Anda di halaman 1dari 2

Bertentangan dengan strategi pengajaran secara langsung, pengajaran tidak langsung lebih bersifat tumpuan murid, walaupun kedua-dua

strategi pengajaran tersebut (langsung dan tidak langsung) merupakan dua strategi yang saling melengkapi antara satu dengan lain. Strategi pengajaran tidak langsung memerlukan penglibatan yang tinggi dari kalangan murid semasa membuat pemerhatian, penyiasatan, menghasilkan inferens daripada data atau membentuk hipotesis. Strategi pengajaran tidak langsung mengambil kira minat dan rasa ingin tahu murid yang akan menggalakkan mereka untuk menjana alternative atau untuk menyelesaikan masalah. Peranan guru beralih daripada pengajar / pengarah kepada fasilitator, pemberi sokongan dan menjadi sumber rujukan. Guru akan menyusun serta mengatur persekitaran pembelajaran dengan menyediakan peluang untuk penglibatan murid, dan apabila dirasakan sesuai, akan memberikan maklum balas kepada murid semasa mereka melakukan inkuiri (Martin, 1983). Strategi pengajaran tidak langsung merupakan strategi berpusatkan pembelajaran yang akan menggalakkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran. Dengan demikian strategi pengajaran tidak mlangsung ini dapat menggalakkan pemahaman pembelajaran yang sebenar-benarnya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terlibat adalah seperti berikut: Kajian kes Prosedur cloze Pencapaian konsep Pembentukan konsep Pemetaan konsep Inkuiri Penyelesaian masalah Mencari makna Pembelajaran reflektif Kebaikan

Strategi pengajaran tidak langsung membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka. Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan dipaksakan ke atas murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator. Strategi pengajaran tidak langsung dapat menggalakkan kreativiti dan membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah. Pembelajarn yang berasaskan sumber ini membolehkan berlaku pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan luas. Kelemahan Strategi pengajaran secara tidak langsung lebih bersifat tumpuan pembhelajaran. Oleh yang demikian, tempoh untuk berlaku pembelajaran yang optima akan mengambil masa yang panjang jika dibandingkan dengan pengajaran secara langsung. Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya untuk mengawal pembelajaran murid-muridnya, dan ini mungkin boleh menyebabkan rasa ketidakselesaan di kalangan murid. Selain itu, lebih banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksaannya untuk membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai