Anda di halaman 1dari 9

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2703 KO -KURIKULUM

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF Wan Nurul Ashikin Binti Mansor @ Mohd 840309115474001 840309115474 0179336567 mwashikin@gmail.com

MOHAMAD SANI BIN TAIB MELAKA

Semester Januari 2013

KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0

PENDAHULUAN JURNAL REFLEKTIF SEBELUM PERTANDINGAN JURNAL REFLEKTIF SEMASA PERTANDINGAN JURNAL REFLEKTIF SELEPAS PERTANDINGAN PENILAIAN SEPANJANG PERLAKSANAAN PERTANDINGAN 5.1 5.2 5.3 Kekuatan Kelemahan strategi Atau cadangan Penambahbaikan

3 4 5 6

6 6 6 6 7

6.0

KESIMPULAN LAMPIRAN

1.0 PENDAHULUAN
2

Jurnal refleksi ini ditulis bertujuan untuk melaporkan setiap langkah kerja yang dilakukan dalam usaha untuk menjayakan pertandingan Muhadasah Bahasa Arab anjuran Persatuan Bahasa Arab dan Panitia Bahasa Arab Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu. Di dalam jurnal ini saya menyatakan beberapa refleksi yang telah berlaku dalam usaha untuk melaksanakan pertandingan itu, di mana di antaranya adalah saya menyatakan peristiwaperistiwa yang berlaku sepanjang tempoh sebelum, semasa dan selepas perlaksanaan pertandingan tersebut. Perancangan pertandingan yang dibuat ini memerlukan banyak langkah di mana terdapat urutan-urutan peristiwa penting yang berlaku. Tanpa salah satu peristiwa tersebut ataupun tanpa urutan peristiwa yang betul, pertandingan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pertandingan ini juga dilakukan dengan kerjasama semua ahli jawatankuasa Persatuan dan Panitia Bahasa Arab Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu . Setelah itu, saya juga akan menyatakan pengalaman pembelajaran yang diperolehi ketika dalam proses melaksanakan pertandingan ini. Seterusnya kami juga menyatakan kelemahan dan kekuatan yang ada pada saya semasa menjalankan tugasan ini. Saya akan membahagikan kelemahan dan kekuatan kepada 2 perenggan berasingan di mana saya akan menunjukkan secara terperinci mengenai perkaraperkara tersebut. Akhir sekali, saya akan memberikan langkah-langkah dan cadangan untuk memperbaiki dan membuat penambahbaikan terhadap pertandingan tersebut.

2.0 JURNAL REFLEKTIF SEBELUM PERTANDINGAN Tarikh : 16 April 2013


3

Masa Aktiviti

: 12.00 tengahari : Persiapan Tempat Sebelum.

Pengurusan Pertandingan Muhadasah Bahasa Arab Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu semestinya menjadi contoh yang terbaik bagi pengurusan acara acara pertandingan ilmiah yang lain. Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi sepanjang pengelolaan Pertandingan Muhadasah Bahasa Arab Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu antaranya ialah bebanan tugas pengurusan tempat pertandingan. Lazimnya beban tugas yang di hadapi oleh ahli jawatankuasa pelaksanaan pertandingan melibatkan penyediaan tempat pertandingan, perhiasan tempat pertandingan, perhiasan tempat pertandingan, kebersihan kawasan, disiplin pelajar dan penyediaan alat alat siaraya. Hal ini akan menyebabkan guru yang terlibat menghadapi masalah proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) yang terjejas kerana usaha usaha penyediaan tempat pertandingan yang melibatkan banyak pihak. Sebagai penyelaras pengelolaan pertandingan, saya telah menyediakan pelan kontingensi bagi menghadapi masalah tersebut. Saya juga meminta kepada AJK yang mempunyai waktu senggang agar dapat menolong Ajk yang terlibat dengan proses pembelajaran dan pengajaran ( PdP ) supaya dapat menyediakan kelengkapan pertandingan mengikut agihan tugas yang diberikan dalam mesyuarat pengagihan tugasan. Dengan ini, masalah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) dapat dielakkan dan dapat memupuk rasa tanggungjawab terhadap rakan sejawat.

