Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI PRAVEEN NAIDU A/L KALAI SELVEM 911110-01-6319 Bersyukur saya Tuhan kerana dengan limpah kurniaan dan

nikmat-Nya, kami kumpulan Semester Dua Pengajian Pengkhususan Bahasa Inggeris telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) pada 21 September 2013 bersamaan pada hari sabtu, bertempat di Bilik Unit Bahasa Inggeris, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyokong program IPG Lestari di samping memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan

bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Sepanjang program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan umum dalam usaha kami untuk menjayakan program ini. Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya dapat adalah bermula daripada kami membuat perancangan awal lagi iaitu lokasi untuk melaksanakan program BIG dan pembahagian tugasan yang diberi. Kami memilih lokasi ini kerana kami berpendapat bahawa berbakti di dalam IPG sendiri adalah satu permulaan yang baik sebelum berbakti di luar kawasan IPG. Hal ini telah mengajar saya supaya kita lebih menghargai IPG kita sendiri. Tambahan pula, kami juga berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan dan bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru pelatih dan pensyarah. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tugasan tertentu. Walaupun begitu, kami tetap membantu kumpulan yang lain untuk menyiap tugasan mereka. Selain itu, kami juga memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam usaha kami mendapatkan keperluan yang penting sebelum program dijalankan iaitu mendapatkan peralatan asas yang diperlukan untuk membersihkan Bilik Unit Bahasa Inggeris itu nanti seperti penyapu, penyeduk dan feather duster serta mengumpul

modal untuk membeli makanan dan barang-barang yang mungkin diperlukan. Saya bersyukur kerana kami dapat hadapi semuanya dengan baik tanpa sebarang kekangan. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya dapat kenalpasti sepanjang program BIG ini.

Kekuatan: Dari segi kekuatan, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan program BIG ini kerana diadakan di dalam kawasan institut yang mana kami tidak perlu besusah payah untuk mencari kenderaan dan kos yang diperuntukkan juga agak jimat. Kesemua aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam tentatif program BIG ini. Lokasi untuk menjalankan aktiviti juga lebih selamat dan selesa serta mempunyai kemudahan yang cukup kondusif. Selain itu, dari segi keperluan makanan adalah mencukupi dan menyeronokkan apabila kami dapat makan bersama-sama selepas membersihkan bilik Unit Bahasa Inggeris dengan mentor. Hal ini akan dapat membina semangat kekeluargaan dan kasih sayang di antara kami mentor. Dari segi keselamatan pula, sepanjang program ini tidak ada berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan yang serius. Tambahan pula, persiapan dalam kalangan ahli kumpulan khususnya kumpulan saya adalah rapi dan cukup bersedia dari segi peralatan. Kesemua peserta berjaya melaksanakkan tugasan mereka dengan sempurna. Semua kumpulan dapat

memberikan kerjasama dan memberikan komitmen yang terbaik semasa pembersihan dijalankan.

Kelemahan: Dari segi kelemahan yang saya dapat lihat sepanjang program ini, kelemahan yang pertama saya lihat adalah dari segi pembahagian tugasan bagi setiap guru pelatih. Pengurusan yang tidak teratur dapat lihat apabila sebahagian guru pelatih

hanya mendapat satu tugasan biarpun pada perancangan awal setiap guru pelatih mendapat dua tugasan. Selain itu juga, tentatif program perlu dimaklumkan lebih awal iaitu sekurang-kurangnya seminggu awal dari tarikh program itu dijalankan supaya guru pelatih tahu apa yang mereka perlu buat dan dapat bersedia lebih awal. Kesimpulannya, program BIG pada kali ini telah mencapai objektif utamanya iaitu untuk menyokong IPG Lestari serta memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Segalanya berjalan dengan begitu sempuran tanpa sebarang kekangan. Namun begitu, kelemahan yang dikenal pasti juga perlu diambil kira supaya penambahbaikan boleh diberi untuk program sebegini yang bakal kami adakan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai