Pada suatu hari, sewaktu menyertai suatu seminar anjuran universitinya, dia terdengar seorang pembentang kertas kerja melafazkan ayat berikut: Kita sekarang berada dalam era IT di mana kita tidak dapat mengelak daripada dilanda arus globalisasi yang mana kanak-kanak pun turut mengalami keadaan ini.

Latihan 1

1. Tulis bentuk apitan yang betul pada lajur yang ketiga. kecantikkan pembiakan kebanyakkan pertunjukan mencantikan membiakkan membanyakan menunjukan kecantikan pembiakkan kebanyakan pertunjukkan mencantikkan membiakan membanyakkan menunjukkan

2. Garisi perkataan yang betul dari segi penggunaan kan atau diper-...-kan. a) Bangunan diperbesarkan/dibesarkan/diperbesar b) Usaha dipertingkatkan/dipertingkat/ditingkatkan c) Ilmu dipergunakan/digunakan/diperguna d) Bahasa diperkasa/diperkasakan/dikasakan... e) Isteri diperolehi/diperoleh/dioleh...

imbuhan

diper-, di-...-

105

3. Cuba kenal pasti dan betulkan kesalahan ejaan yang terdapat dalam ayat yang berikut. Setiap ayat mengandungi dua kesalahan ejaan. a. Kebanyakkan masyarakat pada era ke21 ini sudah pandai menggunakan komputer sebagai medium komunikasi dan perhubungan. b. Pada pendapat anda, sejauhmanakah lirik lagu yang berunsurkan moral mampu memberi kesan kepada perobahan diri sesorang remaja? c. Basikal Pak Andeh yang telah mengalami kerosakkan itu telah di jual oleh Mak Andeh semasa ketiadaannya di rumah. d. Usaha mengintergrasikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia bukan satu tugas yang mudah memandangkan setiap kaum mempunyai agama, budaya dan bahasa yang berbeza. e. Kerajaan telah memperuntukan kos sebanyak RM 17 juta bagi menyediakan perkhidmatan yang komprehensip untuk golongan orang kurang upaya.

Latihan 2 Tandakan () pada ayat yang betul. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Sepak takraw adalah sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma yang akan datang. Beliau ialah orang yang pertama membiakkan ikan baka baharu. Kaum wanita adalah elemen terpenting dalam pembangunan negara. Negara kita kini memiliki warga yang sejumlah besarnya adalah berpendidikan sekurang-kurangnya pada peringkat menengah. Institut itu adalah merupakan sebuah institut penyelidikan. Kursus ini adalah untuk menerangkan konsep tatabahasa. Pilihan raya ialah detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat. Kenyataan itu ialah benar. Dunia ini ialah fana. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama seminggu. Adalah diumumkan bahawa peperiksaan ulangan akan diadakan pada minggu hadapan. Adalah diharapkan bahawa masalah perparitan dapat diatasi dengan kadar yang segera. Adalah dengan ini diberitahu bahawa pihak institut akan menjalani proses pengauditan selama seminggu. Hal inilah di antara hal yang mesti difahami oleh semua pelajar. 106

16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34.

Kita melihat pertentangan di antara pihak di seberang dengan pihak kita berhubung dengan isu kemasukan pekerja asing. Kini banyak di antara mereka telah mempelajari ilmu bantu. Perkara ini di antara persoalan penting yang harus diketahui umum. Di antara penerbitan yang berkualiti dengan penerbitan yang sebaliknya perlu kita bezakan. Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura. Di antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya. Lif itu terhenti antara tingkat dua dengan tingkat tiga. Di antara tingkat dua dengan tingkat tiga, tingkat tiga lebih teratur pejabatnya. Amelia duduk antara Halijah dengan Hasnah. Banyak persamaan di antara Ab. Rahim dengan Mohamad. Kedai baharu itu terletak antara pasar raya A dengan pasar raya B. Yang manakah lebih awal dibina di antara pangsapuri A dengan pangsapuri B. Perdebatan itu berlangsung di antara pihak kerajaan dengan pihak pembangkang. Di antara pihak penyokong kerajaan dengan pihak penyokong pembangkang, banyak perbezaannya. Hubungan politik, ekonomi, dan kebudayaan wujud di antara wilayah-wilayah ini. Di antara lagu persembahan artis baharu itu ialah lagu Separuh Jiwaku Pergi. Di antara jurnal yang diterbitkan oleh universiti itu ialah Jurnal Psikologi dan Jurnal Kemanusiaan. Antara nama yang disebut dalam pertuduhan itu ialah nama seorang tokoh korporat. Blog adalah di antara sumber tidak rasmi yang perlu diteliti kebenarannya.

G. LATIHAN LANJUTAN Betulkan unsur bahasa yang salah dalam ayat yang berikut. 1. 1a. 2. 2a. 3. 3a. 4. 4a. Pengarah menghadiahkan staf sokongan sijil kepujian.

Bangunan yang tersergam itu terbina pekerja yang mahir.

Seluruh peserta kem motivasi berkehujanan sepanjang malam.

Tugasan itu saya telah sempurnakan sejak seminggu yang lalu.

107

5. 5a. 6. 6a. 7. 7a. 8. 8a. 9. 9a.

Tindakannya menolong kami amat kami menyanjung tinggi.

Pegawai itu pecat majikannya kerana salah laku yang serius.

Bila berkursus di sini, kita mestilah bersungguh-sungguh.

Calon itu menang dengan cemerlang dia begitu berpuas hati.

Pemerhati asing itu merumuskan perjalanan pilihan raya telus.

10. Krisis menjadi bertambah rumit kerana kedegilan kedua pihak. 10a. 11. Jejaka itu kecewa kerana disebabkan lamarannya ditolak. 11a. 12. Keterangan saksi itu berbelit-belit hingga mengelirukan hadirin. 12a. 13. Hasrat anak-anak kita pasti tercapai bila mereka disokong. 13a. 14. 14a. 15. Kita kena ubah agar hasilnya kelak untungkan generasi kita. 15a. 16. 16a. 17. 17a. 18. Kata orang, bagaimanakah acuan begitulah kuih yang akan terhasil. 18a. 108 Sungguh lama dia meninggal kampung, alih-alih dia muncul sebagai jutawan. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa demi untuk kesejahteraan rakyat. Bidang industri ditumpukan, dan pertanian terus mendapat perhatian pemerintah.

19. Sedang bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang! 19a. 20. Meskipun persembahan orkestra itu dikatakan hebat, saya merasakan demikian. 20a.

BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan. (2004). Sintaksis: Siri Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS. Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran

dan

Pembelajaran

Abdullah Hassan .(2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd. Awang Sariyan (2002). Tuntunan Bahasa. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Awang Sariyan (2003). Kesalahan Umum Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. Penggunaan Bahasa Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2001). Citra Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Dahaman (1997). Bahasa Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan dan Pustaka. Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2005). Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim (2007). Liku-liku Bahasa: Ke Arah Penggunaan Bahasa yang Baik, Betul, dan Indah. Shah Alam: K Publications Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et. al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia (1992). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

109

TAJUK 9

WACANA

9.1

SINOPSIS

Tajuk wacana dalam modul ini merangkumi konsep wacana, takrif wacana,contoh analisis dan kepentingan wacana dalam pengajaran dan pembelajaran.

9.2

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti topik ini, anda seharusnya dapat: Menghuraikan konsep dan definisi wacana. Menganalisis wacana berdasarkan ciri cirinya. Mengaplikasikan kepentingan wacana dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

9.3

KERANGKA TAJUK

Wacana

Definisi dan Konsep Perbincangan dalam subtopik ini membicarakan konsep wacana dari pelbagai perspektif linguistiK)
Ciri-ciri Wacana

Kepentingan Wacana Kepentingan wacana dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Analisis Wacana Penganalisisan wacana dengan beberapa contoh.

110

9.4

Konsep Wacana

Wacana ialah satuan bahasa yang tertinggi selepas ayat atau klausa yang bersinambungan pada peringkat awal hingga akhir sama ada berbentuk lisan atau teks dan mempunyai satu kesatuan gagasan fikiran yang relatif dan sangat kompleks. Dalam konteks linguistik, konsep gagasan fikiran atau idea yang utuh dan bersinambungan antara satu sama lain lazimnya merangkumi aspek komunikasi linguistik kerana wacana adalah peristiwa komunikasi. Hal ini kerana setiap peristiwa komunikasi yang berlaku, bahasa digunakan sebagai wahana perantaraan yang paling berkesan dan ideal. Pada dasarnya, peristiwa komunikasi ini merangkumi ekspresi diri sendiri, eksposisi, sastera dan pemujukan yang dapat difahami oleh pendengar dan pembaca (Tarigan, 1995:32).

Kini, konsep wacana sebagai satuan bahasa yang terlengkap dan kompleks telah diaplikasikan secara meluas dalam pelbagai disiplin ilmu selain linguistik seperti antropologi, sosiologi, falsafah, semiotik dan stilistik (Van Dijk, 1985:2). Penerapan konsep ini dalam pelbagai disiplin ilmu dikaitkan dengan kesempurnaan hierarki gramatikal dalam sesuatu bahasa dan sebenarnya berhubung kait dengan takrif wacana. 9.5 Takrif Wacana

Menurut Harimurti Kridalaksana (1997:223), wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang lengkap dan tertinggi terdiri daripada deretan kata, ayat atau paragraf sama ada dalam bentuk lisan atau teks yang dijadikan bahan analisis linguistik. Manakala Stubbs (1983:1) mendefinisikan wacana sebagai bahasa yang berada pada tatatingkat atas klausa dan pengkhususan pengkajian terarah kepada analisis perbualan atau hasil penulisan dalam bentuk teks. Kenyataan Stubs ini

diperkukuhkan lagi oleh Teubert (2007:73) yang melihat konsep wacana adalah keseluruhan dari semua ujaran dan penulisan teks berdasarkan komuniti wacana sama ada berbentuk formal atau tidak formal.

111

Padangan yang lain, wacana dikaitkan dengan konsep hubungan. Menurut Fatimah (1994:1) wacana adalah rentetan ayat yang berhubungan, iaitu menghubungkan proposisi yang satu dengan yang lain dan membentuk satu kesatuan informasi yang akan menzahirkan pemahaman. Manakala pengertian wacana dari perspektif Schiffrin (1994:20) adalah seperti yang berikut: A definition derived from the formalist paradigm views discourse as sentence, a definition derived from the functionalist paradigm views discourse as language use. A third definition of discourse attempts to bridge the formalist-functionalist dichotomy Skop definisi wacana yang dilihat oleh Schiffrin dalam konteks yang lebih luas dan pengertian yang dikemukakan berdasarkan pandangan paradigma aliran linguistik. Berdasarkan pandangan formalis (struktural), wacana ialah bahasa yang melebihi batas ayat (language above the sentence) manakala aliran fungsional melihat wacana sebagai penggunaan bahasa (language use). Menurut Schiffrin lagi pandangan yang ketiga (struktural fungsional) ialah yang berusaha untuk menghubungkan dikotomi antara formalis dan fungsional, iaitu melihat wacana sebagai ujaran (pertuturan ataupun tulisan).

Berdasarkan pandangan beberapa orang tokoh dalam bidang wacana pendefinisian wacana dilakukan berdasarkan bentuk dan fungsi wacana mengikut paradigma aliran linguistik. Walau bagaimanapun, mereka tetap mempunyai keperihatinan yang sama terhadap bahasa di luar batas-batas ayat yang terpisah-pisah (language beyond the boundaries of isolated sentence). Berdasarkan kefahaman itulah telah berkembang penganalisisan bahasa dalam konteks analisis wacana. 9.6 Analisis Wacana

Istilah analisis wacana (discourse analysis) mula digunakan oleh Harris seorang linguis Amerika dalam Journal Language yang bertajuk Discourse Analysis pada tahun 1952 (Wong Khek Seng,1995:6). Sebelum itu, para linguis ulung yang berpengaruh besar menyusun dan menganalisis bahasa menggunakan contohcontoh ayat yang direka-reka untuk menguji keberkesanan teori mereka pada masa 112

itu. Dengan kata lain, mereka menelaah bahasa berdasarkan struktur bahasa semata-mata tanpa melihat konteks penggunaan bahasa yang sebenar seperti hubungan bahasa dengan masyarakat dan budaya. Pendekatan ini telah menyebabkan ketidakpuasan hati Harris terhadap perkembangan tersebut.

Penulisan beliau telah memberi impak perubahan yang besar dalam penganalisisan bahasa, khususnya analisis wacana.

Akhirnya, bahasa mula dilihat secara keseluruhan, iaitu dalam konteks yang lebih besar dari batas klausa atau ayat. Pengkajian bahasa berdasarkan kerangka analisis wacana, khususnya kajian teks mula berkembang, dipelopori dan ditambah baik oleh para linguis seperti Halliday dan Hassan (1976), Gutwinski (1976), Van Dijk (1977), Coulthard (1977), Beaugrande dan Dressler (1981), Hoey (1983), Schiffrin (1987), Mann dan Thompson (1988), Sanders dan rakan-rakan (1992), Taboada ( 2009 ) berdasarkan pendekatan atau model pegangan masing-masing.

Kajian tentang wacana sebenarnya dipelopori oleh Malinowski dan Firth dengan menggunakan kaedah situasi dan teori keperihalan keadaan (Ahmad

Mahmood,1999:19). Aspek paralinguistik seperti pergerakan muka, gerak isyarat, gerak tubuh, keadaan peserta atau individu yang hadir dan suasana persekitaran mula dititikberatkan oleh Malinowski. Bahasa dalam konteks pragmatik mula dikaji kerana interaktif dan konteks sangat berperanan dalam membantu pemahaman terhadap analisis wacana. Konteks ini, akhirnya menyebabkan hubungan saling memahami antara pewacana, pendengar dan pembaca dalam peristiwa komunikasi linguistik. Kenyataan ini diakui oleh Brown dan Yule (1983:1). "The analysis of discourse, is necessarily, the analysis of language use. As such, it cannot be restricted to the description of linguistic forms independent of the purposes or functions which these forms are designed to serve in human affairs.

Mereka mengatakan analisis wacana ialah analisis bahasa yang tidak dapat dibatasi pada deskripsi bentuk bahasa yang tidak terikat pada tujuan atau fungsi dalam

113

urusan manusia semata-mata. Pandangan ini diperkukuhkan lagi oleh Schiffrin yang mengatakan analisis wacana ialah pengkajian tentang fenomena penggunaan bahasa yang sebenar dalam komunikasi (1994:391). 9.7 Ciri-ciri Wacana

Sebagai satuan bahasa yang tertinggi, lengkap dan kompleks, wacana harus ada ciri-ciri tertentu yang memperlihatkan satu kesatuan yang utuh. Ciri yang perlu ada dalam sesuatu wacana adalah unsur tekstur teks, iaitu tetenunan (tautan) dan keteraturan9 fikiran (Beaugrande dan DressIer,1981: 3). Ini kerana proses

penghasilan teks adalah rakaman mental yang tersirat dalam pemikiran dijelmakan dalam bentuk teks yang tersurat. Teks yang dihasilkan merangkumi idea-idea utama dan disokong dengan hujah atau huraian secara terperinci. Kesinambungan idea terdahulu, idea utama dan idea sampingan perlu digarap dengan teliti oleh pewacana supaya dapat disampaikan dengan laras bahasa, gaya dan wacana yang teliti (Canale,1982 dalam Khatijah,1996:870). Dengan kata lain, kesinambungan idea yang logik itu merujuk kepada keteraturan fikiran (coherence) dan matlamatnya

berkaitan dengan proses pemahaman pendengar atau pembaca tentang teks.

Kedua-dua standard ketekstualan teks ini penting kerana teks sebahagian daripada peristiwa komunikasi yang wujud secara timbal balik atau secara sehala antara pewacana, pendengar dan pembaca. Oleh sebab itu, aspek komunikasi amat relevan dalam penelitian wacana dan salah satu teori wacana yang relevan dengan teori komunikasi ialah yang dikemukakan oleh Gee. Menurut Gee (2005:26), wacana dapat dibezakan kepada dua jenis. Yang pertama, penggunaan bahasa yang digunakan pada tempatnya untuk menerangkan kegiatan dan pandangan atas dasardasar linguistik. Kedua, wacana ialah rangkaian unsur linguistik dan bukan linguistik untuk menerangkan tentang kegiatan dan pandangan (proses sosial). Unsur bukan linguistik merangkumi kepentingan ideologi, politik, ekonomi, kekuasaan dan sebagainya. Komponen inilah yang membezakan cara berinteraksi, berperasaan, kepercayaan selain dapat dilakukan penilaian terhadap seorang pewacana dengan pewacana yang lain. Setiap peristiwa komunikasi mempunyai matlamat dan 114

kepentingan. Faktor inilah yang mempengaruhi pewacana dalam penghasilan pelbagai jenis wacana berdasarkan fungsi bahasa.