3.0 JURNAL REFLEKTIF SEMASA PERTANDINGAN Tarikh Masa : 17 April 2013 : 2.00 5.00 petang
4

Aktiviti

: Pengawalan Disiplin Murid Murid .

Semasa pertandingan muhadasah dijalankan, terdapat segelintir murid yang hadir sebagai penyokong pada petang itu di dapati berkeliaran di sekitar kawasan sekolah dan membuat bising. Keaadan ini menyebabkan para peserta yang sedang mempersembahkan persembahan mereka terganggu. Hal ini di sebabkan oleh guru yang di tugaskan untuk mengawal murid di dapati tidak menjalankan tugasnya dengan baik. Guru tersebut tidak berada di dewan sepanjang pertandingan muhadasah bahasa arab berlangsung. Manakala guru lain pula hanya memerhatikan tingkah laku murid murid yang berkeliaran tadi tanpa membantu menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai guru penasihat persatuan bahasa arab, saya telah bertindak dengan meminta kerjasama daripada guru guru yang telah menyelesaikan tugasan yang diagihkan kepada mereka untuk membantu saya mengawal disiplin murid murid yang hadir sebagai penyokong untuk masuk semula ke dewan. Alhamdulillah, keadaan dapat dikawal selepas beberapa minit kemudian dengan kerjasama guru guru yang lain. Semua murid yang berada di luar dewan masuk kembali ke dalam dewan dan memberi sokongan kepada para peserta pertandingan. Untuk penambahbaikan pada masa akan datang, saya akan meletakkan lebih ramai guru yang ditugaskan untuk mengawal disiplin murid murid ketika perlaksanaan pertandingan ilmiah dijalankan.

4.0 JURNAL REFLEKTIF SELEPAS PERTANDINGAN Tarikh Masa Aktiviti : 22 April 2013 : 2.30 petang : Laporan Post Mortem Pertandingan Muhadasah Bahasa Arab Sekolah Rendah
5

Arab Jaim Pernu. Mesyuarat post mortem dilaksanakan pada 22 april 2013 selepas seminggu perlaksanaan Pertandingan Muhadasah Bahasa Arab Peringkat Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu yang dianjurkan oleh Persatuan Dan Panitia Bahasa Arab. Guru besar Tuan Haji Md Rasali Bin Bulat menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua AJK yang bertungkus lumus dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang. Menurut beliau, aktiviti seperti ini perlu di adakan pada setiap tahun kerana ianya memberikan impak yang sangat positif kepada semua murid. Beliau juga meminta setiausaha untuk menyediakan surat penghargaan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Ketua projek pertandingan mengucapkan jutaan terima kasih atas penglibatan semua pihak dan AJK dalam menjayakan pertandingan ini. Beliau tidak menyangka ramai murid yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut. Berdasarkan penilaian beliau, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan pada masa akan datang. Antaranya ialah pertandingan ini perlulah dibuka kepada 2 kategori iaitu tahap 1 dan tahap 2. Beliau juga turut mencadangkan penyertaan lebih terbuka kepada penyertaan setiap kelas di mana setiap kelas akan menghantar wakil masing masing. Melalui penyertaan ini, wujudnya persaingan yang sihat di antara murid murid. Bendahari melaporkan laporan kewangan di mana belanjawan menepati seperti apa yang di rancang. Hadiah di sediakan mencukupi dan menepati jumlah pemenang.

5.0 PENILAIAN SEPANJANG PERLAKSANAAN PROGRAM 5.1 Kekuatan : 1. Komitmen pihak pentadbiran dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang dijalankan.

