Anda di halaman 1dari 23

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Bil. 2/2011 Tarikh Masa Tempat : : : 28 JUN 2011 09.

00 11.30 PAGI BILIK MESYUARAT UTAMA ARAS 17, MENARA 2,BLOK 5G2 PUTRAJAYA KETUA SETIAUSAHA Seperti di Lampiran A

Pengerusi Kehadiran

: :

I. 1. 2.

PERUTUSAN PENGERUSI YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir. YBhg. Datuk Pengerusi menyarankan mengenai pemerkasaan sistem kewangan. Beliau menasihatkan agar semua pegawai baru menghadiri kursus kewangan. Pengwujudan PID turut membantu ke arah ini. YBhg. Datuk Pengerusi mencadangkan agar wakil-wakil dari Politeknik dan Kolej Komuniti turut dijemput untuk mesyuarat akan datang. Beliau turut berharap KPT akan mendapat penarafan 4 bintang dalam Pengauditan Indeks Akauntabiliti yang telah dijalankan oleh Jabatan Audit Negara pada bulan Januari dan Februari 2011. Penarafan 4 bintang ini secara tidak langsung dapat membantu KPT mendapat markah yang lebih tinggi dalam ranking Star Rating MAMPU. YBhg. Datuk Pengerusi menekankan agar semua PTJ menjalankan kaedah yang berkesan dan mematuhi peraturan kewangan supaya 1

3.

4.

semua kesalahan/ketidakpatuhan dielakkan dan tidak berulang. 5.

peraturan

kewangan

dapat

YBhg. Datuk Pengerusi juga menyarankan ke arah memperkasakan pengurusan stor dan mencadangkan agar stor harus dibuat kaedah 5s dalam masa 2 bulan supaya dapat dikenalpasti kehilangan barang. Beliau juga turut mengumumkan akan diadakan pertandingan pengurusan stor terbaik dan keputusannya akan diumumkan pada akhir bulan November. Bahagian Kewangan diberi tanggungjawab menyediakan kriteria pertandingan 5s bagi stor. Permohonan yang melibatkan perkara kewangan perlu dihantar melalui Bahagian Kewangan dengan segera untuk mengelak sebarang permasalahan timbul pada masa akan datang. YBhg. Datuk Pengerusi juga mengumumkan akan mengedarkan pekeliling kepada semua pegawai Jabatan/PTJ/Ketua Eksekutif/Pengarah Politeknik, Kolej Komuniti dan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia melalui surat dan emel dan disalinkan kepada KSN dan Ketua Audit Negara. Pekeliling berkenaan menekankan mengenai pematuhan kepada peraturan kewangan. Antaranya : Kelewatan pembekalan peralatan Kelewatan penyiapan projek Denda yang tidak dikenakan Pelantikan Jawatankuasa Sebutharga tidak dibuat oleh Pegawai Pengawal Pembekalan peralatan telah dibuat kontrak pusat tetapi dibuat pembelian sendiri Kehilangan lewat dilaporkan Memecahkecilkan perolehan Integrity pack belum diamalkan PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Minit Mesyuarat Bil.1/2011 bertarikh 28 Jun 2011 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.

6.

II. 7.

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT (a) 8. Kursus Berkaitan Pengurusan Kewangan Mesyuarat mengambil maklum bahawa : (a) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Bahagian Kewangan, Bahagian Akaun dan Unit Audit Dalam sedang melaksanakan lima(5) siri Seminar Keutuhan Pengurusan Kewangan Peringkat Pusat Tanggungjawab(PTJ) mengikut zon.

9.

Mesyuarat mengambil perhatian : (a) Akan keterangan bahawa di peringkat Kolej Komuniti semua pegawai telah diberikan kursus berkaitan pengurusan kewangan.

