Anda di halaman 1dari 7

KOLOPEN 2018 KOLOPEN KOLOKIUM PENDIDIKAN

Institut Pendidikan Guru


Kampus Perempuan Melayu Melaka

KOLABORASI GURU DAN IBU BAPA TERHADAP AMALAN SOLAT MURID

SIRAH NASRIAH BINTI MOHD TAJUDDIN, MOHD JASMY ABD RAHMAN

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji kolaborasi antara guru dan ibu bapa dari sudut komunikasi,
masa dan juga peneguhan dengan amalan solat murid. Kajian ini adalah kajian kauntitatif
dan soal selidk digunakan dalam kajian ini dengan menggabungkan instrument daripada
kajian-kajian yang lalu. Dijangkakan dapatan kajian ini dapat menjadi rujukan kepada
pengkaji-pengkaji lain tentang kolaborasi antara guru dan ibu bapa dari sudut komunikasi,
masa dan juga peneguhan dengan amalan solat murid. Kajian ini diharapkan dapat
membantu menyelesaikan masalah penurunan bilangan murid yang menunaikan solat
semasa di rumah mahupun di sekolah.

Kata kunci: Kolaborasi, guru, ibu bapa, solat, murid

PENDAHULUAN

Solat merupakan ibadah wajib yang diperintahkan Allah kepada semua manusia yang
beriman kepada-Nya. Kefardhuan solat disampaikan secara terus kepada Rasulullah S.A.W
melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj. Berbanding ibadah-ibadah lain yang disampaikan
melalui perantaraan Malaikat Jibrail, ibadah solat Allah sampaikan terus kepada Nabi
Muhammad. Ini jelas menunjukkan bahawa solat adalah ibadah yang wajib yang perlu
didirikan. Tujuan penciptaan manusia oleh Allah juga adalah supaya manusia ini beribadah
kepada-Nya.

Tetapi sebaliknya yang berlaku, manusia lebih lalai dalam melaksanakan tuntutan
ibadah yang utama ini. Ini jelas dapat dilihat pengabaian solat oleh masyarakat kini
terutamanya golongan remaja. Pendidikan agama Islam telah diberikan sebaiknya semasa di
sekolah. Ilmu agama disampaikan oleh guru-guru Pendidikan Islam yang terlatih namun
pengamalan solat masih lagi lemah dalam kalangan remaja.

Permasalahan ini berdasarkan pemerhatian terhadap murid Tahun 4, 5 dan 6 dalam


mengamalkan ibadah solat yang telah dipelajari di rumah. Walaupun telah diajar dalam
PdPc dan diberikan peneguhan dengan pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS), didapati
sebahagian besar murid tidak solat ketika berada di rumah.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pendidikan anak-anak. Dalam soal
keagamaan ibu bapalah yang mencorakkan anaknya untuk menjadi seorang muslim yang
baik atau sebaliknya. Tanggungjawab untuk mengajar dan mendidik anak dalam
mengamalkan solat perlu disambut dan disambung oleh ibu bapa semasa di rumah.

1
KOLOPEN 2018 KOLOPEN KOLOKIUM PENDIDIKAN
Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu Melaka

Kajian ini berdasarkan pemerhatian kepada tingkah laku murid Tahun 4, 5 dan 6
dalam mengamalkan ibadah solat yang telah dipelajari di rumah. Walaupun telah diajar
dalam PdPc dan diberikan peneguhan dengan pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS),
didapati sebahagian besar murid tidak solat ketika berada di rumah.

AMALAN SOLAT MURID

Solat adalah tuntutan wajib kepada semua manusia yang beriman kepada Allah. Tuntutan
solat menjadi wajib untuk dilaksanakan setelah seseorang itu mencapai akhil baligh. Namun
begitu, solat perlu diamalkan dan dipraktikkan seawal usia 7 tahun dan diberikan peneguhan
setelah mencapai usia 10 tahun jika seseorang itu masih lagi tidak mengamalkan solat dalam
kehidupan harian.

Namun yang membimbangkan bilangan murid yang tidak menunaikan solat


semakin meningkat. Hal ini kerana mereka sendiri tidak menguasai bacaan dan amali solat.
Ini dibuktikan melalui kajian Hasna Bidin, 2016 dalam Nursafira et al, 2012 bahawa
penguasaan pelajar dalam amali ibadah-ibadah khusus dan pengamalannya juga adalah
merupakan isu yang membimbangkan. Dapatan menunjukkan seramai 10% pelajar muslim
di Kolej Komuniti Jelebu gagal menguasai bacaan tahiyat akhir, 39% pelajar lagi gagal
menguasai amali wuduk dengan sempurna serta terdapat juga kelemahan dalam penguasaan
bacaan-bacaan sunat seperti doa iftitah dan doa qunut. Ini berpunca daripada penguasaan di
peringkat sekolah rendah lagi yang masih lemah. Oleh itu, penurunan bilangan murid yang
menunaikan perlu diatasi dan penguasaan pemahaman mereka mengenai solat perlu
ditingkatkan.

Selain itu, sikap sambil lewa murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
mengenai solat dilaksanakan. Terdapat berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi
membantu murid yang tidak cakna mengenai solat semasa PdPc dan dibantu pula diluar
PdPc iaitu, Kem Bestari Solat(KBS). Namun masih terdapat murid yang gagal untuk
menghadiri KBS. Hal ini kerana, murid tidak berminat dengan program untuk solat di
sekolah. Ini dibuktikan dalam kajian Asmawati Suhid et.al, 2009 menyatakan murid tidak
mahu dan kurang berminat untuk solat di sekolah. Perkara ini berlaku kerana solat pada
mereka bukanlah satu perkara yang kebiasaannya dilakukan oleh mereka. Oleh itu, sikap
sambil lewa dan kurang berminat murid terhadap solat perlu ditangani agar solat menjadi
perkara paling penting dalam kehidupan harian mereka.

Solat dianggap sebagai perkara yang membazirkan masa. Hal ini kerana
masyarakat kini lebih cenderung dengan hal-hal keduniaan. Ini dibuktikan melalui kajian
Nur Faridah Abdullah, 2016 dalam Rosmaziah Binti Abdul Kadir @ Ismail (2009)
menyatakan kebanyakan masyarakat Islam termasuk murid-murid lebih cenderung ke arah
keduniaan daripada melakukan ibadat kepada Allah SWT. Dalam erti kata yang lain,mereka
sukar untuk melakukan ibadat solat termasuklah ibadat-ibadat sunat. Ini disebabkan mereka
sibuk dalam aktiviti kehidupan seharian. Disebabkan kesibukan tersebut mereka lalai untuk
mendirikan solat. Mereka banyak menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang
tidak berfaedah atau maksiat. Kealpaan dan kelalaian menyebabkan mereka lupa kepada

2
KOLOPEN 2018 KOLOPEN KOLOKIUM PENDIDIKAN
Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu Melaka

Allah. Oleh itu, tanggapan bahawa solat itu perkara yang sia-sia perlu diubah agar
masyarakat mula melihat solat bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan.

Berdasarkan kepada isu-isu yang dibincangkan di atas perlu kepada satu langkah
penyelesaiannya kerana daripada pihak guru dan sekolah pelbagai langkah telah diambil dan
dilaksanakan. Namun masalah masih lagi berlaku ini kerana kurang penglibatan ibu bapa /
penjaga dalam memberikan peneguhan mengenai kepentingan solat ketika di rumah. Dalam
memberikan didikan agama, ibu bapalah yang memainkan peranan terpenting dalam
kehidupan anak-anak, melalui sokongan dan dorongan yang baik oleh ibu dan bapa setiap
perkara dapat dilaksanakan dengan baik. Menurut Ismail Ibrahim, 2002 dalam Zulkifli Abd.
Hamid et al, ( 2011 ) ibu bapa memainkan perana terpenting dalam membentuk sahsiah dan
keperibadian diri anak-anak. Ini turut disokong oleh Lareau (1987) dalam Suresh Kumar,
2016 menyatakan, ibu bapa melihat hubungan kerjasama antara ibu bapa dan guru sebagai
salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan pendidikan anak mereka di sekolah. Ini jelas
menunjukkan sokongan dan dorongan ibu bapa perlu kepada perubahan anak-anak selain
sokongan pihak sekolah dan guru. Oleh itu, dalam meningkatkan amalan solat di rumah
memerlukan kerjasama serta kolaborasi yang baik daripada ibu bapa agar penyampaian ilmu
yang telah disampaikan oleh guru dapat diamalkan dengan sebaiknya.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Perbahasan kajian ini turut mengupas mengenai elemen-elemen utama yang berkaitan
dengan kolaborasi guru dan ibu bapa dengan amalan solat murid.

PERANAN GURU

Guru memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kerana guru adalah medium
menyampaikan input kepada murid-murid. Menurut Wentzel, K. R. (2009) dalam Ahmad
Firdaus Mohd Noor et. al (2016) , guru yang memberikan kesan kepada murid adalah guru
yang dapat membina hubungan yang baik dengan muridnya dari segi emosi yang intim,
selamat, dan boleh dipercayai. Apabila hubungan yang baik antara guru dan murid telah
dibina, maka mudahlah pengaliran ilmu dan juga input yang disampaikan oleh guru kepada
murid berlaku.

Bagi seseorang individu yang ingin bergelar guru perlulah mendapatkan latihan
ikhtisas yang melayakkannya bergelar guru dan dapat memberikan pengajaran kepada
kliennya(murid). Dari sudut kelayakkan semua guru mempunyai taraf yang sama namun
yang membezakan seorang guru dengan guru yang lain adalah cara pendekatan guru dalam
mendalami dan memahami anak didiknya. Guru di sekolah memainkan peranan yang
pelbagai selain peranan utama sebagai pendidik dan pengajar guru juga memainkan peranan
sebagai pembimbing, kaunselor, pelaksana kurikulum, pengawal kelas, fasilitator dan
sebagai penilai. (Khairunnisa, 2017).

Di sekolah guru telah banyak menyampaikan informasi dan membantu anak


didiknya dengan sebaik mungkin, namun jika usaha guru dalam membentuk kemenjadian
murid ini hanya bergantung kepada guru dan sekolah sahaja, mungkin impian untuk

3
KOLOPEN 2018 KOLOPEN KOLOKIUM PENDIDIKAN
Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu Melaka

merealisasikan kemenjadian murid tidak akan berjaya jika ibu bapa tidak memberikan
kerjasama yang baik bagi menyambung gerak kerja yang telah dilaksanakan oleh guru.

PERANAN IBU BAPA

Berdasarkan kepada pandangan dan kajian lepas dapat disimpulkan bahawa terdapat
hubungan yang membuktikan terdapat hubungan antara penglibatan ibu bapa dengan
perubahan anak-anak dalam pendidikan. Menurut Paezah Ab. Halim et. al ( 2014 ) beliau
telah menyatakan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak-anak di sekolah
membolehkan anak-anak dapat melihat peranan yang berbeza daripada ibu bapa. Terdapat
kajian yang menyatakan bahawa terdapat empat peranan yang dimainkan oleh ibu bapa yang
dapat menyumbang kepada pembelajaran kanak-kanak iaitu ibu bapa sebagai guru, ibu bapa
sebagai penyokong, ibu bapa sebagai peguam dan ibu bapa sebagai pembuat keputusan
(Henderson & Bella, 1994). Ibu bapa yang selalu dilihat oleh anak-anak di rumah adalah
sebagai penjaga atau pengasuh untuk mereka bertukar peranan menjadi guru apabila ibu
bapa mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran mereka semasa di sekolah.

Dengan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran ini akan memberikan
persepsi yang berlainan kepada anak-anak akan peranan ibu bapa itu sendiri. Anak-anak
akan mempelajari sedikit demi sedikit bahawa ibu bapa mereka juga boleh menjadi guru
bukan sahaja di sekolah malah di rumah juga. Di samping itu, ibu bapa yang telah
didedahkan dengan aktiviti pembelajaran di sekolah boleh mempraktikkan aktiviti tersebut
di rumah juga. Hal ini bagi memberi pendedahan kepada anak-anak berkenaan aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan yang akan dilakukan oleh mereka sama ada di sekolah
mahupun di rumah.

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah rendah dalam kajian
ini berada pada tahap yang baik bagi tiga jenis penglibatan iaitu sebagai memenuhi
tanggungjawab sebagai ibu bapa, pembelajaran di rumah dan pembuat keputusan manakala
penglibatan ibu bapa dalam komunikasi berada pada tahap sederhana (Aida Hartini Mahmud
et. al, 2017 ). Walaubagaimanapun mereka percaya jika mereka mempunyai latar belakang
pendidikan yang baik, mereka lebih cenderung untuk membantu pembelajaran anak-anak
ketika di rumah serta berkomunikasi dengan guru yang mengajar anak mereka. Oleh itu,
pihak sekolah disarankan agar mengadakan program strategik yang boleh membantu ibu
bapa dalam melaksanakan pembelajaran di rumah memandangkan strategi pembelajaran ibu
bapa sangat jauh berbeza dengan strategi pembelajaran anak-anak. Program yang
melibatkan pihak sekolah dan ibu bapa seperti sarana ibu bapa dan sarana sekolah yang
dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan harus dimanfaatkan sepenuhnya kerana ia
berkemampuan meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.

