Anda di halaman 1dari 2

Penglibatan ibu bapa dengan sekolah boleh diklasifikasikan sebagai ibu bapa mengambil

peranan sebagai guru, pemimpin, penderma dan rujuk pakar dan ia juga boleh dikelaskan kepada
dua kategori iaitu penglibatan di rumah dan penglibatan di sekolah. Hal ini menunjukkan bahawa
penglibatan ibu bapa dalam PIBG sangat penting dalam menjamin pembelajaran dan prestasi
murid-murid. Mengikut kajian lepas, penglibatan ibu bapa di rumah adalah lemah. Hal ini akan
sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran atau prestasi murid-murid kerana ibu bapa masih
kurang cakna dalam kepentingan penglibatan ibu bapa yang aktif di rumah terhadap anak-anak.
AAM Salim, KF Khairuddin (2020)

Komunikasi yang baik antara sekolah dan ibu bapa adalah penting kerana ibu bapa perlu
mengemas kini dari segi prestasi dan kemajuan anak mereka. Secara ringkas, aspek komunikasi
positif dan keibubapaan secara langsung akan meningkatkan motivasi pelajar untuk mendapat
pencapaian yang cemerlang. Hal ini kerana pencapaian akademik pelajar juga bergantung kepada
tahap motivasi mereka untuk berusaha belajar. (Norzahida) Namun begitu, menurut kajian lepas,
didapati bahawa penglibatan ibu bapa dalam aspek komunikasi adalah tidak memuaskan dan
menunjukkan tidak ada hubungan dua hala yang positif antara sekolah dan ibu bapa. (Shanti
Ramalingam, et.al 2019)

Kajian yang dijalankan oleh Norjumira Abd Raof, et.al (2020) mendapati bahawa tahap
penglibatan ibu bapa dari perspektif ibu bapa di sekolah dalam kajian ini keseluruhannya adalah
berada pada tahap yang sederhana. Jelaslah bahawa segelintir ibu bapa masih tidak dapat
memberikan kerjasama yang baik dalam melibatkan diri terhadap pembelajaran anak-anak di
sekolah.

Menurut Norzahida, kecemerlangan akademik juga perlu seiring dengan kecemerlangan


aspek-aspek yang lain seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, pengurusan diri, akhlak dan
personaliti kerana secara tidak langsung ia banyak membantu ke arah pencapaian akademik yang
cemerlang. Hal ini dapat direalisasikan dengan kerjasama ibu bapa dan guru dalam PIBG.
Abd Raof, N., Ishak, M. S., Mohamad, M. S., Ali, M. A. Z., & Ibrahim, A. Z. (2020). Tahap
Penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak-kanak di Taska Kemas. Jurnal Kesidang, 5(1), 112-
118.
Mohamed, N. B. Komitmen Ibu Bapa Menerusi PIBG dalam Membantu Akademik Pelajar.
Ramalingam, S., Maniam, M., & Karuppanan, G. (2019). Penglibatan Ibu Bapa Dalam
Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Tamil Di Selangor (Parents Involvement in Selangor
Tamil School Students’ Academic Achievement). Muallim Journal of Social Science and
Humanities, 3(3), 308-323.
Salim, A. A. M., & Khairuddin, K. F. (2020). Penglibatan ibu bapa dalam Pendidikan murid
berkeperluan khas. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 265-282.

Anda mungkin juga menyukai