(b)Akan keterangan bahawa bagi kursus yang dianjurkan oleh BPSM di peringkat Menengah, kursus telah diadakan di 3 zon manakala baki 2 lagi akan dilaksanakan pada masa akan datang. 10. Mesyuarat BERSETUJU supaya kursus pengurusan kewangan wajib diberikan kepada setiap pegawai baru. Tindakan : SUB(S) (b) 11. Penubuhan Pasukan Inspektorat Dalaman (PID). Mesyuarat mengambil maklum bahawa: (a) PID telah melaksanakan pemeriksaan di Politeknik Hulu Terengganu dan laporan telah pun dikeluarkan.

(b)

PID juga telah melaksanakan pemeriksaan Fail Meja di semua bahagian KPT dan tindakan terhadap penemuan berkenaan perlu diambil dengan sewajarnya. Mesyuarat mengambil perhatian:

12. (a) 13.

Akan keterangan bahawa tindakan terhadap penemuan pemeriksaan Fail Meja perlu diambil oleh setiap bahagian.

Mesyuarat BERSETUJU supaya tempoh masa perlu dinyatakan dalam setiap tindakan semasa maklumbalas diberikan oleh setiap bahagian dan setiap Fail Meja perlu dikemas kini dari masa ke masa. PID diminta membuat pemeriksaan mengejut terhadap sampel Fail Meja Jabatan/Bahagian. Tindakan: Semua SUB/Ketua Unit

(c)

Laporan Susulan Berhubung Pemberian Kemudahan Kenderaan Rasmi Di IPTA. Mesyuarat mengambil maklum bahawa: (a) Surat rasmi telah dikeluarkan kepada UAD IPTA terlibat untuk diambil tindakan menyelesaikan perkara ini dan akan dibentangkan di dalam mesyuarat JPKA IPTA. Mesyuarat mengambil perhatian: (b) Akan keterangan bahawa setiap penggunaan kenderaan Jabatan hendaklah mendapat kelulusan Ketua Jabatan.Universiti Tun Hussein Onn telah mengambil tindakan menarik balik kenderaan tersebut dan menjadikannya sebagai kenderaan jabatan. Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Kementerian juga telah mengeluarkan satu pekeliling dalaman kepada semua IPTA berhubung isu Pemberian Kemudahan Kenderaan Rasmi Di IPTA kepada pegawai yang tidak layak mendapat kemudahan berkenaan. 4

14.

15.

(c)

Akan pandangan bahawa pemantauan berterusan perlu dibuat oleh pihak Unit Audit Dalam IPTA.

16. Mesyuarat BERSETUJU supaya garis panduan mengenai penggunaan kenderaan rasmi perlu disediakan bagi mengelakkan penggunaan untuk tujuan peribadi. Tindakan: UAD SUB(K) (c) Bil Talian Telefon yang Tinggi Dan Tidak Diketahui Penggunanya 17. Mesyuarat mengambil maklum bahawa : (a) Borang tuntutan bil telefon yang dikemaskini telah dikemukakan kepada semua pegawai melalui e mel pada 15 April 2011. Tindakan : Makluman (d) Pendahuluan Malaysia Diri Pegawai Jabatan Penuntut

18. Mesyuarat mengambil maklum bahawa : (a) Tunggakan Pendahuluan Diri Pegawai (Deposit Sewa Rumah) Jabatan Penuntut Malaysia di luar negara masih belum diselesaikan. (b) Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) telah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat JPT Bil. 1 tahun 2011 pada 11 April 2011 yang lalu dan satu mesyuarat dengan Kementerian Luar Negara (KLN) telah diadakan pada Mei 2011.

19. Mesyuarat mengambil perhatian : (c) Akan keterangan bahawa tunggakan Deposit Sewa Rumah hanya akan diselesaikan apabila pegawai tersebut balik ke Malaysia. (d) Akan pandangan bahawa tunggakan tersebut hendaklah dipotong daripada elaun seberang laut/gaji pegawai. Apabila pegawai balik, mereka bebas dari segala keberhutangan. 20 Mesyuarat BERSETUJU supaya : i. Pendahuluan Diri Pegawai (Deposit Sewa Rumah) hendaklah dipotong secara beransur setiap bulan sehingga selesai dari elaun seberang laut pegawai yang terlibat. Rekod surat-menyurat dan potongan tersebut hendaklah di selenggarakan. Tindakan: Pengarah BKP JPT SUB (Akaun)

ii.