Ini bertepatan dengan kehendak Kementerian Pendidikan dalam mendorong


penglibatan ibu bapa dengan pelajaran anak-anak dengan adanya program sarana ibu bapa.
Namun sarana ibu bapa ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa mendokongan yang
padu daripada pihak sekolah. Ini disokong oleh Suresh Kumar, 2016 dengan menyatakan
dengan adanya permintaan pihak sekolah kepada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam
aktiviti di sekolah menyebabkan ibu bapa berasa diri mereka dihargai dan membolehkan ibu
bapa meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap usaha sekolah membantu pendidikan
anak-anak mereka. Kenyataan ini juga didokong oleh Kajian Overstreet et al. (2005) pula

4
KOLOPEN 2018 KOLOPEN KOLOKIUM PENDIDIKAN
Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu Melaka

mendapati kesediaan pihak sekolah untuk mendengar pandangan ibu bapa dan mengadakan
aktiviti untuk ibu bapa mendorong penglibatan ibu bapa di sekolah. Dalam hal ini, peranan
sekolah menyediakan iklim sekolah yang membolehkan ibu bapa berasa diri dihargai
mendorong penglibatan ibu bapa di sekolah.

Proses pendidikan tidak mungkin dapat diuruskan oleh pengurusan sekolah itu
sahaja. Pelaksanaan program di sekolah perlu melibatkan pelbagai pihak sebagai
“stakeholder” yang terdiri daripada ibubapa, masyarakat, dan pihak industri. Sekolah yang
cemerlang dan berkesan diterajui oleh pentadbir dan guru-guru yang bersedia melakukan
perubahan dan juga kerjasama yang padu dari semua pihak terutama para ibubapa. (Hardi
Selamat Hood, 2016)

Dalam kajian yang dijalankan oleh Zulkifli Abd. Hamid et.al (2011), menunjukkan
tahap komunikasi antara ibu bapa dan juga anak-anak semasa di rumah adalah pada tahap
sederhana sahaja. Antara aspek komunikasi yang dibincangkan adalah cara menggalakkan
anak-anak untuk menambahkan ilmu pengetahuan, mengulangkaji matapelajaran, dan
membuat latihan. Komunikasi yang lebih berkesan antara ibu bapa dan anak-anak perlu
digalakkan lagi seperti memberikkan sokongan dan peneguhan atas setiap kejayaan yang
dicapai olleh anak-anak mereka.

Dalam Jenny Povey (2016) menunjukkan penglibatan ibu bapa dalam pencapaian
dan pendidikan anak-anak semakin menurun apabila anak-anak mereka semakin meningkat
dewasa. Selain itu, sifat keterbukaan pihak pentadbir dan guru-guru juga memainkan
peranan penting dalam menggalakkan penglibatan ibu bapa dengan pihak sekolah dan anak-
anak.

KOLABORASI GURU DAN IBU BAPA

Bagi mewujudkan hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru pelbagai langkah telah
diambil seperti dengan penubuhan organisasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di setiap
sekolah, langkah ini diambil untuk mewujudkan permuafakatan yang baik antara ibu bapa
dan guru. Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2001 dengan jelas menekankan peranan
PIBG di sekolah yang dapat membantu perkembangan pendidikan anak-anak melalui
peningkatan mutu pengajaran guru-guru.

Selain itu, terdapat juga program Sarana Ibu Bapa yang dilancarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu ibu bapa dalam melibatkan diri dalam
pendidikan anak-anak. Sarana ibu bapa memberikan garis panduan kepada ibu bapa untuk
bertindak sebagai mentor, jurulatih dan penyokong.

Menurut Mohd Ismail (2004) dalam Zainon bt Omar (2008) menyatakan bahawa
pembentukkan insan yang baik bukan hanya melalui keadaan bilik darjah yang kondusif,
pembentukan nilai dan moral murid yang baik, pengurusan disipllin yang cemerlang semata-
mata tetapi haruslah mendapat sokongan dan kerjasama ibu bapa. Menurutnya ibu bapa di
negara kita menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab dalam mendidik anak-anak kepada
guru dan sekolah.

