Anda di halaman 1dari 2

KELAB PEMILIK PERSONA UTARA MALAYSIA

No. 6 Tingkat Atas, Lorong Perda Utama 7, Pulau Pinang Tel : 04-5301927 / Fax : 04 301927 Email : admin@northernpersonaclub.com Website : www.norternpersonaclub.com

(5001-11-PPG)

Tarikh Rujukan YANG BERKENAAN. Y. Bhg. Dato/ Dato/ Datin /Tuan / Puan,

: 17 Mei 2013 : NPOC/KTK13(01)

PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI PROGRAM KEMBARA TITIAN KASIH 2013 Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas. 2. Northern Persona Owners Club (NPOC) adalan sebuah kelab sukan bermotor yang berdaftar dan telah banyak menjalankan kerja-kerja amal dan melibatkan kerja masyarakat di sekitar Pulau Pinang, Kedah, Perak dan juga negeri-negeri lain. 3. Sehubungan itu, NPOC untuk sekian kalinya bercadang untuk menganjurkan satu lagi program amal iaitu Kembara Titian Kasih 2013. Program ini berbentuk membuat lawatan dari rumah ke rumah dan memberi sumbangan dengan memberi fokus kepada golongan warga emas yang daif, orang kurang upaya serta ibu tunggal. Tujuan utama program ini adalah bagi menyampaikan rasa prihatin dan membantu golongan ini sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang. 4. Dengan rasa rendah diri, NPOC berharap agar Y. Bhg. Dato/ Dato/ Datin /Tuan / Puan dapat menimbangkan permohonan kami dan budi baik serta sifat pemurah serta kerjasama dari Y. Bhg. Dato/ Dato/ Datin /Tuan / Puan amatlah dihargai. Sumbangan Y. Bhg. Dato/ Dato/ Datin /Tuan / Puan boleh disalurkan melalui akaun bank seperti dibawah dan sila maklumkan kepada kami jika sebarang transaksi telah dibuat. Untuk makluman, pihak NPOC juga menerima sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada penerima Nombor Akaun NPOC : 5570 9050 1521 (Kelab Pemilik Persona Utara Malaysia) 5. Mengikut perancangan awal, program Kembara Titian Kasih 2013 ini akan diadakan pada ketetapan berikut : Tarikh Masa Lokasi : : : 14 Julai 2012 (Sabtu) 8.30 pagi Mukim 5 dan 10, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Diharap dengan adanya sumbangan dari pihak Y. Bhg. Dato/ Dato/ Datin /Tuan / Puan dapat meringankan beban dan memberikan sedikit keceriaan menyambut ketibaan Ramadhan kepada penerima. Kerjasama dan keprihatinan Y. Bhg. Dato/ Dato/ Datin /Tuan / Puan amatlah dihargai. Sebagai rujukan, disertakan bersama dengan lampiran kertas cadangan program. Sekian, terima kasih.

SUMBANGAN MEMBERIKAN SEBUAH SINAR HARAPAN Saya yang menjalankan tugas,

(MUHD RIFAIE B ABU BAKAR) Penyelaras Program 012-4908249

Anda mungkin juga menyukai