IV. AGENDA TETAP MESYUARAT (a) Pemerhatian Audit Pengauditan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan 21. Mesyuarat mengambil maklum bahawa: (a) Pengauditan Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti oleh Unit Audit Dalam di JPT,JPP,JPKK dan AKEPT telah dilaksanakan dan laporan telah dikemukakan serta maklumbalas bagi keempat-empat Jabatan telah diterima. Antara isu yang disentuh semasa pembentangan maklumbalas 6

adalah kepentingan menghadiri latihan 7 hari setahun, daftar mel, pemeriksaan dan verifikasi stor dan dokumen-dokumen mengenainya telah dikemaskini, pengemaskinian daftar kad inden dan kad touch n go. Kursus-kursus yang sesuai untuk pemandu juga ada dibincangkan seperti team building, map reading, integriti, keselamatan jalan raya, komunikasi, protokol dan pengacaraan. 22. Mesyuarat BERSETUJU supaya prestasi pengurusan kewangan dipertingkatkan dan kelemahan-kelemahan diperbaiki. Tindakan: Makluman Mesyuarat mengambil maklum bahawa: (a) Bahagian Biasiswa telah ada sistem yang diwujudkan untuk menjalankan kutipan dengan lebih berkesan. Tindakan: Makluman Pengauditan Pengurusan Aset Alih Di Politeknik. Beberapa isu telah ditemui oleh UAD seperti berikut: I. 24. Tidak ada perancangan bagi pembelian Pesawat Cessna Mesyuarat mengambil maklum bahawa: (a) Bahagian Kewangan mempelawa tender berdasarkan permohonan daripada pihak Jabatan Pengajian Politeknik(JPP) untuk pembelian Pesawat Cessna melalui KPT/POL/6/2010. Spesifikasi bagi perolehan pesawat ini disediakan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum,JPP.

23.

25.

Mesyuarat mengambil perhatian i. Akan keterangan bahawa badan Pesawat Cessna dibeli sebagai mercu tanda untuk program MRO. Jabatan Pengajian 7

Politeknik juga memaklumkan bahawa telah menerima kelulusan bagi pembelian Pesawat Cessna tersebut. Bagaimanapun, didapati saiz pesawat tidak disesuaikan dengan tempat menyimpan pesawat tersebut. ii. 26. Akan keterangan bahawa Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengambil maklum akan perkara tersebut.

Mesyuarat MEMUTUSKAN agar pembelian dibuat mengikut keutamaan dan kepentingan bagi mengelak pembaziran. Tindakan : Makluman Peralatan Telah Dibangunkan. Dibekalkan Tetapi Perisian Belum Siap

ii.

27. Mesyuarat mengambil maklum bahawa: Pembelian peralatan menggunakan Wang Akaun Amanah hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Akaun Amanah dan pembelian tersebut hendaklah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Akaun Amanah sepertimana yang dinyatakan dalam Arahan Amanah. 28. Mesyuarat mengambil perhatian (a) Akan keterangan bahawa peralatan hardware telah dibekalkan kepada politeknik tersebut tetapi sistem belum siap dibangunkan. 29. Mesyuarat BERSETUJU bahawa pembelian peralatan menggunakan Wang Akaun Amanah hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Akaun Amanah dan pembelian tersebut hendaklah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Akaun Amanah sepertimana yang dinyatakan dalam Arahan Amanah. Tindakan : KP JPP/Pengarah Politeknik

iii. 30.

Latihan Belum Disempurnakan Tetapi Bayaran Penuh Telah Dibuat Mesyuarat mengambil maklum bahawa: Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah(PSA) telah mengambil tindakan tentang perkara ini dengan mengeluarkan memo peringatan kepada semua jabatan/bahagian dan unit di PSA.

31.

Mesyuarat BERSETUJU supaya pembayaran tidak dibuat sepenuhnya (100%) selagi semua bekalan atau perkhidmatan tidak dibekalkan. Tindakan: Semua Politeknik

iv. 32.