2. Mempunyai guru dan staf sokongan yang mahir dan berpengalaman dalam mengendalikan program tersebut. 3. Penglibatan murid murid dalam aktiviti yang dijalankan amatlah baik serta menunjukkan minat yang mendalam. 4. Kerjasama murid murid dalam program ini berjalan dengan lancar. 5. Penglibatan ibu bapa dalam memberi sokongan dan galakkan kepada para peserta untuk menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif. 5.2 Kelemahan : 1. Murid murid yang lemah dari aspek sebutan bahasa arab masih mengharapkan bantuan dengan membaca skrip muhadasah ketika pertandingan berlangsung. 2. Para peserta tidak mematuhi syarat syarat pertandingan yang di tetapkan. 3. Kurang kerjasama daripada guru sewaktu pertandingan dijalankan khususnya dari aspek kawalan murid. 5.3 Strategi Atau Cadangan Penambahbaikan: 1. Mengadakan taklimat agihan tugas kepada guru guru yang terlibat dengan sistematik dan tersusun supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. 2. Galakkan guru menghadiri kursus dalam mengendalikan sesuatu program atau majlis pada masa akan datang. 3. Sentiasa wujudkan hubungan suasana kerja yang harmoni dalam kalangan guru. 4. Galakkan murid murid terlibat dalam aktiviti kokurikulum pada masa akan datang. 5. Taklimat yang lengkap agar murid mematuhi syarat pertandingan yang di tetapkan. 6. Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategori untuk mendapat sambutan daripada semua pihak. 6.0 KESIMPULAN Aktiviti ko kurikulum yang dilaksanakan dapat membantu pelajar dalam penguasaan bahasa yang baik. Ia dapat memberi keyakinan dalam penggunaannya. Ini kerana aktiviti tersebut melibatkan pelajar secara langsung dengan bahasa yang digunakan. Pelajar akan dapat menggunakannya dengan betul. Mereka juga akan dapat mempertingkatkan penggunaan bahasa
7

tersebut melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti. Aktiviti aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan seperti di atas perlulah di kekalkan kerana ianya dapat membantu pelajar menguasai bahasa melalui berinteraksi dengan kawan kawannya sama ada di sekolah secara langsung ataupun menggunakan laman laman sosial seperti Facebook dan sebagainya. Selain itu juga, pertandingan seperti ini dapat membantu pelajar menguasai bahasa arab pada tahap yang lebih tinggi. Begitu juga mereka akan bertukar tukar cara penggunaan bahasa yang mereka perolehi . selepas daripada aktiviti ini, mereka boleh menggunakan bahasa arab dalam situasi harian. Mereka juga berkeyakinan untuk menggunakan bahasa Arab dalam perbualan mereka seharian. Dengan adanya aktiviti seperti ini, rasa malu dan takut di kalangan mereka dapat dikikis dan keyakinan diri dapat dibina. Aktiviti ko kurikulum juga merupakan wardah utama untuk mempriktiskan bahasa arab yang dipelajari. Latihan dan praktis inilah akan dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa di kalangan pelajar.

LAMPIRAN
SURAT PENGHARGAAN

Tel / Faks: 75460 , 06 2618236

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM PERNU


KM. 12, KG. PERNU, 75460 MELAKA

MCT 2001

Rujukan Kami : SRAJPM.HEM.100-1/05/(

) 8

: SRAJPM.KOKU.100-1/01/( Tarikh Assalamualaikum w.b.t. Semua AJK Pelaksana Pertandingan Muhadasah Bahasa Arab Tuan/ Puan / Cik SURAT UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk. : 23 APRIL 2013

2. Ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam aktiviti pertandingan Muhadasah Bahasa Arab anjuran Persatuan dan Panitia Bahasa Arab Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu 2013. 3. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada tuan / puan menjayakan program ini dihargai. Sekian, terima kasih BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Saya yang menurut perintah amatlah

Anda mungkin juga menyukai