Anda di halaman 1dari 1

Abstrak

Tanah kurniaan kerajaan negeri kebanyakan adalah dipegang di bawah hakmilik pegangan pajakan. Tanah pegangan terhad ini mempunyai implikasi kepada pemilik kerana setelah tamat tempoh pajakan, tanah berkenaan bukan lagi miliknya. Walaupun tiada peruntukan dalam Kanun Tanah Negara yang membolehkan perlanjutan tempoh pajakan secara otomatik, tetapi dalam praktik, pemilik asal boleh membuat permohonan pembaharuan/perlanjutan setelah pajakan sudah tamat, dan untuk sesetengah harta tanah tertentu terutamanya tanah di kampong baru dan kampong melayu secara umumnya adalah dipercayai mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk memperolehi kelulusan perlanjutan pajakan daripada kerajaan negeri.

Di Negeri Johor, oleh kerana kos yang terlibat dalam pembaharuan/perlajutan pajakan termasuk bayaran premium yang dikenakan adalah lebih rendah daripada nilai pasaran. Dengan ini, sesetengah harta tanah dijualbeli di pasaran dengan harga yang tinggi yang tidak mencerminkan nilai baki tempoh pajakan yang sebenar. Lebihan harga yang sanggup dibayar oleh pembeli ini dikenali sebagai Hope Value.

Kertas penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti jenis harta tanah kepentingan pajakan dan adakah kesan baki tempoh pajakan dan hope value ke atas harga jualbeli; dan seterusnya memastikan pelarasan factor baki tempoh pajakan dalam kerja penilaian adalah munasabah dan boleh dipertahankan.

Anda mungkin juga menyukai