Fungsi bahasa sebagai wahana komunikasi yang berkesan dalam konteks wacana teks adalah berkaitan dengan kewujudan keteraturan fikiran . Seperti penjelasan Beaugrande dan Dressler (1981:84), keteraturan fikiran merujuk kepada pertalian semantik yang dikaitkan dengan konteks untuk mendapatkan makna sebenar atau secara ringkasnya continuity of sense. Walaupun begitu, keteraturan fikiran (koheren) masih lagi dikaitkan dengan struktur nahu dan hubungannya dengan makna. Struktur nahu dalam konteks ini merujuk kepada klausa yang berhubungan antara satu sama lain, struktur ayat, pemilihan kata, penanda wacana, konjungsi dan intonasi. Manakala hubungan makna merujuk kepada kesatuan teks yang utuh dalam peristiwa bahasa Tarigan (1987:27).

Menurut Wong (1993:307), keteraturan fikiran memperlihatkan fikiran logikal dalam wacana. Oleh itu, keteraturan fikiran merujuk kepada hubungan logikal antara ayat sehingga melahirkan susunan fikiran yang logik dan bermakna. Dengan perkataan lain, sesuatu wacana itu boleh disusun menurut waktu, tempat, keutamaan , sebab dan akibat. Ini bererti, bahawa ayat-ayat yang terlibat dalam wacana mesti memperlihatkan kesatuan dalam hubungan waktu, tempat dan sebagainya. Ayatayat dalam contoh berikut memperlihatkan kesatuan hubungan sebab-akibat: (1) Pagi itu sejuk benar. Semalam-malaman hujan lebat,....(Salina,1987:25) Perkataan sejuk dalam ayat [pagi itu sejuk benar] merupakan akibat yang disebabkan oleh hujan lebat dalam ayat semalam-malaman hujan,.... Oleh itu, ayatayat di atas memasuki satu wacana.

(2) i. Pagi itu sejuk benar. ii. Kebakaran berlaku malam tadi iii. Petani menanam padi di sawah

115

Ayat (2) (i),(ii),(iii) tidak berhubungan antara satu sama lain dari sudut waktu, sebabakibat dan sebagainya jika dideretkan begitu sahaja tanpa maksud. Berdasarkan contoh-contoh ayat di atas ditunjukkan bahawa wacana memerlukan pengelolaan jalan fikiran yang betul dan ciri ini sangat penting untuk menentukan makna ayat-ayat tersebut.

Ada pelbagai cara untuk mewujudkan tetenunan dalam sesuatu wacana. Yang paling jelas ialah penggantian, pengulangan, parafrasa dan perspektif tugas ayat.

9.7.1 Penggantian Penggantian adalah secara yang digunakan supaya sesuatu perkataan atau rangkai kata itu, tidak diulang-ulang untuk menghindari kebosanan. Penggantian ini dikenali sebagai endofora dan katafora. Perhatikan contoh penggantian katafora di bawah.
(3) Sistem Dokuchair ini seterusnya diubah dan diperbaiki lagi oleh penutut-penuntutnya, iaitu Sibertzev dan Glinka.

Dalam contoh di atas kata penuntut-penuntutnya mengantikan Sibertzev dan Glinka secara ke hadapan. Dengan itu, penuntut-penuntutnya adalah penggantian katafora. Manakala penggantian endofora boleh dalam bentuk ganti. Bentuk ganti tersebut boleh terdiri daripada: (i) ganti nama diri: ia, ianya, nya, mereka (ii) ganti nama penunjuk: ini, itu (iii) pengganti am: tersebut. (iv) ganti adverba (adverba anafora cara, adverba anafora sebab.(Lihat Nahu Melayu Mutakhir, 2009:358). 9.7.2 Parafrasa Parafrasa mempunyai identiti seperti yang berikut; maksudnya, jelasnya, yakni, dalam perkataan lain, dengan perkataan lain, dalam lain perkataan, misalnya:
(4) Kelas merupakan kelompok sosial yang paling aktif dalam

masyarakat. Dalam lain perkataan, kelas adalah penggerak sejarah.

116

9.7.3 Pengulangan Pengulangan terdiri daripada dua jenis, iaitu pengulangan seluruh dan pengulangan sebahagian. Pengulangan seluruh
(5) Edaran hidup ini mungkin melibatkan metamorfosis lengkap

ataupun tidak. Serangga yang mengalami metamorfosis lengkap contohnya kupu-kupu, rama-rama, lalat, nyamuk dan lebah.

Pengulangan sebahagian
(6).... di dalam tubuh dan lama-kelamaan orang itu akan menjadi gemuk. Kegemukan yang berlebihan akan menyebabkan seseorang itu diserang sakit jantung.

Berdasarkan petikan di atas, pengulangan adalah sebahagian sahaja dan yang diulang itu adalah idea yang tersirat yang secara lahir boleh dilihat dalam perkatan gemuk menjadi perkataan kegemukan. Ciri yang berikutnya menurut Asmah (1980a:11), wacana mestilah mempunyai

tujuan, dan tujuan itulah yang menentukan penggunaan bahasa. Penggunaan ini dinamakan selenggaraan (perfomatives), seperti pertanyaan atau suruhan, masingmasing terdiri daripada pelbagai jenis. Jika tujuan wacana ialah untuk memperoleh keterangan maka pengwujudan selenggarannya boleh terdiri daripada ayat tanya. Jika tujuannya untuk memberikan keterangan, maka ayat penyata akan digunakan. Demikian juga, jika tujuannya untuk menyempurnakan sesuatu perbuatan, maka ayatnya barangkali ayat suruhan.

9.7.4 Memperoleh keterangan Sekiranya pewacana ingin memperoleh keterangan ataupun maklumat perfomatives, ayat berikut sesuai digunakan.
(6) Siapakah Pengarah IPGK Pendidikan Teknik Bandar Enstek?

