Anda di halaman 1dari 3

Bengkel Digital Storytelling (DST)

Bagaimana menghasilkan sebuah filem pendek


Berikut merupakan enam (6) langkah-langkah asas dalam penghasilan filem pendek;

Langkah Pertama
Pilih topik (perihal yang ingin disampaikan dalam penceritaan). Lakukan penyelidikan mengenai topik yang telah dipilih untuk mendapatkan maklumat lanjut serta inspirasi.

Langkah Kedua
Penghasilan skrip. Pastikan setiap karektor dalam filem tersebut jelas dan unik. Setiap karektor tersebut haruslah mempunyai matlamat yang tersendiri. Harus diingat bahawa filem yang dihasilkan adalah berdasarkan skrip yang ditulis. Oleh itu, pastikan skrip tersebut logik dari segi lokasi, peralatan, sumber manusia dan kewangan. Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, pastikan anda mempunyai pelan sokongan (backup plan). Setelah skrip tersebut selesai, lakukan proofread(pembacaan skrip oleh orang lain). Pastikan mereka dapat mengikuti jalan cerita dan memahami mesej yang ingin disampaikan. Melalui kaedah ini, anda akan dapat mengenalpasti kelemahan skrip yang ditulis dan dapat memperbaikinya.

Langkah Ketiga
Pra-produksi (pre-production). Pemecahan skrip. Pecahkan skrip berdasarkan lokasi, karektor, pakaian (costumes), prop dan kesan khas. Kaedah ini akan memudahkan anda merancang proses rakaman kelak. Anggaran perbelanjaan (budget). Dapatkan maklumat lanjut jika anda perlu membekalkan pakaian atau prop dan lakukan penyelidikan terhadap kos tersebut. Juga, sesetengah lokasi akan memerlukan bayaran, cuba untuk berunding untuk kadar terbaik atau cuba untuk mencari alternatif yang tidak memerlukan bayaran. Pemilihan pelakon Lakukan uji bakat untuk pemilihan pelakon bagi setiap karektor dalam filem tersebut. Pemilihan kru (crew). Kru yang ramai memudahkan kerja produksi, tetapi ianya akan menambahkan perbelanjaan filem tersebut. Buat senarai tugasan seperti
Langkah-langkah Penghasilan Filem Pendek MAAL 2011

Bengkel Digital Storytelling (DST)

penataan cahaya, sistem rakaman bunyi, jurukamera dan sebagainya. Sebagai contoh, untuk penataan cahaya hanya memerlukan sekurangkurangnya dua orang. Buat senarai rakaman (shot list). Teliti setiap adegan (scene) dan senaraikan jenis rakaman yang dikehendaki. Senarai rakaman tersebut haruslah ditulis dengan terperinci bagi memudahkan proses rakaman kelak. Buat Papan cerita (storyboard). Berdasarkan jenis rakaman pada setiap adegan yang telah disenaraikan, hasilkan lakaran mengenai adegan tersebut. Lakaran yang dihasilkan juga turut menunjukkan lokasi kamera, lampu, rakaman bunyi serta kedudukan prop. Papan cerita ini akan memudahkan proses rakaman kerana setiap kru dapat melaksanakan tugas mereka dengan mudah dan pantas. Kenalpasti lokasi. Dalam mencari lokasi, pastikan anda mudah untuk mendapatkan sumbersumber yang diperlukan seperti tenaga elektrik, bilik air, pengangkutan dan sebagainya. Selain daripada itu, pengenalpastian lokasi akan memudahkan anda merancang proses rakaman seperti sistem rakaman bunyi, penataan cahaya dan sudut rakaman. Buat jadual penggambaran. Sekiranya rakaman tersebut melibatkan beberapa lokasi, pastikan anda membuat jadual penggambaran dengan teliti. Teliti adegan yang telah dihasilkan didalam skrip. Sekiranya terdapat 10 adegan dalam satu lokasi, pastikan setiap kru dapat bersedia terutamanya pakaian, prop dan pelakon. Jadual yang dibuat turut menyenaraikan waktu berehat, makan dan sebagainya. Kenalpasti peralatan. Setelah selesai membuat perkara-perkara di atas, kenalpasti peralatan yang diperlukan. Antaranya adalah seperti kamera video, lampu, pembalik cahaya (reflector), mikrofon, kabel dan sebagainya. Setelah mengenalpasti peralatan yang diperlukan, dapatkan peralatan tersebut lebih awal sebelum tarikh penggambaran bermula. Ini akan memudahkan anda untuk memeriksa peralatan tersebut bagi mengelakkan sebarang kerosakkan. Disamping itu, anda perlu memahami setiap penetapan (setting) peralatan yang dikenalpasti seperti kamera, lampu dan mikrofon.

Langkah Keempat
Latihan percubaan (Rehearsal). Latihan percubaan ini biasanya diadakan dengan memanggil semua kru yang terlibat terutamanya para pelakon. Setiap adegan (scene) akan diperhalusi satu persatu.

Langkah-langkah Penghasilan Filem Pendek MAAL 2011

Bengkel Digital Storytelling (DST)

Latihan percubaan ini amat penting. Ianya dapat memastikan setiap dialog dan adegan dapat dilakonkan dengan berkesan. Selain daripada itu, pengarah dapat mengenalpasti kelemahan atau kelebihan setiap pelakon serta adegan dan dialog. Ianya juga dapat memberi peluang kepada setiap pelakon untuk berlatih setiap adegannya dengan berkesan. Selain daripada itu, kru produksi dapat mengenalpasti tugasan mereka pada setiap adegan terutamanya jurukamera. Jurukamera dapat mengkaji jenis-jenis rakaman yang sesuai serta dapat mencari sudut-sudut rakaman yang lebih menarik.

Langkah Kelima
Penggambaran. Semasa proses penggambaran dijalankan, pastikan setiap kru produksi mengikuti jadual penggambaran dengan teliti, cekap dan pantas.

Langkah Keenam
Suntingan. Terdapat pelbagai perisian suntingan video (video editing software) dipasaran. Setiap persisian tersebut mempunyai kelebihan serta kelemahan masing-masing. Pastikan anda memilih perisian yang bersesuaian dengan bajet serta jenis filem yang anda hasilkan.

Rujukan. How to make a short movie (July 6, 2010). Retrieved September 15, 2011. Website: http://www.clipcanvas.com/blog/how-to-make-a-short-movie/

Langkah-langkah Penghasilan Filem Pendek MAAL 2011

Anda mungkin juga menyukai