Anda di halaman 1dari 1

Jurnal Reflektif Minggu 1 23 Julai 27 Julai 2012 ISI YANG DIFOKUSKAN Pada 23 Julai 2012, saya telahpun melaporkan

n diri di Sekolah Kebangsaan Mengkuang bersama rakan dari IPG Kampus Tuanku Bainun. Saya dan rakan saya diberi kepercayaan untuk mula mengajar pada keesokkan harinya. Berbanding rakan-rakan lain yang melakukan praktikum di sekolah lain, mereka kebanyakkannya mula mengajar pada minggu berikutnya. Tetapi saya telahpun diberi mandat untuk memulakan pengajaran pada minggu pertama di sekolah. Ini membolehkan saya mula merancang sesi pengajaran saya. ANALISIS MASALAH Melalui sesi pengajaran sepanjang minggu pertama ini, saya dapati saya perlu memfokuskan kepada cara pengawalan kelas. Melalui nasihat-nasihat guru di sekolah dan juga pensyarah, saya mengaplikasikannya di dalam kelas. Antaranya, sewaktu suai kenal kali pertama, saya perlu menetapkan peraturan kelas, bercakap dengan intonasi yang tegas dan jelas, menunjukkan riak wajah yang serius dan banyak lagi. Namun, hasil yang saya perolehi murid-murid masih lagi mengambil sikap acuh tidak acuh pada arahan saya. Mungkin sifat fizikal saya yang kecil menjadikan murid tidak takut kepada saya. CADANGAN / PELAKSANAAN Oleh itu, saya perlu menggunakan cara atau strategi yang lain bagi mengawal kelas. Melalui soal selidik dan temu bual bersama guru-guru di sekolah berkenaan, murid-murid yang sukar dikawal seperti ini kadangkala mereka bertindak lebih agresif apabila guru bertindak meninggi suara atau garang. Cara lain ialah memberi teguran berhikmah. Selepas mendenda murid yang bermasalah, guru perlu memanggil murid tersebut dan menerangkan sebab / punca murid tersebut didenda bukan membiarkan murid tersebut tidak mengetahui punca mereka didenda. KESIMPULAN Kesimpulannya, saya masih lagi perlu bersifat tegas, tetapi saya perlu melakukan pendekatan berhikmah dengan murid-murid bermasalah ini.

Anda mungkin juga menyukai