117

9.7.5 Memberi Keterangan Ayat yang sesuai sekiranya pewacana ingin memberi keterangan kepada pendengar ataupun pembaca adalah seperti yang berikut:
(7) Profesor Dato Dr. Hajah Asmah Haji Omar adalah seorang

pakar nahu bahasa Melayu dan tokoh perancangan bahasa. Beliau adalah bekas profesor di Universiti Malaya.

Ciri lain yang harus ada dalam sesuatu wacana adalah susunan maklumat. Susunan maklumat ini merujuk kepada susunan maklumat lama dan baharu. Perhatikan contoh ayat di bawah.
(8) Rumah itu rumah batu. Rumah itu dibuat daripada batu merah .

Selain itu, sesuatu wacana tidak boleh memperlihatkan pertentangan maklumat yang bertentangan dengan jalan akaliah atau kepalsuan akaliah, misalnya maklumat yang terdapat dalam ayat (9).
(9) Rumah batu itu dibuat daripada kayu dan tanah liat.

Berdasarkan huraian ini jelas bahawa yang berkesan dalam sesuatu wacana adalah penambahan maklumat baharu kepada pendengar atau pembaca. Dengan kata lain, setiap maklumat yang dinyatakan dalam sesuatu wacana perlu ditokok dengan maklumat baharu. Istilah yang digunakan Asmah (1980a:13) adalah tema dan rima (theme and rhyme). Menurut Sanat (1995:485), Jika tema dalam struktur tema menunjukkan penegasan. Jika tema dalam struktur tema menunjukkan penegasan pengguna, maklumat baharu dalam struktur maklumat menggambarkan penegasan oleh penutur kepada pendengar. Dalam pengertian ini juga dilihat bahawa susunan maklumat antara ayat-ayat dapat menunjukkan isi penting dalam wacana. Perhatikan contoh lain tema dan rima dalam ayat.
(10)Raja Abdullah dari Arab Saudi melawat Malaysia selama dua hari

118

Raja Abdullah dari Arab Saudi adalah maklumat lama yang sedia diketahui pembaca dan pendengar manakala melawat Malaysia selama dua hari adalah maklumat baharu yang ingin disampaikan kepada pendengar atau pembaca. Selain ciri-ciri di atas, unsur konteks situasi pertuturan juga sangat penting dalam sesuatu wacana kerana keberkesanan maklumat yang ingin disampaikan oleh penutur atau penulis. Semasa proses menyampaikan maklumat atau sesuatu fikiran, pihak penyampai maklumat perlu menyampaikannya dengan cara yang paling berkesan supaya penerima maklumat mengetahui dan berupaya mentafsir maksud sebenar penutur.

Menurut Sato (1991:28) maksud penutur itu bukan sahaja dari aspek struktur ayat tetapi juga dari aspek konteks situasi pertuturan. Oleh itu, Konteks situasi pertuturan ini sebenarnya bergantung kepada maklumat yang dimiliki bersama. Menurut Asmah (1980a:12), jika besar maklumat yang dimiliki bersama, maka wacana yang berlaku antara kedua-duanya lebih pendek berbanding dengan maklumat yang tidak besar.

9.8

Kepentingan Wacana

Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis atau berucap dan sangat penting dalam sesuatu teks kerana penanda wacana

dapat mewujudkan pertautan serta kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga terbentuk satu kesatuan. Dalam lain perkataan, penanda wacana ini digunakan untuk: i) ii) iii) menyambung ayat dengan ayat; menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain; dan melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis dan bermakna.

Raminah Sabran (1985:221) telah membincangkan tentang fungsi penanda wacana dengan terperinci manakala Nik Safiah Karim (2009) ada menyebut tentang fungsi

119

penanda wacana. Menurut mereka ini, dalam bahasa Melayu, terdapat lima jenis utama penanda wacana seperti yang berikut: i) Penanda Penghubung;

ii) Penanda rujukan; iii) Penanda penggantian; iv) Penanda leksikal; dan v) Penanda elipsis atau pengguguran.

Bagi meningkatkan mutu penulisan, penulis seharusnya tahu menggunakan wacana yang sesuai dan juga perlu tahu akan fungsi wacana yang digunakan. Terdapat empat fungsi utama penanda wacana, iaitu: a) Penghubung tambahan; b) Penghubung tentangan atau sebaliknya; c) Penghubung musabab atau sebab; dan d) Penghubung tempoh masa atau ketika.

Menunjukkan maksud penghubung tambahan Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang telah diperkatakan sebelumnya. Antara penanda wacana yang terdapat di dalam jenis ini ialah seperti dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan lain-lain lagi. Contoh ayat yang boleh dibina adalah seperti yang berikut:
(12)Tugas sebagai seorang guru di kawasan pedalaman benar-

benar mencabar dan memberi pengalaman baru kepadanya kerana sebelum ini dia merupakan seorang anak orang berada yang tinggal di bandar besar. Malahan dia juga berpeluang beramah-mesra dengan penduduk-penduduk termasuklah petani dan penternak dalam mengenali mereka dengan lebih rapat lagi. (13)Pendidik haruslah berusaha membimbing pelajarnya melakukan pelbagai aktiviti kokurikulum secara teori mahupun praktikal. Di samping itu, isi pelajaran yang hendak disampaikan mestilah menarik minat pelajar.

120

Menunjukkan maksud sebaliknya atau penghubung tentangan. Menurut Nik Safiah Karim (2009), penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang baru diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana yang sama. Antara penanda wacana yang sering dan boleh digunakan oleh pelajar dalam menulis karangan ialah seperti tetapi,

sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun dan lain-lain lagi. Contoh ayat yang menggunakan wacana ini adalah seperti yang berikut:
(14)Kassim telah lama berpindah ke Semenanjung. Namun hati kecilnya masih teringat akan negeri di bawah bayu itu. (15)Ani dan Razak adalah anak angkat Pak Hamid yang dipelihara sejak kecil lagi. Walau bagaimanapun, mereka berdua menganggap Pak Hamid seperti bapa kandung mereka sendiri.