Kelewatan Pembekalan Peralatan dan Kehilangan Aset Lewat Dilaporkan Mesyuarat mengambil maklum bahawa: (a) Surat Setuju Terima bagi perolehan yang diuruskan oleh Kementerian telah dimasukkan klausa penalti dan telah mendapat kelulusan daripada Penasihat Undang-undang. Bahagian Kewangan telah mengambil tindakan untuk mengedarkan format surat tersebut kepada semua PTJ untuk digunapakai sewajarnya. b) Pihak Unit Audit Dalam telah menyediakan surat arahan yang ditandatangani oleh YBhg. Datuk Ketua Setiausaha kepada semua PTJ supaya mematuhi garis panduan kewangan yang ditetapkan dan menekankan tindakan akan diambil terhadap pegawai yang tidak mematuhi peraturan kewangan.

33.

Mesyuarat mengambil perhatian : a) Akan keterangan bahawa garis panduan perolehan yang dikeluarkan oleh UAD tidak diluluskan oleh Bahagian Kewangan untuk dicetak. 9

34.

Mesyuarat BERSETUJU supaya SUB(W) menyusulkan semula perkara tersebut untuk menimbangkan sewajarnya dan melaporkan kepada Y.Bhg. Datuk Pengerusi terhadap perkara ini. Tindakan: SUB(W)

Laporan Pemantauan Peruntukan Tambahan Mengurus Bagi Melaksanakan Kerja-kerja Penyelenggaraan Dan Pembaikan Di Politeknik Lawatan telah dijalankan di 6 Politeknik iaitu Politeknik Kota Bharu, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Port Dickson, Politeknik Johor Bahru, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu. Tujuan lawatan adalah untuk memastikan pematuhan kepada penyaluran peruntukan dan menjalankan susulan dari lawatan Y.Bhg. Datuk Ketua Setiausaha ke Politeknik Ungku Omar. Beberapa isu telah ditemui oleh UAD iaitu : i. 35. Kerja Pembasmian Anai-anai Tidak Dapat Dilaksanakan pada Tahun 2010 Mesyuarat mengambil maklum bahawa : a. 36. Kerja-kerja ini melibatkan masa dan tidak dapat dilaksanakan pada penghujung tahun 2010.

Mesyuarat BERSETUJU bahawa tindakan diambil dengan melaksanakan kerja-kerja tersebut pada tahun 2011. Tindakan : Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

10

ii. 37.

Kerja Membaikpulih dan Mengubahsuai Kuarters Di Politeknik Johor Bharu Dibuat Tanpa Kebenaran JKR Mesyuarat mengambil maklum bahawa : a) Kerja pengubahsuaian 2 unit kuarters telah dibuat tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak JKR.

38.

Mesyuarat mengambil perhatian bahawa : (a) Penambahan kuarters adalah di bawah kawalan politeknik dan bukannya Jabatan Kerja Raya.

39.

Mesyuarat BERSETUJU bahawa penambahan kuarters adalah di bawah kawalan politeknik dan perlu dirancang secara lebih teratur untuk pembaikan yang lebih sempurna dan tidak menjejaskan struktur asal bangunan. Tindakan : Makluman

Pengauditan Pengurusan Perolehan Kerja-kerja Penyelenggaraan Dan Pembaikan Bangunan Di Politeknik Lawatan telah dijalankan di 5 Politeknik iaitu Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Politeknik Khucing, Sarawak, Politeknik Kota Bharu, Kelantan, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Ungku Omar. Beberapa isu telah ditemui oleh UAD iaitu : i. 40. Bayaran Penuh Kepada Kontraktor Bagi Kerja Yang Belum Siap Sepenuhnya Di Politeknik Kota Kinabalu Mesyuarat mengambil maklum bahawa : (a) Kerja membina dan menyiapkan kantin oleh Syarikat Angsana Construction masih belum siap sepenuhnya tetapi telah dibayar sepenuhnya kepada kontraktor. 11

41.