5
KOLOPEN 2018 KOLOPEN KOLOKIUM PENDIDIKAN
Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu Melaka

Sekiranya ibu bapa terbuka untuk sama-sama mengembleng tenaga dan kerjasama
dalam memperkasakan pendidikan anak-anak, sudah semestinya kejayaan dalam pendidikan
di sekolah tersebut dapat direalisasikan. Eow Yee Leng et. al(2017) menyatakan kerjasama
yang baik daripada ibu bapa dan komuniti menghasilkan kejayaan pihak sekolah di
peringkat yang optimum. Hasil kolaborasi dan kerjasama yang baik daripada ibu bapa telah
menjana kekuatan, kecekapan, kualiti, kelestarian serta kejayaan yang dapat
ditransformasikan ke dalam penghasilan modal insan berkualiti.

KESIMPULAN

Kolaborasi guru dan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak memberikan kesan yang
sangat mendalam terhadap pencapaian dan perubahan mereka. Ibu bapa sebagai guru yang
pertama dalam hidup anak-anak memainkan peranan terpenting dalam setiap aspek dan
keperluan anak-anak, manakala guru pula memainkan peranan sebagai penyampai ilmu
yang lebih formal.

Seperti juga pendidikan dan ilmu akademik, amalan solat juga menjadi
tanggungjawab utama ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka dapat
mengamalkannya dalam kehidupan harian. Di sekolah guru telahpun melaksanakan pelbagai
program untuk mendidik anak-anak agar menunaikan solat dan menerangkan betapa
pentingnya solat bagi seorang muslim, jika ibu bapa dapat meneruskan peneguhan
pelaksanaan solat di rumah, anak-anak akan sedar bahawa, solat bukan sekadar didirikan
kerana dipaksa tetapi solat adalah perkara yang wajib ditunaikan.

Dalam kajian Asmawati Suhid et.al ( 2009 ), menyatakan bahawa minat murid
dalam melaksanakan solat semasa di sekolah berada di tahap sederhana. Ini
berkemungkinan kerana amalan solat adalah perkara yang jarang-jarang ditunaikan semasa
di rumah, ini menyebabkan mereka rasa terbeban dengan pelaksanaan solat semasa di
sekolah. Oleh itu, menjadi tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam memastikan anak-
anak menunaikan solat di rumah.

Dengan adanya penglibatan ibu bapa melalui komunikasi yang berkesan,


peneguhan dan juga meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak dapat memastikan
peningkatan terhadap amalan solat anak di rumah.

6
KOLOPEN 2018 KOLOPEN KOLOKIUM PENDIDIKAN
Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu Melaka

RUJUKAN

Ahmad Mohd Nor Firdaus et. al. 2016. Pembinaan Hubungan Antara Guru dan Pelajar.

Aida Hartini Mahmud et.al.2017. Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Anak-
Anak Di Sekolah Rendah

Asmawati Suhid. 2009, Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Kem Bestari Solat

Eow Yee Leng et. al.2017. Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam
Memperkasakan Sekolah

Hardi Selamat Hood. 2016. Penglibatan Ibubapa Sebagai Pengurus Komite Sekolah
Terhadap Kualiti Pendidikan

Hasna Bin Bidin.2016. Pelaksanaan Solat Dalam Kalangan Pelajar Muslim Di Kolej
Komuniti Negeri Johor

Jenny Povey. 2016. Engaging parents in schools and building parent-school


partnerships: The role of school and parent organisation leadership

Khairunnisa. 2017. Peranan Guru Dalam Pembelajaran.

Nur Faridah binti Abdullah.2016. Amalan Solat Fardhu Murid Tahun Tiga Di Sekolah
Rendah

Paezah Abd. Halim et al. 2014. Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Aktiviti
Pembelajaran Kanak-Kanak Di Prasekolah

Suresh Kumar N Vellymalay. 2016. Kerjasama Pihak Sekolah Dan Penglibatan Ibu
Bapa India Dalam Pendidikan Anak Di Sekolah Kebangsaan

Zainon bt Omar. 2008. Persepsi Guru Terhadap Hubungan Pihak Sekolah Dengan Ibu
Bapa: Proposal

Zulkifli Abd. Hamid. 2011. Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa dan Pencapaian
Akademik Pelajar Miskin di Negeri Selangor

Anda mungkin juga menyukai