Menunjukkan maksud sebab atau penghubung musabab. Pelajar juga boleh menggunakan wacana yang sesuai bagi menunjukkan sebab berlakunya sesuatu perkara atau peristiwa. Apabila penanda wacana ini digunakan, jalan cerita akan menjadi lebih gramatis dan menarik dan menunjukkan kematangan pelajar dalam memilih kata-kata yang sesuai di dalam penulisan. Antara penanda wacana menunjukkan sebab ini ialah seperti kerana, oleh sebab itu, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu dan lain-lain lagi. Pendapat di atas telah disokong oleh Siti Hajar binti Abd Aziz dalam bukunya Bahasa Melayu II terbitan Oxford Fajar (2009). Contoh ayat yang dapat ditunjukkan dalam bahagian ini adalah seperti di bawah:
(16) Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan taman perumahan di pinggir bandar. Sikap penduduk yang tidak memberikan kerjasama dan tidak mempunyai semangat kejiranan menjadikan masalah ini sukar dibendung. Oleh hal demikian, pihak berkuasa telah mengarahkan ahli Rukun Tetangga menjalankan kerja-kerja rondaan dengan lebih kerap. (17)Keadaan hidup keluarganya amat daif. Maka itu dia terpaksa bekerja lebih keras untuk membawa keluarganya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Menunjukkan Maksud Ketika atau Penghubung Tempoh Mengikut Raihana Hamdan, Aina Rosli, Amin Nur Aiman dan Salina Hussin (2007), dalam buku Bahasa Melayu UPSR Teks dan Rujukan Lengkap turut mengatakan 121

bahawa fungsi wacana adalah merujuk kepada maksud ketika atau penghubung tempoh, iaitu penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu peristiwa atau kejadian. Antara penanda wacana yang terdapat di dalam jenis ini ialah seperti pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka dan akhirnya. seperti: Antara contoh ayat yang dapat dibina dalam wacana jenis ini ialah

(18) Pertama, ibu saya sakit. Kedua, kereta saya rosak dan ketiga,hujan lebat ketika itu. Itulah antara sebab-sebab saya tidak dapat hadir mesyuarat petang semalam. (19) Sebaik sahaja rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, kami dibawa ke balai menunggu. Sejurus selepas itu, kami diberi taklimat ringkas oleh ketua rombongan. Semua ahli rombongan mendengar penerangan yang disampaikan dengan penuh minat. Selepas itu, kami diarahkan membawa bagasi ke tempat pemeriksaan.

Setelah diteliti kepentingan wacana yang telah dinyatakan di atas, jelaslah kepada kita bahawa fungsi-fungsi wacana ini sebenarnya mempunyai makna yang berbeza antara satu wacana dengan wacana yang lain mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Latihan 1

Huraikan perbezaan secara terperinci wacana lisan dan wacana tulisan.

Latihan 2

Berikan pandangan anda tentang kepentingan wacana dalam konteks bahasa sebagai peristiwa komunikasi

122

BIBLIOGRAFI Ahmad Mahmood Musanif.1999. Analisis Wacana: Pendekatan dan Aplikasi.dalam Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Bilangan 2,11-18.Universiti Putra Malaysia. Ahmad Mahmood. (2001). Teori Linguistik: Serdang: Penerbitan Sarjana. Asmah Haji Omar .(2006).Panduan Wacana Akademik Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar.(1980a). Analis Wacana. Dewan Bahasa Mac 24(3).11- 25. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar.(2005). Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar.(2009). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Beaugrande dan Dressler.(1981).Introduction to Text Linguistic. London: Longman.

Brown dan Yule. (1983). Analisis Wacana. (terjemahan) Soetikno).Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. Brown dan Yule.(1983). Discourse Analysis. Cambridge: Cambridge Press. University

Fatimah Dj Idat.(1994). Wacana Pemahaman dan Hubungan Antarunsur. Bandung : Penerbit PT Eresco. Halliday dan Hassan. (1976).Cohesion In English. London: Longman. Halliday dan Hassan. (1992). Bahasa, Konteks dan Teks: Aspek-aspek Bahasa dalam Pandangan Semiotik Sosial. Terjemahan. Asruddin Barori Tou. Gadjah Mada Universiti Press: Yogyakarta. Hasuria Omar. (1998). Wacana dan Maknanya dalam Terjemahan. Jurnal Dewan Bahasa 42(3):204-222. Idris Aman. (2006). Bahasa dan Kepimpinan Analisis Wacana Mahathir Mohamad . Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Idris Aman. (2009). Analisis Wacana. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

123

Kahtijah Abd Hamid. (1997). Analisis Kohesi dan Koheren dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Tingkatan Empat di Sebuah Sekolah Menengah . Tesis Phd. Universiti Malaya.

Khatijah Abd. Hamid. (1996). Wacana dalam Teks Penulisan: Satu Tinjauan tentang Pertautan Berdasarkan Analisis Kohesi dan Koheren . Jurnal Dewan Bahasa 40(10):868-880. Raminah Sabran.(1987). Kajian Bahasa. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Sato Hirobumi @ Rahmat Abdullah. (2002).Analis Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sato Hirobumi.(1991). Analis Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Tuah Tesis Ph.d. Universiti Malaya. Schiffrin Deborah.(1994). Approaches to Discourse. USA: Blackwell Publisher.

Stubbs Michael. (1983). Discourse Analysis The Sociolinguistic Analysis of Natural Language.Oxford: Basil Blackwell. Sutrisno Hadi.(1968). Metodology Research. Jilid 1. Yogyakarta: Gadjah Mada.

Van Dijk.(1985b(2). Dimensions of Discourse dalam Handbook of Discourse Analysis. London:Academic Press. 103-133. Wong Khek Seng.(1993). Pautan dan Pembinaan Teks dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan Awal. Jurnal Dewan Bahasa 37(4):306-314. Pustaka. Wong Khek Seng.(1995). Kesinambungan Topik dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

124

TAJUK 10

PENGURUSAN MAJLIS RASMI DAN PROTOKOL

10.1

SINOPSIS

Tajuk 10 menjelaskan tentang prosedur pengurusan majlis dalam sesebuah organisasi sama ada kerajaan atau swasta. Pengurusan dan pelaksanaan majlis dengan sempurna bukan sahaja dapat mencapai matlamat dan

objektifnya,mengelakkan pembaziran masa, kos, dan tenaga. Hal ini turut memberi gambaran positif terhadap organisasi, penganjur, dan individu yang terlibat.

10.2

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan majlis dan asas protokol majlis, mempelajari teori dan amali mengurus majlis serta kemahiran protokol, dan dapat mengendalikan majlis rasmi di sekolah.

10.3

KERANGKA TAJUK

Pengurusan Majlis dan Protokol

Definisi dan konsep

Pentadbiran atur cara, protokol dan pengacaraan

Pentadbiran Atur Cara

Protokol

Pengacaraan

125

10.4

Definisi dan Konsep Apakah definisi pengurusan majlis?

Sesuatu majlis, upacara, keramaian, perjumpaan yang diadakan di sekolah atau pejabat dengan diperakukan oleh kerajaan, jabatan atau organisasi. Majlis ini dijalankan dengan lancer, elok, bersih dan tersusun dari segi tugas, susun atur, program, pertuturan dan sebagainya.

10.5 10.6

Mengapakah Kemahiran Pengurusan Majlis penting? Kegagalan mengendalikan majlis menggambarkan ketidaktelitian pihak penganjur menyelaras dan mengurus majlis. Kesannya akan menjatuhkan imej pihak penganjur dan menggambarkan seolah-olah pengajur tidak mementingkan aspek kualiti dalam pengurusan. Bergantung kepada corak dan jenis majlis. Jenis Majlis Rasmi Majlis Penuh Istiadat Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah, dan mengangkat sumpah oleh menteri Majlis Rasmi dan Formal Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua negara asing. Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti jamuan the sempena hari kebangsaan Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal Dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protocol seperti perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri 126

Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal Seperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengendalikan majlis rasmi Menubuhkan jawatankuasa Mengendalikan mesyuarat Menentukan tetamu khas Menyediakan teks ucapan dan kata alu-aluan Menyediakan buku cenderamata Menentukan atur cara Menentukan pakaian Menentukan persiapan dewan Menentukan atur cara pentadbiran Menentukakan format jemputan Menentukan menu jamuan Menentukan susunan tempat duduk Menentukan juruacara Menentukan penyambut tetamu Menentukan raptai Menentukan perancangan alternatif Menentukan disiplin Menentukan seranta Menentukan kewangan Mengendalikan mesyuarat post mortem Menyediakan laporan

Apakah definisi protokol?

127

10.7

Protokol Berasal daripada perkataan Yunani Cantuman dua kata dasar : Protos-Yang Pertama, Kolla-Pelekat Protokol Pelekat yang pertama, iaitu satu tanda taraf atau status

10.7.1 Takrif Protokol Tatacara atau tatatertib dalam istiadat rasmi (pegawai kerajaan) Peraturan-peraturan dan istiadat rasmi seperti penyambutan tetamu dan lainlain. Peraturan upacara di istana ketua negara atau berkenaan dengan penyambutan tetamu negara dan sebagainya. Sistem upacara tentang peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tingkah laku oleh wakil-wakil

Protokol masa ini membawa erti peraturan-peraturan yang telah diterima oleh semua pihak sama ada dalam amalan hubungan antarabangsa, hubungan harian dalam masyarakat atau dalam pelbagai istiadat atau majlis rasmi dan bukan rasmi.

Protokol sebagai Imej Imej seseorang Pegawai Perkhidmatan Awam dibentuk dari cara pegawai itu mengurus dirinya dari segi pakaian, cara menyimpan rambut dan misai. Bagi sesetengah pegawai cara bertutur, gerak geri, sopan santun dan budi bahasa serta kesihatan diri. Kepatuhan terhadap peraturan dan etika rasmi.

Kepentingan Pengetahuan tentang Protokol Pengetahuan tentang protokol boleh membawa kepada suatu tahap hidup yang sempurna dalam sesuatu kelompok keluarga.

128

Seseorang itu tidak boleh hidup bersendiri. Dia perlu hidup dalam masyarakat dan perlu mengikut amalan masyarakat itu supaya tidak dipencilkan. Dalam masyarakat ketertiban dan kesopanan amatlah penting kerana itulah cermin keperibadian seseorang yang menjadi pengukur sama ada dia diterima dalam masyarakat berkenaan. Dalam majlis, dia dapat menyesuaikan diri jika dia tahu protocol sama ada dari segi pergaulan, perbualan, tingkah laku, pakaian, dan sebagainya. Protokol penting bagi pengendalian sesuatu majlis untuk menjamin kelicinan perjalanannya.

Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti, dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.

10.8

Atur Cara Pentadbiran

Dalam melaksanakan sesuatu majlis, jawatankuasa adalah penting. Jawatankuasa yang ditubuhkan bertanggung jawab dalam pengendalian dan perjalanan sesuatu majlis. Jawatankuasa majlis serta urusetianya perlu menjamin kelicinan pentadbiran majlis. Oleh yang demikian jawatankuasa penganjuran majlis perlu menyediakan atur cara pentadbiran majlis.