Mesyuarat mengambil perhatian bahawa : (a) Pihak Politeknik Kota Kinabalu mengakui kesilapan terhadap pembayaran sepenuhnya yang telah dilakukan meskipun kemajuan kerja baru mencapai 30%. (b) YBhg. Datuk Pengerusi memberi peringatan supaya semua pihak lebih teliti terhadap pembayaran yang dibuat dan perlu mengikut kemajuan kerja. Tindakan tatatertib akan dikenakan sekiranya perkara ini tidak dipatuhi. YBhg. Datuk Pengerusi turut mencadangkan supaya perancangan awal perlu dibuat bagi projek-projek pembangunan.

42.

Mesyuarat BERSETUJU bahawa Bahagian Kewangan, Bahagian Pembangunan dan semua politeknik serta kolej komuniti perlu merancang secara lebih teratur setiap projek yang ingin dilaksanakan pada masa hadapan supaya tidak timbul masalah membuat bayaran di hujung tahun. Tindakan: Semua PTJ

ii. 43.

Kerja Pembaikan Di Politeknik Kuching Tidak Mengikut Spesifikasi Yang Telah Ditetapkan Mesyuarat mengambil maklum bahawa : (a) Kerja Pembaikan Ruang Pejabat di Blok Pembangunan oleh Syarikat Kaprima Reality yang mana nilai perolehannya adalah sebanyak RM189,930 tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. (b) Kerja Menaiktaraf Kantin oleh Syarikat Adenan Enterprise yang mana nilai perolehan adalah sebanyak RM76,550 (c) Kerja-kerja Pembaikan di Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan oleh Syarikat Usaha Timur Constructions yang mana nilai perolehan adalah sebanyak RM65,367.55

12

44.

Mesyuarat mengambil perhatian : (a) Akan keterangan bahawa perubahan skop kerja berlaku disebabkan oleh keadaan tertentu yang tidak dapat dielakkan dan pihak syarikat telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak politeknik. (b) Bagaimanapun setiap perubahan skop kerja yang hendak dilakukan perlu dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga mengikut peraturan kewangan yang sepatutnya.

45.

Mesyuarat BERSETUJU bahawa pihak politeknik akan mengambil tindakan penambahbaikan serta mematuhi peraturan kewangan dan juga perlu memastikan setiap pegawai yang terlibat perlu dimaklumkan berkaitan prosedur kerja yang telah ditetapkan. Tindakan : Semua Ketua Jabatan

iii. 46.

Perubahan Kerja Tidak Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Sebut Harga Bagi Mendapat Kelulusan Mesyuarat mengambil maklum bahawa : (a) Perubahan kerja dari segi pengurangan dan penambahan kuantiti atau kerja tidak dibawa ke Jawatankuasa Sebut Harga terlebih dahulu untuk kelulusan seperti yang berlaku di Politeknik Port Dickson dan Politeknik Ungku Omar.

47.

Mesyuarat mengambil perhatian : (a) Akan pandangan bahawa setiap teguran Audit perlu dijadikan panduan bagi mengelak kesilapan yang sama berlaku. (b) Akan keterangan bahawa Unit Audit Dalam telah mengeluarkan satu Senarai Semak/Garis Panduan Pengurusan Perolehan untuk dijadikan panduan dalam melaksana dan mengurus perolehan. 13

(c) YBhg. Datuk Pengerusi mengarahkan supaya surat amaran terakhir dikeluarkan kepada semua pengarah-pengarah politeknik dan kolej komuniti supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan perolehan kerja dan tindakan tatatertib akan diambil sekiranya masih berlaku kesilapan yang sama. YBhg. Datuk Pengerusi mengingatkan supaya pegawai kewangan yang terlibat dengan pengurusan perolehan dibekalkan dengan garis panduan (kit) yang mengandungi soalan-soalan dan perkaraperkara penting yang perlu dielakkan yang melibatkan SPRM. 48. Mesyuarat BERSETUJU Bahagian tindakan terhadap perkara 47(c) di atas. Kewangan mengambil

