Anda di halaman 1dari 1

Perkara yang penting dalam konsep penyelesaian masalah ialah bagaimana seorang murid dapat mencari jalan untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Konsep penyelesaian masalah memberikan saya peluang untuk memberikan idea, pandangan dan cara penyelesaian masalah yang diteroka sendiri. Secara tidak langsung saya juga membina kemahiran menyusun, mengkategori, membanding beza dan menganalisis masalah yang diberikan kepada saya.

Saya telah mempelajari tiga aspek yang penting iaitu mengajar untuk penyelesaian masalah, mengajar mengenai penyelesaian masalah dan mengajar melalui penyelesaian masalah. Setelah memahami ketiga-tiga aspek tersebut, saya dapat membuat kesimpulan bahawa ketiga-tiga aspek yang dinyatakan diatas tidak boleh diajar secara berasingan. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah pelajar harus melalui pengalaman menyelesaikan masalah, strategi dan kemahiran penyelesaian itu sendiri.

Masalah kehidupan sebenar dapat diselesaikan melalui konsep penyelesaian masalah. Contohnya, mengukur luas sesuatu meja. Kita dapat mengaplikasikan konsep pai (3.142) yang dipelajari semasa waktu persekolahan. Contoh masalah kehidupan yang lain adalah membandingkan aktiviti masa lapang yang digemari antara lelaki dan perempuan.

Anda mungkin juga menyukai