Atur cara pentadbiran ialah atur cara majlis yang ditulis secara terperinci untuk sesuatu majlis rasmi. Antara matlamat atur cara pentadbiran ialah untuk dijadikan panduan oleh pegawai yang mengendalikan program; untuk panduan semua 129

pegawai yang terlibat; untuk menjamin majlis yang bakal dijalankan itu kelak akan berjalan mengikut peraturan dan protokol yang sepatutnya; untuk mengawal masa; untuk menjadi panduan pada masa akan datang; dan dijadikan sebagai bahan rekod .

Dalam sesuatu atur cara pentadbiran terdapat tiga bahagian utama iaitu bahagian masa atau tarikh; bahagian keterangan tentang urutan atur cara; dan bahagian tindakan pihak-pihak yang berkaitan.

Contoh Atur Cara Pentadbiran:

PERTANDINGAN PANCARAGAM SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN Susunan Atur Cara dan Tugasan Tarikh dan Perkara Tindakan Waktu 26 Ogos 2012 Tindakan sebelum untuk menetapkan 5.00 ptg tempat letak kenderaan dan bas. Urus Setia / Sekolah berkenaan Pelekat untuk bas / kenderaan Pasukan / peserta / petugas bertolak dari sekolah masing-masing 6.00 ptg Memaklumkan tempat bersembahyang kepada peserta 5.30 ptg Pendaftaran semua pasukan untuk Jawatankuasa Teknik Letihan Penyesuaian Gelanggang Pendaftaran 6.00 ptg a) Menandakan kawasan pertandingan Jawatankuasa Teknik b) Menandakan pentas / tempat duduk Pendaftaran tetamu c) Menandakan khemah hakim d) Menandakan tempat penyampaian hadiah e) Tempat khemah pasukan-pasukan f) Khemah uruseria

130

Contoh 2

Masa 7.45 pagi

Tempat Bilik

Program

Aktiviti Pastikan bilik VIP dan Bilik Senat dan keadan teknikal dalam keadaan baik Pastikan tagging telah lengkap Pastikan dalam bersih tandas keadaan

Tindakan

Persediaan ruang untuk Senat & tetamu jemputan Bilik VIP dan VIP

Cik Zie Fazleen Pn Liza & Pn. Ima En. Azhar

Cik Zie Fazleen & En. Basir

Pastikan air mineral telah disediakan di dewan Pastikan air mineral, teh dan kopi telah disediakan bilik VIP Penyambut tetamu menyambut dan menempatkan tetamu ditempat yang disediakan Buku program diagihkan kepada tetamu Wartawan Liputan gambar

Pn. Marina & Pn. Liza

8.30 pagi

Bilik Senat

Ketibaan Jemputan: Pelajar Jemputan Luar Ahli Akademik Ahli MKB Ahli MPU

Pn. Liza & Pn. Ima

Pn. Salmah, Cik Atie & Cik Faidzah En. Radzuan En. Saliman

131

10.9

Pengacaraan Majlis

Pengacara majlis mempunyai peranan yang berbeza mengikut majlis. Orang yang memimpin sesuatu acara formal atau tidak formal sebagai panduan kepada audiens apa yang berlaku dan bertindak seterusnya.

Pengacaraan majlis merupakan satu kaedah pengendalian majlis mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Semasa menjalankan tugasnya, juruacara dibekalkan dengan teks atur cara. Teks ini bukan disediakan oleh juruacara, sebaliknya disediakan oleh satu jawatankuasa khas yang lain. Tugas pengacara sepatutnya mengacarakan majlis berpandukan teks atur cara yang diberikan kepadanya. Prinsip Asas Pengacara Majlis Mengenali tetamu Berpengetahuan protokol Peramah Berani ke depan Sentiasa dalam keadaan tenang Cekap Pantas bergerak Bertanggungjawab

Panduan Asas Mengetahui jenis keraian Atur cara keraian Susunan tempat duduk 132

Senarai dif-dif yang hadir Senarai orang kenamaan

Analisis Majlis Jangka masa majlis Saiz dewan - Kemudahan yang sedia ada - Tujuan majlis - Tempat Persediaan Awal Menerima tanggung jawab Tentukan jenis majlis Pastikan tempat majlis Tentukan jenis pakaian Menyediakan atau mempunyai teks Membuat latihan Persediaan Semasa Majlis Buat semakan terakhir Pastikan tempat mengacara Pastikan mikrofon berfungsi Kawalan suara Tenangkan fikiran Kawalan emosi Mengenal tetamu dan perucap Tatacara Mengacara Majlis Formal Membuka majlis Memperkenalkan perucap Mengulas atau merumus ucapan Menjaga protocol Mengawal suara Mengawal gemuruh Bertindak mengikut situasi

Aktiviti Kumpulan Sekolah anda akan mengadakan Sambutan Hari Guru. Tubuhkan jawatankuasa dan sediakan acara pentadbiran untuk melancarkan perjalanan majlis tersebut.

133

BIBLIOGRAFI

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Bahasa Melayu Komunikasi, Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (1997). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-esei lain. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd. Abdullah Hassaan, Arifin Said, dan Ainon Mohd. (2007). Pantun dan Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan. Batu Caves : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Md. Izuddin li, Zetty Zahureen Mohd Yusoff. (2005). Berucap dengan Yakin. Batu Caves : PTS Millennia Sdn. Bhd. Mokhtar Mohd. Tohat. (2006). Protokol dan Etiket dalam Pengacaraan Majlis. Kuala Lumpur : INTAN. Mokhtar Haji Mohd. Tohar, Ahmad Fawzi M. Basri. (2003). Protokol di Malaysia : Tradisi dan Amalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

134

Anda mungkin juga menyukai