Tindakan : Bahagian Kewangan KPT iv. 49. Kerja Lewat Disiapkan Mengikut Tempoh Yang Ditetapkan Mesyuarat mengambil maklum bahawa : (a) Penemuan terhadap kes kerja lewat disiapkan tanpa surat permohonan lanjutan masa daripada kontraktor di lima (5) polikteknik yang dilawati. 50. Mesyuarat mengambil perhatian : (a) Akan keterangan bahawa denda perlu dikenakan terhadap kontraktor yang lewat menyiapkan kerja dan dokumen perjanjian/surat setuju terima perlu menyatakan secara jelas tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan sesuatu kerja setelah mengambilkira semua aspek yang berkaitan. 51. Mesyuarat BERSETUJU supaya setiap perjanjian/surat setuju terima perlulah mengambilkira semua aspek tindakan yang sewajarnya dapat diambil terhadap pihak kontraktor yang tidak memenuhi keperluan kontrak. Tindakan : 14

Semua Ketua Jabatan PTJ Pengauditan Di Jabatan Penuntut Malaysia Australia (JPMA) Pengauditan telah dijalankan di JPMA untuk memastikan sama ada pengurusan kewangan dilaksanakan secara teratur mengikut undangundang dan peraturan kewangan yang ditetapkan. Beberapa telah ditemui semasa pengauditan dijalankan. i. 52. Perwakilan Kuasa Memungut Dan Resit Rasmi Tidak Dikeluarkan Dengan Serta Merta Mesyuarat mengambil maklum bahawa : (a) Pegawai yang dilantik adalah Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) yang tidak diberi kuasa untuk menandatangani resit di Dewan Malaysia Sydney (DMS) dan Dewan Malaysia Melbourne (DMM). (b) Ketua Perwakilan perlu memberi penurunan kuasa bagi menggantikan Pegawai Pengawal mengikut peraturan luar negara. Tindakan : KP JPT ii. 53. Buku Daftar Penginapan Tidak Disediakan Dengan Lengkap Mesyuarat mengambil maklum bahawa : (a) Buku Daftar Penginapan bagi pelawat tidak disediakan dengan lengkap dan jumlah sebenar pungutan tidak dapat ditentukan. (b) Perolehan secara Sebutharga tidak dilaksanakan secara teratur yang mana dokumen Sebutharga diserahkan secara terus oleh kontraktor dan tidak dimasukkan ke dalam peti Sebutharga.

15

54.

Mesyuarat BERSETUJU supaya tindakan susulan diambil untuk penambahbaikan. Tindakan : KP JPT

Kedudukan Terkini Kemudahan Kenderaan Rasmi Jawatan Di IPTA 55. Mesyuarat mengambil maklum bahawa : (a) Kebanyakan IPTA telah memberi maklumbalas berkenaan dengan kemudahan kenderaan rasmi jawatan. Walau bagaimanapun, masih terdapat IPTA yang belum memberi maklumbalas iaitu Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaya. Tindakan : Bahagian Kewangan VI. HAL- HAL LAIN (a) 56. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal Mesyuarat mengambil maklum bahawa : (a) Terdapat rungutan dari Pengarah-pengarah Kolej Komuniti di mana ada Pengarah yang terima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dan ada yang tidak. (a) Pihak JPKK telah mengeluarkan surat menarik balik elaun berkenaan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari BPSM.

16

Mesyuarat BERSETUJU supaya penerima bayaran insentif kritikal disemak semula untuk menentukan pegawai yang layak menerimanya. Tindakan : SUB(S) KP JPKK Pengarah BKP JPKK

VII. PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 tengah hari dengan ucapan terima kasih daripada Y. Bhg. Datuk Pengerusi. Urus Setia Jawatankuasa Audit Unit Audit Dalam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 28 JUN 2011

17

LAMPIRAN A Hadir: 1. YBhg. Datuk. Ab. Rahim Bin Md. Noor Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi 2. Encik Azmin Bin Husin Ketua Unit Audit Dalam Unit Audit Dalam 3. YBhg. Datuk Hj Omar bin Ab. Rahman Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi 4. YBhg. Datuk Prof. Dr. Roziah Binti Omar Pengarah AKEPT 5. Y.M. Ku Maharum Binti Ku Yaacob Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 6. En. Shahid-din Bin Mohd Khatib Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan 7. YBhg. Dato' Mahamed Bin Hussain Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan 8. Encik Azmi bin Saad Setiausaha Bahagian Bahagian Akaun 9. En. Mohd Nawi Bin Che Ab. Rahman Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Maklumat (IT) Ahli Pengerusi

Setiausaha

Ahli

Ahli Ahli

Ahli

Ahli

Ahli

18

10. Y. Brs. Prof Madya Kamarudin Bin Kasim Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti 11. YBhg. Datin. Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Timbalan Pengarah (IPTS) 12. YBhg. Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik 13. En. Hussin bin Mahmud Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Biasiswa Turut Hadir: 1. Tuan Hj. Mokhtar Bin Abdullah Pendaftar Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) 2. En. Zakaria Bin Shaaban Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Pengajian Tinggi 3. En. Hamizun Bin Hamzah Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
4. En. Mustafar Kamar Bin Ujang

Ahli

Wakil

Wakil

Wakil

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu

19

5. Tuan Hj. Abd. Rahman Bin Khalid

Pengarah Politeknik Kuching 6. Tuan Hj. Noor Azahan Bin Othman Pengarah Politeknik Kota Bharu
7. Mejar (K) Haji Mohd Kharir Bin Mohd Ibrahim DNS

Pengarah Politeknik Port Dickson


8. En. Shabudin Bin Man

Pengarah Politeknik Johor Bahru 9. En. Abdul Razak Sadli Timbalan Pengarah Akedemik Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah 10. Mejar Zolkarnain Bin Hj. Jobshi, A.M.P Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin 11. Tuan Hj. Kamaruddin Bin Hamzah Pengarah Politeknik Ungku Omar 12. Rosida Binti Khairon Penolong Ketua Unit Dalam Unit Audit Dalam 13. Hasnira Binti Hussin Penolong Ketua Unit Audit Dalam II Unit Audit Dalam 14. Encik Haffiz Bin Hashim Juruaudit Kanan Unit Audit Dalam

20

15. En. Zulkifli Bin Abd. Manan Juruaudit Kanan Unit Audit Dalam 16. Azhar Bin Mohd Aris Pegawai Teknologi Maklumat Kanan Unit Audit Dalam 17. En.Mohd Ariffin Bin Abd. Aziz Juruaudit Unit Audit Dalam 18. Pn. Zaridah Binti Zawawi Penolong Juruaudit Tinggi Unit Audit Dalam 19. Pn. Eliz Syasyarina Binti Mat Jusak Penolong Juruaudit Unit Audit Dalam 20. Pn. Murni Binti Muxtar Penolong Juruaudit Unit Audit Dalam 21. Pn. Norazilah Binti Md Isa Penolong Juruaudit Unit Audit Dalam Tidak Hadir: 1. Puan Salmah bt. Idris Setiausaha Bahagian Bahagian Khidmat Pengurusan 2. En. Zainal Abidin bin Abu Hassan Setiausaha Bahagian Bahagian Biasiswa

21

3. En. Mohd Nasir Bin Mohamad Mazlan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik

Urus Setia: 1. Pn. Mastura Binti Md Noor Penolong Juruaudit Kanan Unit Audit Dalam 2. En. Rosli Bin Tamsir Penolong Juruaudit Kanan Unit Audit Dalam 3. Cik Siti Nuurul Asykin Binti Abdullah Penolong Juruaudit Unit Audit Dalam

22

Disediakan : t.t ........................................................ (Mastura Binti Md Noor) Penolong Juruaudit Kanan Tarikh :

Disemak : t.t ............................. (Azmin Bin Husin) KUAD Setiausaha JKA Tarikh :

Diluluskan : t.t ......................................... (Datuk Ab. Rahim Bin Md. Noor) KSU Pengerusi JKA Tarikh :

23

Anda mungkin juga menyukai