Anda di halaman 1dari 30

RAKAMAN

Jenis dan Sudut

JENIS-JENIS RAKAMAN

JENIS-JENIS RAKAMAN
Secara asas, rakaman terbahagi kepada kategori-kategori berikut; Close Ups

Medium Shot
Long (Wide) Shot Creative Shots

Jenis-jenis Rakaman

CLOSE UPS

CLOSE UPS
Teknik close ups dapat menceritakan perasaan secara terperinci kepada penonton . Dua jenis rakaman asas teknik ini ialah;

Extreme Close up (ECU)


Close Up (CU)

CLOSE UPS
Extreme Close up (ECU) Memfokuskan kepada sesuatu bahagian secara terperinci. Cth; mata, muka, mulut, tangan, objek dsb.

CLOSE UPS
Close Up (CU) Teknik ini merakamkan bahagian kepala hingga ke paras bahu sahaja. Teknik ini banyak digunakan oleh kerana penonton mudah untuk memerhatikan raut wajah serta mimik muka pelakon.

Jenis-jenis Rakaman

MEDIUM SHOT

MEDIUM SHOT
Teknik ini juga dikenali sebagai mid shots. Ianya merangkumi bahagian kepala hingga ke paras pinggang pelakon.

Biasanya, teknik ini digunakan untuk memberitahu penonton tentang suasana lokasi adegan tersebut.
Jenis-jenis rakaman asas teknik ini adalah; Medium Shot (MS) Two-shot (2-S) atau Three-shot (3-S)

MEDIUM SHOT
Medium shot (MS) Teknik ini adalah sangat ideal sekiranya pelakon sedang bercakap atau menyampaikan maklumat menggunakan bahasa badan dan tidak memerlukan perincian.

Teknik ini tidak menunjukkan banyak perincian dari segi ekspresi wajah pelakon, tetapi lebih kepada latarbelakang.

MEDIUM SHOT
Two-shot / Three-shot (2-S / 3-S) Teknik ini digunakan untuk merakamkan 2 3 pelakon dalam satu masa. Biasanya, teknik ini digunakan dalam temuramah atau untuk menunjukkan hubungan antara pelakon dalam adegan tersebut.

Jenis-jenis Rakaman

LONG (WIDE) SHOTS

LONG (WIDE) SHOTS


Teknik rakaman ini amat sesuai untuk merakamkan suasana, lanskap atau sesuatu lokasi. Biasanya, teknik ini digunakan untuk memberitahu penonton dimana lokasi adegan tersebut berlaku. Oleh sebab itu, ianya juga dikenali sebagai Establishing Shots (ES). Jenis rakaman teknik ini adalah; Extreme wide shot (EWS) Wide shot (WS)

LONG (WIDE) SHOTS


Extreme wide shot (EWS) Biasanya, rakaman dilakukan jauh dari subjek dan selalunya dirakamkan menggunakan lensa wide-angle. Subjek mungkin kelihatan dari jauh, tetapi penekanan diberikan lebih kepada sekitar subjek tersebut.

LONG (WIDE) SHOTS


Wide Shot (WS) Juga dikenali sebagai long shots. Ianya menunjukkan keseluruhan subjek atau suasana. Sekiranya subjek tersebut adalah manusia, maka keseluruhan bentuk badan akan ditunjukkan.

Jenis-jenis Rakaman

CREATIVE SHOTS

CREATIVE SHOTS
Teknik ini boleh dikategorikan sebagai close up, medium atau long shot. Teknik ini memberikan sudut perspektif yang berbeza kepada penonton.

Ianya amat berkesan tetapi harus dihadkan penggunaannya.


Jenis rakaman teknik ini adalah; Over-the-shoulder shot (OSS)

Reaction shot
Point of view shot (POV) Cutaway (CA)

CREATIVE SHOTS
Over-the-Shoulder Shot (OSS) Teknik ini dirakamkan dari bahagian belakang subjek, biasanya dari bahagian bahu. Ianya bertujuan untuk menunjukkan perincian di depan subjek dan memberitahu penonton mengenai jarak subjek dengan perincian tersebut. Teknik ini biasanya digunakan ketika dialog perbualan digunakan.

CREATIVE SHOTS
Reaction shot Juga dikenali sebagai noddy shots. Ianya digunakan untuk menunjukkan reaksi wajah subjek seperti mendengar atau reaksi terhadap sesuatu.

CREATIVE SHOTS
Point of view shot (POV) Juga dipanggil sebagai subjective shot. Ianya digunakan untuk menunjukkan apa yang dilihat oleh subjek dari sudut pandangannya.

CREATIVE SHOTS
Cutaway (CA) Ianya digunakan antara dua rakaman utama, biasanya rakaman ini menunjukkan sesuatu yang lain daripada aksi sebelumnya. Teknik ini digunakan sebagai transisi antara rakaman yang lain.

SUDUT RAKAMAN

SUDUT RAKAMAN
Sudut rakaman adalah paras rakaman diambil berdasarkan subjek. Secara amnya, sudut rakaman diambil pada paras ketinggian kepala mereka.

Anda digalakkan untuk meneroka sudut-sudut rakaman yang dapat menambah kelainan pada rakaman anda.
Rakaman yang pelbagai akan memudahkan proses rakaman kelak, ini adalah kerana pelbagai sudut rakaman dapat menguatkan lagi situasi pada setiap babak.

Sudut Rakaman

EYE-LEVEL ANGLE

EYE-LEVEL ANGLE
Teknik ini merupakan teknik yang sering digunakan. Harus diingatkan bahawa rakaman ini merujuk kepada paras mata subjek, bukannya paras mata jurukamera.

Sudut Rakaman

HIGH ANGLE

HIGH ANGLE
Rakaman ini diambil daripada aras tinggi dan kamera melihat ke bawah. Teknik ini biasanya dugunakan untuk menjadikan subjek kelihatan kecil dan lemah.

Sudut Rakaman

LOW ANGLE

LOW ANGLE
Pada sudut ini, kamera mendonggak ke arah subjek. Teknik ini digunakan untuk menunjukkan subjek menjadi besar, gagah ataupun sangat berpengaruh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai